refleksi group pj

4
Refleksi Alhamdulilah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat Baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami melaksanakan Mini Karnival Permainan Tradisional pada 06 April 2014 bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi dengan jayanya di bawah bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu En. Mohd Rizal bin Mohtar selaku Penyelaras Program Mini Karnival Permainan Tradisional. Mini Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah sebulat suara untuk memilih 4 permainan tradisional iaitu baling selipar, konda kondi, galah panjang dan sepak raga. Setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis permainan tradisional. Setiap kumpulan bertanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan serta menjelaskan bagaimana sesuatu permainan itu dimainkan. Program ini

Upload: normalini-nonie

Post on 28-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi group pj

Refleksi

Alhamdulilah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat

Baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami

melaksanakan Mini Karnival Permainan Tradisional pada 06 April 2014 bertempat di Institut

Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi dengan jayanya di bawah

bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu En. Mohd Rizal bin Mohtar selaku

Penyelaras Program Mini Karnival Permainan Tradisional. Mini Karnival Permainan Tradisional

merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112.

Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat

mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional yang semakin dilupakan

oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup

di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur

permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru.

Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah sebulat suara untuk memilih 4

permainan tradisional iaitu baling selipar, konda kondi, galah panjang dan sepak raga. Setiap

kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis permainan tradisional. Setiap kumpulan

bertanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan serta menjelaskan bagaimana

sesuatu permainan itu dimainkan. Program ini dijalankan secara serentak mengikut stesen

yang telah ditetapkan. Kami juga telah membentuk jawatankuasa kerja melalui mesyuarat

yang diadakan. Semua jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan masing-masing

bagi memastikan Karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar,teratur dan berkesan.

Tugasan projek bagi subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani dan Sukan ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada diri kami

sebagai seorang guru. Manfaat pertama yang kami perolehi iaitu kami berpeluang

meningkatkan profesionalisme keguruan kami. Hal ini demikian kerana, melalui tugasan

penganjuran dan pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional ini kami dapat

meningkatkan kemahiran interpersonal kami sebagai seorang guru. Melalui tugasan ini

Page 2: Refleksi group pj

kami perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak. Maka, secara tidak langsung kami dapat

mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan mengikut situasi, orang dan tempat.

Manfaat yang seterusnya iaitu kami dapat mempelajari cara-cara pengurusan dan

pentadbiran sesebuah program dengan lebih berkesan dengan adanya amali

pengelolaan Mini Karnival Permainan Tradisional. Hal ini demikian kerana, melalui

pengelolaan karnival ini kami dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dengan

lebih berkesan. Sebagai contohnya, kami dapat memahami sistem pertandingan

sesebuah permainan dengan lebih baik kerana setiap permainan yang dianjurkan

mempunyai sistem pertandingan tersendiri.

Seterusnya kami dapat mengeratkan hubungan dengan Ahli Kelab Kebajikan

Kumpulan Staf Pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi . Ini kerana, melalui

karnival ini secara tidak langsung hubungan akan menjadi erat. Selain itu, semasa Mini

Karnival Permainan Tradisional, kami juga terlibat dan bermain bersama-sama. Maka,

melalui semangat kesukanan bersaing secara sihat tersebut, satu jalinan persahabatan

akan dapat terbentuk dengan sendirinya.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan dalam melaksanakan tugasan

ini. Kelemahan ini seharusnya diambil kira sebagai panduan untuk meningkatkan lagi

kualiti kerja pada masa mendatang. Salah satu kelemahan yang dilihat pada program

ini adalah masalah penyertaan peserta. Penyertaan dilihat agak kurang

memberansangkan namun segala aktiviti dan program tetap berjalan dengan lancar.

Perancangan untuk program yang dilaksanakan ini adalah sangat baik dan bersesuaian

apabila dirancang untuk dilaksanakan pada hari Ahad di mana hari tersebut merupakan

hari cuti. Namun tidak dapat dielakkan apabila pendaftaran peserta yang tidak ramai. Ini

memberikan impak pengurangan penyertaan kepada program yang kami laksanakan.

Maka dengan itu, penelitian yang lebih terperinci tentang masa dan waktu juga serta

aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak lain adalah amat penting dan harus diambil kira. Di

samping itu promosi secara lebih meluas dengan menggunakan pelbagai medium

perantaraan akan dapat membantu program ini diketahui oleh lebih ramai pihak.

Kelebihan boleh di lihat apabila penggunaan laman sosial digunakan sebagai satu

medium promosi. Ini dapat membantu penyertaan yang lebih menggalakkan.

Page 3: Refleksi group pj

Walaupun penat, kami berasa sangat seronok mengendalikan karnival tersebut.

Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan hingga ke akhir program. Kami saling

bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum bersurai, En.

Mohd Rizal bin Mohtar melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kerjasama, komitmen

dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.