refleksi chuan

2
Refleksi (Ling Chin Chuan) Saya telah menyiapkan kerja kursus Pengukuran dan Penilaian PJK (PJM 3152) dalam masa yang ditetapkan. Walaupun saya sibuk dengan kerja kursus yang lain, saya tetap meluangkan masa untuk mencepatkan langkah menyiapkan tugasan ini. Semasa saya mendapat kertas soalan untuk subjek Pengukuran dan Penilaian PJK (PJM 3152), saya menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya perlu hasilkan. Bahagian A memerlukan saya dan ahli kumpulan saya membuat rujukan sejarah tentang bateri ujian (SEGAK). Saya telah salah faham tentang tugasan bahagian B. Saya telah mengelolakan ujian SEGAK untuk murid tahun 4 sepanjang praktikum fasa 2 dan saya telah menganalisasi data yang saya peroleh dengan menggunakan excel. Selepas penerangan daripada pensyarah, saya memahami saya dan ahli kumpulan saya sepatutnya mengelolakkan ujian untuk kawan sekelas kami serta memperolehi data kecergasan mereka. Untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah membuat keputusan untuk mencari maklumat dari pusat sumber IPGKSM. Bahan-bahan bacaan di dalam pusat sumber adalah bahan rujukan pertama saya. Namun, maklumat-maklumat yang ada dalam bahan-bahan bacaan tersebut adalah terhad. Sehubungan dengan itu, saya juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan bertujuan menyiapkan kerja kursus dengan baik. Saya juga mencari pensyarah supaya dapat bantuan dari beliau. Pensyarah yang begitu baik telah menerangkan dan memberi cara penyelesaian kepada saya. Dari bantuan beliau, saya telah dapat maklumat yang berguna. Bukan itu sahaja, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet dan pelbagai aktiviti anjuran maktab serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Kelajuan talian internet di asrama amat lemah, ini menyusahkan saya mencari maklumat. Bukan itu sahaja, tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain juga menyebabkan saya susah meluangkan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Selanjutnya, tempoh yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini adalah tempoh praktikum fasa 2. Saya amat sibuk dalam tempoh ini seperti menulis RPH, menyediakan BBM, menyertai program sekolah, melukis mural di samping menyiapkan tugasan ini. Oleh sebab itu, saya perlu menguruskan masa saya dengan seeloknya. Sepanjang tugasan ini, saya telah mempelajari kepentingan semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan. Hal ini berlaku demikian kerana saya banyak berinteraksi dan berbincangan dengan rakan sekumpulan saya dan saya menyedari setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Rakan

Upload: chinchuan

Post on 09-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Chuan

Refleksi (Ling Chin Chuan)

Saya telah menyiapkan kerja kursus Pengukuran dan Penilaian PJK (PJM 3152)

dalam masa yang ditetapkan. Walaupun saya sibuk dengan kerja kursus yang lain, saya

tetap meluangkan masa untuk mencepatkan langkah menyiapkan tugasan ini.

Semasa saya mendapat kertas soalan untuk subjek Pengukuran dan Penilaian PJK

(PJM 3152), saya menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya perlu hasilkan.

Bahagian A memerlukan saya dan ahli kumpulan saya membuat rujukan sejarah tentang

bateri ujian (SEGAK). Saya telah salah faham tentang tugasan bahagian B. Saya telah

mengelolakan ujian SEGAK untuk murid tahun 4 sepanjang praktikum fasa 2 dan saya telah

menganalisasi data yang saya peroleh dengan menggunakan excel. Selepas penerangan

daripada pensyarah, saya memahami saya dan ahli kumpulan saya sepatutnya

mengelolakkan ujian untuk kawan sekelas kami serta memperolehi data kecergasan

mereka.

Untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik, saya telah membuat keputusan untuk

mencari maklumat dari pusat sumber IPGKSM. Bahan-bahan bacaan di dalam pusat

sumber adalah bahan rujukan pertama saya. Namun, maklumat-maklumat yang ada dalam

bahan-bahan bacaan tersebut adalah terhad. Sehubungan dengan itu, saya juga melayari

internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan bertujuan menyiapkan

kerja kursus dengan baik. Saya juga mencari pensyarah supaya dapat bantuan dari beliau.

Pensyarah yang begitu baik telah menerangkan dan memberi cara penyelesaian kepada

saya. Dari bantuan beliau, saya telah dapat maklumat yang berguna.

Bukan itu sahaja, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,

antaranya kelajuan talian internet dan pelbagai aktiviti anjuran maktab serta tugasan yang

bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Kelajuan talian internet di asrama amat lemah, ini

menyusahkan saya mencari maklumat. Bukan itu sahaja, tugasan yang bertimpa-timpa dari

mata pelajaran lain juga menyebabkan saya susah meluangkan masa untuk menyiapkan

tugasan ini. Selanjutnya, tempoh yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini adalah tempoh

praktikum fasa 2. Saya amat sibuk dalam tempoh ini seperti menulis RPH, menyediakan

BBM, menyertai program sekolah, melukis mural di samping menyiapkan tugasan ini. Oleh

sebab itu, saya perlu menguruskan masa saya dengan seeloknya.

Sepanjang tugasan ini, saya telah mempelajari kepentingan semangat kerjasama

dalam melakukan sesuatu tugasan. Hal ini berlaku demikian kerana saya banyak

Page 2: Refleksi Chuan

berinteraksi dan berbincangan dengan rakan sekumpulan saya dan saya menyedari setiap

orang mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Rakan sekumpulan saya amat pandai

bersosial dengan orang lain untuk medapat bantuan daripada senior-senior dan pensyarah

dalam menyiapkan tugasan ini malah dia merupakan seorang yang tidak berapa pandai

menguruskan masa dia. Dia sentiansa sibuk dengan kertas kursus lain menyebabkan saya

susah membuat perbincangan dengan dia. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi

oleh dia amat berguna dan membantu kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang

ditetapkan. Oleh sebab itu, kami perlu bekerjasama antara satu sama lain, menggunakan

kekuatan sendiri untuk membantu orang lain dan juga menerima bantuan orang lain untuk

kelemahan kami.

Walaupun pada mulanya saya menghadapi kesukaran namun saya berasa seronok

dan mula timbul perasaan ingin tahu terhadap ilmu-ilmu seperti ini. Dalam proses persiapan

kerja kursus ini saya mendapati bahawa kelemahan saya dalam mencari maklumat yang

berguna dan saya mengakui bahawa itulah kelemahan saya. Namun demikian, saya juga

berasa amat gembira kerana berpeluang mengkaji dan mencari jalan penyelesaian bagi

masalah yang dihadapi bersama dengan rakan-rakan. Saya dapat belajar secara lisan

melalui pertanyaan saya dengan rakan sekumpulan saya. Dengan ini, saya telah mendapat

ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan topik yang berkaitan serta lebih memahami cara

menggunakan Microsoft Office Excel. Pengetahuan dan pengalaman ini banyak membantu

saya untuk menjadi guru yang berkualiti pada masa depan.