refleksi big sem 7

8
Refleksi Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti- aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Bagi saya, Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna. Program Bina Insan Guru kali ini adalah program fasa 3. Program ini melibatkan guru, murid dan ibu bapa. Bermula daripada taklimat BIG tentang tugasan Fasa ke 5 dan 6, En. Ahmad Taufix selaku pensyarah pembimbing telah menerangkan dengan panjang lebar berkaitan pelaksanaannya. Taklimat yang

Upload: hapizah-haron

Post on 28-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Refleksi

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Bagi saya, Program Bina Insan Guru ini merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna. Program Bina Insan Guru kali ini adalah program fasa 3. Program ini melibatkan guru, murid dan ibu bapa.

Bermula daripada taklimat BIG tentang tugasan Fasa ke 5 dan 6, En. Ahmad Taufix selaku pensyarah pembimbing telah menerangkan dengan panjang lebar berkaitan pelaksanaannya. Taklimat yang diberikan itu merupakan satu titik tolak dan panduan kelas kami untuk merencanakan program yang hendak dibuat.

Selesai taklimat itu, seluruh ahli kelas telah bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Sekolah Kebangsaan Taman megah, Petaling Jaya iaitu satu daripada sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda arasan ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda arasan ke sekolah tersebut. Pihak Sekolah Kebangsan Taman Megah telah memberi maklum balas yang positif untuk menerima kedatangan kami ke sana apatah lagi salah seorang daripada peserta program merupakan seorang daripada Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

Melalui program ini saya berpeluang mendengar, melihat dan menyaksikan sendiri sebuah sekolah yang telah diiktiraf kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah mendengar taklimat daripada guru besar sekolah itu sendiri, ternyata pilihan sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi sangat tepat. Kesudian guru besarnya memberi penerangan sendiri kepada kami menunjukkan semangat dan kewibawaannya sebagai ketua pentadbir sekolah tersebut.

Sebenarnya, apa yang boleh saya ambil daripada program lawatan ini ialah semangat ingin memajukan diri, murid dan sekolah. Ketiga-tiga elemen ini merupakan unsur penting sesebuah sekolah. Jika seorang guru yang bertindak sebagai jentera kejayaan, maka boleh diibaratkan ibu bapalah yang menjadi minyaknya dan pentadbirlah jalannya. Kejayaan yang dicapai bukanlah dapat diusahakan oleh seorang tetapi daripada usaha pelbagai pihak. Bermula dengan perubahan paradigm guru-guru serta program sarana ibu bapa menjadi satu program yang kini menjadi amalan seklah berkenaan. Ibu bapa dan guru-guru saling bekerjasama dalam meningkatkan mutu akademik serta membantu proses perkembangan minda dan bakat murid-murid sekolah.

Sikap dan keprihatinan guru dan ibu bapa juga mampu menangkis prasangka serta memberikan satu budaya sekolah yang sangat harmoni serta bekerjasama. Sikap inilah yang perlu ada pada saya iaitu membuka minda saya serta mengubah paradigma tentang kedatangan ibu bapa ke sekolah pada waktu persekolahan. Sebelum ini jika ada shaja kelibat ibu bapa dating memerhatikan guru di sekolah, saya beranggapan mereka ingin mencari kesilapan guru, atau ingin bertemu guru atas hal-hal yang berkaitan dengan ketidakpuasan hati. Namun setelah beberapa penerangan daripada Puan Khoo Swee Poh selaku Guru Besar di sekolah Kebangsaan Taman Megah setelah dibuat soal selidik, mereka sebagai ibu bapa tidak mengetahui kehendak Dasar Pendidikan yang memerlukan seseorang guru berperanan dan bertindak sebagai pemudah cara serta metod pembelajaran yang bukan sahaja berbeza sewaktu zaman mereka belajar dahulu. Sedikit penjelasan tentang bagaimana seseorang ibu bapa yang dahulunya mahu mempertikaikan integriti guru yang mengajarkan anaknya, kini bersama-sama membantu guru tersebut mengendalikan kelas bersama-sama dengan syarat-syarat tertentu.

Melalui Program LADAP sekolah pula, pada awalnya agak sukar mencari waktu guru-guru. Namun setelah berbincang dengan pihak pentadbir, mereka menyarankan kami membuat ladap berkenaan dengan peningkatan profesionalisme keguruan. Beberapa siri perbincangan bersama ketua panitia bahasa Melayu, kami memutuskan untuk memanggil pegawai SISC+ bahasa Melayu untuk memberikan LADAP berkaitan pedagogi dan kaedah pengajaran.

Sehubungan itu, satu mesyuarat berkaitan dengan program tersebut dibuat. Mesyuarat adalah berkaitan dengan penubuhan dan penrengan tentang tugas-tugas jawatan kuasa program. Pegawai SISC+ bertugas sebagai pembimbing guru-guru untuk meningkatkan profesionalisma keguruan dan membimbing guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk menjemput Encik Anuar bin Md Amin pegawai SISC+ bahasa Melayu dan Puan Noor Maizatul Azura bt Hussin selaku pegawai SISC+ bahasa Inggeris.

Melalui LADAP pula, apa yang dapat diambil daripada program ini ialah pengetahuan dan fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya harus tahu kehendak dan matlamat Dasar Pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu daripada panduan dalam melaksanakan amanah mendidik murid-murid. Seni dalam pengajaran harus dikuasai supaya objektif pembelajaran dapat dicapai di samping menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Bukan sahaja pengisian LADAP itu member manfaat, bahkan selaku jawatankuasa LADAP, saya mempelajari banyak perkara terutama dalam pengurusan mesyuarat yang melibatkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) iaitu PK07 Pengurusan Mesyuarat. Proses mengendalikan mesyuarat mempunyai beberapa langkah dan prosedur. Ini kerana mesyuarat harus ditadbir dengan sempurna supaya sagala tindakan dapat direkodkan dan boleh dijadikan rujukan. Persiapan untuk mengadakan mesyuarat ini saya pelajari daripada seorang kerani sekolah. Beliau sangat membantu dalam proses pembelajaran pengurusan mesyuarat. Apa yang paling penting, semasa proses mengendalikan sebuah program ialah kesabaran, kegigihan dan komitmen supaya hasilnya dapat memuaskan hati semua pihak dan kelak akan melancarkan program yang rancang.

Program LADAP itu sendiri secara tidak langsung dapat melahirkan guru yang berpengetahuan, berintegriti, berakauntabiliti, bertanggungjawab, bertolarensi, bekerjasama bertepatan dengan Kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Secara keseluruhan program ini juga mempunyai impak dari pelbagai aspek. Impak tersebut dapat dinyatakan dalam analisis SWOT di bawah ini :Faktor dalaman

Faktor luaran

Strengths (S)Kekuatan Weakness (W)Kelemahan

Opportunities (O)Peluang

Stratergi SOMemanfaatkan segala peluang dengan merangkumkan guru-guru pakar dalam program pembangunan serta keprihatinan pihak pentadbir yang sentiasa memberikan sokongan paduStrategi WOMemanfaat peluang dengan meminimakan kelemahan jentera projek serta guru-guru dan kos yang ada

Threats(T)Ancaman

Stratergi TSMengadakan pertemuan secara semuka untuk membantu memberikan sedikit gambaran serta memberikan contoh-contoh berkaitan papan kenyataan, ruang-ruang ilmu serta pentas bakat supaya ancaman ini tidak memusnahkan projekStraterg TWUntuk mengatasi masalah ini, jawatankuasa projek telah bersama-sama guru pakar membimbing murid dan guru untuk menjalankan tugasan. Kesedaran tentang tanggungjawab juga dibeikan dalam bentuk khidmat nasihat Kaunseling.

Keistimewaan program ini ialah kesemua aktiviti ini telah dikelolakan oleh guru-guru PPG yang kurang berpengalaman namun cuba menjadikan program ini sesuatu yang berfaedah dan memberi pengalaman menarik. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru dan kerani sekolah membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak pentadbir juga amat membantu sama ada dari segi buah fikiran dan tenaga memberi impak yang positif kepada diri saya dan juga organisasi. Walaupun banyak impak yang positif hasil daripada program ini namun kelemahan tetap ada namun ianya dapat di atasi dengan sempurna. Di antara kelemahannya ialah tidak semua orang berpandangan positif terhadap apa yang telah saya dan rakan-rakan usahakan, ada yang memberi komen yang negatif terhadap program ini sambil menunjukkan sikap yang dingin. Tetapi tidak semua bersikap demikian dan program dapat juga dijalankan dengan jayanya.

BIG bagi saya telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya buat pensyarah pembimbing iaitu Encik Ahmad Taufix, Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan, rakan-rakan PPG dan rakan-rakan guru kerana member kepercayaan dan peluang untuk saya menguji kemampuan diri saya dalam bidang pengurusan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah berjaya menjalankan program BIG ini bersama rakan-rakan PPG yang lain. Rakan-rakan banyak memberi saya pengetahuan dan idea baru dalam menggerakkan program ini. Ia juga menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.