part zul punya

Upload: mohd-norakmar-omar

Post on 10-Mar-2016

53 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MATER

TRANSCRIPT

1.0Pendahuluan

Pengurusan kewangan merupakan suatu proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi. Ia merupakan satu proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan diperoleh, dibelanjai dan diperakaunkan.

Pengurusan kewangan sekolah adalah salah satu aspek pengurusan sekolah yang penting memandangkan peruntukan belanjawan kerajaan yang begitu banyak diberi kepada sektor pendidikan pada setiap tahun.Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan akan mengagihkan peruntukan ini ke sekolah-sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya ke sekolah-sekolah. Peruntukan yang diagihkan perlu dibelanjakan mengikut panduan yang telah ditetapkan Buku Panduan Kewangan oleh Perakaunan Sekolah,arahan perbendaharaan,surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (MahashimBajuri : 1994).

Menurut Mokhtar Ibrahim (2003), pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-suratPekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan Akta Pendidikan 1996. Pengurusan kewangan sesungguhnya melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat organisasi. Menurut ZaidatolAkmaliah (2001), dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu:a) untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan.b) untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah. c) untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu

Justeru,MahashimBajuri (1994) menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan kewangan meliputi :a). merancang penggunaan dan keperluan kewanganb). memperoleh sumber kewanganc). mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan d). melaporkan prestasi kewangan.

Semua dokumen kewangan Kumpulan Wang Sekolah hendaklah menggunakan format baru mulai Januari 2012 seperti arahan yang dikeluarkan melalui surat KP.AK.SEK/500-511/JLD 1(20) bertarikh 28 Julai 2010 dan arahan penangguhan melalui surat KP.AK.SEKI500-5/1/JLD 1(23) bertarikh 4 November 2010.

2.0Akaun Subsidiari

Buku tunai merupakan buku perakaunan utama bagi merekodkan semua urus niaga penerimaan dan pembayaran serta perlu diselenggarakan mengikut peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Buku tunai merupakan dokumen asas yang penting bagi penyediaan penyata kewangan tahunan sekolah.Terdapat tiga jenis buku tunai. Buku tunai kumpulan wang kerajaan,buku tunai kumpulan wang SUWA dan buku tunai kumpulan wang asrama.Didalam buku tunai perkara yang perlu direkodkan ialah semua jenis terimaan dan bayaran berkaitan Kumpulan Wang Kerajaan, SUWA dan Asrama (di dalam setiap jenis buku tunai yang berkaitan). Adalah tidak praktikal untuk merekod dengan lengkap kesemua jenis terimaan dan bayaran berkenaan ke dalam Buku Tunai yang sama oleh kerana terlalu banyak maklumat perlu dimasukkan. Justeru, akaun subsidiari diwujudkan yang menyediakan maklumat lebih terperinci dan menyokong baki. Akaun subsidiari ialah satu kumpulan akaun-akaun yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Akaun subsidiari perlu diselenggarakan secara berasingan mengikut tahun kewangan bagi setiap peruntukan yang diterima. Akaun subsidiari yang perlu diselenggarakan adalah seperti yang terkandung dalam surat arahan yang dikeluarkan oleh bahagian akaun yang sedang berkuat kuasa.Berikut dinyatakan tatacara-tatacara untuk mengakaunkan terimaan bantuan serta akaun subsidiari dalam Kumpulan Wang Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama.

2.1Tatacara untuk mengakaunkanterimaan bantuan serta akaun subsidiari dalam Kumpulan Wang Kerajaan

BilJenis BantuanCatatan dalamResit PejabatLajur BukuTunaiAkaun Subsidiari

1Bantuan GeranPerkapita (PCG)PeruntukanPCGMengikut lajurPeruntukanPCG Mata Pelajaran dan Bukan MataPelajaranTeras (Semua sekolah)- Sains- Matematik- Bahasa inggeris- Sivik & Kewarganegaraan- Lain-lain Matapelajaran

Etektif (Menensaahsahaia)- Sains Tulen- Pengajian Islam- Sastera ikhtisas-Bahasa- Kemanusiaan- Teknologi- Vokasional

2Pendidikan Khas Integrasi(SK.Rendah)Pendidikan Khas Integrasi

Pendidikan Khas Integrasi

- Teras- Wajib- Tambahan- LPBT/LPK Sekolah-Pusat Sumber Sekolah- Bimbingan Kaunseting

3Pendidikan Khas Integrasi(SK.Menengah)-masalah Penglihatan-Masalah PembelajaranPeruntukan PCGPendidikan Khas Integrasi-teras-wajib-Elektif

4Yuran Khas Sekolah(YKS)Yuran Khas Sekolah(YKSBantuan Persekolahan LainYuran Khas Sekolah (YKS)

5Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)Bantuan Kokurikulum Sekolah(BKK)Bantuan Persekolahan Lain

Bantuan Kokurkulum Sekolah (BKK)

BilJenis BantuanCatatan dalamResit PejabatLajur BukuTunaiAkaun Subsidiari

6Bantuan Sukan Sekolah (BSS)Bantuan Sukan Sekolah (BSS)Bantuan Persekolahan LainBantuan Sukan Sekolah (BSS)

7Bantuan Pakaian Seragam Pasukan BeruniformBantuan Pakaian Seragam Pasukan BeruniformBantuan Persekolahan LainBantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform

8Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (RMT)Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (RMT)Bantuan Persekolahan LainRancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (RMT)

9Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)Bantuan Persekolahan LainKumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

10J-QAFJ-QAFBantuan Persekolahan LainJ-QAF-Kem Bestari SolatJ-QAF-Literasi Al-Quraan

11Elaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)Elaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)Bantuan Persekolahan LainElaun Murid Bekeperluan Khas (EMK)

12Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)Bantuan Persekolahan LainRancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

13Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)Bantuan Persekolahan LainBBTP-KokurikulumBBTP-Kertas Ujian DalamanBBTP-Sukan Tahunan SekolahBBTP-Kegiatan Pendidikan BBTP-Islam&MoralBBTP-MSSMBBTP-Insuran Takaful

14Lain-lain Bantuan Persekolahan dari KPM yand diterima secara berterusan

Mengikut nama bantuan berkenaanBantuan Persekolahan LainMengikut nama bantuan berkenaan

BilJenis BantuanCatatan dalamResit PejabatLajur BukuTunaiAkaun Subsidiari

15Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)

Pra SekolahBantuan Kokurikulum Pra Sekolah(BKKP)

16Bantua Makanan Prasekolah (BMP)Bantua Makanan Prasekolah (BMP)Pra SekolahBantua Makanan Prasekolah (BMP)

17Bantuan Perkapita Pra Sekolah (PCG-Pra sekolah)Bantuan Per Kapita Pra SekolahPra SekolahBantuan Per Kapita Pra Sekolah

18Peruntukan Khas Kepada Sekolah Berprestasi tinggiPeruntukan Khas Kepada Sekolah Berprestasi tinggiPelbagaiSBT-Pembangunan Modal InsanSBT-PerantarabangsaanSBT-Penyelenggaraan dan ubahsuai kecilSBT-Harta Modal

19Peruntukan Khas Kepada Sekolah KLusterPeruntukan Khas Kepada Sekolah KLusterPelbagaiPecahan Akaun Subsidiari hendaklah mengikut SP Kewangan Bil 2/2009

20Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)PelbagaiKelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi(KEDAP)

21Peruntukan Bil Utiliti (SK.Bantuan Kerajaan Sahaja)Peruntukan Bil UtilitiPelbagaiPeruntukan Bil Utiliti

22Faedah BankFaedah BankPelbagaiFaedah Bank/Caj Bank

23Lain-lain bantuan Persekolahan dari KPM dalam bentukone-offatau lain-lain Agensi Kerajaan/Badan Berkanun.Mengikut nama bantuan berkenaanPelbagaiMengikut nama bantuan berkenaan

2.2Tatacara untuk mengakaunkan terimaan bantuan serta akaun subsidiari dalam Kumpulan Wang SUWABilJenis KutipanCatatan dalamResit PejabatLajur BukuTunaiAkaun Subsidiari

1Sewa Kedai Buku SekolahSewa Kedai Buku SekolahCaj / Sewaan Lain-lainSewa Kedai Buku Sekolah

2Caj / Sewaan Kemudahan Sekolah termasuk sewa bilik asrama(Kutipan mengikut SPK 5/2005)Nyatakan jenis sewaan berkenaanCaj / Sewaan Lain-lain

Caj / Sewaan Kemudahan Sekolah

3Dema atau sumbangan dari orang ramai termasuk Badan BerkanunNyatakan jenis derma atau sumbangan tersebutSumbangan-Derma atau sumbangan- Sekiranya derma atau sumbangan khusus bagi sesuatu tujuan tertentu, satu akaun subsidiari berasingan hendaklah diselenggara

4Faedah bankFaedah bankPelbagaiFaedah bank / Caj bank

5Majalah sekolahMajalah sekolahPelbagaiMajalah sekolah

6Pendapatan dari Kedai Buku SekolahPendapatan Kedai Buku SekolahPelbagaiPendapatan Kedai Buku Sekolah

7Pendapatan dari Koperasi SekolahPendapatan Koperasi SekolahPelbagaiPendapatan Koperasi Sekolah

8Cagaran KantinCagaran KantinPelbagaiCagaran Kantin

11Bayaran Tambahan Subjek Azhari (Bayaran tambahan di SABK sahaja)Nyatakan Jenis Bayaran Tambahan Subjek AzhariPelbagai-bayaran Amal Islami / Ihtifal (Kokurikulum)- Yuran Peperiksaan Dalaman Kurikulum Azhari- Bayaran kurikulum Azhari

12Kutipan bagi aktiviti tertentu seperti tuan rumah aktiviti sukan atau kokurikulumNyatakan jenis kutipan tersebutPelbagaiNamakan jenis aktiviti yang berkenaan

2.3Tatacara untuk mengakaunkanterimaan bantuan serta akaun subsidiari dalam Kumpulan Wang AsramaBilJenis KutipanCatatan dalamResit PejabatLajur BukuTunaiAkaun Subsidiari

1Bantuan Makanan Asrama (BMA)Bantuan Makanan Asrama (BMA)Bantuan Makanan -

2LPBT / LPK AsramaLPBT / LPK AsramaLPBT / LPK -

3Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)PelbagaiBantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

4Faedah bankFaedah bankPelbagaiFaedah bank / Caj bank

5Derma atau sumbangan dari orang ramai atau agensi kerajaan / badan berkanunJenis derma atau sumbanganPelbagai-derma atau sumbangan- sekiranya derma atau sumbangan khusus bagi sesuatu tujuan tertentu, satu akaun subsidiari berasingan hendaklah diselenggara bagi tujuan tersebut

2.3Contoh akaun subsidiariRajah di bawah menunjukkan gambaran sebenar buku akaun subsidiari bagi Kumpulan Wang Sekolah :

3.0Penambahbaikan dalam pengurusan akaun sekolah

Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) adalah sistem perakaunan berkomputer yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyelenggara perakaunan kumpulan wang sekolah secara berelektronik. Sistem e-SPKWS yang dibangunkan sejak tahun 2007 dan diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara pada tarikh 28Januari 2011 bertujuan menyimpan data-data perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara lebih efisien dan efektif. Sistem e-SPKWS dibangunkan bagi memenuhi objektif seperti berikut :

a) mengurangkan kerja pembantu tadbir di sekolah-sekolah khususnya. Proses kerja yanglebih mudah, cepat dan efisien melalui sistem berkomputer ini pastinya akan menjadipemangkin kepada peningkatan komitmen dan motivasi pegawai kewangan dalammelaksanakan tugas-tugas kewangan.b) penyediaan resit dan baucar terus dari sistem akan dapat meningkatkan lagi kawalandalaman Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.c) Penyata kewangan tahunan sekolah yang terdiri daripada laporan-laporan seperti KunciKira-kira, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan Penyata Penerimaan danPembayaran terus dapat dijana secara elektronik.d) Pemantauan secara online dapat dilakukan terus daripada Bahagian Akaun dan jugaketua PTJ yang lain. Malahan, Bahagian Audit Sekolah juga diberi autoriti untukmelakukan pemantauan ke atas sekolah-sekolah melalui online.

Melalui sistem e-SPKWS ini juga, terdapatnya modul untuk akaun subsidiari seperti rajah di bawah :

7.0Kesimpulan

Akaun Subsidiari amat penting untuk menjelaskan dengan terperinci perihal terimaan danbayaran bagi kumpulan wang sekolah yang tidak dijelaskan dalam Buku Tunai oleh kerana lajur yang terhad. Jika akaun ini tidak diwujudkan, Buku Tunai akan menjadi terlalu padat dan boleh menyebabkan kesilapan dalam merekod berlaku. Penambahbaikan yang diperkenalkan melalui sistem atas talian iaitu Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) banyak memberi impak terutama dari segi masa untuk merekod yang lebih pantas, penyimpanan rekod kewangan dengan lebih baik dan terurus, pencarian rekod yang lebih mudah dicapai, mudah dikemaskini yang akhirnya boleh membawa kepada pengurangan teguran daripada pihak audit yang dilakukan setiap tahun. Namun begitu terdapat juga kelemahan pada sistem eSPKWS ini iaitu terutamanya ketika berlaku gangguan talian internet yang menyebabkan segala urusan penggunaan sistem ini tergendala.

Justeru dapat disimpulkan penggunaan sistem eSPKWS ini adalah lebih banyak pro dari kontra berbanding secara manual yang diamalkan sebelumnya. Namun begitu, masih ada Pembantu Tadbir yang beranggapan mereka masih selesa memilih kaedah manual. Walaubagaimanapun, terpulang kepada Pengetua atau Guru Besar dalam menentukan pilihan kaedah mana yang perlu dilaksanakan. Pelaksanaan sistem eSPKWS kepada semua sekolah di bawah KPM di seluruh Malaysia penting demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan berdaya saing khususnya dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.

7.0Rujukan

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran Pendidikan, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Mokhtar Ibrahim (2003). Pengurusan kewangan dan amalan perakaunan di sebuahsekolah menengah teknik di Sabah: Satu kajian kes, Kertas Projek SarjanaKepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.

http://mysekebun.blogspot.my/2013/08/sistem-perakaunan-kumpulan-wang-sekolah.html

http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1146-espkws.pdf16