refleksi amali.docx

Upload: peggy9318

Post on 14-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

AMALI 1 : KEMAHIRAN LISAN

TEKNIK BONEKA YANG MENGGUNAKAN PUPPET DALAM KEMAHIRAN LISAN

AMALI 1: TEKNIK BONEKA DALAM KEMAHIRAN LISANREFLEKSI :Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan kognitif yang dimilikinya. Teori interaksi telah menegaskan kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan cekap. Dalam tajuk ini, pensyarah telah memperkenalkan teknik boneka yang menggunakan bahan bantu mengajar puppet dalam memahami konsep kemahiran lisan dan menunjukkan cara untuk mempersembahkan teknik ini dengan berkesan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu mereka satu cerita berdasarkan jenis puppet yang diambil. Kumpulan saya telah menggunakan puppet yang serupa dengan seorang gadis perempuan dan beruang. Pada masa itu, kami mereka sebuah cerita mengenai kesedihan Mimi. Sikap kerjasama telah dipupuk antara satu sama lain semasa proses perbincangan.Walaupun berjaya mempersembahkan teknik boneka ini, tetapi terdapat kelemahan dari segi bahasa. Hal ini dilihat pada sebutan dan penggunaan kosa kata semasa cerita dipersembahkan. Pada masa itu, saya tidak menunjukkan sikap yang serius dalam persembahan. Oleh itu, saya perlu berubah sikap yang sambil lewa supaya aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.Secara kesimpulannya, teknik boneka ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

AMALI 2: KEMAHIRAN BERCERITA DAN TERAPI BIBIR

KEMAHIRAN BERCERITA

TERAPI BIBIR DALAM PERTUTURANAMALI 3: KEMAHIRAN BERTUTUR kemaPEMBENTANGAN KEMAHIRAN BERTUTURAMALI 3: KEMAHIRAN BERTUTURREFLEKSIPada hari ini, pensyarah telah memberi tugasan mengenai kemahiran bertutur. Beliau meminta kami menggunakan surat khabar dan menggunting bahan-bahan yang penting. Kemudian membentangkan satu isu mengenai keratan surat khabar tersebut. Hal ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan kami. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Untuk meningkatkan kemahiran bertutur, guru pemulihan khas harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

AMALI 2: KEMAHIRAN BERCERITA DAN TERAPI BIBIRREFLEKSIKemahiran bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kemahiran ini dapat meningkatkan Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Selain itu, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.Pada masa yang sama, perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.Semasa aktiviti bercerita dijalankan, saya mendapati bahawa idea- idea yang kreatif tidak dapat dikembangkan. Kumpulan saya telah memberi satu cerita mengenai pengalaman hidup di tepi laut. Pada ketika itu, saya berasa cemas semasa membuat persembahan. Saya menghadapi masalah dalam teragak-agak semasa menyampaikan cerita. Tambahan pula, saya tidak yakin pada diri sendiri semasa bercerita. Hal ini telah mempengaruhi kemahiran yang hendak dipelajari. Dengan adanya tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah barulah masalah saya dapat dikurangkan. Rakan-rakan sekelas turut memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya saya dapat melaksanakannya yang terbaik. Kemahiran ini amat berguna kepada saya apabila saya mengajar di sekolah nanti. Pada hari yang sama, pensyarah juga menjalankan terapi bibir dengan menjalankan aktiviti meniup dengan menggunakan penyedut minuman. Bahan- bahan seperti cawan, air dan penyedut minuman disediakan. Semua rakan telah melakukan terapi ini dengan bersemangat. Selain itu, pensyarah juga menjalankan aktiviti meniup tisu di luar kelas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merupakan satu terapi pergerakan dalam membantu murid menguasai kemahiran bertutur. Terapi- terapi ini dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah bertutur. Malahan, terapi ini dapat saya mengaplikasikan semasa mengajar murid pemulihan khas.