refleksi

2
REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanahkan dalam melengkapkan sessi pengajian di semester ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan matematik ambilan khas. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah Pn. Suhailah bt. Shariff atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau. Namun, setiap sesuatu kejayaan pastinya bermula dengan kesusahan. Kekangan waktu antara pengajian dan waktu kerja merupakan masalah yang paling berat untuk diselesaikan.Proses pembahagian tugas kerja seorang guru matematik tahun 6 yang akan menduduki UPSR dengan tugas seorang pelajar amatlah berat untuk dipikul. Lambakan tugas pengkeranian di sekolah dan kelas tambahan merupakan fenomena biasa untuk semua guru yang mengajar tahun 6. Justeru, amalan profesional yang diperolehi semasa interaksi mata pelajran kali ini banyak membantu dalam hala tuju menyiapkan tugasan ini. Selain itu banyak kekangan lain yang dilalui untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu 14

Upload: kickerslangkawi

Post on 25-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refdl

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya

menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanahkan dalam melengkapkan sessi pengajian di

semester ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan matematik ambilan khas.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah Pn. Suhailah bt. Shariff atas

bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau.

Namun, setiap sesuatu kejayaan pastinya bermula dengan kesusahan. Kekangan waktu antara

pengajian dan waktu kerja merupakan masalah yang paling berat untuk diselesaikan.Proses

pembahagian tugas kerja seorang guru matematik tahun 6 yang akan menduduki UPSR dengan

tugas seorang pelajar amatlah berat untuk dipikul. Lambakan tugas pengkeranian di sekolah dan

kelas tambahan merupakan fenomena biasa untuk semua guru yang mengajar tahun 6. Justeru,

amalan profesional yang diperolehi semasa interaksi mata pelajran kali ini banyak membantu

dalam hala tuju menyiapkan tugasan ini.

Selain itu banyak kekangan lain yang dilalui untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan,

antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan

yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga

menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pendrive luar

masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer.

Impaknya, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan

saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap yakin diri serta tidak mudah putus asa di masa

akan datang. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah kelak.

MAD SAIPON NIZAR B. ZAINON

14

Page 2: REFLEKSI

14