refleksi

Upload: siti-asiah-abd-rahman

Post on 07-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi math

TRANSCRIPT

REFLEKSISemasa menjalankan tugasan ini , saya dikehendaki mengumpul data ketinggian bagi 120 orang murid di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin Kajang Selangor. Subjek adalah terdiri daripada 30 orang murid lelaki tahap satu, 30 orang murid perempuan tahap satu, 30 orang murid lelaki tahap dua dan 30 orang murid perempuan tahap dua.Daripada data yang telah dikumpulkan,saya dikehendaki menyedikan jadual-jadual kekerapan yang sesuai dan kemudian membina histogram bagi mewakili ketinggian murid-murid tersebut.Berdasarkan jadual yang telah dibuat ,saya perlu menentukan min,mod dan median.Di sini cabarannya agak besar kerana untuk mencari min,mod dan median data terkumpul yang mempunyai selang kelas,memerlukan penggunaan formula yang tepat.Saya perlu merujuk pelbagai sumber seperti melayari internet,buku-buku rujukan dan belajar dari rakan-rakan yang mempunyai pengalaman dan kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang matematik .Alhamdulillah,berkat usaha dan kesungguhan akhirnya saya dapat saya dapat menganalisis data dan mengintepretasi data yang diperolehi dengan sukatan atau formula yang diberikan.Secara tidak langsung saya juga dapat mendalami kemahiraan teknologi maklumat seperti pencarian maklumat di laman sesawang dan penggunaan perisian Microsoft dengan lebih baik lagi.Di samping itu,sebagai seorang guru sains perlu juga mahir dalam bidang bahasa untuk menulis laporan atau ulasan kerana tugasan ini turut menguji kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.Sekian,terima-kasih