refleksi ar

6
REFLEKSI Menyingkap tirai pengalaman dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan (SCE 3133), pelbagai ilmu yang dapat saya peroleh melalui rentetan cabaran yang dihadapi. Lafaz kesyukuran diucap kerana diberi peluang, ruang dan masa untuk mendalami ilmu tentang kajian tindakan dengan bimbingan pensyarah guru yang berpengalaman. Perkongsian ilmu melalui pelbagai medium dan juga rujukan pengalaman amat membantu saya mengasimilasikan pengetahuan tersebut dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan ini. Pemindahan ilmu melalui interaksi kuliah dan bimbingan daripada pensyarah penyelia telah membuka minda saya terhadap permasalahan yang yang dihadapi dalam dunia pendidikan masa kini. Isu ini menjadi semakin membimbangkan dan memerlukan jalan penyelesaian segera. Dalam konteks ini, tindakan yang diambil ialah dengan memperkenalkan kaedah simulasi sebagai langkah untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap

Upload: mohd-ridzuan

Post on 23-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Ar

REFLEKSI

Menyingkap tirai pengalaman dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan (SCE

3133), pelbagai ilmu yang dapat saya peroleh melalui rentetan cabaran yang dihadapi. Lafaz

kesyukuran diucap kerana diberi peluang, ruang dan masa untuk mendalami ilmu tentang

kajian tindakan dengan bimbingan pensyarah guru yang berpengalaman. Perkongsian ilmu

melalui pelbagai medium dan juga rujukan pengalaman amat membantu saya

mengasimilasikan pengetahuan tersebut dalam penulisan cadangan penyelidikan tindakan ini.

Pemindahan ilmu melalui interaksi kuliah dan bimbingan daripada pensyarah penyelia

telah membuka minda saya terhadap permasalahan yang yang dihadapi dalam dunia

pendidikan masa kini. Isu ini menjadi semakin membimbangkan dan memerlukan jalan

penyelesaian segera. Dalam konteks ini, tindakan yang diambil ialah dengan

memperkenalkan kaedah simulasi sebagai langkah untuk meningkatkan kefahaman dan minat

murid terhadap matapelajaran sains. Saya juga dapat memahami istilah simulasi yang

menjadi kayu ukur kepada kajian yang dijalankan.

Semasa proses dapatan maklumat melalui pelbagai medium, saya juga dapat

mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis penyelidikan yang dijalankan. Tanggapan awal

saya mengatakan bahawa semua penyelidikan adalah sama ternyata salah sama sekali. Skop

kajian yang diterapkan di peringkat IPG adalah kajian yang lebih berfokus dan bidang

liputannya tidak terlalu luas malah lebih tertumpu kepada memperbaiki amalan, strategi serta

untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang persekitaran sosial tempat kerja.

Page 2: Refleksi Ar

Fasa tinjauan literatur merupakan fasa perolehan pengetahuan baru yang

membolehkan saya memetik sesuatu pendapat, kenyataan, petikan dan kata-kata daripada

tokoh-tokoh ilmuan dalam bidang pendidikan. Terdahulu, saya hanya memetik beberapa

pendapat tanpa merujuk kepada kesahihan dan tokoh yang terlibat. Namun begitu, setelah

diajar, saya kini lebih tahu dan faham kepentingan tinjauan literatur ini kerana sesuatu

pendapat yang lengkap dengan rujukan dapat mengukuhkan lagi kesahihan kenyataan yang

diutarakan. Dalam penulisan cadangan kajian penyelidikan ini, tinjauan literatur ini boleh

dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan utama dalam perlaksanaan sesuatu tindakan.

Tanpa sedar, proses mencari maklumat menerusi tinjauan literatur ini juga membolehkan

saya menimba ilmu pengetahuan kerana melibatkan proses pembacaan bahan rujuan yang

banyak seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Pengetahuan inilah yang membantu saya

merangka dan menghuraikan kaedah yang ingin dijalankan supaya dapat difahami dan

diterima oleh pembaca.

Kaedah perolehan dan pengumpulan data melalui instrumen yang digunakan

merupakan proses kerja baru yang saya jalankan. Sebelum ini, data yang saya peroleh

hanyalah melalui markah peperiksaan. Data ini masih boleh dinyatakan keraguannya. Oleh

itu, melalui perlaksanaan 4 jenis instrumen seperti pra ujian, pasca ujian, soal selidik dan

temu bual, hasil dapatan adalah data trangulasi iaitu data yang lebih kukuh dan tidak dapat

dipersoalkan oleh orang lain. Kaedah pengumpulan data juga menjadi lebih sistematik dan

Page 3: Refleksi Ar

aspek yang dinilai dalam kajian ini iaitu kefahaman dan minat dapat dilihat dengan jelas

perkembangannya.

Kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam menghasilkan kajian tindakan ini ialah,

kaedah yang dicadangkan ini mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Ini

adalah kerana kaedah ini sangat sesuai dengan perlaksanaan PdP sains kerana ianya

memerlukan penglibatan aktif murid-murid. Kenyataan ini juga disahkan oleh tokoh-tokoh

pendidikan terdahulu. Saya juga sebenarnya telah mempraktikan kaedah ini sepanjang 10

tahun pengalaman menjadi guru. Ternyata fakta dan konsep sains mudah diingat jika terdapat

ilmu yang disulami dengan perbuatan. Kaedah ini sebenarnya selaras dengan kehendak

Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) yang menguji kemahiran murid-murid menjalankan

eksperimen. Kaedah ini dapat membuka mata dan diterima oleh pengamal ilmu pendidikan

sekiranya dapat dijelaskan dengan baik dan dibantu dengan sumber rujukan yang sahih.

Ketidaksempurnaan tetap wujud diatas kelemahan yang ada dan dikenalpasti dalam

menyempurnakan penulisan ini. Kesukaran untuk mendapatkan rujukan bahan bacaan akibat

dari kekangan masa disekolah adalah faktor yang menyebabkan kebanyakkan sumber bacaan

adalah melalui internet sahaja. Selain itu, hasil pembacaan juga tidak menjelaskan dengan

terperinci sejauh mana keberkesanan kaedah simulasi ini. Disamping itu juga, tempoh

perlaksanaan yang terhad dalam menyiapkan cadangan penulisan ini menyukarkan saya

untuk melakukan penambahbaikan yang terperinci terhadap draf cadangan penyelidikan

tindakan ini. Hal ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah

Page 4: Refleksi Ar

sebagai persediaan murid menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Walaubagaimanapun cabaran dan masalah yang dihadapi, saya tetap berusaha untuk

menyempurnakan penulisan cadangan penyelidikan tindakan ini dengan sebaik mungkin dan

juga penambaikan yang dicadangkan oleh pensyarah pembimbing supaya menghasilkan

penulisan yang berkualiti,

Kesimpulannya, saya berharap agar cadangan penyelidikan tindakan ini dapat

diterima dan diluluskan supaya saya dapat menjalankan kajian untuk melihat sejauh mana

keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam topik

yang dipelajari.