refleksi

5
REFLEKSI (HHHC9601) KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN OLEH : NURUL IFFAH BT ROSLAN (A146268) JAWATAN: PENGARAH POST MEDIA DAN PUBLISITI PROGRAM : PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU JOHOR DARUL TA’ZIM

Upload: iffahroslan

Post on 20-Jun-2015

114 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

REFLEKSI

(HHHC9601)

KEMAHIRAN

SOSIAL

DAN

KEBERTANGGUNGJAWABAN

OLEH : NURUL IFFAH BT ROSLAN (A146268)

JAWATAN: PENGARAH POST MEDIA DAN PUBLISITI

PROGRAM : PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT 10 PENJURU JOHOR DARUL TA’ZIM

Page 2: Refleksi

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

Saya Nurul Iffah Bt Roslan, nombor matrik A146268 pelajar UKM kampus Bangi telah sempurna melaksanakan kerja yang diberi iaitu “Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban. Saya telah melibatkan diri dalam program “Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Batu Pahat, Johor” dalam aspek-aspek yang menyeluruh terutama dari segi Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban.

Dalam program ini, saya menyandang jawatan sebagai pengarah post media dan publisiti. Saya telah diberi tulis untuk melakarkan tag nama untuk setiap ahli dan melakarkan banner dan backdrop untuk program tersebut. Dalam melaksanakan program ini, saya sebagai pengarah media dan publisiti sangat memainkan peranan dan berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain.

Program OPKIM bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada saya tentang kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma, malah program ini juga menekankan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.

Walaubagaimanapun program OPKIM ini telah membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya. Hal ini dapat dicapai apabila saya perlu bentangkan modul-modul sekteriat saya dalam mesyuarat utama kepada ketua pengarah OPKIM. Ini membantu saya lebih berani berkomunikasi di depan orang ramai .

Akhir sekali, saya sangat berpuas hati menyertai program OPKIM, kerana banyak kemahiran yang saya belajar. Malah banyak manfaat yang telah saya perolehi melalui program ini dan ia membantu saya untuk lebih maju kehadapan.

Page 3: Refleksi

PERJALANAN PROGRAM OPKIM

1. TARIKH DAN MASA

Program ini diadakan pada : Tarikh : 17 - 22 Januari 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu)

2. TEMPAT PROGRAM

Tempat : Kampung Parit Warijo, Batu Pahat, Johor.

3. SEBELUM HARI KEJADIAN:

Sebelum hari sebenar program OPKIM berlaku , sebanyak 7 kali minit mesyuarat utama telah diadakan bersama-sama ketua pengarah program OPKIM. Minit mesyuarat ini diadakan pada setiap minggu. Minit mesyuarat ini diadakan bagi menyelesai beberapa masalah dan memantapkan lagi program OPKIM tersebut. Selain daripada minit mesyuarat utama ini diadakan, 5 minit mesyuarat kecil juga diadakan bersama pengarah mengikut seketeriat masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian masalah untuk membuat tindakan selanjutnya.

Masalah yang dihadapi sebelum hari kejadian :

Saya sebagai post media dan publisiti perlu menyiapkan banner, backdrop dan tag nama untuk semua ahli. Saya diminta melakarkan banner dan backdrop. Tiga hari sebelum hari kejadian, ketua pengarah saya memberi arahan supaya pergi ke kedai untuk upah banner. Sedangkan dalam masa tiga hari, tiada kedai yang dapat menyiapkan banner tersebut. Jika ada pun, mereka mengambil upah dua kali ganda dan ianya tidak cukup dengan bajet yang ada. Saya terpaksa mencari kedai di sekitar Selangor tetapi tiada juga yang dapat siapkan dalam tempoh tiga hari dengan harga yang berpatutan. Dan saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung saya di Kedah dan di sana saya mempunyai rakan yang bekerja di kedai banner dan dia dapat menyiapkan banner dan backdrop tersebut dalam masa sehari dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga selesaikan masalah tersebut.

Page 4: Refleksi

4. SEMASA HARI SEBENAR PROGRAM:

Program OPKIM dijalankan selama lima hari iaitu bermula dengan majlis perasmian pembukaan OPKIM pada pagi jumaat (17/1/2014), dan diakhiri dengan majlis perasmian penutupan pada petang rabu (22/1/2014).

Masalah yang dihadapi ketika hari kejadian :

Sesampainya di Kampung Parit Warijo, saya terus membentangkan banner dan backdrop tetapi terdapat juga masalah yang dihadapi. Saiz backdrop tidak sama seperti yang beritahu. Saiz asal adalah 6kaki tetapi kedai membuat sepanjang 10kaki. Jadi, menjadi masalah untuk mengikat backdrop tersebut. Orang kampung turut mencari idea untuk memasang dan akhirnya terpaksa di pakukan di dinding tersebut oleh kerana majlis perasmian akan bermula dalam tempoh satu jam sahaja lagi.

5. SEMASA HARI TERAKHIR PROGRAM:

Hari terakhir program adalah pada tarikh 22 Januari 2014. Majlis penutupan diadakan di Pasir Gudang Johor.

Masalah yang dihadapi pada hari terakhir :

Ketika di Pasir Gudang, bapa kepada salah seorang rakan saya meninggal dunia dan saya mengambil alih tugasnya kerana dia terpaksa pulang ke kampungnya pada ketika itu juga.