refleksi

3
HASRUL BIN ABU HASSAN (830510-09-5007) EDU 3106 3.REFLEKSI INDIVIDU Tulis satu (1) refleksi tentang masalah perpaduan di sekolah anda. Sebagaimana yang kita sedia maklum sekolah merupakan sebuah organisasi dalam membentuk pendidikan yang melibatkan semua kaum atau bangsa yang berada di bawah satu bumbung yang sama.Pelajar- pelajar sering bergaul dengan lebih dekat semasa mengadakan aktiviti di dalam kelas.Maka dengan cara sedemikian memudahkan guru dapat memupuk semangat kerjasama antara kaum dan saling memahami antara satu sama lain. Selain aspek persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan kaum kerana tidak semua pelajar selesa berada dalam kepompong yang sama melainkan guru memainkan peranan mengubah persekitaran supaya lebih menarik dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antara masalah yang dihadapi di sekolah saya ialah penggunaan bahasa antara pelajar dimana pelajar India berinteraksi menggunakan bahasa Ibunda mereka apabila berinteraksi sesama mereka.Tidak salah untuk kaum-kaum lain mengekalkan bahasa dan adat budaya masing-masing. Tetapi dalam keghairahan berbuat demikian, kita harus sedar dengan penggunaan bahasa yang berlainan akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum.Oleh itu guru-guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan di sekolah. Guru-guru boleh menempatkan tempat duduk bagi menggalakkan murid berkomunikasi menggunakan

Upload: mohd-nizam-omar

Post on 25-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi individu

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

HASRUL BIN ABU HASSAN (830510-09-5007) EDU 3106

3.REFLEKSI INDIVIDU

Tulis satu (1) refleksi tentang masalah perpaduan di sekolah anda.

Sebagaimana yang kita sedia maklum sekolah merupakan sebuah organisasi

dalam membentuk pendidikan yang melibatkan semua kaum atau bangsa yang berada

di bawah satu bumbung yang sama.Pelajar- pelajar sering bergaul dengan lebih dekat

semasa mengadakan aktiviti di dalam kelas.Maka dengan cara sedemikian

memudahkan guru dapat memupuk semangat kerjasama antara kaum dan saling

memahami antara satu sama lain. Selain aspek persekitaran juga memainkan peranan

yang penting dalam mewujudkan perpaduan kaum kerana tidak semua pelajar selesa

berada dalam kepompong yang sama melainkan guru memainkan peranan mengubah

persekitaran supaya lebih menarik dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam

proses pembelajaran dan pengajaran.

Antara masalah yang dihadapi di sekolah saya ialah penggunaan bahasa antara

pelajar dimana pelajar India berinteraksi menggunakan bahasa Ibunda mereka apabila

berinteraksi sesama mereka.Tidak salah untuk kaum-kaum lain mengekalkan bahasa

dan adat budaya masing-masing. Tetapi dalam keghairahan berbuat demikian, kita

harus sedar dengan penggunaan bahasa yang berlainan akan menjarakkan lagi

hubungan antara kaum.Oleh itu guru-guru haruslah memainkan peranan yang penting

dalam memupuk perpaduan di sekolah. Guru-guru boleh menempatkan tempat duduk

bagi menggalakkan murid berkomunikasi menggunakan bahasa melayu dengan rakan-

rakan yang lain dan ini akan mengeratkan hubungan antara kaum yang mesra.

Selain itu, guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk

semangat kerjasama seperti aktiviti sukan, perbincangan, lakonan dan sebagainya.

Dengan cara ini, murid-murid dapat terdedah dengan rakan yang lain dan memahami

tradisi serta kepercayaan agama yang berlainan.

Antara lain lagi masalah perpaduan disekolah saya ialah Ibubapa tidak

memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk bergaul bebas dengan rakan-rakan

dan kalangan kaum lain.Perkara ini adalah sungguh mengecewakan apabila melihat

sesetengah ibubapa melarang anak-anak bercampur dengan kaum lain.

Hal ini tidaklah sepatutnya berlaku sehingga mengasingkan anak-anak kita di sekolah

Page 2: REFLEKSI

HASRUL BIN ABU HASSAN (830510-09-5007) EDU 3106

mengikut kaum masing-masing yang mengakibatnya jurang perkauman di negara ini

semakin melebar. Kita harus sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan pelbagai

kaum di negara ini. Tanya pada diri sendiri apa aktiviti kemasyarakatan dan

persekolahan lebih tertumpu kepada kaum masing-masing sahaja? Orang Melayu,

Cina, India, Kadazan, Iban dan lain lain harus membuka minda untuk menyedari

bahawa mementingkan kaum masing-masing secara melampau, akhirnya hanya akan

membahayakan negara kita. Untuk mengelakkan masalah ini yang akhirnya akan

merosakkan apa yang negara kita telah capai, semua pihak terutamannya pihak

sekolah dan ibupada harus berganding bahu untuk mendidik anak-anak serta

mewujudkan keharmonian antara satu sama lain. Ingatlah pepatah "Bersatu Teguh,

Bercerai Roboh

Sudah menjadi pengetahuan umum, sekolah yang dibina mengikut kaum akan

banyak menyumbang kepada kelonggaran perpaduan antara kaum di negara ini.

Nampaknya kita telah mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu perpaduan rakyat

semata-mata kerana hendak menjaga bahasa dan budaya kaum kita

sendiri.Kekalkanlah bahasa dan budaya anak-anak ini mengikut kaum masing-masing

seperti yang kita mahu, tetapi jangan sekali sampai mengasingkan sekolah mereka

mengikut kaum yang akibatnya hanya akan menggalakan jurang perkauman.Langkah-

langkah yang drastik perlulah diambil oleh pemimpin kita demi keamanan masa depan

negara kita. Lebih baik kita hapuskan semua bentuk benih-benih perkauman ini

sebelum ia mengeluarkan buah yang beracun yang boleh mengancam keselamatan

kita semua.