refleksi 1.docx

2
Refleksi – Choir Festival : Voice Celebration Concert Pada 27 th September 2014 , saya bersama-sama dengan rakan sekelas telah menonton persembahan Voice Celebration Concert di Auditorium Parcel E, Putrajaya di bawah bimbingan pensyarah, Puan Bernice. Kami bertolak dari kampus pada jam 7 malam. Disebabkan sesat jalan, kami telah lewat beberapa minit untuk tiba di Putrajaya. Akan tetapi, kelewatan ini tidak membawakan sebarang kesulitan dan kekesalan kerana persembahan baru bermula sebaik kami sampai di dewan. Saya berasa terpegun dengan persembahan pembukaan- “Opening Show” di mana dua orang pelajar perempuan telah menyanyikan beberapa lagu klasik luar negara dengan suara opera, iaitu penyanyi soprano. Saya berasa amat tertarik dengan cara persembahan mereka walaupun mereka bernyanyi hanya di bawah iringan piano. Selain itu, mereka bernyanyi tanpa mic dan suaranya dapat dilontorkan ke seluruh dewan. Ini merupakan salah satu teknik yang amat penting dalam nyanyian, iaitu lontaran suara. Seterusnya, beberapa persembahan koir juga amat menarik, mereka dapat bernyanyi dengan harmoni tidak kira secara acapella mahupun di bawah iringan flute dan piano. Mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan amat bagus, ini kelihatan mereka telah mengharungi banyak cabaran dan latihan sehinggalah dapat mempersembahkan konsert di khayalak ramai. Akan tetapi, satu kelemahan yang saya berasa dapat diperbaiki ialah, kostum. Mereka memakai pakaian yang tidak selaras walaupun warna putih yang sama, dan mereka tidak menukarkan sebarang pakaian atau kedudukan mereka. Jadi, sebagai

Upload: shin-yei

Post on 06-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi 1.docx

Refleksi – Choir Festival : Voice Celebration Concert

Pada 27th September 2014 , saya bersama-sama dengan rakan sekelas telah

menonton persembahan Voice Celebration Concert di Auditorium Parcel E, Putrajaya di

bawah bimbingan pensyarah, Puan Bernice. Kami bertolak dari kampus pada jam 7

malam.

Disebabkan sesat jalan, kami telah lewat beberapa minit untuk tiba di Putrajaya.

Akan tetapi, kelewatan ini tidak membawakan sebarang kesulitan dan kekesalan kerana

persembahan baru bermula sebaik kami sampai di dewan. Saya berasa terpegun

dengan persembahan pembukaan- “Opening Show” di mana dua orang pelajar

perempuan telah menyanyikan beberapa lagu klasik luar negara dengan suara opera,

iaitu penyanyi soprano. Saya berasa amat tertarik dengan cara persembahan mereka

walaupun mereka bernyanyi hanya di bawah iringan piano. Selain itu, mereka bernyanyi

tanpa mic dan suaranya dapat dilontorkan ke seluruh dewan. Ini merupakan salah satu

teknik yang amat penting dalam nyanyian, iaitu lontaran suara.

Seterusnya, beberapa persembahan koir juga amat menarik, mereka dapat

bernyanyi dengan harmoni tidak kira secara acapella mahupun di bawah iringan flute

dan piano. Mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan amat bagus, ini

kelihatan mereka telah mengharungi banyak cabaran dan latihan sehinggalah dapat

mempersembahkan konsert di khayalak ramai.

Akan tetapi, satu kelemahan yang saya berasa dapat diperbaiki ialah, kostum.

Mereka memakai pakaian yang tidak selaras walaupun warna putih yang sama, dan

mereka tidak menukarkan sebarang pakaian atau kedudukan mereka. Jadi, sebagai

seorang penonton, saya berasa bosan dan letih kerana sering nampak orang yang

sama, berdiri di tempat yang sama dengan pakaian yang sama. Saya berasa jika

mereka telah merancangkan persembahan nyanyian solo, penyanyi solo bolehlah

memakai pakaian yang sikit berbeza dengan rakan koir mereka. Dari segi teknik

nyanyian, iaitu tekstur, warna ton, tempo dan dinamik, mereka mempunyai teknik yang

amat bagus kerana mereka telah pun memenuhi kriteria teknik nyanyian. Tetapi, jika

dari segi keseluruhan persembahan, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh

diperbaiki. Contohnya, atur cara, kedudukan koir, kostum koir dan kakitangan yang

memberikan bantuan.

Page 2: Refleksi 1.docx

Walaubagaimanapun, saya berasa amat gembira kerana berpeluang menonton

konsert ini dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak dapat pelajari

dalam kelas dan dapat menonton pelbagai genre muzik dalam persembahan tersebut.

Secara keseluruhan, saya berasa amat gembira dan berharap unit kami dapat

mengadakan konsert sebegini mahupun konsert yang lebih hebat berbanding mereka.

Sekian.