refleksi 2

3
Refleksi Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami. Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata,

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 22-Nov-2014

11.391 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Refleksi

Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan

projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd

Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati

kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini

tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan

ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak

menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan

Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan

dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang

kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk

mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami

keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda,

kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi

setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan

antara kedua-duanya.

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber

rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum

ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap

bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan

gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami

gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami.

Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan

ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa,

ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini sangat berguna kepada

kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh

mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk

peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat

mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya

kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar

oleh Pn idawati, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk

bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata.

Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja

berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya

telah membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata

setiap perkataan. Mohd Safuan pula membuat takrif morfologi, frasa dan

fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang

tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa

kerana bilik kami adalah di blok yang sama.

Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk

dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan

ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam

melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku

tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain

itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami

menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan

teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas

Bahasa Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja

Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini,

nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya

pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar

kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan.

Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang di beri untuk

menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun

berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya.

Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah.

Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1

saya yang diberikan telah berjaya kami siapkan. kami ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk

menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Pn Hjh Idawati

Bte Moin.