refleksi ceramah ahmadzulkifli

Upload: ahmad-zulkifli-manoh

Post on 04-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 refleksi ceramah ahmadzulkifli

    1/3

    REFLEKSI KENDIRI

    AHMAD ZULKIFLI BIN MANAOH

    Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan

    izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui

    semasa Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 ini. iaitu menjalani program Bina

    Insan Guru (BIG). Pada 27 September 2012, saya bersama rakan-rakan PPG ambilan Jun

    2011 seramai 28 orang telah berjaya mengadakan Ceramah Pembinaan Insan Guru Yang

    Seimbang betempat di Makmal Komputer SK. Duyong, Melaka. Ceramah ini telah

    berlangsung bermula dari pukul 02.30 petang dan berakhir pada 05.30 petang. Ceramah

    telah disampaikan oleh Encik Ramanan a/l Arumugum, Encik Ismail Labis.

    Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi

    banyak pengalaman dan pengetahuan berguna kepada saya. Saya berasa sangat

    bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala pengetahuan yang

    saya dapat ini amatt berguna dalam kehidupan seharian terutama sebagai seorang

    pendidik.

    Tajuk yang disampaikan, secara tidak langsung mengetahui tentang guru sebagai

    insan mulia, memahami ciri-ciri kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru serta

    keperluan pembelajaran berterusan dan seluas hayat. Ini secara tidak langsung memberi

    pendedahan kepada saya mengenai mengurus mengatur serta merancangkan segala

    persiapan sebelum, semasa dan selepas sesuatu ceramah dianjurkan. Berdasarkan

    pengalaman sebagai seorang guru dan pernah menguruskan perkhemahan sebelum ini,

    sudah tentu program BIG ini dapat saya uruskan dengan jayanya. Walaupun demikian ,

    kerjasama dan semangat berpasukan itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu

    tugasan. Bak kata pepatah Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tanpa

    bantuan dan kerjasama semua pihak sudah tentu kita gagal melaksanakan sesuatu perkara

    dengan baik.

    Yang kedua, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk

    melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Semasa BIG ini,

    saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah

  • 7/31/2019 refleksi ceramah ahmadzulkifli

    2/3

    ditetapkan. Apa yang penting adalah keazaman dan pembahagian tugas yang teratur.

    Sekiranya kita tidak membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita

    mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan tadi dalam masa yang telah ditetapkan.

    Yang ketiga apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa

    ingin mencari ilmu. Semua ilmu tidak akan datang dengan hanya petikan jari sahaja. Maka,

    tanggungjawab kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting

    dalam kehidupan dan untuk menghadapi apa juga rintangan yang tidak dapat kita duga.

    Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini.

    Dalam kehidupan seorang guru, ilmu bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi

    kehidupan. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan untuk mendapatkan apa jua maklumat.

    Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah

    kita dapat. Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk

    memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Semua aktiviti yang dijalankan banyak mengajar

    saya nilai-nilai dan pengetahuan yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya.

    Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk

    menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

    Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program BIG sememangnya

    menepati apa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk menjadi guru yang berjaya dari

    sudut sahsiah, akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi

    semasa menjalankan program ini. Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program

    ini benar-benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

    pensyarah pembimbing saya Puan Anisah Bte , iaitu mentor kumpulan PK, Penyelaras

    program BIG IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPG KPPM), En Azman Kanil ,pensyarah-pensyarah di unit Kokurikulum IPG KPPM,atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

    diberikan bagi melaksnakan program ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada Guru Besar SK.

    Duyong, barisan pentadbir dan guru-gurunya yang memberi kebenaran dan kerjasama

    memberi kemudahan menggunakan makmal komputer. Kepada rakan-rakan PPG yang

    banyak memberikan komitmen dan kerjasama , tidak juga saya lupakan ntuk ucapkan

    setinggi-tinggi terima kasih kepada kalian semua.

    Sekian terima kasih.

    AHMAD ZULKIFLI BIN MANOH

  • 7/31/2019 refleksi ceramah ahmadzulkifli

    3/3

    701004-04-5081

    KUMPULAN PK / AMBILAN JUN 2011

    Salam, mustakim mintak tolong hang edit saya punya refleksi ceramah ini

    jangan lupa masukkan nama saya dalam aktiviti ceramah yang di buat dkt skduyong pada 27.9.12.hang nak hantar bila.perkhemahan saya hantar pada

    15.10.12 pukul 3.30 petang.