refleksi

2
REFLEKSI Untuk tugasan EDU3105, Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, kami telah diberikan 3 tugasan utama yang perlu disiapkan iaitu menghasilkan poster pendidikan, menghasilkan satu persembahan menggunakan Microsoft Power Point dan menghasilkan video korporat. Bagi tugasan penghasilan video korporat ini, saya bersama Faizal Salleh dan Ahmad Syukri Awang telah dikehendaki menghasilkan sebuah video korporat berkaitan sekolah yang dipilih. Oleh kerana lokasi kami bertiga agak jauh, kami telah bersetuju untuk memilih SK Kampong Jaya sebagai lokasi pilihan untuk menghasilkan video korporat. Tugasan menghasilkan video korporat ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada kami semua. Secara jujur, ini adalah kali pertama saya menghasilkan video korporat sebegini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami bertiga telah melawat tapak di SK kampong Jaya, Setiu untuk memilih kawasan-kawasan dalam sekolah yang sesuai untuk dishot. Saya terpaksa membuat rujukan berkaitan cara mengambil video yang baik melalui internet. Rupa-rupanya terdapat beberapa cara yang berbeza menggerakkan kemera video sema membuat rakaman. Setelah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat, kami telah melakar draf papan cerita dan unsur-unsur yang akan dimasukkan kedalam video nanti. Kami menghadapi sedikit masalah semasa penyediaan papan cerita. Daripada rujukan kami melalui internet dan bahan bacaan, terdapat beberapa versi penghasilan papan

Upload: wan-zakaria

Post on 04-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Untuk tugasan EDU3105, Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, kami telah diberikan 3 tugasan utama yang perlu disiapkan iaitu menghasilkan poster pendidikan, menghasilkan satu persembahan menggunakan Microsoft Power Point dan menghasilkan video korporat.Bagi tugasan penghasilan video korporat ini, saya bersama Faizal Salleh dan Ahmad Syukri Awang telah dikehendaki menghasilkan sebuah video korporat berkaitan sekolah yang dipilih. Oleh kerana lokasi kami bertiga agak jauh, kami telah bersetuju untuk memilih SK Kampong Jaya sebagai lokasi pilihan untuk menghasilkan video korporat. Tugasan menghasilkan video korporat ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada kami semua. Secara jujur, ini adalah kali pertama saya menghasilkan video korporat sebegini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami bertiga telah melawat tapak di SK kampong Jaya, Setiu untuk memilih kawasan-kawasan dalam sekolah yang sesuai untuk dishot. Saya terpaksa membuat rujukan berkaitan cara mengambil video yang baik melalui internet. Rupa-rupanya terdapat beberapa cara yang berbeza menggerakkan kemera video sema membuat rakaman.Setelah mengenalpasti kawasan-kawasan yang terlibat, kami telah melakar draf papan cerita dan unsur-unsur yang akan dimasukkan kedalam video nanti. Kami menghadapi sedikit masalah semasa penyediaan papan cerita. Daripada rujukan kami melalui internet dan bahan bacaan, terdapat beberapa versi penghasilan papan cerita bagi sesebuah video. Kami memutuskan untuk bertanya kepada pensyarah kursus kami iaitu Tn, Hj. Wan Zaidi berkaitan format yang betul penghasilan papan cerita. Setelah papan cerita dikemaskini, kami sekali lagi kembali ke SK kampong Jaya ini untuk shot video yang dikehendaki. Dalam proses rakaman video ini, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran-kemahiran fotografi yang dipelajari sebelum ini. Proses yang agak sukar ialah dalam tugasan ini ialah proses suntingan video tersebut. Dalam proses suntingan video ini dijalankan, saya bersyukur kerana salah seorang ahli kumpulan saya iaitu Faizal mempunyai sedikit kemahiran dalam proses suntingan video ini. Saya dan syukri banyak mempelajari kaedah suntingan yang telah dilakukan oleh Faizal. Proses suntingan yang telah dijalankan dengan memasukkan unsur suara, teks dan lain-lain sebagaimana yang telah dirancang dalam papan cerita. Semasa menyunting video ini, kami terpaksa beberapa kali kembali ke tapak rakaman kerana terdapat beberapa babak yang tidak begitu jelas dan bermasalah. Faizal juga terpaksa hadir awal ke sekolah semata-mata untuk merakam saat-saat kehadiran murid ke sekolah.Setelah menyiapkan ketiga-tiga tugasan EDU 3105 ini, saya telah mendapat banyak pengalaman baru yang belum pernah saya pelajari sebelum ini. Terima kasih kepada pensyarah Tn. Hj. Wan Zaidi B. Wan Nawi, rakan sekumpulan iaitu Faizal Salleh dan Ahmad Syukri Awang yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.