refleksi big 2 wanie punya

6
LAPORAN BIG 2 MAWARNI BT ABDUL RASHID (MTE- B SEM Alhamdulillah....syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya akhirnya dapat saya melengkapkan tugasan Bina Insan Guru Fasa 2 (BIG fasa 2). Tugasan sebagai pelajar jarak jauh Program Pensiswazahan Guru benar-benar menuntut pengorbanan saya dari pelbagai aspek. Belajar dan pada masa yang sama mengajar, menjadikan saya begitu menghargai setiap detik dan waktu dalam kehidupan. PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diridan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. 1

Upload: zulonenie

Post on 26-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

refleksi big 2

TRANSCRIPT

LAPORAN BIG 2 MAWARNI BT ABDUL RASHID (MTE-B SEM 4)

Alhamdulillah....syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya

akhirnya dapat saya melengkapkan tugasan Bina Insan Guru Fasa 2 (BIG fasa 2). Tugasan

sebagai pelajar jarak jauh Program Pensiswazahan Guru benar-benar menuntut

pengorbanan saya dari pelbagai aspek. Belajar dan pada masa yang sama mengajar,

menjadikan saya begitu menghargai setiap detik dan waktu dalam kehidupan.

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan

Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang

seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan

Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Program Bina Insan Guru ini adalah di bawah

kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina

generasi, pembentuk jati diridan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika

keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Program BIG yang pertama ialah Ceramah LDP. Ceramah bertemakan “Akauntabiliti dan

Profesionalisme Keguruan”. Ceramah ini diadakan sempena Minggu Perkembangan Staff di

SK Sungai Batu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar dari Sekolah

Kebangsaan Seri Impian, Tuan Haji Zakaria Bin Othman pada hari Isnin, 9 September 2013.

Antara tujuan utama ceramah bertajuk Akauntabiliti dan Profesionalisme Keguruan yang

berdurasi selama lebih kurang 2 jam ini dilaksanakan adalah sebagain penambahbaikan

terhadap sikap profesionalisme dan akauntabiliti penjawat awam amnya dan guru-guru

khasnya .

Selain itu, pelaksanaan Ceramah LDP ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti

peribadi dan profesionalisme seorang guru, di samping dapat menyemai sikap kerajinan,

1

LAPORAN BIG 2 MAWARNI BT ABDUL RASHID (MTE-B SEM 4)

bertanggungjawab, tolak ansur dan menghormati rakan dalam diri peserta.Melalui

ceramah ini juga, adalah diharapkan peserta PPG dapat mengembangkan lagi potensi dan

kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan serta pihak

berkaitan. Antara objektif lain ialah peserta berpeluang memahami dan mengenalpasti

bentuk- bentuk pengurusan cemerlang serta dapat mengapikasikannya dalam kerjaya. Di

samping itu juga, peserta-peserta ceramah (guru-guru) turut berpeluang memahami dan

menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan

seharian. Secara tidak langsung, dengan adanya penganjuran program seperti ini dapat

mewujudkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan serta dapat menjalin hubungan

yang baik dengan komuniti sekolah tertentu.

Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan

umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan

yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu

lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami

memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam sekolah sendiri

adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah

mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri.

Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan

bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih

dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan

mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain

untuk menyiap tugasan mereka.

Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha kami

mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu mendapatkan

peralatan asas yang diperlukan untuk gotong royong itu nanti seperti cangkul, papan dan

penyapu lidi serta mengumpul modal untuk membeli makanan dan barang-barang yang

mungkin diperlukan. Saya bersyukur kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik

tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan

dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang program BIG ini.

2

LAPORAN BIG 2 MAWARNI BT ABDUL RASHID (MTE-B SEM 4)

Kekuatan:

Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini

kerana diadakan di dalam kawasan institut yang mana kami tidak perlu besusah payah untuk

mencari kenderaan dan kos yang diperuntukkan juga agak jimat. Kesemua aktiviti yang

telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif

program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selamat dan selesa serta

mempunyai kemudahan yang cukup kondusif.

Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan

apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong royong dengan murid.

Hal ini akan dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami dan

murid. Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang

kecederaan atau kemalangan yang serius.

Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan khususnya kumpulan saya

adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya

melaksanakkan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat memberikan

kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong dijalankan.

Kelemahan:

Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini, kelemahan yang

pertama saya lihat adalah dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih.

Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih hanya mendapat

satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih mendapat dua tugasan.

Selain itu juga, tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya

seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih tahu apa yang mereka

perlu buat dan dapat bersedia lebih awal.

Selain itu, saya juga dapat lihat dari segi kesesuaian peralatan yang perlu digunakan

semasa membuat papan label untuk pokok-pokok yang ditanam. Paku yang digunakan

adalah paku untuk dinding simen yang mana ia sedikit tebal dan tidak sesuai untuk papan

yang digunakan. Ini menyebabkan tedapat lebihan paku yang tajam di belakang papan label

yang mana berisiko untuk mencederakan orang. Tetapi, dengan alasan ia tidak ada pilihan

lain, ketidaksesuaian alat boleh diterima.

3

LAPORAN BIG 2 MAWARNI BT ABDUL RASHID (MTE-B SEM 4)

Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu

untuk menyokong IPG Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segalanya berjalan

dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan yang dikenal

pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini

yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

4