refleksi

3
Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan SJH3123, iaitu Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbassiyah. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi saya selepas menyelesaikan tugasan ini ialah sangat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan mengenai Peristiwa Hijrah pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar dicari terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi, saya juga telah menambah sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan di internet disebabkan maklumat-maklumat yang saya peroleh mengenai tajuk ini agak terhad. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat juga saya atasi setelah diterangkan dengan lebih lanjut mana-mana kehendak soalan yang saya tidak faham oleh pensyarah, Abdul Rahim bin Ali. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, pengetahuan saya mengenai Sejarah Islam amat kurang. Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Abdul Rahim bin Ali

Upload: kamal-leo

Post on 11-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan SJH3123, iaitu

Sejarah Islam Sehingga Daulah Abbassiyah. Saya Faez bin Mohd Jawawi sangat

berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.

Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Reaksi

saya selepas menyelesaikan tugasan ini ialah sangat gembira kerana saya tidak

menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Saya

dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang

saya hadapi semasa melakukan tugasan.

Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan mengenai Peristiwa Hijrah

pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar dicari

terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi, saya juga telah

menambah sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan

di internet disebabkan maklumat-maklumat yang saya peroleh mengenai tajuk ini

agak terhad. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana

tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat

juga saya atasi setelah diterangkan dengan lebih lanjut mana-mana kehendak

soalan yang saya tidak faham oleh pensyarah, Abdul Rahim bin Ali.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan

untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, pengetahuan saya mengenai

Sejarah Islam amat kurang. Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Abdul Rahim

bin Ali telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Saya telah

memperoleh maklumat-maklumat penting dari perpustakaan dan saya juga telah

menyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja

kursus. Pada mulanya, ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun, berkat doa

dan pertolongan pensyarah, saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah

diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini juga, saya telah mendapat iktibar

daripada peristiwa hijrah. Saya mendapati bahawa hijrah mempunyai satu

keistimewaan di mana melalui hijrah, seseorang sudah pasti mempunyai azam yang

tinggi dalam kehidupan. Lihatlah falsafah orang yang berjaya yang menongkah arus

serta memahami selok-belok badai kehidupan menyebabkan pengalaman kehidupan

merupakan guru terpenting dalam mendewasakan seseorang.

Page 2: Refleksi

Kerja kursus ini juga menyedarkan saya bahawa hijrah hendaklah disemaikan

dalam hati sanubari ummah untuk dijadikan budaya amalan harian. Hijrah adalah

budaya yang wajib disemai dan diamalkan, dan dijadikan budaya hidup individu dan

budaya tata urus institusi. Umat Islam hendaklah berani melakukan penghijrahan,

terutama penghijrahan minda, penghijrahan sikap dan penghijrahan sifat, lalu berjaya

membawa perubahan hingga dapat terbangunnya potensi ummah, menjadi ummah

yang dinamik lagi progresif, dihormati lagi disegani.

Kini saya telah jelas apabila berbicara serba sedikit mengenai Sejarah Islam,

maka saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga berasa bertuah kerana

pendedahan yang sebegini memberikan nilai tambah kepada saya untuk mengetahui

lebih dekat lagi sejarah Islam. Semoga, apa yang telah saya pelajari ini akan

membantu saya dalam mengajar murid-murid di sekolah kelak. Saya berharap, agar

saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi ini untuk digunakan pada masa

akan datang. Mungkin saya juga boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman

saya bersama rakan-rakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya peroleh ini dapat

diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan

ini telah membuka perspektif baru kepada saya mengenai pentaksiran dalam

pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah. Dengan siapnya tugasan ini, ia

memberikan saya satu dimensi baru mengenai subjek SJH3123. Ia secara tidak

langsung telah menjadikan saya seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai

pemikiran yang positif terhadap tugasan. Sikap ini akan saya terapkan kepada

pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak. Saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menyiapkan

tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu Encik Abdul Rahim bin Ali.