refleksi

11
Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) ini telah saya jalankan di kelas darjah 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Kelas ini dikategorikan sebagai kelas yang terpandai untuk peringkat umur mereka iaitu 11 tahun di sekolah tersebut daripada dua buah kelas yang kelas lagi satu ialah 5 Cemerlang. Berdasarkan maklumat yang telah dikutip sebelum saya memasuki dan mengajar kelas ini, saya dengan sedaya upaya cuba untuk mebiasakan diri dengan tahap pemikiran murid ini yang sudah tentu berbeza daripada orang lain. Kelas yang dimasuki ini terdiri daripada 27 orang murid yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat daripada kelas sederhana yang mana kebanyakan murid di kelas ini terdiri daripada anak penjawat awam yang bekerja di sekeliling daerah Alai, Melaka seperti guru, pembantu tadbir, pegawai pejabat, kerani dan banyak lagi. Daripada maklumat yang diperoleh daripada guru sains yang mengajar kelas ini, Pn Hajah Zezah binti Ismail yang telah bertugas selama 8 tahun di sekolah ini dan 15 tahun dalam dunia perguruan, beliau ada menyatakan bahaw kelas ini sememangnya agak berbeza daripada kelas yang pernah diajarnya sebelum ini. Menurut beliau, kelas 5 Bestari ini memang pandai, namun pencapaian mereka begitu senang untuk berubah mengikut guru yang mengajar kelas tersebut. Walaupun guru yang mengajar mereka merupakan guru yang hebat, namun boleh jadi pencapaian mereka akan turun

Upload: haziq-zaidel

Post on 05-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Proses Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) ini telah saya jalankan di kelas darjah 5

Bestari di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka. Kelas ini dikategorikan sebagai kelas

yang terpandai untuk peringkat umur mereka iaitu 11 tahun di sekolah tersebut

daripada dua buah kelas yang kelas lagi satu ialah 5 Cemerlang. Berdasarkan

maklumat yang telah dikutip sebelum saya memasuki dan mengajar kelas ini, saya

dengan sedaya upaya cuba untuk mebiasakan diri dengan tahap pemikiran murid ini

yang sudah tentu berbeza daripada orang lain. Kelas yang dimasuki ini terdiri daripada

27 orang murid yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat daripada kelas

sederhana yang mana kebanyakan murid di kelas ini terdiri daripada anak penjawat

awam yang bekerja di sekeliling daerah Alai, Melaka seperti guru, pembantu tadbir,

pegawai pejabat, kerani dan banyak lagi.

Daripada maklumat yang diperoleh daripada guru sains yang mengajar kelas ini, Pn

Hajah Zezah binti Ismail yang telah bertugas selama 8 tahun di sekolah ini dan 15

tahun dalam dunia perguruan, beliau ada menyatakan bahaw kelas ini sememangnya

agak berbeza daripada kelas yang pernah diajarnya sebelum ini. Menurut beliau, kelas

5 Bestari ini memang pandai, namun pencapaian mereka begitu senang untuk berubah

mengikut guru yang mengajar kelas tersebut. Walaupun guru yang mengajar mereka

merupakan guru yang hebat, namun boleh jadi pencapaian mereka akan turun

sekiranya tidak menggunakan strategi, pendekatan, teknik dan keadah yang spesifik.

Daripada pemerhatian guru tersebut sepanjang mengajar kelas 5 Bestari, beliau dapati

kelas ini sangat sesuai diajar menggunakan penglibatan secara aktif oleh setiap pelajar.

Pada masa tersebut saya menyedari bahawa pembelajaran yang aktif sememangnya

tidak terhad kepada murid yang berada pada peringkat lemah sahaja. Dalam pemikiran

saya sebelum ini, saya menyangka bahawa pembelajaran bagi murid yang pandai

sesuai menggunakan kaedah penerangan yang mana kaedah ini sangat berpusatkan

guru dan mereka mempunyai daya fokus yang lama serta cepat belajar walaupun

dengan hanya menerangkan sahaja tentang sesuatu topik, Ternyata pemikiran saya

salah. Walaupun latar pendidikan Pn Zezah hanya di peringkat Diploma Pendidikan

sahaja setelah saya sempat berborak bersama beliau semasa masa kosong kami dan

Page 2: Refleksi

berkenalan bagi mengeratkan hubungan antara guru muda seperti kami dan guru

berpengalaman seperti beliau, saya terfikir sejenak bahawa pengalaman merupakan

sesuatu yang tidak dapat dibeli dan perlu dicari. Jika dibandingkan diri saya dengan

beliau, saya hanyalah terlalu muda dan hanya memahami teori dalam dunia pendidikan

berbanding beliau yang sudah makan garam terlebih dahulu.

Beliau sepat berpasan kepada saya bahawa kelas 5 Bestari ini memerlukan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan murid yang diajar tidak boleh

terlalu stress. Pengajaran dan Pembelajaran yang stress hanya akan mencacatkan

pembelajaran mereka dan kesannya, mereka akan menjadi capat bosan kepada tidak

mengalami pembelajaran pengatahuan baru. Pada pandangan saya daripada

maklumat, kelas ini secara rambangnya memang sangat mencabar saya kerana saya

perlu menrangka rancangan yang sangat teliti namun sesuai dengan cara pebelajaran

murid kelas 5 Bestari tersebut serta peringkat umur mereka agar pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan tidak terlalu bosan namun pada masa yang sama tidak

terlalu sukar sehingga mereka hilang minat terhadap pengajaaran yang dibuat.

Bagi mengelakkan sebarang kecacatan semasa berada di kelas, saya mengambil

langkah persediaan dengan merujuk Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat

oleh saya dengan Pn Zezah beberapa kali sehingga saya merasakan bahawa

Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat sangat baik serta menerima respon positif

daripada Pn Zezah yang mengetahui karenah serta sifat murid yang diajarnya. Dalam

Rancangan Pengajaran Harian saya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang banyak melibatkan murid secara aktif dan banyak melibatkan pergerakan

tubuh badan yang saya rasakan sesuai berdasarkan maklumat yang dianalisis tentang

kelas tersebut.

Setela tiba hari yang dinantikan, saya pada mulanya cukup gementar kerana

pengalaman saya memasuki kelas hanyalah beberapa kali sahaja sepanjang bergelar

siswa pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, itu pun belum pernah

ada lagi saya mengajar dengan menggunakan skala penuh seperti menyediakan

Rancangan Pengajaran Harian dan menggunakan RPH tersebut dalam situasi kelas

Page 3: Refleksi

yang sebenar, Ini merupakan pengalaman pertama saya menjalankan sesi Pengajaran

dan Pembelajaran dan dibantu oleh guru sebenar di sekolah.

Secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati dengan sesi pengajaran dan

pembelajaran yang telah saya jalankan namun masih terdapat sangat banyak

kelemahan yang perlu dibaiki agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa

hadapan kelak. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mencuba serta

mengikut sebanyak mungkin rancangan yang telah dilakukan, namun saya hanya

seorang manusia malah mendidik manusia yang lain. Tidak saya nafikan, terdapat juga

beberapa bahagian rancangan pengajaran saya yang tidak disentuh dan digunakan

semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran kerana saya terlepas pandang ketika

menjalankan kelas tersebut. Berita baiknya, Puan Zezah yang turut berada bersama

saya membimbing dan menilai sesi yang dijalankan oleh saya sepanjang berada dalam

kelas memberi respon positif terhadap cara pengajaran saya tetapi terdapat juga

beberpa kelemahan yang sempat ditunjuk oleh beliau untuk rujukan saya. Namun

semua itu saya perlu terima dalam membentuk diri sebagai seorang guru yang baik

pada masa hadapan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Sepanjang saya berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas 5 Bestari, saya

menilai diri saya melalui beberapa aspek yang penting dalam sesebuah kelas. Ini

bertujuan agar sebarang kelemahan yang ditonjolkan dapat dikesan dnegan lebih

mudah serta penambaikan dapat dijalankan dengan segera. Aspek-aspek ini juga dinilai

sendiri oleh Puan Zezah yang turut berada di kelas tersebut semasa saya mengajar

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya merancang bagi mengajar topik ke-12

tahun 5 iaitu Teknologi di bawah tema teknologi dan kehidupan lestari berdasarkan

Standard Kandungan iaitu Kestabilan dan kekuatan objek dan binaan. Topik ini

menekankan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan bahan

binaan. Pada pendapat saya, topik ini sangat sesuai dijalankan secara hands on kerana

ini akan lebih membuka mata dan minda murid untuk memahami topik tersebut secar

mendalam dan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan kehidupan

sebenar.

Page 4: Refleksi

Pada aspek permulaan kelas, menjadi lumrah dalam dunia perguruan bagi memastikan

murid berada dalam keadaan sedia serta guru perlu menyuntik semangat bagi

memastikan murid lebih kekal bersemangat dalam sepanjagn sesi pengakaran dan

pembelajaran sedang dijalankan. Dalam peringkat permulaan ini, saya telah

menjalankan dua aktiviti yang ringkas bagi merangsang minda serta menyuntik

semangat murid untuk ingin tahu mereka terhadap topik ini semakin tinggi. Dalam

Aktiviti pertama, saya menunjukkan beberapa keping gambar iaitu gambar iaitu bentuk

silinder yang ditegakkan serta membandingkannya dengan bentuk kon. Saya meminta

murid bagi menilai yang manakah akan lebih stabil sekiranya di goncangkan tetapi

murid tersebut hanya mendiamkan diri kerana kurang faham dengan soalan yang

diajukan. Bagi saya, mungkin sekiranya saya menggunakan objek yang betul akan

menarik minat murid untuk belajar akan menjadi lebih baik.

Aktiviti kedua pula cukup menyeronokkan bagi murid, dalam aktiviti ini, saya meminta

mereka untuk berdiri sebelah kaki dan menolak rakan yang lain. Saya dapati mereka

sangat menyukai aktiviti ini dan apabila diajukan soalan mengapa berdiri dengan satu

lebi mudah jatuh, jawapan yang diperoleh sangat tepat iaitu kerana satu kaki yang kecil

tidak dapat menyeimbangkan tubuh yang besar apabila ditolak. Pada masa ini saya

dapat mengetahui bahawa pembelajaran menyeronokkan sesuai dengan murid seperti

mereka. Namun atas tujuan keselamatan, saya berasa perlu membuat aktiviti ini di tepi

kelas yang tiada kerusi meja kerana terdapat murid yang hampir melanggar meja

apabila ditolak oleh rakan mereka. Keselamatan perlu diutamakan.

Bagi aspek kedua pula, iaitu aspek penyampaian. Dalam penyampaian, saya

menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang berbeza seperti penyoalan,

eksperimen dan projek serta perbincangan. Bagi saya kepelbagaian dalam sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran kelas sememangnya perlu bagi menghilangkan rasa

bosan daripada murid serta bagi mengekalkan semangat mereka sepanjang berada

dalam kelas. Setelah mendengar penilaian daripada Pn Zezah sendiri, saya merasakan

saya perlu membuat penambahbaikan dalam beberapa bahagian. Antaranya, semasa

saya membuat perbincangan, guru penilai dapati bahawa saya kelihatan agak terlalu

laju sehingga terdapat murid yang tertinggal beberapa bahagian sehingga mereka

Page 5: Refleksi

hilang tumpuan sebentar kerana sibuk bertanyakan perkara yang tidak difahami. Malah

saya pada masa tersebut juga tidak menyedari bahawa terdapat murid yang tertinggal

semasa perbincangan berlaku. Bagi menambahbaik keadaan ini, saya perlu lebih peka

pada masa yang akan datang serta tidak terlalu gopoh gapah apabila terlalu mengikut

Rancangan Pengajaran Harian yang dirangka. Hal ini kerana murid yang diajar sudah

tentu mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Terdapat murid yang cepat belajar

serta menguasai kandungan yang diajar namun terdapat juga murid yang memerlukan

masa yang agak panjang bagi memastikan mereka menguasai kandungan yang diajar

sebaik mungkin.

Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat,, saya juga dapati bahawa peneguhan

juga sangat penting kepada murid supaya mereka sentiasa bersemangat serta sentiasa

bersedia bagi bersama guru mencapai objektif pembelajaran pada masa yang

diajar.Misalnya, dalam aktiviti projek membina bangunan yang kukuh daripada

penyedut minuman, saya dapati bahawa murid kelas 5 Bestari sangat teruja serta

bersaing tinggi antara kumpulan yang dibentuk apabila saya mengumumkan hadiah

kepada pemenang bagi binaan yang paling kukuh dan stabil apabila saya meletakkan

botol mineral di atas binaan mereka selama beberpa ketika, Pada saya, sabagai

langkah penambahbaikan, saya bercadang bagi membanyakkan peneguhan samada

peneguhan positif ataupun negative agar pembelajaran murid akan menjadi lebih

berkesan dan terkawal.

Bagi aspek ketiga pula, iaitu aspek Kepelbagaian Ransangan. Saya marasakan

bahawa saya perlu memperbanyakkan pergerakan dan isyarat semasa mengajar. Saya

merasakan bahawa saya tidak banyak bergerak semasa mengajar dan hanya tertumpu

dibahagian hadapan kelas sahaja walhal saya sebolehnya bergerak sehingga ke

belakan kelas terutamanya apabila aktiviti secara berkumpulan sedang dijalankan. Ini

bagi memudahkan pemantauan terhadap murid serta mengenalpasti murid yang

mempunyai masalah seperti tidak memahami kandungan atau mengasingkan diri

dariapada perbincangan dalam kumpulan. Mungkin murid seperti ini memerlukan

tumpuan yang lebih banyak daripada biasa.

Page 6: Refleksi

Tambahan pula, kepelbagaian interaksi guru dan murid dari aspek perbincangan saya

bersama murid juga perlu saya perbaiki. Mengikut Pn Zezah, saya seperti kelihatan

banyak melihat sahaja semasa aktiviti berpusatkan murid berjalan dan hanya

memulakan perbincangan apabila sesi perbincangan sedang berlaku.Ini mugkin kerana

saya tidak kerap bertemu dengan murid sebelum saya memasuki kelas ini dan

menyebabkan kurangnya interaksi saya bersama murid ditambah lagi dengan tempoh

seminggu yang singkat semasa berada di sekolah ini yang menjad faktor yang

menyebabkan saya kurang rapat dengan murid di sekolah tersebut selain pertama kali

menjejakkan kaki di sekolah itu. Bagi mengatasi masalah ini, saya merasakan bahawa

saya perlu terus berkenalan dengan murid semasa beraada di luar kelas seperti

semasa rehat. Ini bertujuan supaya hubungan yang erat dapat dibina serta perasaan

kekok antara guru dan murid dapat dihilangkan.

Tidak seperti Pn Zezah sendiri. Saya dapati beliau banyak menyapa serta rapat dengan

murid beliau semasa berada di luar kelas. Hubungan yang baik antara guru dan murid

akan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid di kelas.

Dalam pada itu, saya cukup berpuas hati dengan pengajaran saya apabila melibatkan

kepelbagaian dan perubahan fokus deria. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian

saya, saya dapati bahawa aktiviti yang saya jalankan sememangnya banyak melibatkan

penggunaan deria seperti mendengar, melihat, menyentuh dan banyak lagi. Ini

memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan akan lebih berkesan serta murid dapat

merasa seolah-olah berada dalam keadaan yang sebenar.

Aspek berikutnya merupakan pengurusan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Sepanjang penilaian sedang berlaku, saya dapat jalankannya agak baik namun

terdapat juga beberapa masala yang timbul apabila murid yang terlalu aktif sehingga

saya terlepas kawalan ke atas mereka terutamanya apabila aktiviti murid diminta bagi

berdiri dengan satu kaki dan menolak rakan yang lain bagi membuktikan luas tapak

yang mempengaruhi keseimbangan sesuatu objek.Apabila mereka terlalu aktif, mereka

terdedah kepada risiko untuk tercedera serta terlibat dengan pergaduhan.Pada satu

tahap, saya terpaksa menegur apabila tindakan mereka agak agresif walaupun

bertujuan untuk gurauan semata.

Page 7: Refleksi

Selain itu, penglibatan murid dalam aktiviti sepanjang saya menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran agak baik walaupun terdapat beberapa murid yang agak

pasif terutamanya murid perempuan. Bagi menggalakkan mereka bagi menyatakan

pendapat agak mencabar. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya bergerak berdekatan

dengan murid tersebut serta mendengar pendapatnya dan bertanyakan kepada rakan

lain tentang persetujuan mereka ketika dalam perbincangan.

Namun begitu, saya yakin sedikit demi sedikit murid tersebut akan berani menyatakan

pendapatkan pendapatnya di hadapan rakannya sekiranya diberi peluang yang banyak.

Aspek berikutnya adalah aspek komunikasi yang merupakan medium yang terpenting

dalam menyampaikan pengetahuan kepada murid. Apabila saya mengajar, saya dapati

suara saya kadang-kadang kurang jelas pada satu-satu masa yang mana suara saya

tidak dapat didengari oleh murid dibahagian belakang. Ini merupakan satu kelemahan

yang harus diatasi sebagai seorang guru. Saya perlu membuat perubahan yang

secepat mungkin kerana suara yang perlahan akan memberi impak yang besar kepada

sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini saya perlu latihan yang

banyak serta berlatih di hadapan cermin serta rakan-rakan agar nada suara saya akan

lebih baik serta mudah ditangkap oleh murid.

Tambahan pula, saya dapati bahawa penggunaan bahasa saya agak tinggi untuk murid

hadam dan fahami. Ini menyebabkan terdapat sesetangah murid lambat menyiapkan

tugasan yang diberikan seperti perbincangan dalam kumpulan serta membuat projek

menggunakan penyedut minuman. Saya rasa saya perlu menggunakan bahasa yang

lebih mudah supaya semua murid dapat memahami arahan yang diberikan serta

memahami penerangan yang diberikan. Sekiranya saya berjaya mengawal laras

bahasa, saya yakin, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan

daripada biasa.

Secara umumnya, saya berasa bahawa aktiviti yang dijalankan agak berkesan kerana

berlakunya pengulangan dari satu aktiviti ke satu aktiviti, namun berbeza dari sudut

aplikasinya misalnya aktiviti pembentangan yang menerangkan tentangkan faktor

kestabilan kepada pembinaan struktur menggunakan penyedut minuman dan saya

Page 8: Refleksi

yakin pengajaran dan pembelajaran saya mencapai objektif iaitu murid dapat

memahami faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.