refleksi gerko

4
REFLEKSI NAMA : MAREA A/P SAN THANASAMY NO.K/P : 880426-02-5300 Pada 18 Februari 2014 saya telah menjalankan Tugasan KERJA KURSUS WAJ 3109 pada jangka masa pendek. Tugasan yang diperolehi pada kali ini adalah tentang permainan bola tampar. Saya telah mendapat bimbingan yang sangat berkesan daripada pensyarah pembimbing bagi kursus ini iaitu DR.Lee see Seng. Saya telah melakukan tugasan ini bersama dua orang rakan yang lain iaitu Thirumalar dan K.Vejittradevi. Saya berpeluang menimba ilmu tentang bola tampar secara mendalam.Terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diketahui dan difahami oleh pemain supaya mereka dapat bermain dengan betul. Antara jenis-jenis kemahiran tersebut termasuklah kemahiran asas seperti servis, menyangga, mengumpan, merejam dan mengadang. Kelima-lima kemahiran ini amat dititikberatkan bagi membolehkan pelajar dapat mengusai asas dalam permainan bola tampar.Pada peringkat awal mendapat tugasan, saya bersama rakan- rakan telah membuat perbincangan dan sedikit draf tentang kerja kami. Kami telah mengambil masa untuk saling bertukar-tukar idea

Upload: mareasantha

Post on 12-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bhvhjvhvhjbvhvbnnn

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI GERKO

REFLEKSI

NAMA : MAREA A/P SAN THANASAMY

NO.K/P : 880426-02-5300

Pada 18 Februari 2014 saya telah menjalankan Tugasan KERJA KURSUS WAJ

3109 pada jangka masa pendek. Tugasan yang diperolehi pada kali ini adalah tentang

permainan bola tampar. Saya telah mendapat bimbingan yang sangat berkesan

daripada pensyarah pembimbing bagi kursus ini iaitu DR.Lee see Seng. Saya telah

melakukan tugasan ini bersama dua orang rakan yang lain iaitu Thirumalar dan

K.Vejittradevi.

Saya berpeluang menimba ilmu tentang bola tampar secara mendalam.Terdapat

beberapa jenis kemahiran yang perlu diketahui dan difahami oleh pemain supaya

mereka dapat bermain dengan betul. Antara jenis-jenis kemahiran tersebut termasuklah

kemahiran asas seperti servis, menyangga, mengumpan, merejam dan mengadang.

Kelima-lima kemahiran ini amat dititikberatkan bagi membolehkan pelajar dapat

mengusai asas dalam permainan bola tampar.Pada peringkat awal mendapat tugasan,

saya bersama rakan-rakan telah membuat perbincangan dan sedikit draf tentang kerja

kami. Kami telah mengambil masa untuk saling bertukar-tukar idea tentang pendapat

masing-masing tentang tugasan ini. Dalam hal ini, perbezaan pendapat adalah perkara

biasa. Semasa saya mencari nota tentang kemahiran bola tampar saya juga

mengahadapi masalah untuk menterjemahkan perkataan dengan baik.Saya juga dapat

mengetahui pelbagai kemahiran secara mendalam dan juga sempurna.Pensyarah kami

juga mempraktikkan kami sehingga kami menguasai dengan sepenuhnya.

Page 2: REFLEKSI GERKO

Kami juga telah diminta untuk membuat kertas kerja dan juga menganjurkan satu

perlawanan bola tampar yang bertempat di gelanggang BolaTampar Institut Pendidikan

Guru Kampus Ipoh. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua gerko kami,

kami kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami

bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari

menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran,bahagian

penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan

bahagiankeselamatan(pertolongan cemas).Pertandingan ini adalah bertujuan untuk

mendedahkan para pelajar dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar

yang sistematik. Selain itu, kami jugadapat mempraktikkan segala kemahiran bola

tampar yang telah dipelajari dalaminteraksi GERKO bola tampar setiap minggu, pada

hari Selasa 7.45 pagi hingga 10.00pagi.Saya juga mendapat pendedahan

tentangbagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini

juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO

BolaTampar.

Selain daripada itu juga, saya melihat subjek bola tampar ini sangat penting

kepada saya sebagai seorang guru. Walaupun saya bukan daripada opsyen sukan,

namun sebagai seorang guru yang cemerlang, saya mestilah menyiapkan diri saya

dengan segala kemahiran yang ada. hal ini supaya saya dapat mengatasi sebarang

kemungkinan yang akan berlaku apabila posting di sekolah nanti. Subjek ini adalah

sangat penting kepada pelajar demi memastikan mereka dapat pendidikan yang

seimbang dan penting untuk pertumbuhan dan kesihatan murid masing-masing.

Oleh itu, saya percaya bahawa pendidikan bukan sahaja berlaku di dalam kelas

namun, boleh berlaku di padang permainan juga. Hal ini akan berlaku jika seorang guru

bijak memainkan peranannya untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid. Saya

bukan lah seorang insan yang sempurna yang mampu mendepani semua perkara

berlaku tanpa sebarang masalah. Tidak saya nafikan bahawa terdapat beberapa

masalah yang saya alami ketika menjalankan tugasan ini seperti masalah masa,

komitmen, kerjasama dan lain-lain. Tetapi saya percaya bahawa jika saya ikhlas untuk

Page 3: REFLEKSI GERKO

menyiapkan tugasan ini, sebarang masalah atau halangan yang ada, pasti saya dapat

tempuhi. Hal ini kerana segala-galanya bermula daripada niat di hati kita sendiri.

Hal ini dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan

tentang peraturan bola tampar semasa mengadili perlawanan. Secara tidak langsung

pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi

guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bolatampar ini

dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini disekolah. Hal ini

kerana permainan bola tampar ini merupakan salah satu permainan yang dapat

menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama

dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar Matematik

namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan danpermainan ini.

Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akansaya aplikasikan

semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih

Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat

menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini

kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masa. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung

mahupun tidak dalam proses menyiapkan tugasan ini.