refleksi big

4
PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2014 REFLEKSI INDIVIDU Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran dalam bilik darjah sahaja, pembelajaran di luar bilik darjah juga amat penting kepada murud-murid. Aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti perkhemahan sesuai bagi membina jati diri murid-murid. Aktiviti Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Marudu 2014 dilaksanakan secara bersepadu dengan aktiviti kurikulum supaya hasrat sistem pendidikan negeri dapat dipenuhi. Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah berorentasikan objektik bagi memberi pendedahan yang lebih efisyen terhadap aktiviti perkhemahan seperti ikhtiar hidup, kembara, aktiviti halangan dan sebagainya. Bakat dan semangat kepimpinan murid dapat dipupuk dan dikembangkan di kalangan peserta perkhemahan melalui aktiviti berkumpulan. Melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan, dapat meningkatkan tahap disiplin murid dan semangat serta kesanggupan mengahdapi cabaran serta berani mengeluarkan pendapat bagi kepentingan bersama. Murid-murid juga secara tidak langsung dapat menanamkan rasa kesyukuran dengan menghayati alam semula jadi ciptaan Tuhan. Aktiviti Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Kota Marudu ini telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar dan jayanya pada 25 hingga 27 Februari 2014 bertempat di Kem Pinawantai Pusat Kokurikulum Daerah Kudat. Alhamdullillah, syukur kepada Tuhan yang Esa. Para peserta dan AJK Pelaksana telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini selama 3 hari 3 malam dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Murid-murid yang

Upload: faridah-ani

Post on 22-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ums

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2014

REFLEKSI INDIVIDU

Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran dalam bilik darjah sahaja, pembelajaran di luar bilik darjah juga amat penting kepada murud-murid. Aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti perkhemahan sesuai bagi membina jati diri murid-murid. Aktiviti Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Marudu 2014 dilaksanakan secara bersepadu dengan aktiviti kurikulum supaya hasrat sistem pendidikan negeri dapat dipenuhi.

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah berorentasikan objektik bagi memberi pendedahan yang lebih efisyen terhadap aktiviti perkhemahan seperti ikhtiar hidup, kembara, aktiviti halangan dan sebagainya. Bakat dan semangat kepimpinan murid dapat dipupuk dan dikembangkan di kalangan peserta perkhemahan melalui aktiviti berkumpulan. Melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan, dapat meningkatkan tahap disiplin murid dan semangat serta kesanggupan mengahdapi cabaran serta berani mengeluarkan pendapat bagi kepentingan bersama. Murid-murid juga secara tidak langsung dapat menanamkan rasa kesyukuran dengan menghayati alam semula jadi ciptaan Tuhan.

Aktiviti Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Kota Marudu ini telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar dan jayanya pada 25 hingga 27 Februari 2014 bertempat di Kem Pinawantai Pusat Kokurikulum Daerah Kudat. Alhamdullillah, syukur kepada Tuhan yang Esa. Para peserta dan AJK Pelaksana telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini selama 3 hari 3 malam dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Murid-murid yang menjadi peserta terdiri daripada murid-murid sekolah rendah tahun 4-6 dari sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu.

Pada hari pendaftaran terdapat juga murid yang disenaraikan tidak dapat hadir atas alasan peribadi, tetapi ini tidak menjadi halangan kepada guru-guru kerana murid digantikan dengan rakan sebaya yang lain. Sepanjang penglibatan saya sebagai Pengarah Program Perkhemahan ini, saya banyak menjalankan urusan pengurusan program berbanding pelaksanaan aktiviti secara langsung. Tetapi saya sentiasa berada bersama dengan AJK pelaksana saya sepanjang aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Pemantauan yang rapi dijalankan agar program berjalan dengan lancar. Segala keperluan terutama peralatan dan kebajikan guru serta murid berada pada tahap yang sangat memuaskan hasil kerjasama semua pihak.

Kerja-kerja pengurusan, mesyuarat serta surat-menyurat telah memberikan saya pengalaman yang sangat berharga dalam bidang pengurusan program terutama apabila melibatkan program di peringkat daerah. Saya telah megadakan tiga mesyuarat pengurusan sebelum program dengan ahli jawatan kuasa di peringkat daerah yang terdiri daripada guru-guru jurulatih Pusat Kokurikulum, Penolong Kanan

Page 2: Refleksi BIG

Kokurikulm setiap sekolah rendah daerah serta semua AJK Pelaksana. Semua peralatan, kelengkapan dan juga bahagian sijil dan hadiah bagi aktiviti perkhemaah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan. Kerjasama yang diberikan oleh para guru yang menjadi ahli jawatankuasa perkhemahan ini amat memuaskan. Mereka bersamangat dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan aktiviti ini demi pembangunan sahsiah murid melalui aktiviti kokurikulum. Begitu juga rakan-rakan sepengajian saya daripada PPG Universiti Utara Malaysia sanggup datang dari jauh untuk ke Kem Pinawantai. Semoga kalian mendapat ganjaran yang baik diatas segala komitmen dan pengorbanan kalian.

Secara keseluruhannya perkhemahan ini memberikan impak yang tinggi dan tidak mungkin dilupakan oleh para peserta perkhemahan yang terdiri daripada murid-murid dibawah umur 12 tahun. Pada perkhemahan ini mereka mengenal erti hidup berdikari jauh dari pertolongan ibu bapa yang biasa mereka dapatkan di rumah. Ada segelintir murid yang baru merasakan pengalaman makan menggunakan tangan, walaupun pada mulanya mereka agak kekok, tetapi lama-kelamaan mereka boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran perkhemahan. Saya dapati hampir semua murid tidak mempunyai pengalaman bermalam berjauhan daripada keluarga, namun dengan kehadiran rakan-rakan sebaya dan guru-guru pembimbing mereka, perasaan rindukan keluarga terubat sedikit demi sedikit.

Semua aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan yang berlaku terhadap murid. tahap keselamatan memuaskan. Apabila aktiviti perkehamahan selesai, semua peserta dan guru pengiring serta ahli jawatan kuasa bersama-sama sekali lagi merakamkan gambar kenang-kenangan dan berharap agar aktiviti perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah ini akan diteruskan pada setiap tahun di peringkat sekolah mahupun daerah.

Page 3: Refleksi BIG

REFLEKSI INDIVIDU

PROGRAM : KEM BINA SEMANGAT

Sekali lagi melalui program Bina Insan Guru BIG PPG UMS, saya dan ahli-ahli kumpulan yang sama telah merancang dan menjalankan program berbentuk motivasi yang dinamakan KEM BINA SEMANGAT. Nama program ini dipilih sesuai dengan objektifnya iaitu membina semangat jati diri para perseta yang terdiri daripada murid-murid tahun 6. Pemilihan peserta pada kali ini adalah unik dimana sinonimnya kumpulan sasaran bagi program kem motivasi sebegini murid kumpulan cemerlang atau deengan erti kata lain murid calon 5A