refleksi

7
Setelah menonton video yang disampaikan oleh Dr Mohd Nasruddin Basir dan Tn Hj Ibrahim Sakimin, Aku telah mendapat satu suntikan motivasi bagi memantapkan lagi kerjaya perguruan sebagai satu profesion yang bukan sahaja bertaraf nobel malah perlu sentiasa dikemaskini, ditambahbaik dan dimurnikan agar ianya sejajar dan releven dengan keperluan pendidikan semasa. Ternyata usaha KPM dengan kerjasama OUM melaksanakan Program Pensiswazahan guru khusus untuk guru-guru bukan siswazah adalah bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan serta memartabatkan Profesion perguruan sebagai satu Profesionalisme. Pada Mac 2011, Aku telah di arahkan untuk mengikuti program Pensiswazahan Guru di OUM. Pada asalnya, Aku merasakan arahan untuk mengikuti Program Pengajian Pensiswazahan guru adalah sesuatu membebankan. Aku mengikuti program ini dengan rasa terpaksa. Tugas Aku sebagai guru, belajar dan bekerja pada masa yang sama amat sukar dan memenatkan. Jarak yang jauh, iaitu 120KM dari tempat kediaman ke kampus OUM terasa sangat menyusahkan. Tambahan pula, Aku banyak memegang tugas tambahan yang lain di sekolah, PPD dan JPN. Bebanan ini mempengaruhi emosi, jiwa, minda dan fizikal serta kesihatan diriku sehingga mengakibatkan stress. Kini setelah hampir 4 tahun mengikuti program ini secara online dan pembelajaran di hujung minggu , Aku mula sedar bahawa program ini sebenarnya banyak menyediakan kebaikan dan memberi peluang kepada diri ini untuk memperbaiki kelemahan. 1

Upload: iktisyam-zainal

Post on 03-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

Setelah menonton video yang disampaikan oleh Dr Mohd Nasruddin Basir dan Tn Hj Ibrahim Sakimin, Aku telah mendapat satu suntikan motivasi bagi memantapkan lagi kerjaya perguruan sebagai satu profesion yang bukan sahaja bertaraf nobel malah perlu sentiasa dikemaskini, ditambahbaik dan dimurnikan agar ianya sejajar dan releven dengan keperluan pendidikan semasa. Ternyata usaha KPM dengan kerjasama OUM melaksanakan Program Pensiswazahan guru khusus untuk guru-guru bukan siswazah adalah bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan serta memartabatkan Profesion perguruan sebagai satu Profesionalisme.

Pada Mac 2011, Aku telah di arahkan untuk mengikuti program Pensiswazahan Guru di OUM. Pada asalnya, Aku merasakan arahan untuk mengikuti Program Pengajian Pensiswazahan guru adalah sesuatu membebankan. Aku mengikuti program ini dengan rasa terpaksa. Tugas Aku sebagai guru, belajar dan bekerja pada masa yang sama amat sukar dan memenatkan. Jarak yang jauh, iaitu 120KM dari tempat kediaman ke kampus OUM terasa sangat menyusahkan. Tambahan pula, Aku banyak memegang tugas tambahan yang lain di sekolah, PPD dan JPN. Bebanan ini mempengaruhi emosi, jiwa, minda dan fizikal serta kesihatan diriku sehingga mengakibatkan stress.

Kini setelah hampir 4 tahun mengikuti program ini secara online dan pembelajaran di hujung minggu , Aku mula sedar bahawa program ini sebenarnya banyak menyediakan kebaikan dan memberi peluang kepada diri ini untuk memperbaiki kelemahan. Pada masa yang sama program ini, membina kekuatan untuk dijadikan modal dan persediaan menjadi seorang guru yang luar biasa dan hebat. Sejujurnya, program ini bukan sahaja telah mengubah pemikiran dan juga penampilan mutu kendiri diriku sebagai seorang guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, malah pada masa yang sama telah membuka peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya dengan pantas tanpa perlu menunggu time based.

Langkah menyahut iniasiatif yang disediakan oleh KPM serta di dorong oleh tanggungjawab kendiri untuk memperkasakan kemahiran pedagogi bagi mencapai kompentensi sebagai seorang guru yang berprestasi tinggi, adalah suatu tindakan yang bijak dan tepat. Aku mula merasai manisnya kejayaan setelah letihnya berusaha. Apatah lagi setelah menonton video yang disampaikan oleh Dr Mohd Nasrudin b Basar Pegawai Bahagian Pendidikan Guru yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawapan Inisiatif Kendiri dan Tn Hj Ibrahim b Sakimin : Motivasi Pelajar, telah membuka minda dan pengubah pesepsiku terhadap pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru. Ceramah dan penerangan kedua-dua pegawai KPM ini, yang menyentuh tentang saranan KPM dan peranan yang perlu di laksanakan guru bagi mencapai kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 PPPM menerusi Anjakan 4 Mentranformasi Profesion Keguruan menjadi Profesion Pilihan, telah memberi impak yang besar kepadaku. Aku yang dulunya berada dalam kelompok pemikiran horizontal, kini mula meneroka pemikiran vertikal. Penerangan Dr Nasruddin telah menyedarkan Aku bahawa guru pada masa kini perlu berfikir dan mempunyai skill pendidikan melangkaui zaman pendidikan yang diterima. Aku setuju dengan pandangan Dr Nasrudin yang mengatakan bahawa guru pada masa kini perlu berfikir secara vertical. Justeru, sebagai guru yang bakal melahirkan modal insan untuk aset negara bagi tahun 2025, Aku perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran teknologi semasa, dan communication skill berkesan. Semua elemen ini, dapat Aku perolehi setelah mengikuti Pengajian Program Pendidikan Pensiswazahan guru di OUM. Secara tidak lansung, Aku telah pun melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai agen penggerak kejayaan KPM dalam merealisasikan kejayaan Kualiti System Pendidikan Negara.

Cara pembelajaran murid pada zaman kini, sudah tidak sama dengan zaman Aku belajar pada zaman dahulu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna, Aku sebagai guru yang menerima pendidikan pada masa lalu sudah tidak relevan dengan kehendak pasaran pendidikan pada masa kini. Aku percaya ilmu tetap berharga. Setiap ilmu yang dititipkan adalah ibarat mutiara.Kalau tinggi menjadi bintang, kalau rendah masih lagi menjadi intan. Tak kiralah walau di mana ilmu di tabur dan dititipkan, ia tetap berguna. Begitulah halnya dengan diriku, sebagai seorang guru, ilmu yang diperolehi di OUM ini perlu diaplikasikan dengan strategi dan pendekatan serta method yang sesuai ke atas murid semasa Pdp dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan pengalaman sedia ada mengajar selama 7 tahun, ditambah pula dengan kemajuan pendidikan yang disediakan di OUM, telah meletakkan diriku sebagai seorang guru yang serba boleh, cekap mengendalikan ICT dan sering menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi( TMK ) dalam bilik darjah.

Keberhasilan atau kemenjadian murid adalah bergantung kepada kehebatan seorang guru.Lahirnya jurutera, doktor,peguam, hakim dan profesion yang lain adalah hasil daripada didikan guru. Ini menunjukkan betapa hebatnya seorang guru. Ungkapan ini merupakan intipati ceramah yang disampaikan oleh Dr Nasrudin berhubung dengan Program Pensiswazahan Guru yang dilakanakan oleh KPM. Suatu masa nanti, Aku mahu melihat anak didikku menjadi insan yang hebat. Malah, Aku mahu anak didikku lebih hebat daripada Aku. Kalau hari ini, Aku adalah guru, biarlah esok, anak didikku adalah pensyarah. Justeru, aku perlu menjadi guru yang hebat. Bagi melengkapkan diriku sebagai seorang guru yang hebat, Aku perlu menguasai tiga faktor penting, sebagaimana yang disarankan oleh Dr Nasrudin iaitu pertama, guru perlu ada Tangungjawab Iniasiatif Kendiri, kedua, guru perlu menguasai multidiscipline dan ketiga, guru perlu berfikir melangkaui masa atau secara vertical. Sebagai guru yang beriniasitif kendiri, Aku mesti hapuskan daripada memikirkan... Aku sudah berada di zon selesa, tidak perlu belajar,... membuang masa, gaji yang diterima sudah mencukupi dan hidup guru perlu sederhana. Aku perlu memikirkan apakah sumbanganku kepada murid masa kini. Seperti mana kata Dr Nasrudin, mereka adalah generasi Y, mereka boleh belajar tanpa guru, sekiranya guru sudah tidak relevan dengan pengajarannya yang mereka kehendaki. Ini adalah satu cabaran! Pada pendapat Aku, belajar perlu ada guru. Kalau pun mereka tidak perlu di didik, atau diajar kerana telah memperolehi maklumat di hujung jari, mereka tetap perlu dibimbing dan dipantau. Jadi, di sinikah letaknya peranan Aku sebagai seorang guru yang hebat. Aku perlu sentiasa menarik perhatian murid. Penampilan, Ketrampilan, Kemahiran Komunikasi Berkesan dan Kemahiran dalam mengggunakan dan mengendalikan ICT adalah faktor-faktor tarikan murid, bagi mengikuti pdp berkesan.

Aku adalah guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Murid-muridku adalah murid lembam, Autisme, ADHD dan Sindrom Down. Mereka mengalami masalah kognitif yang lemah dan amat sukar untuk menguasai pembelajaran akademik. Namun demikian Aku tetap mahu melihat anak muridku berjaya. Kejayaan mereka tidak diukur dengan lulus peperiksaan awam, jauh sekali untuk melihat mereka masuk universiti. Bak kata Dr Nasruddin, murid perlu menguasai ilmu survival. Jadi, di sinilah letaknya perananku sebagai seorang guru khas yang perlu mengenalpasti kekuatan yang ada pada setiap muridku. Kekuatan dan minat yang mereka miliki perlu sentiasa di kembang dan diluaskan. Mereka tidak mempunyai inisiatif kendiri. Mereka perlu sentiasa dibimbing. Justeru, Aku perlu bertindak seperti sebuah organisasi yang menyediakan inisiatif bagi membentuk disiplin, dan memberi peluang mengembangkan kemahiran murid-murid lembam agar sentiasa berada di track yang sesuai dengan kemampuan mereka. Kemahiran dan minat mereka boleh dikembangkan di pusat-pusat kemahiran seperti Sekolah Vokasional Pendidikan Khas, Pusat Giat Mara dan sebagainya. Sijil Kemahiran yang dimiliki adalah satu kejayaan kemenjadian murid menguasai ilmu survival.

Begitu juga dengan murid-murid istimewaku yang lain. Mereka perlu diasuh dan dididik supaya tidak bergantung dan mengharapkan simpati daripada orang lain, khususnya ibu bapa, ahli keluarga dan anggota masyarakat. Aku perlu memberi pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terutamanya dalam urusan Pengurusan Kehidupan. Kaedah tunjuk dan sebut, tidak sesuai dijalankan ke atas mereka. Sebaliknya kaedah menggunakan benda maujud,tunjuk ajar dan amali amat sesuai di adaptasikan kepada mereka. Misalnya, murid mesti tahu dan mengamalkan menjaga kebersihan diri dan persekitarannya. Selain itu, murid juga boleh melakukan sendiri rutin harian seperti memakai pakaian dengan betul, makan tanpa bersuap, penggunaan tandas dan sebagainya. Tidak bergantung dan tidak mengharapkan orang lain dalam melaksanakan rutin harian adalah kejayaan kemenjadian murid khas .

Kini hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk Aku menamatkan pengajian Program Pensiswazahan Guru. Pengiktirafan daripada KPM yang memberi pergerakan gred kepada pelajar yang menamatkan program pengajian ini dengan jayanya adalah satu penghargaan. Pandangan Tn Hj Ibrahim b Sakimin yang mengatakan bahawa guru yang mengikuti pengajian ini mendapat manfaat, bukan sahaja dari segi peningkatan ilmu pengetahuan, dan kemahiran , bahkan juga dapat meningkatkan taraf hidup dan laluan peluang kerjaya untuk mencapai guru bergred DG 41 sehingga bergred khas adalah terbuka luas adalah tepat. Kesemua peluang ini adalah bergantung kepada inisiatif dan tanggungjawab diri Aku sebagai seorang pendidik yang menepati ciri-ciri Pelan Pembangunan Profesionalisme seperti kompentensi, Aspirasi, Strategi dan Berwawasan. Dengan adanya peluang daripada KPM dan digabung dengan tanggunjawab inisiatif kendiri, Aku yakin dapat turut sama melahirkan modal insan yang hebat dan mampu memacu negara menjadi sebuah negara yang maju, harmonis serta dapat bersaing sehingga ke peringkat global.

1