refleksi bmm 3101

3
REFLEKSI Saya Haslinawati bt Hashim merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Sharif Mohd bin Rahmat Ali kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini , pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi . Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar – legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain juga perlu disiapkan pada tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melasanakan semua tugasan. Walaubagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang yang telah ditetapkan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Dalam tugasan yang diberikan , saya dan rakan sekumpulan dikehendaki menjelaskan dan menghuraikan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang merangkumi aspek Falsafah,Objektif dan Organisasi Kandungan , kemahiran-kemahiran Bahasa(Mendengar , Bertutur ,Membaca dan Menulis),konsep 5P , PengisianKkurikulum,Kemahiran Bernilai Tambah dan Sistem Bahasa dalam bentuk peta konsep. Sepanjang menyiapkan peta konsep yang menarik dan kreatif memerlukan kesabaran yang tinggi .Ini kerana , penggunaan ICT memakan masa yang lama untuk disiapkan.Mungkin

Upload: noor-asmida-noordin

Post on 18-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penulisan refleksi tentang sukatan pelajaran yang berkaitan dengan FPK

TRANSCRIPT

REFLEKSISaya Haslinawati bt Hashim merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Sharif Mohd bin Rahmat Ali kerana diberikan ruang dan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini , pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi . Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar legar dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain juga perlu disiapkan pada tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melasanakan semua tugasan. Walaubagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang yang telah ditetapkan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.Dalam tugasan yang diberikan , saya dan rakan sekumpulan dikehendaki menjelaskan dan menghuraikan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang merangkumi aspek Falsafah,Objektif dan Organisasi Kandungan , kemahiran-kemahiran Bahasa(Mendengar , Bertutur ,Membaca dan Menulis),konsep 5P , PengisianKkurikulum,Kemahiran Bernilai Tambah dan Sistem Bahasa dalam bentuk peta konsep. Sepanjang menyiapkan peta konsep yang menarik dan kreatif memerlukan kesabaran yang tinggi .Ini kerana , penggunaan ICT memakan masa yang lama untuk disiapkan.Mungkin kerana, saya kurang mahir dalam penghasilan grafik yang menarik . Tetapi segala usaha dan halangan yang saya hadapi dapat juga saya tangani sehingga menghasilkan peta konsep yang memuaskan.

Setelah selesai tugasan yang pertama , saya bersama rakan kumpulan mula berbincang mengenai tugasan ke dua kami iaitu menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami berdua memutuskan untuk memilih salah satu topik dalam Matapelajaran Bahasa Melayu tahun 5. Kami dikehendaki menghasilkan satu RPH yang lengkap untuk tempoh satu jam dengan mengaplikasikan aspek-aspek 5P , Sistem Bahasa , Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah .

Justeru , sebelum menganalisis RPH tersebut,sudah tentulah saya dan rakan perlu memahami konsep dan kemahiran tersebut.Walaupun kadangkala,hal ini memeningkan kelapa kami , perjuangan tetap perlu diteruskan.Kami berdua cuba memahami konsep kemahiran tersebut ,barulah saya dapat menyambung kembali misi untuk menyelesaikan tugasan ini.Saya dapati bahawa kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting untuk di terapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).Seperti yang telah diketahui umum , Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan dan semua Rakyat Malaysia mestilah menguasainya.Oleh itu , tanpa ragu dan sangsi,memang wajarlah kemahiran bahasa dimasukkan kedalam RPH. Kemahiran Bernilai Tambah ini pula menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat yang seimbang dan harmonis.

Akhir kata , saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.