refleksi

9
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Semasa menjalankan sesi makro pengajaran di sekolah menengah kebangsaan seri badong, saya diberi peluang oleh guru pendidikan seni sekolah tersebut untuk mengajar pelajar tingkatan 2. Sesi makro pengajaran dirakan oleh rakan sekumpulan saya dengan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kelas yang telibat merupakan kelas pertengahan dari segi aras pengetahuan mereka. Sesi pengajaran ini berfokuskan aktiviti menggambar pemandangan menggunakan teknik catan menggunakan media basah. Kandungan kemahiran yang difokuskan adalah teknik catan basah atas basah dan kering atas basah. Berdasarkan tajuk ini hasil pembelajaran yang ingin dicapai adalah pelajar dapat membincangkan teknik-teknik yang terdapat dalam catan, Meneroka mengkaji tindak balas warna menggunakan teknik basah atas basah dan kering atas basah, Menghasilkan catan pemandangan menggunakan teknik basah atas basah dan kering atas basah menggunakan alat dan bahan yang sesuai, Menghasilkan catan pemandangan menggunakan teknik basah atas basah dan kering atas basah menggunakan alat dan bahan yang sesuai dan mempunyai kesedaran untuk menghargai karya catan dan memeliharanya. Saya difahamkan bahawa pelajar tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang cat air. Menurut guru pendidikan seni tersebut mereka telah menggunakan media cat air dalam penghasilan seni

Upload: shahmir-suhaila

Post on 02-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bnmhj

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Semasa menjalankan sesi makro pengajaran di sekolah menengah kebangsaan seri

badong, saya diberi peluang oleh guru pendidikan seni sekolah tersebut untuk mengajar pelajar

tingkatan 2. Sesi makro pengajaran dirakan oleh rakan sekumpulan saya dengan mengambil

masa lebih kurang 40 minit. Kelas yang telibat merupakan kelas pertengahan dari segi aras

pengetahuan mereka. Sesi pengajaran ini berfokuskan aktiviti menggambar pemandangan

menggunakan teknik catan menggunakan media basah. Kandungan kemahiran yang

difokuskan adalah teknik catan basah atas basah dan kering atas basah. Berdasarkan tajuk ini

hasil pembelajaran yang ingin dicapai adalah pelajar dapat membincangkan teknik-teknik yang

terdapat dalam catan, Meneroka mengkaji tindak balas warna menggunakan teknik basah atas

basah dan kering atas basah, Menghasilkan catan pemandangan menggunakan teknik basah

atas basah dan kering atas basah menggunakan alat dan bahan yang sesuai, Menghasilkan

catan pemandangan menggunakan teknik basah atas basah dan kering atas basah

menggunakan alat dan bahan yang sesuai dan mempunyai kesedaran untuk menghargai karya

catan dan memeliharanya.

Saya difahamkan bahawa pelajar tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada

tentang cat air. Menurut guru pendidikan seni tersebut mereka telah menggunakan media cat

air dalam penghasilan seni halus mahupun reka bentuk grafik. Saya menggunakan kaedah

pengalaman sebenar dengan membawa pelajar ke luar kelas melihat pemandangan sebagai

set induksi untuk menterjemahkan warna alam sekitar untuk diterapkan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi meningkatkan minat pelajar sekaligus pelajar dapat menikmati pengalaman

sebenar . Secara tidak langsung pelajar dapat menghasilkan catan menggambar secara

peniruan dari objek yang mereka lihat sentuh dan rasa. Masalah ketepatan warna dapat

dielakkan dengan kaedah ini di mana pelajar dapat melihat berimaginasi warna yang ingin

mereka hasilkan selain itu masalah yang pelajar ini hadapi adalah mereka tidak didedahkan

Page 2: Refleksi

teknik catan cat air yang betul dan mereka tidak menggunakan media dan bahan yang sesuai.

Contohnya mereka tidak menggunakan saiz berus yang sesuai untuk mewarna. Kebanyakan

murid langsung tidak dapat menguasai teknik menggunakan berus dan warna.

Dalam video pengajaran ini saya menggunakan pendekatan konstruktivisme untuk

proses pengajaran dan pembelajaran dimana ia mengandungi set induksi, langkah satu langkah

mencungkil idea, langkah kedua menstruktur semula idea, langkah ketiga mengaplikasikan idea

dan yang terakhir proses penilaian dan penutup. Dalam pengajaran ini saya menggunakan

bahan bantu mengajar jenis bercetak dan bukan elektonik iaitu menggunakan kad gambar dan

lembaran nota bercetak yang diberikan kepada pelajar. Dalam set induksi aktiviti saya

membawa pelajar melihat pemandangan luar kelas untuk menggalakkan pelajar berfikir dan

menghayati keindahan alam sekitar sekaligus dapat melihat ciri-ciri estetik yang selama ini

mereka tidak pernah hayati. Kemudian untuk langkah pertama iaitu langkah mencungkil idea di

mana pada peringkat ini pelajar mengumpul maklumat dan memahami isi pelajaran yang

disampaikan oleh guru iaitu mengenai definisi, tokoh, teknik cat air dan bahan yang digunakan.

Penggunaan ABM pada langkah ini hanya menggunakan kad gambar dan proses pencungkila

idea pelajar kurang berkesan. Selain itu guru mempunyai kelemahan dalam menghuraikan isi

pelajaran kerana kekurangan ABM sebagai contoh dan rujukan pelajar. Kemudia langkah kedua

iaitu langkah menstruktur semula idea dimana pada langkah ini pelajar diberi lembaran kerja

beserta kad gambar supaya pelajar dapat menstruktur semula idea yang telah mereka fahami.

Sementara itu guru membuat demonstrasi secara kumpulan demi kumpulan. Lembaran kerja

yang diberi dibincang didalam kumpulan. Kemudia langkah ketiga iaitu mengaplikasikan idea

dimana berlangsungnya aplikasi cat air basah atas basah dan kering atas basah. Pelajar

mengaplikasikan teknik tersebut selepas melihat guru membuat demonstrasi. Mereka

menghasilkan karya secara individu tetapi duduk di dalam kumpulan untuk melihat sumbang

saran idea dan nilai kerjasama antra mereka. Dan yang terakhir penutup guru membuat

Page 3: Refleksi

penilaian dengan memilih beberapa orang pelajar untuk meminta mereka menghuraikan

pemahaman mereka hasil dari pembelajaran pada hari tersebut.

Setelah tamat pembelajaran ini saya rasa pengajaran dan pembelajaran saya perlu

diperbaiki dan perlu penambah baikan. Saya dapai terdapat juga kekuatan dan kelemahan

dalam video ini. Antara kekuatan dalam pengajaran saya saya dapati pelajar seperti teruja dan

berminat dalam penghasilan karya catan ini kerana saya membawa mereka melihat

pemandangan luar yang selama ini mereka tidak pernah hayati. Selain itu saya difahamkan

mereka sememangya sudah mempunya pengalaman sedia ada dalam catan tetapi dalam

proses penghasilan mereka tidak diajar teknik sebenar dalam catan cat air.

Selain itu kekuatan dalam proses pengajaran saya pelajar teruja dengan kaedah

demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru dan membuatkan mereka semangat ingin mencuba

menghasilkan karya yang terbaik. Kerana dari segi apa yang saya lihat guru pendidikan seni di

sekolah tersebut hanya memberi arahan supaya menghasilkan catan tetapi beliau tidak

menunjukkan demonstrasi cara dan teknik yang betul dalam penghasilan kerana saya

difahamkan guru tersebut bukan major dalam pendidikan seni beliau disuruh mengajar

pendidikan seni kerana sekolah tersebut mengalami kekurangan guru pendidikan seni. Dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan kaedah demonstrasi mengikut

kumpulan bagi memudahkan pelajar memahami teknik catan dangan betul. Pelajar akan lebih

jelas jika mereka melihat sendiri cara mengaplikasikan media cat air dengan kaedah

demonstrasi. Aktiviti pengajaran berjalan dengan lancer. Pelajar kelihatan sangat berminat

dengan teknik yang diajar dan tertarik dengan tindak balas warna menggunakan teknik basah

atas basah yang ditunjukkan.

Page 4: Refleksi

Kekuatan dalam pengajaran saya tempoh hari juga saya terapkan aplikasi teknik cat air

dalam aktiviti catan yang selama ini guru kurang tekankan. Saya dapati mereka sebelum ini

menghasilkan catan tanpa mengaplikasikan sebarang teknik catan yang betul. Tambahan pula

mereka menggunakan saiz berus yang kecil untuk mewarna latar belakang. Ini membuatkan

kertas menjadi koyak dan campuran warna tidak memuaskan. Guru pendidikan seni di sekolah

tersebut berpendapat murid malas mencuba dengan betul dan hanya suka menggunakan

warna pensil yang mudah dikendalikan. Kelemahan ini juga merupakan kesilapan guru kerana

tidak menggunakan teknik ini ke dalam kebanyakan aktiviti seni yang dijalankan terutama

dalam pembelajaran catan, sebaliknya guru lebih cenderung dengan penggunaan bahan

kering. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak

mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan kertas 2. tambahan lagi jika masalah ini

tidak dibendung lebih awal mereka akan hadapi masalah ketika melangkah ke tingkatan empat

dan lima yang akan menghadapi peperiksaan SPM.

Kekuatan seterusnya saya dapati dengan penggunaan alat bantu mengajar pelajar lebih

teruja mempunyai semangat ingin tahu kerana mereka cuba meninterpretasikan apa yang

mereka lihat pada ABM tersebut. Saya menggunakan hanya kad gambar sahaja dalam proses

pengajaran ini sudah mula mengesan tindak balas pelajar terhadap alat bantu mengajar

tersebut.

Selain itu Kekuatan peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid

contohnya pujian seperti “baik”,dan “tahniah”. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan oleh guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai

dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan.

Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ini. Kelemahan pertama ialah penglibatan murid masih pasif.

Page 5: Refleksi

Semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dilaksanakan walaupun mereka ditempatkan

mengikut kumpulan. Murid hanya duduk di tempat masing-masing dan kurang bergerak. Oleh

itu, untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya akan cuba merancang sesuatu

aktiviti yang dapat menggalakkan pergerakan murid seterusnya meningkatkan penglibatan

murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru.

Kelemahan kedua ialah pengurusan masa dimana pelajar bergerak dari kelas ke bilik

seni tidak tepat waktu sehingga masa pengajaran terbuang beberapa minit. Ini menjadikan

proses pengajaran menjadi terhad dan masa untuk penerangan kepada pelajar menjadi terhad.

Selain itu kelemahan yang didapati dalam diri saya adalah kelemahan dalam menerang kerana

guru tidak menggunakan laras bahasa dengan betul kerana kekurangan pengalaman

berhadapan dengan suasana sebenar. Guru juga kekurangan ilmu dalam bidang ini

membuatkan guru memberikan penerangan dengan kurang berkesan.

Kelemahan yang jelas adalah dalam penggunaan media cat poster adalah kurang

berkesan untuk mengaplikasikan teknik catan cat air. Di sini guru tidak menyediakan bahan

yang sesuai dalam proses pengajaran. Pelajar juga didapati hanya menggunakan cat poster

dalam apa-apa aktiviti catan kerana selama ini mereka hanya diberi pendedahan menggunakan

cat poster sahaja.

Selain itu kelemahan penyediaan alat bantu mengajar juga dapat dikesan kerana guru

kurang berkemahiran dalam menerang tetapi penyediaan alat bantu mengajar juga kurang.

Oleh itu proses pengajaran menjadi agak lemah dengan penerangan tidak kukuh dan kurang

berkesan. Alat bantu mengajar yang disediakan juga tidak dikendalikan dengan betul kerana

guru tidak menyediakan tempat yang sesuai diletakkan kad gambar yang disediakan. Guru

hanya meletakkan pada papan tulis di mana pelajar tidak dapat melihat dengan jelas. Saiz ABM

yang disediakan juga agak kecil dan tidak jelas.

Page 6: Refleksi

Justeru itu saya akan membuat penambahbaikkan untuk pengajaran yang akan datang

bagi mengatasi semua kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran yang telah dijalankan sebelum ini. Untuk mengelakkan masalah pengurusan

masa saya akan menjadi lebih tegas dalam pergerakan pelajar dari kelas ke bilik seni. Mungkin

kaedah peneguhan positif boleh diberi kepada pelajar yang tidak menepati masa ke bilik seni.

Selain itu masalah yang kedua iaitu masalah penerangan guru juga harus diperbaiki dengan

menggunakan alat bantu mengajar sebagai sokongan kepada penerangan guru. Selain dapat

menambahkan keyakinan kepada guru untuk berinteraksi di dalam kelas. Penggunaan alat

bantu mengajar juga dapat meningkatkan keberkesanan penghasilan karya pelajar dan pada

masa yang sama minat belajar dapat dipupuk dalam diri pelajar.

Kelemahan yang harus diperbaiki ialah penggunaan media dan bahan yang digunakan

oleh guru untuk menghasilkan karya. Di mana guru harus menggunakan media cat air

bukannya cat poster untuk menghasilkan karya catan cat air. Kerana kesan cat air dan cat

poster mempunyai kesan yang berlainan. Selain itu penyediakan alat abntu mengajar juga

harus ada penamnahbaikkan iaitu dari segi kualiti dan mempelbagaikan lagi alat bantu

mengajar supaya ia dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Di akhir pembelajaran hampir 70 peratus pelajar berjaya mengaplikasikan teknik catan

cat air dalam aktiviti menggambar pemandangan. 30 peratus pelajar yang kurang berjaya

kerana penggunaan berus yang tidak sesuai dan teknik campuran warna yang kurang

berkesan. Masalah ini akan dapat diselesaikan jika pelajar selalu diberi latihan yang banyak

dalam penggunaan cat air. Guru juga memainkan peranan penting untuk menggunakan kaedah

yang dapat menarik minat pelajar. Untuk memantapkan lagi pengajaran saya pada masa akan

datang saya akan mencuba kaedah inkuiri di mana kaedah ini boleh digunakan supaya pelajar

meneroka mengkaji sesuatu persoalan yang ingin ditemui.