refleksi diri

16
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR PROGRAM BINA INSAN GURU FASA lll KHIDMAT MASYARAKAT TARIKH : 25 FEBRUARI 2012 LOKASI : SURAU IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA NAMA PELAJAR : RASYIDAH BINTI AHMAD FUAD NO.KAD PENGENALAN : 911107-10-5740 KUMPULAN : PISMP PSV JANUARI 2011 NAMA TUTOR : TN. SYED AHMAD FUAD B. SYED NOOR

Upload: syidah-ahmad

Post on 06-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BINA INSAN GURU

TRANSCRIPT

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA lll KHIDMAT MASYARAKATTARIKH : 25 FEBRUARI 2012LOKASI : SURAU IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

NAMA PELAJAR : RASYIDAH BINTI AHMAD FUADNO.KAD PENGENALAN : 911107-10-5740KUMPULAN : PISMP PSV JANUARI 2011NAMA TUTOR : TN. SYED AHMAD FUAD B. SYED NOOR

LAPORAN REFLEKTIF(program)

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru Fasa III(Khidmat Masayarakat 10 Jam)

Kumpulan Mentor : Tuan Syed Ahmad Fuad Bin Syed NoorAktiviti : Khidmat Masyarakat (10 jam)Tarikh : 25 februai 2012 Tempat : Sekitar IPG Kampus Bahasa AntarabangsaObjektif Program : 1. Tindakan, amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru2. Bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih.3. Memberi sumbangan kepada IPG. 4. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 5. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. 6. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan 7. dengan masyarakat.8. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan. 9. Membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Nama Kumpulan : PISMP Pendidikan Seni VisualNama Ahli kumpulan: Rasyidah Binti Ahmad Fuad

Laporan Ringkas:

Pada 25 februari 2012 pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 akan menjalani program Bina Insan Guru ( BIG) selama 10 jam dan bertempat di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.7.30 pagi hingga 8.00 pagi, kesemua kumpulan PISMP dikehndaki berkumpul di dataran IPG KBA. Sesi pendaftaran dijalankan. Pensyarah yang terlibat ialah Encik Baseni Bin Jantra.8.00 pagi hingga 8.30 pagi, majlis perasmian dilangsungkan. Pensyarah yang terlibat ialah pensyarah dari unit kokurikulum, mentor setiap kumpulan serta urusetia. Simbolik perasmian ialah dengan menaikkan bendera semasa nyanyian lagu negaraku dan beberapa lagu patriotik. Selain itu, bacaan doa, ucapan pengarah IPG KBA dan sedikit taklimat juga dijalankan.8.30 pagi hingga 1.00 petang, aktiviti khidmat masyarakat dimulakan. Mentor ditugaskan membuat pantauan. Khidmat masyarakat yang saya jalani adalah di kawasan surau IPG KBA.1.00 petang hingga 2.00 petang, kesemua pensyarah dan kumpulan pelajar PISMP diberikan rehat. 2.00 petang hingga 3.00 petang, kumpulan pelajar PISMP menyambung tugas di kawasan masing-masing. Selain itu, membuat kemasan akhir di kawasan yang ditugaskan.3.00 petang hingga 6.00 petang, sesi bengkel etika sosial dan protocol dijalankan. Bertempat di auditorium IPG KBA.pensyarah yang terlibat ialah puan Asiah, mentor dan urusetia. Antara tajuk yang dibicarakan semasa sesi bengkel tersebut ialah pengucapan awam, kesantunan bahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika pemakaian.6.00 petang, secara rasminya program BIG fasa III ditamatkan.

Disediakan Oleh: Diselia & Disahkan Oleh

.. ..Rasyidah Binti Ahmad FuadPISMP PSV

REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI Alhamdulillah. Segala pujian saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya dapat saya menyempurnakan penglibatan saya dalam program Bina Insan Guru (BIG) bagi semester satu tahun 2 ini.Saya Rasyidah Binti Ahmad Fuad 911107105740. Pelajar PISMP Pendidikan Seni Visual ambilan januari 2011 telah terlibat dalam program Bina Insan Guru yang diadakan pada 25 febuari 2012 dan tempoh diberikan adalah selama 10 jam sahaja. Program tersebut telah melibatkan kumpulan pelajar PISMP ambilan 2011 dan beberapa kumpulan pensyarah pembimbing yang telah menggerakkan program ini dengan penuh jayanya. Bagi kelas saya iaitu kelas PSV pensyarah mentor yang terlibat ialah Tuan Syed Ahmad Fuad.Dikesempatan ini, saya ingin membuat refleksi saya terhadap program BIG kali ini. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga unit kokurikulum, pensyarah serta rakan-rakan yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dalam segala hal sepanjang tempoh 10 jam program ini berjalan. Tidak lupa kepada ahli jawatankuasa (ajk) tertinggi yang bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja serta mengaturkan ajk-ajk kecil supaya segala urusan berjalan lancar. Seterusnya, kepada semua rakan-rakan yang sudi membantu saya ketika saya memerlukan terima kasih untuk kalian. Program BIG sememangnya telah memberi impak yang besar dalam diri saya, lebih-lebih lagi untuk mempersiapkan diri sebagai seorang guru. Program ini dilakukan di sekitar kawasan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.Tugasan pertama kami ialah kami berbincang tentang pembahagian tugas dengan kumpulan PISMP yang lain. Apa yang dapat saya refleksikan disini ialah saya dapat memupuk semangat kerjasama dan sikap bertolak ansur antara rakan sekelas. Selepas aktiviti perbincangan selesai dijalankan, kumpulan PISMP PSV akan bertugas melakukan pembersihan di surau bersama-sama kumpulan Tesl 1.2 dan kumpulan Matematik. Kemudian, ketua pasukan BIG, iaitu Muhammad Helmy Affendi telah membuat perlantikan untuk ajk-ajk kecil untuk melicinkan lagi perjalanan aktiviti ini. Dengan tindakan begini, kami dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim di antara kami. Alhamdulillah, apabila kami telah dapat menyelesaikan sesi perbincangan, tidak ada masalah untuk saya memberikan sumbangan tenaga dan masa saya untuk memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan.Aktiviti BIG selama 10 jam ini dimulakan seawal pukul 8.00 pagi. Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran. Ajk pendaftaran telah menjalankan tugas dengan baik kerana semasa sesi pendaftaran dijalankan, tidak berlaku sebarang kesulitan dan kekeliruan. Disinilah dapat dilihat semangat kesemua kumpulan PISMP ambilan januari 2011 untuk menyelesaikan BIG kali ini. Selepas sesi pendaftaran diselesaikan, kami akan memulakan aktiviti dengan doa, nyanyian lagu Negaraku, IPBA, gemuruh dan Nyalakan Tekad. Selepas menyanyi, kami melakukan senaman ringan sebagai pemanas badan untuk memulakan khidmat masyarakat.Daripada perbincangan yang dilakukan, kami akan menjalankan aktiviti pembersihan di sekitar surau Al-Ghazali sebagai aktiviti BIG kali ini. Sebagai langkah pertama, kami berbincang diantara PISMP PSV, Tesl 1.2 dan Matematik tentang pembahagian tugas di surau. Dengan mengambil masa hanya beberapa minit, kami sebulat suara bersetuju bahawa PISMP tesl 1.2 akan bertugas di bahagian dalam surau, PISMP Matematik pula akan bertugas di bahagian tempat berwuduk dan luar surau. Manakala kumpulan saya iaitu PISMP PSV akan bertugas untuk mengecat surau dan membuat mural. Pada pukul 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari kami diberi masa untuk membersihkan surau. Untuk kumpulan saya, kami telah memulakan kerja mengecat dinding surau serta melakar untuk membuat mural. Ketika melakukan lakaran untuk memilih rekaan yang sesuai dijadikan mural pada dinding surau, kami telah mendapatkan nasihat daripada ustazah dari Jabatan Pendidikan Islam. Dengan kerjasama yang diberikan, Alhamdulillah kami dapat menjalankan aktiviti mural dengan mudah mengikut masa yang ditetapkan.Seramai 6 orang akan menguruskan bahagian mural, manakala selebihnya iaitu 15 orang lagi akan mengecat surau. Melalui aktiviti mural ini, ia banyak memberi refleksi diri yang dapat saya perolehi. Salah satunya ialah melalui aktiviti ini, ia sangat menguji tahap kreatifviti setiap ahli kumpulan saya. Di sini, kesemua ahli terlibat untuk memberikan pandangan masing-masing agar corak yang unik dan abstrak dapat dihasilkan. Segala tunjuk ajar pensyarah dan rakan saya sendiri sangat berguna kepada kami sekurang-kurangnya kami perpengalaman menggunakan teknik sepatutnya dan insyaAllah akan saya pratikkan di masa akan datang. Ketiga-tiga kumpulan telah memberikan kerjasama yang baik dimana saling membantu ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Hal ini dapat dilihat ketika masa rehat iaitu makan tengahari semakin hampir beberapa orang dari kumpulan matematik dan tesl telah membantu untuk melakukan kerja-kerja mengecat dinding surau. Kerja-kerja mengecat ini memerlukan kerjasama yang sangat utuh kerana ia melibatkan keselamatan setiap orang. Tambahan pula kerja ini memerlukan menggunakan tangga sebagai alat untuk mengecat bahagian yang tinggi. Disini saya dapat melihat silaturahim antara ketiga-tiga kumpulan semakin erat dan saling mengenali. Seterusnya, program ini telah membuatkan diri saya semakin berdisiplin lebih- lebih lagi dalam soal masa. Hal ini dapat dibuktikan dimana kami perlu mengendalikan sendiri tugas supaya tidak mengganggu masa dan perjalanan program. Faktor masa sangat memainkan peranan kerana kami perlu mematuhi masa dengan tepat. Memang diakui pada permulaan hari kami, keadaan kelam kabut kerana masa yang diberikan untuk program BIG kali ini hanya 10 jam. Jadi, hal ini mengajar kami supaya berdisiplin terhadap masa serta mengajar kami berdikari sendiri. Disini jelaslah bahawa program BIG adalah program yang tegas kerana mengajar kami tentang tangungjawab yang dipikul. Pada hari seterusnya, tidak ada lagi masalah yang timbul dalam soal jadual waktu dan tangungjawab masing-masing, semuanya berjalan dengan lancar.Pada sebelah tengahari, kami disediakan dengan makan tengahari di kafe IPBA. Pada waktu makan juga disiplin juga sangat dititikberatkan. Hal ini kerana, kami diberi pendedahan mengenai adap-adap makan ketika majlis. Ini sangat mengujakan bagi diri saya, kerana banyak kesan positif yang boleh saya gunakan kelak. Selain itu, sebagai seorang bakal guru, pengetahuan seperti ini merupakan satu keperluan untuk mendidik murid yang akan datang. Selain itu, perkara ini juga merupakan protocol yang paling asas dan wajip diketahui oleh semua bakal guru. Ia juga boleh dipraktikkan kedapa murid ketika mengadakan pekhemahan ataupun majlis makan yang rasmi.Selepas diberikan masa untuk makan tengahari dan rehat, kami perlu menghadirkan diri di auditorium untuk sesi bengkel etika sosial dan protokol. Apa yang dapat saya refleksikan disini ialah saya dapat menyedari kelemahan diri sendiri. Hal ini membuatkan saya menanamkan azam untuk melakukan perubahan positif terhadap diri saya sendiri. Dalam bengkel ini, ia memberikan pendedahan mengenai kesantunan bahasa yang boleh saya aplikasikan untuk menjada bangsa melayu dan warganegara yang sejati. Selain itu, terdapat input-input lain yang boleh saya ambil sebagai pengetahuan asas. Tambahan pula, sebagai bakal guru ini merupakan input yang wajip diketahui untuk mendidik murid yang akan datang.Sememangnya program BIG ini banyak memberi kesan dan refleksi positif kepada saya. Diantaranya ialah dapat memupuk sikap tanggungjawab, disiplin, amanah dan bersungguh-sungguh. Selain itu, program BIG juga memupuk semangat cinta akan institut serta cinta akan negara bangsa. Dengan program yang hanya memakan masa selama 10 jam ini, ia mampu mendidik seorang bakal guru supaya memiliki pengetahuan yang asas sebagai seorang guru. Pada pukul 6, genaplah 10 jam program ini berlangsung. Maka berakhirlah program BIG kali ini. Sepanjang program ini berlangsung, dapat dilihat bahawa kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan megamalkan sikap tolong menolong. Harapan saya untuk BIG seterusnya ialah semoga unit kokurikulum dapat mencadang aktiviti yang lebi mencabar dan menarik. Selain itu, dapat mendedahkan pengetahuan yang baru kepada kesemua bakal guru Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

KERTAS KERJA