refleksi fpk

9
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. AINUL IKHWANI BIN YUASRI 1 PISMP MATEMATIK 1 Sebelum memasuki kepada isi kandungan tajuk dalam bab ini, kami sekelas berkenal-kenalan terlebih dahulu dengan pensyarah kami iaitu Pn Azah dan seterusnya berkenalan dengan subjek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) EDU 3101. Pada sesi ini juga kami terus fokos kepada tajuk pertama bagi subjek ini iaitu perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Setelah diberi penerangan terperinci mengenai perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, terselit rasa bersyukur saya kerana perjuangan golongan terdahulu dalam melestarikan pendidikan di malaysia ini. Berdasarkan tajuk, secara ringkasnya pemahaman saya ialah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu sebelum dan selepas merdeka. Terdapat banyak perbezaan yang dapat dilihat dalam sistem pendidikan di Malaysia ini terutama selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Antara yang paling ketara ialah dasar pendidikan negara itu dimana saya dapat perhatikana bahawa terdapat keseragaman dalam sistem pendidikan di semua sekolah termasuk sukatan pelajaran dan peperiksaanya di mana dasar ini amat berbeza pada masa sebelum merdeka yang mana tidak ada keseragaman dalam sistem pendidikan tersebut. Kesannya adalah perpaduan antara kaum di Malaysia sukar dicapai. Akan tetapi, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak telah menyedarkan saya bahawa tugas saya sebagai seorang guru adalah untuk meningkatkan produktiviti pendidikan negara. bermula dengan Rancangan Cheeseman (1946) sehingga sekarang banyak perubahan telah dilaksanakan mengikut kesesuaian sebagai contoh dalam Penyata Razak mewajibkan penggunaan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan kita dapat lihat sehingga sekarang kita masih menggunakan Bahasa Melayu semasa sesi P&P. Perkara ini adalah cara untuk memelihara budaya warisan bangsa Malaysia. Kesimpulannya, ilmu dalam perkembangan pendidikan amat penting bagi seorang guru.

Upload: ainul-ikhwani-yuasri

Post on 10-Aug-2015

185 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi FPK

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Sebelum memasuki kepada isi kandungan tajuk dalam bab ini, kami sekelas

berkenal-kenalan terlebih dahulu dengan pensyarah kami iaitu Pn Azah dan

seterusnya berkenalan dengan subjek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

EDU 3101. Pada sesi ini juga kami terus fokos kepada tajuk pertama bagi subjek

ini iaitu perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.

Setelah diberi penerangan terperinci mengenai perkembangan sistem

pendidikan di Malaysia, terselit rasa bersyukur saya kerana perjuangan golongan

terdahulu dalam melestarikan pendidikan di malaysia ini. Berdasarkan tajuk,

secara ringkasnya pemahaman saya ialah perkembangan sistem pendidikan di

Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu sebelum dan selepas merdeka. Terdapat

banyak perbezaan yang dapat dilihat dalam sistem pendidikan di Malaysia ini

terutama selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Antara yang

paling ketara ialah dasar pendidikan negara itu dimana saya dapat perhatikana

bahawa terdapat keseragaman dalam sistem pendidikan di semua sekolah

termasuk sukatan pelajaran dan peperiksaanya di mana dasar ini amat berbeza

pada masa sebelum merdeka yang mana tidak ada keseragaman dalam sistem

pendidikan tersebut. Kesannya adalah perpaduan antara kaum di Malaysia sukar

dicapai.

Akan tetapi, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak telah

menyedarkan saya bahawa tugas saya sebagai seorang guru adalah untuk

meningkatkan produktiviti pendidikan negara. bermula dengan Rancangan

Cheeseman (1946) sehingga sekarang banyak perubahan telah dilaksanakan

mengikut kesesuaian sebagai contoh dalam Penyata Razak mewajibkan

penggunaan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar yang digunakan

semasa sesi pembelajaran dan kita dapat lihat sehingga sekarang kita masih

menggunakan Bahasa Melayu semasa sesi P&P. Perkara ini adalah cara untuk

memelihara budaya warisan bangsa Malaysia. Kesimpulannya, ilmu dalam

perkembangan pendidikan amat penting bagi seorang guru.

Page 2: refleksi FPK

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN.

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Mengenai konsep ini, saya telah memahami serba sedikti tentang ini dalam

penghasilan ISL pada bab pertama. Saya sangat kagum dengan pensyarah

pembimbing saya kerana menerangkan tentang konsep falsafah kepada kami

dengan baik dan memberi contoh yang memudahkan kami faham. Pensyarah

menasihati kami, falsafah ini bersifat luas dan imaginasi serta tidak dapat

ditunjukkan secara konkrit. Oleh itu, secara awalnya falsafah ini sesuatu yang

perlu dihayati dan difikirkan luar daripada pemikiran biasa untuk memahaminya.

Selepas berbincang dan mencari maklumat mengenai definisi falsafah,

banyak pendapat tentang falsafah sehingga tokoh falsafah sendiri mengatakan

falsafah tidak ada maksud yang lengkap. Oleh itu, falsafah bermaksud cinta

kepada ilmu pengetahuan manakala secara istilahnya falsafah berkisarkan

kepada elelmen-elemen tuhan, alam dan manusia sendiri seperti yang telah

dinyatakan oleh tokoh-tokoh dalam bidang ini seperti Descartes yang menyatakan

falsafah merupakan segala pengetahuan mengenai Tuhan, alam dan manusia

menjadi fokos pendidikan. Dari aspek praktikal pula falsafah pula bermaksud

berfikir secara kritikal secara bersungguh-sungguh serta tidak terikat oleh tradisi

dan mempunyai ciri-ciri sistematik, radikal dan sejagat.

Selain bekenalan dengan falsafah, saya juga berkenalan dengan falsafah

pendidikan serba sedikit mengikut pandangan barat dan islam. Apa yang saya

fahami ialah Pandangan barat menyatakan bahawa pendidikan adalah satu

medium utuk membentuk tingkah laku dan moral atau lebih spesifik lagi ciri-ciri

perwatakan seseorang individu itu sendiri. Tokoh-tokoh Islam pula berpendapat

bahawa proses pendidkan merupaka salah satu medium penyatuan semua ilmu

pengetahuan ini di bawah Al-Quran. Pendidikan ini membawa kepada

keseimbangan anatara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Sedikit demi sedikit saya rasa seronok untuk belajar dengan lebih mendalam

lagi mengenai falsafah pendidikan di Malaysia.

Page 3: refleksi FPK

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN TIMUR

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Setelah mengetahui serba sedikti mengenai pendapat islam dan barat

mengenai falsafah, dan dikaitkan pula dengan pandangan falsafah timur, jelas di

sisni bahawa aspek yang ditekankan dalam falsafah pendidkan ini adalah berbeza

di mana pendidikan Islam menekankan aspek rohani yang tidak terdapat dalam

pendidikan di Timur.

Untuk menyeimbangkan kehidupan seorang manusia terutama bagi

kehidupan seorang pendidik, saya perlu memenuhi kedua-dua santapan rohani

dan fizikal ini terlebih dahulu agar saya boleh mendidik anak-anak murid pada

masa akan datang dengan lebih berjaya lagi. Dalam topik ini, ia menyedarkan

saya bahawa pendidikan yang melibatkan aspek rohaniah akan mendatangkan

kesan yang positif dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Selain mengetahui tentang apa pandangan mereka tentang falsafah

pendidikan, saya juga dapat mengetahui tokoh-tokoh falsfah pendidikan timur

seperti Kung Fu Tze iaitu pengasas kepada falsafah atau idea Concucious

dimana falsafah ini bermatlamat menghasilkan individu berkebolehan tinggi dan

bermoral. Dalam falsafah pendidikan timur ini menunjukkan kepada dunia bahawa

walaupun aspek jiwa dan rohaniah tidak disentuh namun dalam pendidikan

tersebut masih wujud nilai-nilai murni dan moral yang menjadi peggangan kerana

dengan ini sahaja ketamadunan itu boleh terbina.

Apa yang saya dapat simpulkan mengenai topik ini ialah, pendidikan itu

sendiri merupakan salah satu medium yang terbaik dalam kehidupan seseorang

indiviu untuk pembangunan rohaniah dan lahiriahseseorang individu. Oleh itu,

tajuk ini telah menyedarkan saya bahawa lahiriah dan rohaniah itu sangat penting

dalam kehidupan seorang manusia dan dari sini saya tetapkan matlamat untuk

mendidik adalah lebih jelas iaitu menekankan aspek lahiriah dan rohaniah.

Page 4: refleksi FPK

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Pembelajaran mengenai subjek falsafah diteruskan lagi dengan

membincangkan tentang perkembangan falsafah pendidikan barat pula. Kajian

diberi penekanan kepada sistem apa yang barat gunakan dalam kemajuan

pendidikan mereka. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua jenis iaitu

pendidikan tradisional dan pendidikan moden. Terdapat pecahan –pecahan kecil

lagi dalam pendidikan tradisioanal dan moden ini di mana untuk pendidikan

tradisional dipecahkan kepada dua iaitu perenialisme dan esensialisme dan untuk

pendidikan moden pula terbahagi kepada progresivisme, rekonstruktivisme dan

eksisentialisme.

Kajian yang mendalam mengenai cabang-cabang falsafah dalam pendidikan

barat ini membukakan mata saya tentang sistem pendidikan Malaysia. Ada

sebahagian cabang yang boleh kita ikuti dan ada yang tidak. Setiap cabang dalam

pendidikan barat ini mempunyai perbezaan setiap satunya dari aspek kurikulum,

peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid itu sendiri dalam sistem

pendidikan itu sendiri. Apabila dibandingkan dengan falsafah pendidikan moden

dan tradisional, peranan murid dalam kelas sangat ketara di mana dalam

tradisional, ia menekankan murid yan pasif , berbeza dengan falsafah pendidikan

barat yang aktif muridnya semasa berada di dalam kelas.

Seterusnya, sistem pendidikan di Malaysia juga telah mengambil beberapa

elemen-elemen yang boleh dicontohi dan diikuti daripada falsafah pendidikan

Barat terutama aspek progresivisme dan rekonstruktivisme. Kedua – dua aspek

ini paling banyak diterapkan dalam pendidikan di Malaysia namun begitu aspek

eksistensialisme juga tidak terkecuali walaupun pada peringkat paling maksimum

sekali. Pengaruh ini kita boleh lihat dalam prinsip Falsafah Pendidikan di Malaysia

itu sendiri.

Secara kesimpulannya, falsafah pendidikan barat juga merupakan

sebahagian garis panduan dalam sistem pendidikan di Malaysia ini.

Page 5: refleksi FPK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Apabila belajar mengenai topik ini, saya teringat kembali semasa saya dan

rakan-rakan yang lain pergi ke temu duga untuk masuk ke dalam Institu Pendidikan

Guru. FPK dan FPG adalah dua sumber yang membolehkan kami membuat refleksi

tentang tujuan kami menjadi seorang guru pada waktu itu. Oleh itu saya dan rakan

yang lain semakin yakin dengan kerjaya pilihan kami iaitu pendidik anak bangsa.

Sesungguhnya sebelum ini saya sedikit teragak-agak untuk menyatakan apa

yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini walaupun saya seorang bakal guru.

Namun selepas mempelajari topik ini saya dapat memahami dengan lebih jelas

mengenai apa yang dikehendaki oleh kedua-dua falsafah atau lebih jelas lagi

matlamat dan peranan yang akan saya pikul pada masa akan datang. Dalam topik

ini, ia mengajar saya tentang peranan saya sebagai seorang pelajar dan juga

peranan saya sebagai seorang pendidik. Saya dan rakan yang lain diterapkan

dengan nilai-nilai keguruan yang mesti ada dalam diri saya sebagai seorang

pendidik. Apa yang paling penting sebagai seorang pendidik ialah, untuk membentuk

murid, bentuk dahulu gurunya. Itu adalah matlamat saya.

Dalam FPk dan FPG ini terdapat beberapa matlamat dan misi yang ingin

dicapai. Peranan guru untuk menerapkan dan mengamalkan segala apa yang

diharapkan dalam FPK. Saya berpendapat bahawa jika prinsip FPK dan FPG ini

diamalkan maka matlamat FKP dan FPG juga akan berjaya tanpa sebarang

masalah. Oleh itu, penting untuk saya sedar akan perihal ini dan akan berusaha

untuk menggapai matlamat tersbut.

Secara kesimpulannya, Bagi melaksanakan perubahan ini seorang guru itu

sendiri perlu kreatif dan kesan nya kepada say saya perlu mendidik diri untuk lebih

kreatif serta berani untuk mencuba sesuatu perubahan kerana tanpa keberanian

tidak akan ada berlakunya sebarang perubahan.

Page 6: refleksi FPK

KONSEP MODEL INSAN & GURU SEBAGAI PEMBENTUK INSAN

PERJUANGAN INSAN PENDIDIK

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Selepas diserapkan dengan nilai-nilai dan elemen-elemen dalam FPK dan

FPG, kini, saya mengenali pula diri saya sebagai seorang guru. Siapakah

saya..?? itu bermain dalam fikiran saya selama mendalami tajuk ini. Setelah

membuat kajian dan pemerhatian dalam topik ini. Guru merupakan insan yang

paling penting dalam proses menunut ilmu pengetahuan. Dalam setiapa gama

seperti agama Islam, Kristian, budhisma, Hinduhisma dan toisme guru

mempunyai kedudukan yang tertentu dan kebiannya terletak antara golongan

yang yang dihormati. Untuk memahami lagi perkara ini satu forum telah dijalankan

dan setiap pihak perlu menerangkan peranan guru dalam perspektif agama

masing-masing dengan lebih jelas.

Dalam topik ini, saya dan rakan-rakan yang lain disirami dengan ilmu melalui

aktiviti forum yang dikendalikan oleh ahli kumpulan/kelas saya sendiri. Melalui

forum ini saya rasakan bahawa tanggungjawab untuk menjadi seorang guru ini a

Oleh itu, saya harus memiliki ilmu yang perlu saya miliki untuk menjalankan tugas

saya sebagai guru.

Seterusnya persoalan mengenai tentang peranan utama guru itu sendiri.

Adakah guru berperanan dalam agen perubahan ataupun pengekal tradisi?.

Persoalan ini telah terjawab dalam aktiviti debat dikalangan ahli kelas saya. Saya

sangat suka aktiviti seperti ini yang dapat membina dan secara terang memberi

pandangan dan hujah yang berkaitan dengan tajuk. Oleh itu, guru sangat

berperanan dalam agen perubahan berbanding pengekal tradisi.

Perjuangan insan pendidik pula merupakan topik yang sangat saya gemari

kerana ia menaikkan semangat saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.

Semasa mempelajari topik ini, pensyarah sering mengingatkan saya dan rakan yang

lain agar tanamkan sifat untuk melakukan penulisan. Oleh itu, hasil penulisan kita

boleh dibaca oleh semua orang. Saya akan usahakan harapan ini dalam diri.

Page 7: refleksi FPK

PEMBENTUKKAN KBSR DAN KBSM

AINUL IKHWANI BIN YUASRI

1 PISMP MATEMATIK 1

Secara jujurnya, perkataan KBSR dan KBSM telah lama saya dengari

sewaktu dibangku sekolah lagi. Tetapi tidak tahu apa maksud disebalik akronim

tersebut. setelah mempaljari topik ini baru lah saya sedar bahawa KBSR dan

KBSM adalah merupakan satu kurikulum yang terdapat di Malaysia dimana

kurikulum KBSR telah menggantikan kurikulum KBSM. Namun begitu setelah

perbincangan dan perbahasan dijalankan, saya mendapatti bahawa KBSR ini

sebenarnya mengambil intipati daripada KBSM tetepi lebih teliti dalam

perlaksanaannya. Halini dapat dilihat dalam tunjang kepada pendidikan itu sendiri

daripada 3 tunjang yang terdiri daripada komunikasi , manusia dan alam sekeliling

ditambah dengan kerohanian, sikap dan nila sains dan dan teknologi serta

ketrampilan diri yang mana dijangka akan benar-benar melahirkan kualiti pelajar

yang selaras dengan kehendak FPK.

Kedua-dua kurikulum ini adalah selaras dengan situasi Malaysia yang

ebrbilang kaum ini. Dalam satu aktiviti debat perdana juga. Kami sekelas telah

berbincang, samaada KBSR dan KSSR mana yang lagi relevan dilaksanakan.

Setelah melakukan perbincanagn dalam kelas saya rasakan bahawa KSSR

merupakan satu usaha dan tindakan yang bagus walaupun masih belum pasti apa

kesannya pada jangka masa panjang namun hasilnya kita sudah dapat lihat

melalui perlaksanaan LINUS yang mana amat membantu pelajar dalam

pencapaian kogniti dalam bidang bahasa dan numerasi. Saya tidak menyatakan

bhawa KBSM tidak dapat menghasilkan individu yang berjaya kerana buktinya

kita dapat lihat pelbagai kemajuan dan pembangunan telah dicapai. Hal ini sudah

tentu berkait juga dengan generasi yang telibat dengan era KBSM namun

perlaksanaan KSSR mungkin satu perubahan yang lebih efekti untuk melahirkan

genarasi yang lebih baik.

Sebagai kesimpulannya, kesemua rancnagan ini adalah bertujuan bagi

membangunkan sistem pendidikan negara. Dan matlamat utama adalah

melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Page 8: refleksi FPK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

_________BIODATA__________ __________________________________________________________________________________

NAMA :AINUL IKHWANI BIN YUASRI

NO. KAD PENGENALAN :

920706-12-5553 NO. TELEFON :

016-5091282 KUMPULAN :

1 PISMP MATH 1 ALAMAT :

LOT 344 TAMAN PASIR PUTIH, FASA 2 PUTATAN, 88300 PENAMPANG, SABAH

EMAIL :

[email protected]

MOTTO :

“Sederhana Itu Sempurna”