refleksi

4
REFLEKSI Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya, kerja kursus berasaskan ilmu ini dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. tey Kien Huat kerana telah banyak membantu dengan memberi maklum balas terhadap tugasan yang saya hasilkan. Selain itu, tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga rakan sekelas dan juga kepada rakan yang lain kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi dorongan dan pandangan masing-masing semasa membuat tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua warga IPTHO yang telah Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat dua tugasan, Tugasan pertama adalah menghasilkan satu klip video yang bertemakan “INTEGRITI”. Tugasan kedua adalah menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web untuk satu topik mata pelajaran yang diajar. Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya, bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Pada mulanya, saya berasa kerja kursus ini sangat berat untuk menyiapkan kerana ia memerlukan kepakaran ICT yang tinggi dan tugasan ini memang berbeza jika dibandingkan dengan tugasan kerja kursus senior. Namun begitu, dengan bimbingan pensyarah EDU 3105 saya, Dr. Tey Kien Huat, sedikit demi sedikit saya dapat menimba ilmu tentang bidang ICT. Bimbingan yang diberi oleh pensyarah dalam setiap kelas telah banyak membantu dalam menghasilkan tugasan yang baik. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah telah mengajar kami sekelas, cara membuat web hanya dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya berasa teruja kerana, sebelum ini saya tidak pernah fikir bahawa sesuatu web dapat dihasilkan dengan cantik dan kreatif hanya dengan menggunkan software yang ade dalam komputer. Tambahan pula, dalam setiap sesi P&P, pensyarah juga telah mengajar kami teknik- teknik untuk menghasilkan web yang menarik dengan gabungan unsur animasi, music, flashbob dan sebagainya. setelah kami sekelas telah menguasai serba sedikit tentang penghasilan web, pensyarah telah memberi bimbingan dalam menghasilkan klip video. Pensyarah telah mengedarkan beberapa software yang boleh digunakan untuk menghasilkan video.

Upload: tiffany-teoh

Post on 09-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

  • REFLEKSI

    Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya, kerja kursus berasaskan ilmu ini dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. tey Kien Huat kerana telah banyak membantu dengan memberi maklum balas terhadap tugasan yang saya hasilkan. Selain itu, tanpa kerjasama dan maklum balas dari semua pihak, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

    Tidak lupa juga rakan sekelas dan juga kepada rakan yang lain kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi dorongan dan pandangan masing-masing semasa membuat tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua warga IPTHO yang telah

    Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat dua tugasan, Tugasan pertama adalah menghasilkan satu klip video yang bertemakan INTEGRITI. Tugasan kedua adalah menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web untuk satu topik mata pelajaran yang diajar. Sewaktu pertama kali saya mendapat tugasan ini, terdetik dalam hati saya, bagaimana aku boleh siapkan tugasan ini dengan sempurna kerana tidak tahu untuk membuatnya. Pada mulanya, saya berasa kerja kursus ini sangat berat untuk menyiapkan kerana ia memerlukan kepakaran ICT yang tinggi dan tugasan ini memang berbeza jika dibandingkan dengan tugasan kerja kursus senior.

    Namun begitu, dengan bimbingan pensyarah EDU 3105 saya, Dr. Tey Kien Huat, sedikit demi sedikit saya dapat menimba ilmu tentang bidang ICT. Bimbingan yang diberi oleh pensyarah dalam setiap kelas telah banyak membantu dalam menghasilkan tugasan yang baik. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pensyarah telah mengajar kami sekelas, cara membuat web hanya dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya berasa teruja kerana, sebelum ini saya tidak pernah fikir bahawa sesuatu web dapat dihasilkan dengan cantik dan kreatif hanya dengan menggunkan software yang ade dalam komputer.

    Tambahan pula, dalam setiap sesi P&P, pensyarah juga telah mengajar kami teknik-teknik untuk menghasilkan web yang menarik dengan gabungan unsur animasi, music, flashbob dan sebagainya. setelah kami sekelas telah menguasai serba sedikit tentang penghasilan web, pensyarah telah memberi bimbingan dalam menghasilkan klip video. Pensyarah telah mengedarkan beberapa software yang boleh digunakan untuk menghasilkan video.

  • Dengan pengetahuan serba sedikit tentang penghasilan web dan juga video, saya pun mula mencari maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus. Sebagai pelajar Reka Bentuk dan Teknologi kami dikehendaki memilih tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah untuk menghasilkan web dan juga video. Pada mulanya, saya berasa agak keliru kerana tidak mempunyai idea bagaimana hendak mengaitkan topik mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan konsep INTEGRITI. Namun begitu, dengan pendapat dan sumbangan idea daripada beberapa pihak terutamanya pensyarah dan juga rakan- rakan sekelas, saya mendapat gambaran tentang cara memperkaitkan topic pilihan dengan INTEGRITI.

    Selepas berbincang dengan rakan-rakan sekelas, akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk memilih topik Jahitan Tahun 5 untuk menghasilkan web dan juga video. tanpa melengahkan masa, saya pun telah meluangkan masa untuk mencari bahan-bahan yang sesuai dengan topik saya dan juga telah mencari maklumat tentang penghasilan web dan video dalam buku dan juga internet. Saya juga telah menggunakan masa cuti dengan mengumpul maklumat dan mendapatkan idea dari beberapa pihak dalam penghasilan video.

    Sebelum saya menghasilkan video, saya telah menghasilkan web. Saya juga telah meneroka Microsoft Publisher supaya dapat menghasilkan web yang berkualiti. Saya juga telah mencari cara memasukkan widget ke dalm web. Selepas selesai dengan penghasilan web, saya telah menjana idea untuk menghasilkan video. saya telah meminta bantuan ahli keluarga dan juga rakan-rakan saya untuk memberi idea untuk menghasillkan video dan akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk menghasilkan web dengan menggunakan software VIDEOPAD. Saya berasa sangat teruja untuk meneroka software ini dan akhirnya saya berjaya juga menghasilkan web dan juga video. Bagi penghasilan web, kami juga dikehendaki membuat kuiz dan saya telah menggunkan sotware HOT POTATO untuk menghasilkan kuiz. Selepas siap menghasilkan web dan video, saya telah membuat manual pengguna supaya pengguna yang ingin mengakses web saya boleh mendapat gambaran cara menggunakan web saya.

    Selain itu, saya juga telah menghadapi sedikit masalah semasa membuat tugasan ini terutamanya dalam memasukkan klip video yang dihasilkan ke dalam bahan web. Tindakan ini banyak melibatkan proses yang pelbagai yang agak mengelirukan. Sekiranya kami silap melakukan satu langkah, maka klip video yang dihasilkan tidak akan berjaya dipaparkan di bahan web. Oleh yang demikian, saya telah meminta bantuan daripada kawan-kawan saya. Masalah plug-in komputer juga akan mengakibatkan video yang dihasilkan tidak muncul di bahan web. Pada kali yang pertama, klip video saya tidak dapat diletakkan di dalam bahan web dan saya mendapati bahawa keadaan ini berlaku kerana komputer saya tidak

  • mempunyai Adobe Flash Player. Kemudian, saya telah berusaha untuk memuat turun Adobe Flash Player dari laman Google. Setelah memuat turun perisian tersebut, saya mencuba untuk meletakkan klip video saya ke dalam bahan web dan mengunduh ke web. Akhirnya, saya telah berjaya memasukkan klip itu ke dalam bahan web. Klip video yang dihasilkan dengan menggunakan perisian VIDEOPAD yang terlalu besar akan menghadapi masalah untuk dirender. Saya telah mencuba banyak kali untuk merender klip video saya tetapi tidak berjaya. Oleh itu, saya telah memisahkan klip video saya kepada enam bahagian kecil dan saya akan render setiap bahagian tersebut satu demi satu. Selepas merender video itu, format video tersebut perlu ditukarkan ke format FLV sebelum dapat dimasukkan ke dalam bahan web.

    Selepas membuat tugasan projek ini, saya berupaya untuk menjana pelbagai idea dalam menghasilkan klip video serta bahan pembelajaran berasaskan web. Secara tidak langsung, kemahiran berfikir saya dapat dipertingkat kerana saya dapat memikirkan pelbagai idea yang kreatif bagi menghasilkan klip video dan bahan web yang menarik. Lebih-lebih lagi, kita perlu menjadi guru yang berfikiran kreatif, kritis dan produktif untuk melahirkan insan yang berketrampilan dan berkualiti. Generasi baru inilah yang akan menentukan jatuh bangunnya negara kita, bak kata pepatah, pemuda harapan negara, pemudi tiang negara. Kita sebagai guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya dapat mengajar murid-murid dengan efektif. Kedua-dua klip video dan bahan web boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana bahan bantu mengajar yang menarik akan dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka akan lebih mudah untuk mengingati serta memahami topik yang dipelajari. Mereka juga dapat mengaitkan topik yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan perkara dalam kehidupan seharian. Bahan web yang menarik akan menaikkan semangat pelajar untuk belajar. Walau bagaimanapun, murid-murid akan lagi bersemangat untuk belajar sekiranya guru mengajar mereka dengan penuh semangat.

    Tugasan projek ini telah memberi saya kesempatan untuk mempelajari cara menghasilkan klip video dan bahan web yang menarik dengan mengutamakan elemen-elemen multimedia seperti elemen teks, grafik, audio, video dan interaktiviti bagi tujuan proses P&P pada masa akan datang. Sekiranya saya tidak diberi peluang untuk membuat tugasan ini, maka saya tidak akan diberi pendedahan tentang cara menghasilkan klip video dan bahan web yang betul.

  • Sementara itu, tugasan projek ini juga telah menyedarkan saya tentang kepentingan elemen-elemen multimedia dalam menghasilkan klip video dan bahan web. Elemen tersebut perlu digunakan dalam bahan web dan klip video agar suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah tidak menjadi bosan. Kita perlu mengetahui bahawa suasana pembelajaran yang kondusif harus disediakan supaya para pelajar dapat belajar dengan efektif untuk mencapai objektif pembelajaran. Tugasan projek ini juga menyedarkan saya tentang kepentingan sikap berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara. Sikap tersebut amat penting bagi memastikan kita memperoleh kejayaan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sikap berdisiplin tersebut telah mengajar saya untuk membahagikan masa dengan bijak agar keadaan tidak menjadi kelam-kabut.

    Saya berasa amat seronok sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Walaupun ini adalah tugasan individu, kami sekelas telah banyak meberi idea.. Selain itu, saya amat berpuas hati dangan hasil kerja saya dengan adanya pelbagai pihak yang memberikan sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan.

    Sekian, Terima Kasih.