refleksi
TRANSCRIPT
9.0 REFLEKSI
Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari variasi dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa melibatkan perancangan yang
terperinci dimana ia memerlukan pemikiran yang rasional bagi membuahkan hasil yang
menarik. Selain itu juga, saya dapat mengetahui perkembangan kurikulum pendidkan negara
ini.
Kerja kursus ini telah memberi infomasi yang sangat nyata terutama kepentingan bahan
bantu mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Integrasi penggunaan
TMK dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah bagi memberi variasi dalam kaedah
Bahan Bantu Mengajar. Diakui cara konvensyen masih berkesan, namun dengan adanya TMK,
penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan lebih efektif. Faktor pergerakan, warna dan
respon mampu memberi impak yang signifikan di dalam kelas.
Cabaran yang dihadapi semasa menyediakan kerja kursus ini ialah kesukaran
memahami aplikasi ‘Power Point’ yang jarang saya gunakan sebelum ini. Walaubagaimanapun
kecekalan dan keinginan untuk mempelajari dan ambil tahu membuatkan saya berjaya
melaluinya. Tugasan ini mementingkan pemikiran dan kreativiti saya sendiri. Oleh itu setiap
masa saya perlu berfikir untuk memberi kelainan dalam penghasilan eksplorasi ini. Saya juga
perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Selain itu, saya juga berusaha mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, rujukan
beberapa buah buku dan nota-nota yang diberikan oleh pensyarah.
Saya juga berterima kasih kepada pensyarah dalam memberikan maklumat dengan
lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang dihasilkan bertepatan dengan
kehendak soalan.
Akhir sekali, proses terakhir menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya
menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini. Semoga dengan bantuan anda semua diberkati oleh Allah yang
maha esa.
57