refleksi individu

4
REFLEKSI INDIVIDU Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Sayangi Sekolahku ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Selain itu juga faktor pengalaman sedia ada kami juga dapat dimanfaatkan dalam merancang sesebuah program. Ramai antara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Seterusnya dapat dilihat daripada kerjasama warga SK Taman Seri Saujana itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan

Upload: muhamad-b-smail

Post on 25-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rree

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat

beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam

program Sayangi Sekolahku ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan

jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke

pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami

sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ Berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha

menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya

dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej

kami sebagai bakal guru yang disegani.

Selain itu juga faktor pengalaman sedia ada kami juga dapat dimanfaatkan dalam

merancang sesebuah program. Ramai antara ahli kelas kami yang sudah mempunyai

pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi

kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat

menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat

dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan

untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Seterusnya dapat dilihat daripada kerjasama warga SK Taman Seri Saujana itu

sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan

aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga

banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan

penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam

menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang

sekaligus mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi

merancang program Bina Insan Guru di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa beberapa kelemahan yang

mengganggu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama

dari segi cuaca. Sepanjang sehari berada disana iklim cuaca tidak begitu menentu.. Hujan

telah turun pada sebelah petang dan agak mengganggu aktiviti gotong royong kami.

Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang sehari kami berada di sana

masa yang dapat kami luangkan bersama-sama para peserta tidak banyak. Kami hanya

dapat berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan sepanjang aktiviti

pada sebelah petang.

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada

masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin

apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak bertemu

dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini dilakukan pada

waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika pemilihan tarikh dilakukan

dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat aktiviti yang memerlukan kawasan

luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan program yang telah dirancang berjalan dengan

lancar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang

tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari

peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya

program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman

orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak

untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat

dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, kerana ia

dapat membantu para guru mendampingi masyarakat. Setiap latarbelakang komuniti dalam

sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke

tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba

mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti

berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah

mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru

berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas

guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi

baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta

bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap

tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

Page 3: REFLEKSI INDIVIDU

Disediakan oleh,

……………………………………………

(MUHAMAD BIN SMAIL)

OPSYEN : BM2 PPG AMBILAN JUN 2011

NO K.P. : 781201015925