refleksi bmm3142

Upload: madlane-assing-aline

Post on 01-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 REFLEKSI BMM3142

    1/4

    REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142

    Semasa menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman baru yang telah saya temui

    dan pelajari terutama sekali dalam kebudayaan ini saya dapat mengetahui dengan lebih

    jelas lagi mengenai asal usul budaya Melayu dan pengaruh yang diterima dalam

    memperbaiki lagi budaya masyarakat Malaysia pada hari ini. Kebudayaan ini merupakan

    satu khazanah yang perlu dipelihara dan diamalkan dengan baik oleh generasi ke generasi

    agar ia tidak lapuk di hujan, tak lekang dek panassebagai simbol dan identiti masyarakat

    Melayu.

    Oleh itu, dalam menjadikan sesuatu budaya bernilai dan terpelihara sebagai

    seorang guru langkah proaktif perlu dilakukan dengan segera supaya budaya Melayu ini

    diamalkan dan dijaga dengan baik oleh murid. Budaya dapat dipelajari oleh murid melalui

    subjek bahasa Melayu dan juga Kajian empatan. Sebagai seorang guru, maka timbulah

    dalam diri bagaimana untuk memastikan murid berasa berminat dan !inta kepada budaya

    yang dipelajari.

    Melalui tugasan ini juga, saya berpendapat guru itu perlu mempelajari dan

    mengamalkan sesuatu budaya itu terlebih dahulu. "uru juga perlu menunjukkan !ontoh

    yang baik kepada murid dan menunjukkan rasa ke!intaan terhadap budaya yang diamalkan.

    Melalui budaya ini juga, guru dapat mengeratkan uk#ah dan perpaduan antara murid dan

    menimbulkan rasa hormat terhadap budaya masyarakat lain. "uru juga perlu menjadikan

    sesuatu budaya itu sebagai keunikan untuk dipelajari dan diamalkan.

    Kebudayaan yang dipelajari ini terutama dalam aspek pantang larang dan adat$ adat

    Melayu dapat diamalkan. %pabila guru mengetahui adat dan pantang larang dalam sesuatu

    masyarakat sudah tentu guru akan menghormati akan budaya murid yang berbeza semasa

    dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Melalui ini juga, guru dapat menerangkan kepada

    murid tentang pentingnya menghormati budaya sesuatu masyarakat. "uru juga akan

    menghormati hak dan sensiti&iti murid yang berbeza latar belakang dan juga budaya.

    Melalui tugasan ini juga, ia turut memberi impak yang besar dalam profesion

    keguruan terutama sekali membantu guru bersedia untuk menghadapi dan berhadapan

    dengan murid yang berbeza budaya. "uru juga akan menunjukkan rasa hormat dan

    tingginya nilai budaya yang perlu diamalkan dan dipelajari oleh murid. Sebagai seorang

    guru, saya merasakan ke!intaan terhadap budaya itu perlu dipupuk sejak dari a#al

    persekolahan lagi kerana budaya dan kehidupan murid$ murid adalah seiring dan sangat

    berkait rapat dengan mereka. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi

    lebih bermakna dengan menyelitkan unsur kebudayaan ini.

    MADLANE AK. ASSING/BMM3142 Page 1

  • 8/9/2019 REFLEKSI BMM3142

    2/4

    REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142

    'engaruh luar dalam kebudayaan Melayu telah menghasilkan impak yang besar

    dalam kalangan masyarakat Melayu. 'engaruh yang hadir daripada (indu, Barat, )ina dan

    *slam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masayarakat Malaysia pada hari

    ini. +amun tidak semua pengaruh luar yang mendatangkan impak yang positif. ika dilihat

    pada hari ini di Malaysia, kebanyakkan kanak$kanak terjebak dalam meniru budaya barat

    seperti aksi$aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks

    bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja

    harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.

    Oleh itu, terdapat beberapa kesan$kesan kepada remaja pada masa kini

    terutamanya kanak$kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian

    adalah kanak$kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap

    orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam *slam bagi

    perempuan #ajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki ke!uali muka dan tapak

    tangan manakala, bagi lelaki #ajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.

    usteru, ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan !ontoh pemakaian yang sesuai

    dan menutup aurat kepada anak$anak mereka dari peringkat a#al lagi supaya isu mengenai

    budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling

    dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.

    Selain itu, kesan kepada kanak$kanak yang terjebak daripada isu$isu budaya baratadalah apabila kanak$kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan

    faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka adalah apabila

    kanak$kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji %l$-uran. i sini,

    kesan yang dihadapi kepada kanak$kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan

    menghadapi masalah dalam menghafal dan memba!a ayat$ayat su!i di sekolah mahupun di

    rumah. usteru, sebagai ibu bapa yang sayang akan *slam mereka haruslah memimpin

    anak$anak mereka mengajar mengaji se#aktu mereka ke!il lagi dan mengurangkan

    memasang lagu dari budaya$budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk

    menambah ilmu.

    alam hal ini, isu$isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin

    berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak

    mengambil berat tentang hal isu budaya barat ini. *su budaya barat ini banyak memberi

    kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak$kanak pada masa kini. *su budaya

    barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang indi&idu dan menjatuhkan akhlak dalam

    *slam dan seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek

    MADLANE AK. ASSING/BMM3142 Page 2

  • 8/9/2019 REFLEKSI BMM3142

    3/4

    REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142

    kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media

    serta pemikiran.

    +amun pengaruh barat yang memberi kesan positif seperti ke!anggihan teknologi

    yang boleh diguna pakai untuk membantu masyarakat Melayu terus maju dan selaras

    dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu

    dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu !abaran dalam era

    globalisasi. )abaran yang diba#a bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing

    daripada budaya tempatan.

    /alau bagaimanapun, budaya asing yang diba#a masuk kedalam masyarakat, tidak

    semuanya negatif. Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan

    budaya yang positif. Kepelbagaian budaya sememengnya memberi banyak sumbangankepada kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa. Oleh itu, *slam membuka

    ruang kepada umatnya menerima budaya asing asalkan tiada tentangan dengan al$-uran

    dan (adis.

    alam hal ini, #alau bagaimana hebatnya gelombang !abaran yang datang, kita

    boleh menangkisnya dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri. %kidah yang kukuh,

    iman yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi

    semua badai tersebut.

    Kita se#ajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara. Berfikir

    sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji serta maksiat memang menjadi tuntutan

    rohani. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan akal yang di anugerahkan oleh uhan sebagai jalan

    untuk menjauhkan diri daripada perkara keji dan perbuatan yang tidak elok.

    Snou!k (urgronje, seorang orientalis dan pensihat Belanda di *ndonesia

    menerangkan semakin kuat rakyat sesebuah +egara yang dijajah menganut peradaban

    Barat, semakin bebas mereka daripada ajaran *slam. Mereka berhasrat untuk menjadikan+egara dan umat *slam yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan

    mereka.oleh itu, mereka berusaha menyempitkan ajaran agama *slam yang sebenar dengan

    membataskan kepada hal$hal kerohanian sahaja.

    0mat *slam dahulu berjaya mempertahahankan kesu!ian *slam daripada pengaruh

    luar yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah *slamiah mereka. 'erkara ini

    ditegaskan oleh %s Syahid -utb. Menurutnya,sekalipun kaum penjajah melakukan

    penjajahan pemikiran, keji#aan, kemasyarakatan dan politik mereka belum pernah mampu

    membunuh akidah *slamiah umat *slam. (al inilah yang menjadikan mereka umat yang

    MADLANE AK. ASSING/BMM3142 Page 3

  • 8/9/2019 REFLEKSI BMM3142

    4/4

    REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142

    berkedudukan tinggi, tidak mudah menyerah dan tunduk kepada mana$mana kuasa

    manusia. Selagi umat *slam berpegang teguh kepada akidah *slam, selagi itulah pengaruh$

    pengaruh luar yang mahu merosakkan *slam tidak akan berjaya.

    untasnya, tugasan ini telah memberikan kesedaran kepada saya dalam menjadi

    seorang guru yang penyayang dan perihatin terhadap latar belakang dan budaya murid$

    murid. *nsya%lllah saya akan sentiasa mengingati apa yang telah saya pelajari dan akan

    sentisa mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. Setelah selesai melakukan tugasan ini

    akhirnya saya berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan dan berharap apa yang

    dipelajari oleh saya ketika membuat tugasan ini dapat diteruskan. Saya juga berharap apa

    yang dipelajari dapat membantu saya pada masa akan datang agar menjadi seorang guru

    yang men!intai dan menghargai sesuatu budaya itu. Saya berharap tugasan ini dapat

    menambahkan keyakinan diri saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik untuk anak

    didik saya.Saya juga telah bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam membentuk

    sahsiah diri.

    MADLANE AK. ASSING/BMM3142 Page 4