refleksi

1
Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan Kerja Kursus Pendek (Tugasan Projek) PSV 3101 : “Pandangan dan Sumbangan Tokoh-tokoh Seni”. Tugasan ini adalah untuk menghurai dan membuat ulasan tentang pandangan dan sumbangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh seni. Tugasan ini memerlukan kefahaman dan kajian yang mendalam. Saya, Norizan bt Abdul Rahman, merasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillahm, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, serta sokongan padu daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan di sekolah, telah banyak memberi pertolongan kepada saya. Saya begitu bangga dengan hasil kerja saya ini kerana saya telah berusaha dengan bertungkus lumus untuk mencari bahan-bahan. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn Norasyikin bt Abd Jalal kerana bagi saya beliau sangat banyak membantu terutama dari segi nota-nota dalam modul yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini memudahkan saya untuk memahami modul tersebut. Sesungguhnya, saya begitu terharu kerana sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini, melihat suami dan anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada saya. Pun begitu, segala-segalanya dapat diselesaikan dan saya berpuas hati. Saya berharap kerja kursus ini sudah menepati apa yang dikehendaki oleh soalan. Sekian terima kasih. Harap maklum

Upload: norizanar9453

Post on 19-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan

Kerja Kursus Pendek (Tugasan Projek) PSV 3101 : “Pandangan dan

Sumbangan Tokoh-tokoh Seni”. Tugasan ini adalah untuk menghurai dan

membuat ulasan tentang pandangan dan sumbangan yang dikemukakan

oleh tokoh-tokoh seni. Tugasan ini memerlukan kefahaman dan kajian yang

mendalam. Saya, Norizan bt Abdul Rahman, merasa amat bersyukur

kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang

ditetapkan. Alhamdulillahm, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,

serta sokongan padu daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan di

sekolah, telah banyak memberi pertolongan kepada saya. Saya begitu

bangga dengan hasil kerja saya ini kerana saya telah berusaha dengan

bertungkus lumus untuk mencari bahan-bahan. Terima kasih kepada

pensyarah pembimbing, Pn Norasyikin bt Abd Jalal kerana bagi saya

beliau sangat banyak membantu terutama dari segi nota-nota dalam modul

yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini memudahkan saya

untuk memahami modul tersebut. Sesungguhnya, saya begitu terharu

kerana sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini, melihat suami dan

anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada saya. Pun begitu,

segala-segalanya dapat diselesaikan dan saya berpuas hati. Saya berharap

kerja kursus ini sudah menepati apa yang dikehendaki oleh soalan. Sekian

terima kasih. Harap maklum