refleksi enna

Upload: annenhafurqhani

Post on 04-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Refleksi Enna

    1/2

    Refleksi (Siti Nordiana)

    Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini

    dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah

    kekangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa mahupun sumber

    maklumat. Namun setelah diberi segala penerangan daripada pensyarah subjek

    Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya dapat memahami serta

    memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

    Sepanjang proses saya menyiapkan tugasan projek yang diberikan, saya dapati

    bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai

    ontoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang bagaimana ara guru membina

    sesebuah set soalan berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang mengikut standard.

    Namun begitu setelah saya menari maklumat dan membuat rujukan daripada beberapa

    buah buku yang berkaitan dengan hal tersebut, saya dapat memahami perkara ini

    dengan lebih mendalam lagi. Melalui tugasan ini, saya juga berpeluang membina

    beberapa soalan yang beteraskan aras !aksonomi Bloom dan "omain #rathwohl.

    "aripada dapatan saya, pembinaan item ujian hendaklah berdasarkan $S% sebagai

    panduan kepada guru supaya item&item yang dibina merangkumi semua kandungan

    pengajaran daripada awal hingga akhir. Pada pendapat saya, membina soalan bukanlah

    mudah kerana saya perlu merujuk kepada aras !aksonomi Bloom dan aras "omain

    #rathwohl.

    Saya juga dapat menimba ilmu yang baru iaitu dapat mempelajari konsep

    pentaksiran dan penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    'al ini memberi pengalaman kepada saya untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan

    oleh guru sebelum, semasa atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan. (alaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa

    berkorban dari segi masa, tenaga, dan sebagainya, saya tetap berpuas hati kerana hasilkerja keras ini banyak memberi ilmu baru kepada diri saya dan akan saya aplikasikan

    suatu hari nanti. Melalui tugasan ini saya dapat ilmu yang lebih mendalam berkaitan

    pentaksiran iaitu pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan

    seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses

    pendidikan. "alam konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam

  • 7/21/2019 Refleksi Enna

    2/2

    proses pembelajaran yang merangkumi akti)iti menghurai, mengumpul, merekod,

    memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar

    bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan

    gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau akti)iti

    pembelajaran. Akti)iti pentaksiran ini perlu dijalankan seara berterusan.

    "i samping itu, tugasan ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang

    domain kognitif !aksonomi Bloom dan "omain #rathwohl. Saya mendapati bahawa

    domain kognitif !aksonomi Bloom terdapat enam elemen iaitu aras pengetahuan, aras

    pemahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Manakala,

    !aksonomi #rathwohl terdiri daripada * peringkat iaitu penerimaan, gerak balas,

    menilai, organisasi dan perwatakan.

    Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya

    menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya. 'asil daripada melaksanakan tugasan

    Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, kini saya mula memahami bagaimana

    proses penilaian seseorang murid yang dilakukan oleh guru bagi membantu mereka

    dalam sesuatu topik pembelajaran. Seterusnya, saya berasa lebih berminat untuk

    mengkaji bidang yang berkaitan dengan bahasa agar dapat meningkatkan kemahiran

    yang berkaitan dengan bahasa dalam diri saya. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan

    dan akan dipraktikkan untuk masa akan datang.