refleksi gerko

3
REFLEKSI SHALINY A/P KANNAPIRAN Pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya,saya kurang faham tentang tajuk kerja kursus ini. Sungguhpun demikian, dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pensyarah saya, Encik Lukman bin Saadon. iaitu En Loh Piek Hong dan bantuan kawan-kawan saya, lebih memudahkan saya untuk memahami tajuk dan seterusnya, proses untuk menyiapkan kerja kursus ini dapat berjalan lancar. Untuk menyiapkan tugasan ini, saya menandakan isi-isi penting yang dikehendaki oleh tugasan soalan. Perkara pertama yang kami bertiga lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan kerana jumlah buku yang terhad. Tugasan kali ini, kami pelajar PISMP Semester 2 perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu atau beberapa kemahiran tertentu dalam permainan bola baling. Tugasan ini dibuat secara kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Kumpulan kami telah memilih tajuk Kemahiran hantaran bola aras bahu’. Cara ini dilakukan untuk membuat hantaran jauh.

Upload: shaliny-linnie

Post on 12-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

re

TRANSCRIPT

REFLEKSISHALINY A/P KANNAPIRANPertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya,saya kurang faham tentang tajuk kerja kursus ini. Sungguhpun demikian, dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pensyarah saya, Encik Lukman bin Saadon. iaitu En Loh Piek Hong dan bantuan kawan-kawan saya, lebih memudahkan saya untuk memahami tajuk dan seterusnya, proses untuk menyiapkan kerja kursus ini dapat berjalan lancar.Untuk menyiapkan tugasan ini, saya menandakan isi-isi penting yang dikehendaki oleh tugasan soalan. Perkara pertama yang kami bertiga lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan kerana jumlah buku yang terhad. Tugasan kali ini, kami pelajar PISMP Semester 2 perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu atau beberapa kemahiran tertentu dalam permainan bola baling. Tugasan ini dibuat secara kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Kumpulan kami telah memilih tajuk Kemahiran hantaran bola aras bahu. Cara ini dilakukan untuk membuat hantaran jauh. Antara kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan iaitu dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. Selain itu juga antara masalah yang saya hadapi sepanjang tugasan ini ialah kesukaran mendapatkan maklumat yang banyak tentang tajuk tugasan yang diberi. Hal ini menyebabkan saya mencari maklumat daripada pelbagai sumber iaitu internet, buku ,majalah dan sebagainya. Saya dapat mengatasi dengan berbincang dengan pensyarah dan kawan kawan yang lain.Di samping itu, kami juga menghadapi masalah di mana kami perlu merancang aktiviti pengajaran yang dapat merangkumi kemahiran yang dipilih. Oleh itu, kami berbincang bersama-sama untuk memikirkan aktiviti yang senang dan sesuai mengikut tahap pelajar yang menarik dan tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mereka menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam permainan bola baling. Antaranya ialah mempelajari tentang cara bermain bola baling dengan pelbagai kemahiran dan teknik yang betul.Ini merupakan pengalaman kepada saya mempelajari teknik permainan baru. Ini dapat membantu saya untuk mengajar murid bermain bola baling dengan cara yang betul pada masa kelak.Selain itu, saya mempelajari cara menyediakan rancangan pelajaran harian bagi setiap tajuk yang dipilh .Saya dapat menyusun dan membuat RPH mengikut peringkat iaitu terdiri daripada induksi, perkembangan, penerangan ,aktiviti dan kemuncak. Melalui ini saya dapat pengalaman baru menyediakan rancangan pelajaran harian yang dapat membantu saya dalam kerjaya pada masa kelak. RPH ini telah membantu saya untuk berfikir secara kreatif semasa menyediakan satu siri aktiviti ansur maju bola baling. Sebagai seorang guru, saya perlu berfikir secara kreatif supaya dapat menarik minat pelajar di samping menyampaikan ilmu kepada mereka.Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah berbincang dan rujukan bersama pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya dapat menggunakan ilmu ini dalam kerjaya saya.