refleksi

14
Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar 5 point: 1. Dasar PPSMI diperkenal pada tahun 2003 oleh Dato Seri Tun Dr Mahathir. Pada tahun 2005, kertas soalan sains dan matematik PMR adalah dalam dwibahasa dan pada tahun 2007, dasar ini mula berkuatkuasa secara keseluruhan dalam SPM. Pada tahun 2008 pula, kertas soalan sains dan matematik UPSR adalah dalam Bahasa Inggeris. 2. Dasar PPSMI bukannya faktor utama yang menyebabkan wujudnya jurang perbezaan kerana jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar sudah wujud sebelum dasar ini diwujudkan. Dasar ini hanya berperanan memperdalam lagi jurang perbezaan. 3. Walaupun minat terhadap matematik adalah motivasi pelajar sendiri, tetapi pelajar tidak boleh disalahkan sepenuhnya jika tidak berminat dalam matematik. Guru yang seharusnya bertaggungjawab kerana ini menunjukkan kegagalan guru untuk menjadikan matematik sebagai subjek yang diminati oleh pelajar. 4. Prestasi pelajar dalam pencapaian matematik juga dipengaruhi oleh pertukaran guru. Kebanyakan guru tidak ingin mengajar di sekolah luar bandar dan ini menyebabkan mereka tidak bermotivasi mengajar. Jadi, mereka akan memohon bertukar ke sekolah bandar sekiranya ada peluang. Pertukaran guru yang kerap sebenarnya memberi impak negatif kepada pelajar kerana teknik pengajaran setiap guru tidak sama dan pelajar memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. 5. Pendidikan seorang pelajar merupakan tanggungjawab ibu bapa dengan guru. Pendidikan awal bermula di rumah. Jadi, ibu bapa juga berperanan membentuk asas pendidikan anak- anak mereka. Apabila anak-anak sudah bersekolah, tidak bermakna ibu bapa tidak lagi bertanggungjawab dan menyerah tugas mendidik kepada guru semata-matanya. Guru memerlukan kerjasama daripada ibu bapa.

Upload: maria-ting

Post on 13-Nov-2014

9.643 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Perbezaan Pencapaian Matematik Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar

5 point:

1. Dasar PPSMI diperkenal pada tahun 2003 oleh Dato Seri Tun Dr Mahathir.

Pada tahun 2005, kertas soalan sains dan matematik PMR adalah dalam

dwibahasa dan pada tahun 2007, dasar ini mula berkuatkuasa secara

keseluruhan dalam SPM. Pada tahun 2008 pula, kertas soalan sains dan

matematik UPSR adalah dalam Bahasa Inggeris.

2. Dasar PPSMI bukannya faktor utama yang menyebabkan wujudnya jurang

perbezaan kerana jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan sekolah luar

bandar sudah wujud sebelum dasar ini diwujudkan. Dasar ini hanya

berperanan memperdalam lagi jurang perbezaan.

3. Walaupun minat terhadap matematik adalah motivasi pelajar sendiri, tetapi

pelajar tidak boleh disalahkan sepenuhnya jika tidak berminat dalam

matematik. Guru yang seharusnya bertaggungjawab kerana ini menunjukkan

kegagalan guru untuk menjadikan matematik sebagai subjek yang diminati

oleh pelajar.

4. Prestasi pelajar dalam pencapaian matematik juga dipengaruhi oleh pertukaran

guru. Kebanyakan guru tidak ingin mengajar di sekolah luar bandar dan ini

menyebabkan mereka tidak bermotivasi mengajar. Jadi, mereka akan

memohon bertukar ke sekolah bandar sekiranya ada peluang. Pertukaran guru

yang kerap sebenarnya memberi impak negatif kepada pelajar kerana teknik

pengajaran setiap guru tidak sama dan pelajar memerlukan masa untuk

menyesuaikan diri.

5. Pendidikan seorang pelajar merupakan tanggungjawab ibu bapa dengan guru.

Pendidikan awal bermula di rumah. Jadi, ibu bapa juga berperanan

membentuk asas pendidikan anak-anak mereka. Apabila anak-anak sudah

bersekolah, tidak bermakna ibu bapa tidak lagi bertanggungjawab dan

menyerah tugas mendidik kepada guru semata-matanya. Guru memerlukan

kerjasama daripada ibu bapa.

Page 2: Refleksi

5 soalan:

1. Bagaimanakah KPM mengklasifikasi sebuah sekolah sebagai sekolah di

bandar dan sekolah di luar bandar?

2. Laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik

(PPK) mengatakan bahawa terdapat sebilangan sekolah mendapat pencapaian

yang kurang baik. Apakah bukti yang menunjukkan pencapaian sekolah

tersebut kurang baik dan bagaimana mereka menilai pencapaian sekolah

tersebut?

3. Isu pelajar Melayu luar bandar kurang berminat dengan matematik. Adakah

ini hanya berlaku pada pelajar Melayu dan bagaimana pula dengan pelajar

bukan Melayu?

4. Bagaimanakah teknik dan kemudahan terkini membantu meningkatkan

pencapaian matematik pelajar luar bandar?

5. Salah satu langkah yang dibentangkan adalah lebih banyak guru matematik

yang berkebolehan perlu dihantar ke sekolah luar bandar. Bagaimanakah

kebolehan seseorang guru matematik dinilai?

Page 3: Refleksi

Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki dan Perempuan

5 point:

1. Jurang perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara

apabila umur pelajar semakin matang. Perbezaan pencapaian matematik lelaki

dan perempuan dalam UPSR adalah tidak ketara iaitu perbezaannya hanya 1-

2% sahaja. Namun, peratusan perbezaan menjadi 5-6% dalam PMR dan 6-9%

dalam SPM.

2. Sikap pelajar mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik mereka.

Sikap seseorang pelajar penting untuk membantunya mencapai kecemerlangan

dalam peperiksaan. Pelajar yang rajin dan berperspektif positif terhadap subjek

matematik akan mendapat keputusan yang lebih baik.

3. Sikap pelajar terhadap matematik dilihat daripada pada beberapa kriteria iaitu

minat, keyakinan, kegelisahan, persepsi terhadap guru dan juga persepsi

terhadap matematik. Pelajar yang bersikap positif terhadap subjek matematik

mempunyai min skor yang lebih tinggi untuk pembolehubah tersebut.

4. Gaya pembelajaran pelajar perempuan adalah berbeza daripada gaya

pembelajaran pelajar lelaki. Pelajar lelaki lebih suka pembelajaran kinestetik

berbanding dengan pelajar perempuan. Jadi, guru harus mengambil kira faktor

ini dan merancangkan strategi pengajaran yang menarik minat semua pelajar.

5. Dahulu, perbezaan pencapaian matematik antara jantina wujud kerana wanita

tidak dibenarkan atau tidak digalakkan untuk mendapat pendidikan. Oleh itu,

pencapaian matematik lelaki lebih baik. Jadi, lelaki dikatakan lebih pandai

dalam matematik pada hal sebenarnya adalah kerana hak pendidikan lelaki dan

perempuan tidak sama. Setelah perempuan berpeluang mendapat pendidikan

seperti lelaki, pencapaian perempuan dalam matematik turut meningkat. Oleh

itu, pencapaian matematik tidak dipengaruhi oleh jantina.

Page 4: Refleksi

5 soalan:

1. Berdasarkan statistik UPSR, PMR dan SPM 1996-2000, mengapakah jurang

perbezaan pencapaian matematik mengikut jantina semakin ketara apabila

umur semakin matang?

2. Statistik menunjukkan pelajar perempuan Malaysia mempunyai pencapaian

yang lebih baik dalam matematik berbanding dengan pelajar lelaki.

Bagaimanakah pula dengan pelajar di luar negara?

3. Adakah sikap pelajar perempuan yang lebih berteliti menyumbang kepada

prestasi yang lebih baik dalam subjek matematik?

4. Adakah faktor gaya pembelajaran lelaki dan perempuan mempengaruhi

perbezaan pencapaian matematik mereka?

5. Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk merapatkan jurang pencapaian

lelaki dan perempuan dalam akademik terutamanya dalam SPM?

Page 5: Refleksi

Perbezaan Pencapaian Matematik antara SK dan SJKC

5 poin:

1. Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan jika melibatkan lima pancaindera

pelajar. SJKC mempraktikkan konsep ini dengan menggunakan sempoa

sebagai alat bantu mengajar. Sempoa sesuai diguna untuk mengajar matematik

kerana penggunaannya melibatkan tiga pancaindera murid iaitu dari segi

bunyi, penglihatan dan sentuhan. Jadi, murid-murid lebih berminat untuk

belajar matematik.

2. Selain itu, SJKC juga mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat. Contohnya, murid SJKC

akan dirotan jika mereka tidak menyiapkan kerja rumah. Ibu bapa

membenarkan guru merotan anak mereka disebabkan budaya orang Cina yang

amat mementingkan pendidikan dan ingin anak mereka mencapai

kecemerlangan dalam pendidikan.

3. Mengikut pembentangan kumpulan tiga, guru-guru di SJKC juga memberi

latihan matematik yang lebih banyak berbanding dengan guru di SK. Tujuan

latih tubi adalah supaya murid-murid mengetahui dan biasa dengan format

peperiksaan. Oleh itu, prestasi matemati SJKC lebih baik. Hal ini telah

membuktikan bahawa prestasi pencapaian dalam peperiksaan sebenarnya juga

bergantung kepada kebiasaan dengan format peperiksaan.

4. Walaupun statistik menunjukkan waktu pengajaran dan pembelajaran

matematik di SJKC lebih lama berbanding dengan waktu pengajaran dan

pembelajaran SK, tetapi ini bukan faktor utama yang mempengaruhi

perbezaan pencapaian dalam matematik antara SK dan SJKC. Faktor utama

adalah penggunaan masa yang berkesan. Kita tidak harus memberi penekanan

terhadap berapa lama waktu untuk matematik tetapi harus menekankan cara

menggunakan masa untuk memaksimumkan pembelajaran matematik murid-

murid.

5. Kebanyakan SJKC menggunakan buku teks dan mewajibkan murid-murid

mereka membeli buku latihan tambahan manakala guru di SK yang hanya

menyuruh murid-muridnya membuat latihan dalam buku teks. Menurut

pemerhatian Prof Datuk Dr Ishak Haron, guru di SK terpaksa membuat

Page 6: Refleksi

lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Banyak masa telah dibazirkan untuk

membuat lembaran kerja tersebut. Oleh itu, guru-guru SK dicadangkan

mengguna buku kerja tambahan untuk mengukuhkan kemahiran matematik

murid.

5 soalan:

1. Statistik menunjukkan SJKC mempunyai pencapaian yang lebih tinggi

daripada SK dalam subjek matematik. Adakah ini juga benar bagi SJKC di

luar bandar atau pun hanya mewakili SJKC di bandar?

2. Mengapakah waktu pembelajaran matematik di SK dan SJK adalah berbeza?

3. Bagaimankah cara untuk mengurus masa dengan baik supaya pembelajaran

murid dalam matematik boleh dimaksimumkan?

4. Oragnisasi sekolah berperanan penting dalam menentukan prestasi akademik

murid-muridnya. Pentadbiran SJKC adalah berasaskan kepada disiplin dan

peraturan yang ketat. Apakah punca yang menyebabkan SK tidak dapat

mentadbir seperti SJKC?

5. Pihak PIBG SJKC dikatakan lebih prihatin terhadap perkembangan akademik

pelajar berbanding dengan PIBG SK kerana mereka akan sentiasa membantu

dan memastikan keperluan pendidikan murid mencukupi. Adakah keadaan ini

berlaku kerana SJKC bukan sekolah bantuan kerajaan?

Page 7: Refleksi

Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme VS Latih Tubi

5 poin:

1. Definisi pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang agak kekal.

Perubahan tingkah laku bermaksud pelajar boleh buat sesuatu yang dia tidak

boleh buat sebelum ini. Contohnya, pelajar boleh menyelesaikan persamaan

kuadratik selepas pengajaran oleh guru. Perubahan tingkah laku boleh dilihat

dari segi psikomotor, afektif atau kognitf. Pembelajaran terbahagi kepada dua

aras, iaitu aras tinggi dan aras rendah.

2. Kebanyakan kami mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran sebagai

proses guru memberi ilmu dan pelajar terima ilmu. Sebenarnya, pelajar tidak

terima ilmu tetapi mereka memproses ilmu dengan memberi makna kepada

ilmu yang diterima berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh sebab

pengalaman sedia ada pelajar berbeza mengikut individu, maka makna yang

diberi kepada ilmu tersebut juga berbeza. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti

sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak. Teknik penyoalan

merupakan teknik yang penting untuk mengenalpasti kefahaman pelajar.

3. Dalam konteks konstruktivisme, pelajar memberi makna kepada ilmu yang dia

terima berdasarkan pengalamannya. Oleh itu, pelajar perlu memainkan

peranan aktif jika konstruktivsme dilaksanakan. Aktiviti haruslah berpusatkan

pelajar di mana pelajar haruslah berbincang dengan rakan-rakannya dan

menyemak sesama diri. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, pelajar mendapat

ilmu baru dan guru boleh menyemak kefahaman pelajarnya.

4. Latih tubi tidak sama dengan latihan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta

dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar untuk mencapai

tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi

lebih kekal dalam ingatan. Latih tubi tidak bertujuan untuk mengukuhkan

kefahaman terhadap sesuatu konsep tetapi mengukuhkan kemahiran.

Contohnya, pelajar yang diberi banyak latih tubi operasi darab boleh jawab

soalan yang melibatkan operasi darab dengan lebih cepat tetapi dia mungkin

tidak faham konsep darab.

5. Walaupun pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme adalah berpusatkan

pelajar, namun peranan guru juga amat penting. Kaedah konstruktivisme

memerlukan pelajar membina pengetahuan baru melalui interaksi dan juga

berdasarkan pengalaman. Guru hanya sebagai fasilitator tetapi guru

Page 8: Refleksi

bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan

pelajar bertanya dan juga menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan

pembelajaran pelajar. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar

menerangkan kefahaman mereka supaya guru dapat mengesan kesilapan.

5 soalan:

1. Selain teknik penyoalan, apakah cara lain yang sesuai digunakan untuk

mengenalpasti sama ada pelajar memproses ilmu dengan betul atau tidak?

2. Bagaimanakah guru mewujudkan suasana atau persekitaran yang

menggalakkan pelajar bertanya?

3. Pengalaman sedia ada setiap individu adalah berbeza disebabkan banyak

faktor seperti persekitaran dan sebagainya. Kaedah konstruktivisme

memerlukan pelajar membina ilmu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka

Jadi, adakah kaedah ini sesuai digunakan untuk semua pelajar?

4. Bagaimanakah kita memastikan kaedah konstruktivisme dapat dijalankan

dengan berkesan dan betul-betul memberi faedah kepada pelajar?

5. Adakah kombinasi latih tubi dan konstruktivisme dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik lebih baik daripada menggunakan kaedah

konstruktivisme sahaja?

Page 9: Refleksi

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

5 poin:

1. KSSR mementingkan 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul.

Elemen penaakulan ditambah dalam kurikulum baru ini kerana penaakulan

penting untuk membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga

mengembangkan kapasiti pemikiran. Penaakulan dalam matematik tidak

hanya memerlukan pelajar menguasai konsep matematik, tetapi mereka perlu

berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep tersebut.

2. Dalam kurikulum baru ini, pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan

secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar

dalam pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri,

rakan sebaya dan kumpulan. Pentaksiran dijalankan oleh pelbagai pihak dan

dari sudut yang berbeza.

3. Trends pendidikan di sekolah pada zaman ini adalah mengaplikasi amalan

industri atau perniagaan di sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan

kecekapan pengurusan. Namun, amalan ini tidak sesuai kerana setiap individu

beremosi dan mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang berbeza.

4. Kurikulum baru tidak semestinya lebih baik daripada kurikulum lama.

Transformasi pendidikan perlu mengambil kira punca masalah di bilik darjah

seperti saiz kelas. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan, kurikulum baru

tidak akan dilaksanakan dengan efektif kerana punca masalah tidak

diselesaikan.

5. Kurikulum bukan faktor terpenting dalam membentuk pendidikan yang

berkualiti. Tidak kira bagaiamana sesuatu kurikulum berubah, faktor utama

yang mempengaruhi kualiti pendidikan ialah guru. Perkara yang penting sekali

di bilik darjah adalah bagaimana seseorang guru mengajar. Guru yang baik

akan terus belajar cara untuk memperbaiki kelemahannya mengajar, cara

berinteraksi dengan pelajar dan cara memahami mereka.

Page 10: Refleksi

5 soalan:

1. Adakah pendidikan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar akan meningkat

dengan pelaksanaan KSSR?

2. Sebab yang diberi untuk pelaksanaan KSSR adalah kerana terdapat banyak

kelemahan pada KBSR. Apakah kelemahan yang ada pada KBSR yang

menyebabkan keperluan untuk mengubah kurikulum kepada KSSR?

3. Adakah kelemahan yang wujud disebabkan kurikulum tidak baik?

4. Bagaimana menjamin bahawa KSSR boleh dilaksanakan dengan efektif dan

kelemahan yang wujud semasa pelaksanaan KBSR tidak akan berulang?

5. Adakah semua pelajar boleh melepasi standard KSSR yang ditetapkan dalam

masa yang singkat sedangkan tahap pemahaman dan pembelajaran setiap

pelajar adalah berbeza?

Page 11: Refleksi

Penggunaan ICT dalam Mengajar Matematik

5 poin:

1. Penggunaan ICT disertai dengan cara pengajaran yang betul boleh

menggalakkan pelajar berfikir secara optimum. Contohnya, geometer’s

sketchpad hanya menunjukkan graf tetapi jika guru pandai bertanya soalan,

pengajaran dan pembelajar akan lebih efektif.

2. Antara kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran ialah pelajar

mendapat maklum balas dengan cepat. Mereka boleh menguji kefahaman

sendiri dengan membuat latihan secara online dan mengesan kesilapan yang

dibuat dengan serta-merta. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan.

3. Namun, penggunaan ICT tidak sesuai untuk semua topik. Kadang-kala,

kaedah pengajaran tradisional iaitu penggunaan papan hitam adalah lebih

sesuai daripada penggunaan ICT kerana guru boleh menunjukkan setiap

langkah penyelesaian. Oleh itu, guru haruslah pandai memilih kaedah yang

sesuai.

4. Penggunaan ICT menyebabkan sesetengah guru terlalu bergantung kepada

courseware. Didapti sesetengah guru tidak mengajar dan hanya menunjukkan

courseware sahaja. ICT hanya sebagai alat bantu mengajar dan bukannya

untuk ganti guru.

5. Secara realitinya, guru tidak dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

mengikut kesesuaian setiap pelajar tetapi guru dapa menggunakan kaedah

yang berbeza tuntuk kelas yang berbeza.

Page 12: Refleksi

5 soalan:

1. Bagaimanakah guru menjadikan pembelajaran lebih seronok untuk menarik

minat pelajar dalam sesuatu subjek?

2. Mengapakan guru disarankan menggunakan ICT dalam pengajaran semasa

pelaksanaan dasar PPSMI sedangkan kebanyakan pelajar lebih suka

pengajaran tradisional?

3. Adakah penggunaan ICT boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar

dalam Matematik?

4. Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian

pelajar?

5. Apakah langkah untuk mengatasi masalah teknikal dalam pengendalian

perkakasan ICT yang sering berlaku?

Page 13: Refleksi

Pensijilan Guru Matematik

5 poin:

1. Kriteria profesion ialah memerlukan pelajaran tinggi dan latihan khas,

kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan

bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai

satu badan bebas yang mengawal kualiti.

2. Urusan bimbingan, latihan dan teladan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan ukuran utama hasil kerja seorang guru.

3. Antara perbezaan IPG dengan IPTA ialah kebanyakan pensyarah IPG

merupakan bekas guru, suasana pembelajaran di IPG serupa suasana di

sekolah, tempoh latihan mengajar yang lebih panjang, sukatan yang digunakan

di IPG sama seperti di sekolah dan terdapat kerjasama rapat antara IPG dengan

sekolah.

4. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan

diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah

pengajaran yang sesuai.

5. Seorang guru matematik bukan sekadar mempunyai pengetahuan matematik

sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan

teknik-teknik pengajaran yang betul.

Page 14: Refleksi

5 soalan:

1. Mengapakah guru tidak diiktiraf sebagai profesion?

2. Adakah guru matematik terlatih mengajar dengan lebih berkesan daripada

guru matematik yang tidak terlatih?

3. Bagaimanakah dengan menghadiri kursus perguruan boleh menjadikan

seseorang guru lebih berkualiti dalam pengajarannya?

4. Apakah ciri-ciri penting yang perlu pada seseorang untuk membolehkannya

menjadi seorang guru yang baik?

5. Bagaimanakah guru mengaplikasikan ilmu yang diterima semasa menghadiri

kursus perguruan?