refleksi- ceramah big

2
REFLEKSI- ceramah Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ceramah kali ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam. Pada 19 April 2014, sesi ceramah bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Balai Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Sesi ceramah adalah berdasarkan kepada pro forma di mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selama empat jam. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 50 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester dua daripada tiga buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Ilmu, iaitu En. Mohammad Roslan Bin Aroff yang bertajuk “Ciri-Ciri Guru Inovatif”. Ceramah dimulakan pada jam 8.00 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 9.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester dua kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada penceramah di atas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar. Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan ceramah (peringkat II) yang bertajuk, “Fungsi dan Peranan JPN serta Pengoperasiannyaoleh iaitu Pensyarah En Mahadhir B. Ismail dari Jabatan

Upload: meow

Post on 16-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

REFLEKSI- ceramah BIG

TRANSCRIPT

REFLEKSI- ceramahProgram Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ceramah kali ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.Pada 19 April 2014, sesi ceramah bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Balai Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Sesi ceramah adalah berdasarkan kepada pro forma di mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selama empat jam. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 50 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester dua daripada tiga buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Ilmu, iaitu En. Mohammad Roslan Bin Aroff yang bertajuk Ciri-Ciri Guru Inovatif. Ceramah dimulakan pada jam 8.00 pagi setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 9.30 pagi untuk sesi kudapan atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester dua kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada penceramah di atas kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan ceramah (peringkat II) yang bertajuk, Fungsi dan Peranan JPN serta Pengoperasiannya oleh iaitu Pensyarah En Mahadhir B. Ismail dari Jabatan Pendidikan Ilmu. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama 1jam 15 minit bermula jam 9.45 pagi hingga jam 11.00 pagi. Sesi bengkel diakhiri dengan pemberian hadiah oleh Tutor PISMP RBT SEM 2 iaitu, saudari Muizzuddin B. Mahbud sebelum semua pelajar bersurai. Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang pengetahuan sebagai seorang guru serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang. Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisme guru-guru pelatih dipupuk melalui aspek pemakaian formal.Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.