refleksi forest school

7
Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364 1 Refleksi Forest School Apa yang saya dapat sebelum melaksanakan Forest School? 1. Proses pencarian maklumat - Pencarian maklumat yang tepat dan daripada sumber yang sahih adalah satu perkara yang sangat penting semasa ingin merangka Unit Study. Apabila sesuatu maklumat yang diletakkan hanya berdasarkan pengalaman dan tanpa merujuk kembali sebarang rujukan akan menyebabkan maklumat atau bahagian Unit Study menjadi terlalu am dan tidak spesifik. - Perkara ini saya pelajari ketika melihat ahli kumpulan yang lain membuat bahagian masing-masing tanpa ada rujukan dan kebanyakannya merujuk kepada blog dan mementingkan rujukan Bahasa Melayu daripada rujukan Bahasa Inggeris. - Apabila maklumat diperoleh dan setiap maklumat itu difahami dengan betul maka Unit Study yang dibuat akan lebih baik kerana kita mempunyai satu matlamat yang jelas. - Proses pencarian maklumat ini juga boleh diaplikasikan untuk setiap perkara atau subjek atau kursus yang diambil. - Dalam proses pencarian maklumat ini juga, satu rangka perlu dibuat supaya pelajar jelas apa yang perlu dicari dan apa yang perlu dibuat. - Satu rujukan sahaja tidak cukup untuk mengukuhkan maklumat dan idea kerana maklumat yang cuba disampaikan akan menjadi terlalu umum, kepelbagaian rujukan dan ketidakbergantungan kepada rujukan blog adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan. 2. Kerjasama - Seperti mana-mana aktiviti atau perkara yang dibuat secara berkumpulan ataupun berdua, perkara yang paling penting adalah kerjasama. Apabila tiada kerjasama maka matlamat sesuatu perbincangan dalam kumpulan tidak akan tercapai. - Hal ini berlaku apabila perbincangan di dalam kumpulan saya tidak dapat dilakukan secara bersemuka tetapi hanya dapat dilakukan atas talian sahaja iaitu melalui ‘Facebook Messenger’. Apabila sesuatu perbincangan itu tidak dapat dilakukan secara bersemuka maka akan ada ahli kumpulan yang akan tersilap

Upload: nur-kareena

Post on 19-Jul-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

1

Refleksi Forest School

Apa yang saya dapat sebelum melaksanakan Forest School?

1. Proses pencarian maklumat

- Pencarian maklumat yang tepat dan daripada sumber yang sahih adalah satu

perkara yang sangat penting semasa ingin merangka Unit Study. Apabila sesuatu

maklumat yang diletakkan hanya berdasarkan pengalaman dan tanpa merujuk

kembali sebarang rujukan akan menyebabkan maklumat atau bahagian Unit Study

menjadi terlalu am dan tidak spesifik.

- Perkara ini saya pelajari ketika melihat ahli kumpulan yang lain membuat

bahagian masing-masing tanpa ada rujukan dan kebanyakannya merujuk kepada

blog dan mementingkan rujukan Bahasa Melayu daripada rujukan Bahasa

Inggeris.

- Apabila maklumat diperoleh dan setiap maklumat itu difahami dengan betul maka

Unit Study yang dibuat akan lebih baik kerana kita mempunyai satu matlamat

yang jelas.

- Proses pencarian maklumat ini juga boleh diaplikasikan untuk setiap perkara atau

subjek atau kursus yang diambil.

- Dalam proses pencarian maklumat ini juga, satu rangka perlu dibuat supaya

pelajar jelas apa yang perlu dicari dan apa yang perlu dibuat.

- Satu rujukan sahaja tidak cukup untuk mengukuhkan maklumat dan idea kerana

maklumat yang cuba disampaikan akan menjadi terlalu umum, kepelbagaian

rujukan dan ketidakbergantungan kepada rujukan blog adalah satu perkara yang

perlu dititikberatkan.

2. Kerjasama

- Seperti mana-mana aktiviti atau perkara yang dibuat secara berkumpulan ataupun

berdua, perkara yang paling penting adalah kerjasama. Apabila tiada kerjasama

maka matlamat sesuatu perbincangan dalam kumpulan tidak akan tercapai.

- Hal ini berlaku apabila perbincangan di dalam kumpulan saya tidak dapat

dilakukan secara bersemuka tetapi hanya dapat dilakukan atas talian sahaja iaitu

melalui ‘Facebook Messenger’. Apabila sesuatu perbincangan itu tidak dapat

dilakukan secara bersemuka maka akan ada ahli kumpulan yang akan tersilap

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

2

maklumat ataupun kurang faham dengan maklumat yang cuba disampaikan oleh

mana-mana ahli termasuk oleh saya sendiri.

- Buktinya adalah apabila, perbincangan sehari sebelum Forest School diadakan

saya dapati bahawa ahli-ahli yang lain telah keliru dengan aktiviti yang ingin

dilakukan keesokan harinya.

- Oleh itu, pada pendapat saya selepas ini, setiap perbincangan di dalam ahli

kumpulan perlu diadakan secara bersemuka kerana ia memudahkan penyampaian

maklumat dan ia perlu ditekankan terutamanya kepada sesuatu perkara yang kita

tidak arif mahupun tidak tahu lansung.

- Walaupun semua mempunyai komitmen lain, setiap ahli mungkin boleh untuk

meluangkan sejam atau dua jam untuk berbincang dalam kumpulan untuk

mengelakkan hal ini akan berulang kembali.

3. Teknik perbincangan dalam kumpulan

- Sebelum melaksanakan perbincangan dalam kumpulan, Pn Fazeila telah

memberikan beberapa tips yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan semasa

melakukan perbincangan.

- 5 perkara penting yang perlu diutamakan ialah setiap orang mengutarakan

pendapat masing-masing, perlu ada pengetahuan sedia ada walaupun sedikit,

memberi sokongan kepada ahli yang lain, mempunyai ketua dan menggunakan

bahasa yang sesuai.

- Saya telah bertindak selaku ketua kumpulan di atas persetujuan semua ahli. Selaku

ketua, saya lebih senang menggunakan konsep ketegasan dalam kumpulan dan

mendengar pendapat yang diutarakan oleh ahli yang lain dan menerima pendapat

mereka sekiranya ia difikirkan logik dan sesuai dengan aktiviti yang telah

dirangka dan dibincangkan.

- Setiap daripada ahli saya tidak berani untuk mengeluarkan pendapat kerana risau

mereka akan salah dan salah satu sebabnya adalah mungkin mereka takutkan saya.

Perkara ini menyebabkan saya perlu membuatkan mereka selesa dengan

keberadaan saya iaitu dengan berjenaka untuk mewujudkan satu keadaan yang

‘warm’ dan selesa kepada mereka dan pada ketika itu, barulah mereka berani

untuk mengutarakan sebarang idea.

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

3

4. Disiplin

- Disiplin di sini saya maksudkan adalah dari segi ketepatan masa. Hal ini adalah

kerana ada di antara ahli kumpulan yang tidak menepati masa ketika perjumpaan

dilakukan.

- Andai ahli tidak mempunyai disiplin dalam menepati masa maka waktu

perbincangan akan menjadi lebih singkat dari yang dirancang.

5. Bantu-membantu

- Membantu rakan-rakan yang lain adalah penting di dalam aktiviti berkumpulan

walaupun ketika perbincangan kerana jika ada antara ahli lain yang pentingkan

diri maka ianya tidak adil untuk ahli lain yang membuat kerja lebih.

- Ya memang benar tidak mengapa jika kita buat kerja lebih asalkan ikhlas, tetapi

bagi saya, apabila aktiviti berkumpulan, semua orang harus mengambil bahagian

agar setiap orang dapat tahu setiap perkara yang perlu, bakal dan sudah dilakukan.

Lebih elok kiranya, antara ahli bertanyakan kepada ahli lain sekiranya ada yang

memerlukan bantuan atau pertolongan.

- Ada satu ketika semasa di dalam kelas sebelum kelas bermula saya keseorangan

membuat falsafah namun tiada ahli yang datang membantu saya, apabila ditegur

mereka hanya memandang dan kembali melakukan apa yang mereka lakukan

ketika itu. Saya tidak kisah apabila melakukan itu sendirian, tetapi apabila saya

melakukannya sendirian maka saya seorang sahaja yang mendapat input dan cara

untuk membuat falsafah itu.

- Saya juga mempunyai keutamaan lain, tetapi ketika di dalam kelas saya hanya

tertumpu kepada subjek itu sahaja tanpa membuat perkara lain kerana ia termasuk

kepada perkara yang lebih penting.

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

4

6. Berani

- Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, ahli saya tidak berani untuk

mengutarakan idea mereka. Oleh itu, berani ini saya maksudkan dengan berani

untuk memberikan pendapat dan idea serta berani untuk menerima sebarang

komen dan menerima komen tersebut dengan positif.

- Oleh itu, saya belajar untuk tidak takut memberikan idea dan mula menerima

komen daripada rakan serta pensyarah. Kerana, apabila kita melakukan kesalahan,

dari itulah kita belajar, tetapi jika kita merasakan kita sentiasa di pihak yang betul

sahaja, maka kita tidak akan belajar apa-apa.

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

5

Apa yang saya dapat semasa melaksanakan Forest School?

1. Arahan

- Mendengar dan memberi arahan adalah merupakan dua komponen utama dalam

arahan. Setiap satu daripada mempunyai kriteria masing-masing.

- Apabila seseorang itu mahu memberikan arahan, maka arahan yang diberi

haruslah jelas dan mempunyai objektif. Jelas ini bermaksud arahan yang diberikan

itu mudah untuk difahami dan menggunakan suara yang lantang kerana apabila

arahan yang diberi berjela-jela maka ia akan membuatkan pelajar hilang tumpuan

dan sukar untuk memahami apa yang seharusnya dilakukan. Apabila menyentuh

pula dari aspek suara, apabila suara guru terlalu rendah menyebabkan pelajar tidak

dapat mendengar arahan dengan jelas dan ini boleh menyebabkan pelajar

melakukan perkara yang tidak perlu dilakukan.

- Semua pelajar KBC yang memberikan komen bahawa guru daripada kumpulan

saya perlu bercakap dengan lebih kuat. Pada hari kejadian, saya telah bertindak

sebagai murid sahaja dan saya berada di hadapan namun suara guru tidak juga

dapat didengar dengan jelas.

- Oleh itu, apa yang saya belajar adalah guru perlu bijak untuk mengendalikan

kedudukan murid supaya murid dapat mendengar suara guru dengan jelas. Ada

satu kumpulan yang telah bertindak menyuruh pelajar untuk berbaris panjang di

dalam kumpulan dan ini telah menyebabkan pelajar tidak dapat mendengar arahan

guru dan mula melakukan aktiviti lain di belakang. Jika di dalam Forest School,

guru yang mempunyai suara yang rendah harus membawa pembesar suara ketika

mengendalikan aktiviti luar seperti ini.

2. Keselamatan

- Saya belajar bahawa keselamatan adalah merupakan satu perkara penting yang

harus diambil kira dalam apa jua aktiviti luar mahupun aktiviti dalaman. Guru

perlu sekurang-kurangnya tahu memberi bantuan kecemasan asas supaya ia dapat

membantu sekiranya pelajar mengalami kecederaan kecil.

- Hal ini lebih perlu dititik beratkan oleh guru tambahan lagi apabila melakukan

Forest School kerana ada waktunya kita tidak dapat untuk mengagak apa yang

akan berlaku di dalam hutan tersebut terutamanya jika membawa pelajar

pendidikan khas.

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

6

3. Masa

- Masa di sini saya maksudkan adalah penjagaan masa ketika mengajar supaya

objektif pengajaran pada hari tersebut dapat dicapai.

- Alhamdulillah, kumpulan saya telah menepati masa sebagai mana yang telah

ditetapkan kerana kumpulan kami telah membuat satu RPH kerana masa untuk

mengajar telah ditetapkan sebanyak 45 minit untuk setiap kumpulan. Oleh itu,

masa harus digunakan secara semaksimum mungkin. Walaupun ada antara guru di

dalam kumpulan saya terlupa beberapa perkara namun mereka masih mampu

untuk mengatasi perkara tersebut.

- Pemberian penjelasan yang terlalu panjang akan mengganggu konsentrasi pelajar

dan menggunakan masa yang lama daripada yang sepatutnya dan mengganggu

aktiviti yang telah dirancang.

4. Kepelbagaian teknik penyampaian pengajaran

- Melalui aktiviti dalam Forest School ini, saya dapat mengetahui dan

mengaplikasikan teknik penyampaian pengajaran untuk aktiviti luar. Pendekatan

yang berbeza diperlukan untuk subjek yang berbeza untuk menarik minat pelajar

untuk belajar terutamanya apabila pelajar sudah mula bosan dengan pengajaran

pada hari tersebut.

- Salah satu contoh adalah menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan

pengajaran mengenai bunyi dan alam sekitar seperti mana yang telah kumpulan

saya lakukan iaitu melalui Cikgu Zulaikha.

Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir KBC 3053 D20121058364

7

Apa yang saya dapat selepas melaksanakan Forest School?

1. Sokongan

- Saya belajar untuk memberi sokongan sebelum, semasa dan selepas Forest School

ini berjalan kerana ahli saya terutamanya guru-guru tidak berani untuk menjadi

guru pada hari tersebut dan ketika kumpulan kami telah habis mengajar ada yang

datang kepada saya dan meminta maaf kerana tidak dapat mengajar dengan baik.

- Tindakan saya adalah saya menyuruh mereka untuk mencuba lagi lain kali dan

tidak menyalahkan mereka kerana saya faham kerana ini kali pertama mereka

mengendalikan sesuatu perkara seperti ini dan kegusaran di hati melebihi

keberanian mereka pada ketika itu.

2. Penilaian

- Penilaian atau kata mudahnya memberi komen pada saya adalah merupakan satu

perkara yang sukar kerana setiap orang mempunyai kumpulan mempunyai

kelebihan dan kekurangan masing-masing.

- Ketika Peer Evaluation, saya perhatikan ramai antara rakan yang mengambil masa

yang lama untuk memberikan komen termasuklah saya sendiri. Hal ini kerana

kekurangan pengalaman dan tahu cara untuk menilai seseorang dalam bentuk

tulisan. Pada pendapat saya mungkin lebih mudah untuk memberi komen di dalam

bentuk verbal.

- Namun begitu, saya akan cuba untuk belajar untuk membuat penilaian kerana ia

merupakan salah satu tugas guru pendidikan khas.

- Penilaian yang diberikan oleh rakan-rakan sedikit sebanyak telah memberikan

satu input positif kepada saya dan kumpulan saya untuk melakukan

penambahbaikan.

- Selain daripada itu, penilaian yang diberikan oleh Pn Fazeila kepada setiap

kumpulan dan kumpulan saya juga telah memberikan saya satu semangat baru dan

usaha untuk lebih mendalami teknik pengajaran kepada pelajar Pendidikan Khas

dan juga pelajar Pendidikan Khas.