refleksi bench marking.new

Upload: kaiyi-chung

Post on 10-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Lawatan Bench Marking

TRANSCRIPT

CHUNG KAI YI (890311-12-5466) LAWATAN BENCH MARKING PISMP SEM 5PRASEKOLAH

REFLEKSIProgram BIna Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti kearah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti professional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Kami bertolak ke SJK(C) Ai Chun 1 untuk mengadakan lawatan penanda aras. SJK(C) Ai Chun1 merupakan sebuah sekolah cemerlang. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah cemerlang sejak tahun 2010. Program Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Johor. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SJK(C) Ai Chun 1, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SJK(C) Ai Chun 1. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Cik Tam Poh Choo. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SJK(C) Ai Chun 1, dan pencapaian SJK(C) Ai Chun 1 dalam bidang akademik mahupun sukan. SJK(C) Ai Chun 1 mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka digalakkan bersukan ketika waktu rehat atau selepas habis sesi persekolahan. Ketika waktu berehat terdapat murid-murid akan bermain badminton. Pada waktu lawatan tersebut saya ternampak juga guru turut serta bermain permainan dengan murid. Ini menunjukkan juga bahawa jalinan hubungan antara guru dan murid terjalin dengan erat dan mesra. Jadi tidak hairanlah sekiranya johan peringkat daerah untuk kategori individu lelaki bawah 12 tahun, bergu bawah 12 tahun dan individuperempuan bawah 12 tahun menjadi johan daerah bagi tahun 2011 dan 2012. Selainitu, sekolah ini juga pernah memasuki peringkat negeri bagi permainan ping pong hingga ke suku akhir.Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program tersebut. Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satus sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.

PENILAIAN KENDIRITerdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras (bench marking) ini. Para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, memahami dan mengenalpasti setiap jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing dalam jentera pentadbiran SJK(C) Ai Chun 1. Para guru pelatih juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana yang kondusif dalam usaha menentukan kecemerlangan pelajar. Setiap guru cemerlang tersebut telah memberikan input dan perkongsian mengenai bagaimana untuk membentuk suasana pembelajaran cemerlang di samping kaedah untuk membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Guru besar telah berkongsi mengenai kunci utama untuk mengekalkan minat murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Puan Lee Yi Eng telah berkongsi mengenai memberi usaha tambahan sebagai seorang guru untuk memastikan kecemerlangan murid seperti kelas tambahan. Encik Safrin pula telah berkongsi mengenai pengalaman beliau sebagai guru cemerlang.Para guru pelatih memberikan sepenuh perhatian semasa sesi perkongsian tersebut. Guru pelatih khusyuk menunjukkan minat dan kegigihan yang tinggi semasa perkongsian. Hal ini dibuktikan apabila mereka rajin bertanya pendapat dan resepi kejayaan setiap Guru Cemerlang tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti antaranya seperti tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang singkat ini, guru pelatih hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja. Seterusnya, kelewatan notis pemberitahuan bagi program ini juga merupakan suatu kelemahan. Hal ini mengakibatkan persediaan rapi tidak dapat dilakukan bagi memastikan kelancaran sepenuhnya terhadap program ini. Justeru itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan perlaksanaan program sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah memanjangkan tempoh masa lawatan. Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatandan ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang keguruan. Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan program ini harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal ini mampu memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti dalam program tersebut.Kesimpulanya, sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalahyang tidak diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah didapatihasil daripada setiap perkongsian bersama pihak pentadbiran dan Guru Cemerlang. Para guru pelatih memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang disamping memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.