refleksi big fasa 4

1
Nama: CHUA CHUNG WEI Unit: N3 Refleksi BIG Fasa 4 Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG kampus Ipoh atas peluang untuk melibatkan diri dalam program anak angkat di kampung Chui Chak. Memang tidak boleh dinafikan bahawa BIG kali ini adalah pengalaman yang paling seronok berbanding dengan BIG fasa sebelum ini. Saya juga bersyukur kerana BIG fasa keempat ini dijalankan dengan begitu lancar dan berjaya. Sepanjang BIG ini, saya telah mempelajari cara menyesuaikan diri dengan ahli keluarga angkat dalam masa yang singkat. Pada awal-awal, saya kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga angkat. Oleh kerana mereka sangat mesra dan mudah didekati, lama-kelamaan saya pun jadi lebih erat dengan mereka. Penyesuaian ini agak penting kerana kita akan dihantar ke mana-mana tempat untuk mengajar pada masa hadapan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana memberi peluang yang amat berharga ini kepada saya. Sepanjang BIG, saya mengikuti ahli keluarga angkat saya pergi bekerja di sawah padi, kebun sayur dan ladang-ladang buah-buahan. Sebelum ini, saya langsung tidak pernah pergi ke tempat- tempat tersebut. Pengalaman kali ini memang telah membuka mata saya terhadap kehidupan di luar bandar. Selain itu, kita juga memberi sumbangan besar kepada sekolah rendah di kampung Chui Chak, iaitu SJK(C) Chui Chak. Kita telah melukis gambar- gambar kegemaran kanak-kanak pada dinding luar bilik darjah. Ketua kampung dan pihak sekolah agak berpuas hati dengan kerja kita. Saya dan kawan serumah saya, Jai Hui juga berkawan dengan kanak-kanak di kampung Chui Chak. Kanak-kanak di situ juga sangat baik hati dan sanggup pinjam basikal kepada kami dua. Mereka berbasikal bersama-sama kami dua di sekeliling kampung dan memperkenalkan lokasi-lokasi dalam kampung kepada kami. Pengalaman ini agak seronok. Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana diberi peluang yang tidak dapat dinilaikan dengan wang. Saya berharap pengalaman kali ini dapat membantu saya lebih senang menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Upload: chung-wei

Post on 03-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hhhhhhhhh

TRANSCRIPT

Nama: CHUA CHUNG WEIUnit: N3Refleksi BIG Fasa 4Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPG kampus Ipoh atas peluang untuk melibatkan diri dalam program anak angkat di kampung Chui Chak. Memang tidak boleh dinafikan bahawa BIG kali ini adalah pengalaman yang paling seronok berbanding dengan BIG fasa sebelum ini. Saya juga bersyukur kerana BIG fasa keempat ini dijalankan dengan begitu lancar dan berjaya. Sepanjang BIG ini, saya telah mempelajari cara menyesuaikan diri dengan ahli keluarga angkat dalam masa yang singkat. Pada awal-awal, saya kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga angkat. Oleh kerana mereka sangat mesra dan mudah didekati, lama-kelamaan saya pun jadi lebih erat dengan mereka. Penyesuaian ini agak penting kerana kita akan dihantar ke mana-mana tempat untuk mengajar pada masa hadapan. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana memberi peluang yang amat berharga ini kepada saya. Sepanjang BIG, saya mengikuti ahli keluarga angkat saya pergi bekerja di sawah padi, kebun sayur dan ladang-ladang buah-buahan. Sebelum ini, saya langsung tidak pernah pergi ke tempat-tempat tersebut. Pengalaman kali ini memang telah membuka mata saya terhadap kehidupan di luar bandar.Selain itu, kita juga memberi sumbangan besar kepada sekolah rendah di kampung Chui Chak, iaitu SJK(C) Chui Chak. Kita telah melukis gambar-gambar kegemaran kanak-kanak pada dinding luar bilik darjah. Ketua kampung dan pihak sekolah agak berpuas hati dengan kerja kita. Saya dan kawan serumah saya, Jai Hui juga berkawan dengan kanak-kanak di kampung Chui Chak. Kanak-kanak di situ juga sangat baik hati dan sanggup pinjam basikal kepada kami dua. Mereka berbasikal bersama-sama kami dua di sekeliling kampung dan memperkenalkan lokasi-lokasi dalam kampung kepada kami. Pengalaman ini agak seronok.Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana diberi peluang yang tidak dapat dinilaikan dengan wang. Saya berharap pengalaman kali ini dapat membantu saya lebih senang menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.