refleksi-130903084138-

2
REFLEKSI ISKANDAR BIN HAIRI Tugasan EDU 3106 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, ia secara tak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang aspek pengurusan kelas yang mesra budaya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan budaya. Dalam kefahaman saya untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni dan kondusif untuk murid-murid yang berlainan etnik dan budaya, guru hendaklah memainkan peranan dalam mencipta suasana tersebut. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas supaya ia dapat menggalakan suasana yang kondusif dan mesra budaya. Pada asasnya bilik darjah hendaklah mempunyai pelan lantai untuk bilik darjah, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan adalah di tahap yang sesuai. Tujuan pelan lantai tersebut ialah supaya guru mendapat gambaran awal tentang susun apa yang perlu ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk membuat susun atur yang sesuai. Selain itu, mengikut kefahaman saya untuk memupuk nilai- nilai perpaduan dan kesefahaman antara kaum, beberapa aspek perlu diambil kira antara yang paling penting ialah susun atur tempat duduk. Guru hendaklah menyusun atur tempat duduk murid- murid supaya terdapat kesamarataan taburan diantara murid- murid dalam bilik darjah dari pelbagai kumpulan etnik dan

Upload: zhehong-tan

Post on 03-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi edu

TRANSCRIPT

REFLEKSIISKANDAR BIN HAIRITugasan EDU 3106 merupakan tugasan yang telah memberikan saya satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, ia secara tak langsung telah memberikan saya pengetahuan dan pendedahan tentang aspek pengurusan kelas yang mesra budaya bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan budaya.Dalam kefahaman saya untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni dan kondusif untuk murid-murid yang berlainan etnik dan budaya, guru hendaklah memainkan peranan dalam mencipta suasana tersebut. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas supaya ia dapat menggalakan suasana yang kondusif dan mesra budaya. Pada asasnya bilik darjah hendaklah mempunyai pelan lantai untuk bilik darjah, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan adalah di tahap yang sesuai. Tujuan pelan lantai tersebut ialah supaya guru mendapat gambaran awal tentang susun apa yang perlu ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk membuat susun atur yang sesuai. Selain itu, mengikut kefahaman saya untuk memupuk nilai-nilai perpaduan dan kesefahaman antara kaum, beberapa aspek perlu diambil kira antara yang paling penting ialah susun atur tempat duduk. Guru hendaklah menyusun atur tempat duduk murid-murid supaya terdapat kesamarataan taburan diantara murid-murid dalam bilik darjah dari pelbagai kumpulan etnik dan bukannya dikelompokkan kumpulan etnik dalam satu kumpulan. Apabila ada aktiviti perbincangan kumpulan,ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Dengan wujudnya kumpulan seperti ini, ia secara tak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya.Akhir sekali dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mewujudkan pengurusan kelas yang mesra budaya penyertaan dan kerjasama ahli amat diperlukan bagi mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Segala tindakan guru dalam bilik darjah akan mempengaruhi pencapaian murid. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran. Ia secara tak langsung telah menjadikan saya seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif terhadap tugasan. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.