refleksi audit hijau

Upload: sitihassan36

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Refleksi audit hijau

    1/3

    REFLEKSI AUDI HIJAU

    Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,dapat juga

    saya menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini mengikut jangka masa yang

    telah ditetapkan oleh En. Teoh Eng Seah, pensyarah mata pelajaran Pendidikan

    Pembangunan Lestari . Pada pendapat saya, pembelajaran pendidikan lestari amat

    penting kerana ia bukan sahaja dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap

    individu malahan ia dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara

    dan memulihara alam sekitar. Individu yang mempelajari ilmu kelestarian ini juga dapat

    mengamalkan gaya hidup seiring dengan pembangunan lestari. Pendidikan lestari juga

    penting kepada setiap individu kerana setiap individu adalah bergantungan antara satu

    sama lain.

    Berbalik kepada kerja kursus Audit hijau yang saya jalankan baru-baru ini, ia

    perlu dilakukan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang setiap kumpulan. Ahli

    kumpulan saya terdiri daripada saya Siti Hasanah Hassan, Nurul Hidayah Abdul Aziz

    dan juga Wan Noorhusna binti Wan Zain. Kawasan audit yang diberikan kepada

    kumpulan kami ialah kawasan blok kediaman puteri. Audit hijau ini bertujuan untuk

    mengetahui tahap kelestarian penghuni blok kediaman. Di kawasan audit ini, kami telah

    membuat kajian tentang tiga aspek iaitu penggunaan air, penggunaan elektrik dan

    kebersihan blok kediaman. Kami telah menggunakan beberapa instrumen dan kaedah

    bagi menyempurnakan audit hijau ini.

    Kaedah pertama ialah kaedah pemerhatian, dalam kaedah ini kami telah

    menyediakan instumen iaitu borang pemerhatian. pemerhatian dibuat dari hari pertama

    bermulanya audit hijau hingga hari terakhir audit hijau. Pemerhatian ini dibuat keatas

    tiga aspek utama iaitu penggunaan air, penggunaan elektrik dan penjagaan kebersihan

    blok asrama. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan penghuni blok kediaman belum

    mempunyai kesedaran yang secukupnya tentang kelestarian ini. Hal ini dapat dilihat

    dari penggunaan elektrik, apa yang saya perhatikan ada diantara bilik-bilik pelatih yang

    kipas dan lampunya bernyala walaupun ketiadaan penghuni dan pada waktu siang.

    Mereka juga tidak peka kepada penggunaan bilik pentri dan koridor kerana apa yang

  • 7/28/2019 Refleksi audit hijau

    2/3

    saya perhatikan selama tempoh audit ini ada diantara blok-blok kediaman yang tidak

    menutup lampu dan suiz-suiz di bilik pantri dan koridor setelah menggunakan dan

    waktu pagi menjelma. Kekurangan kesedaran ini menyebabkan pembaziran berlaku.

    Pemerhatian saya juga tidak hanya tertumpu kepada penggunaan elektrik sahaja,

    penggunaan sumber air juga menjadi masalah utama di blok kediaman. Kebanyakan

    daripada penghuni blok kediaman, mereka tidak berapa cakna tentang masalah air

    yang sering berlaku. Pembaziran air menyebabkan kekurangan air berlaku. Masalah

    kekurangan air ini menjadi masalah utama pelatih di institut perguruan ini. Bagi

    pendapat saya masalah ini dapat diatasi dengan adanya kesedaran dari dalam diri

    setiap guru pelatih. Daripada pemerhatian saya daripada aspek kebersihan dan

    keceriaan pula, saya dapati keadaan blok kediaman aspuri bersih dan ceria.

    kebersihannya dan keceriaannya dijaga oleh pekerja-pekerja kontrak setiap hari.

    Pelatih-pelatih juga mengamalkan kebersihan yang sempurna walaupun ada segelintir

    pelatih yang tidak membuang sampah di tempat yang disediakan.

    Kaedah kedua ialah kaedah temu bual. Kami telah menyediakan soalan soal

    selidik terlebih dahulu sebelum membuat temu bual. Soalan temubual kami

    berlandaskan kawasan tapak kajian selidik kami dan berkaitan dengan penggunaan

    sumber air, penggunaan sumber elektrik dan penjagaan kebersihan dan keceriaan

    kawasan kajian. Kami telah memilih beberapa orang responden untuk menjawab soalan

    temu bual kami ini. kami telah menganalisis maklumat yang diperoleh secara lisan.

    Proses temu bual diadakan dengan beberapa orang guru pelatih, pensyarah

    pembimbing, staf sokongan serta warden untuk mengetahui sejauh mana mereka

    memainkan peranan dalam memastikan blok kediaman IPG Kampus Tengku Ampuan

    Afzan sentiasa lestari. Kaedah ini memberi respon yang positif daripada responden

    kami. Penerimaan mereka amat baik dan mereka senang untuk bekerjasama.

    Maklumat yang diperolehi kami catat dalam borang temu bual dan kami menganalisis

    setiap perincian yang dinyatakan.

  • 7/28/2019 Refleksi audit hijau

    3/3

    Kaedah terakhir ialah kaedah soal selidik. Bagi menyempurkan kaedah ini kami

    telah menyediakan soalan soal selidik. Dalam menyediakan soalan ini kami membuat

    rujukan daripada internet untuk mengetahui cara-cara membuat borang soal selidik ini.

    Selepas itu kami telah mengagihkan borang-borang soal selidik itu kepada 40 orang

    responden iaitu terdiri daripada penghuni blok anggerik, blok mawar, blok cempaka dan

    blok seroja. Kami mendapat respon yang begitu memberangsangkan daripada mereka.

    Setelah selesai mengumpul maklumat, kami menganalisis borang audit. Menganalisis

    borang soal selidik adalah sangat memenatkan dan mengelirukan. Ada diantara

    pengiraan saya salah dan saya terpaksa mengira kembali analisis borang soal selidik

    itu. Hasil daripada borang soal selidik itu kami membuat analisis dalam bentuk graf bar

    dan huraian.

    Selepas selesai membuat menganalisis dan mengkaji kawasan audit hijau itu,

    kami telah simpulkan dalam satu rumusan dan membuat cadangan penambah baikkan

    terhadap apa yang perlu dilakukan untuk menjimatkan sumber dan menjaga alam

    sekitar di persekitaran blok kediaman. Daripada kajian ini, saya berharap agar guru-

    guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan menanamkan sifat-sifat cintakan alam

    sekitar dan prinsip-prinsip kelestarian dapat disemai dalam diri setiap individu.