refleksi big

Upload: lau-yong-king

Post on 06-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Nama: Lau Yong KingKelas: 6 PISMP SN/PC/MOREFLEKSI PRAKTIKUM FASA 1 HINGGA 6Bina Insan Guru merupakan satu program yang wajar diambil oleh semua guru pelatih IPG. Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wahana ke arah penbinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).Program ini melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, data intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru. Selama saya belajar di IPG, saya telah menjalani BIG selama 6 semester dan setiap kali BIG, aktivitinya adalah berbeza-beza. Untuk BIG kali pertama, saya telah pergi ke satu perkhemahan. Perkhemahan itu bertujuan untuk membina jati diri guru yang serba boleh seperti boleh menghidupkan api di dalam hutan, tidak takut kepada air dan juga kekuatan guru pelatih semasa menghadapi perkara kritikal. BIG pertama adalah satu pengalaman yang amat baik dan mencabar kepada semua guru pelatih.Untuk BIG kedua pula, saya dan rakan sekalian diperlukan untuk mengadakan satu lawatan ke rumah orang tua. Lawatan tersebut adalah untuk membina perasaan perihatin dan penyayang terhadap orang-orang tua. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai satu pengajaran moral di mana kita perlu mengajar anak murid kita agar tidak menghantarkan ibu bapa mereka ke rumah orang tua apabila mereka besar nanti kerana ia adalah satu perbuatan yang salah. Kita perlulah menghargai sumbangan yang ibu bapa berikan kepada kita. Semasa lawatan ini, aktiviti yang saya dan rakan saya buat adalah termasuk nyanyian, teman orang tua sembang, main dan sebagainya yang bertujuan untuk menghiburkan hati orang tua. Untuk BIG kali ketiga, kami telah mengadakan satu program dengan murid-murid di sekolah. Program tersebut bertujuan untuk menguji dan melatih kami untuk mengendalikan aktiviti dengan budak sekolah kerana pada masa akan datang kami perlu mengendalinya semasa mengajar di sekolah. Bagi BIG ini, kami telah mengadakan permainan stesen dengan murid sekolah yang berunsur ilmiah. Semasa permainan, kami semua berpeluang untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah sekalian. Untuk BIG kali keempat, saya dan rakan saya telah diamanahkan untuk menjalankan program anak angkat. Program anak angkat ini telah dijalankan di perkampungan berdekatan dengan Pantai Merdeka Kedah. Perkampungan di situ adalah perkampungan orang Melayu dan saya berserta rakan telah menjadi anak angkat kepada keluarga angkat kami selama satu hari. Tujuan BIG ini adalah untuk membolehkan guru pelatih mempunyai sikap penyayang terhadap anak murid walaupun bukan darah daging sendiri. Selain daripada itu, kami juga perlu menjalankan khidmat masyarakat iaitu dengan membersihkan kawasan perkuburan. Untuk BIG kali kelima, saya dan rakan saya telah diamanahkan untuk menjalankan satu lawatan ke sekolah kluster kecemerlangan untuk melihat struktur pentadbirannya. Kami telah mengadakan lawatan ke SJK GREENLANE di Pulau Pinang. Di situ, kami berpeluang melihat infrastruktur sekolah dan professional guru yang mengajar di sana. Ia merupakan satu ilmu yang amat berharga bagi saya dan rakan saya sekalian. Selain daripada lawatan, satu ceramah juga dijalankan. Untuk BIG kali keenam, saya dan rakan saya juga diamanahkan untuk mengadakan lawatan ke sekolah tetapi kali ini programnya adalah untuk mendengar ceramah daripada guru cemerlang di sekolah. Kami telah pilih SK Seberang Jaya 2 sebagai sekolah lawatan kami. Di sini, kami telah memperolehi tips-tips untuk menjadi seorang guru cemerlang. Untuk menjadi seorang guru cemerlang, kita perlu rajin, kreatif dan innovatif dalam semua benda terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran. Jadi, untuk menjadi seorang guru cemerlang bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk BIG ini, satu ceramah juga dijalankan iaitu ceramah yang berkaitan dengan fikiran kreatif dan inovatif. Kesimpulannya, BIG merupakan satu aktiviti yang banyak membantu dalam membina guru pelatih menjadi guru yang baik pada masa akan datang supaya generasi muda negara Malaysia tidak akan dirosakkan oleh guru yang tidak berpengalaman atau tidak berdedikasi.