refleks1 bmm3063.docx

3
REFLEKSI Semasa menyiapkan tugasan in saya telah menerima pelbagai jenis pengalaman serta faedah yang berguna. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah Berjaya menyiapkan tugasan ini. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya untuk menjawab tiga soalan kerja kursus. Soalan pertama mengkehendaki saya untuk membincangkan serta menerangkan konsep, objektif, dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan Bahasa Malaysia di sekolah rendah. Soalan ini terdapat cabaranya kerana bahan rujukan berupa buku yang menepati tajuk pemulihan dan pengayaan amat susah untuk dijumpai dan digunakan. Namun, saya telah berinisiatif untuk menggunakan buku lain yang ada juga memuatkan sedikit maklumat berkenaan dengan tajuk. Saya juga turut menggunakan modul dan jurnal pendidikan sebagai bahan rujukan. Bagi soalan kedua pula, saya dikehendaki untuk menganalisis sebuah kajian kes. Dalam kajian kes ini termuat suatu permasalahan dalam pembelajaran yang melibatkan murid pemulihan dalam kelas biasa. Kajian kes ini berkenaan dengan cara seorang guru Bahasa Melayu mengesan masalah pembelajaran. Berdasarkan ini saya perlu menganalisis dengan terperinci berkenaan masalah kesukaran dalam pembelajaran dan kesesuaian kemahiran yang diajarkan. Selepas menganalisis kajian kes ini saya mendapati bahawa tugas seorang guru Bahasa Melayu memerlukan guru sentiasa peka dengan kelakuan dan perwatakan serta tingkah laku murid dalam kelas. Hal ini penting supaya guru dapat mengesan jika terdapat murid dalam kelas tersebut yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Saya juga mengetahui bahawa penting untuk guru mengesan dengan awal masalah murid dalam

Upload: christopher-larry-limin

Post on 16-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSISemasa menyiapkan tugasan in saya telah menerima pelbagai jenis pengalaman serta faedah yang berguna. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah Berjaya menyiapkan tugasan ini. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya untuk menjawab tiga soalan kerja kursus. Soalan pertama mengkehendaki saya untuk membincangkan serta menerangkan konsep, objektif, dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan Bahasa Malaysia di sekolah rendah. Soalan ini terdapat cabaranya kerana bahan rujukan berupa buku yang menepati tajuk pemulihan dan pengayaan amat susah untuk dijumpai dan digunakan. Namun, saya telah berinisiatif untuk menggunakan buku lain yang ada juga memuatkan sedikit maklumat berkenaan dengan tajuk. Saya juga turut menggunakan modul dan jurnal pendidikan sebagai bahan rujukan.Bagi soalan kedua pula, saya dikehendaki untuk menganalisis sebuah kajian kes. Dalam kajian kes ini termuat suatu permasalahan dalam pembelajaran yang melibatkan murid pemulihan dalam kelas biasa. Kajian kes ini berkenaan dengan cara seorang guru Bahasa Melayu mengesan masalah pembelajaran. Berdasarkan ini saya perlu menganalisis dengan terperinci berkenaan masalah kesukaran dalam pembelajaran dan kesesuaian kemahiran yang diajarkan. Selepas menganalisis kajian kes ini saya mendapati bahawa tugas seorang guru Bahasa Melayu memerlukan guru sentiasa peka dengan kelakuan dan perwatakan serta tingkah laku murid dalam kelas. Hal ini penting supaya guru dapat mengesan jika terdapat murid dalam kelas tersebut yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Saya juga mengetahui bahawa penting untuk guru mengesan dengan awal masalah murid dalam pembelajaran agar guru dapat merancang langkah penyelesaian masalah tersebut.Dalam soalan ketiga pula memerlukan saya untuk membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan memberi tumpuan khas kepada bahagian aktiviti pengajaran pemulihan. Berdasarkan aktiviti tersebut saya perlu membina satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai. Bagi soalan ini saya tidak berasa bimbang kerana sebelum ini saya pernah mempunyai pengalaman membina beberapa buah RPH bersama-sama dengan rakan lain. Namun saya agak bimbang dengan pembinaan BBM kerana saya perlu mengkaji dengan teliti berkenaan dengan jenis BBM yang sesuai dengan kemahiran bahasa yang ingin saya ketengahkan dalam RPH ini. Setelah menyiapkan ulasan berkenaan dengan pengelolaan aktiviti dalam perlaksanaan bahagian pengayaan dan pemulihan, saya medapati bahawa penting untuk seorang guru merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan yang berkesan dengan bermakna kepada murid pemulihan. Hal ini adalah kerana aktiviti pemulihan yang tidak bermakna akan menyebabkan murid pemulihan ini tidak akan terpulih daripada masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Bahkan mereka mungkin ketinggalan dalam pembelajaran serta tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam kemahiran bahasa.Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya juga telah belajar satu kemahiran baru yang sebelum ini saya kurang berikan perhatian iaitu kemahiran memetik pandangan tokoh atau petikan dalam buku yang digunakan sebagai rujukan. Sebelum ini saya tidak berapa mahir untuk membuat bibliografi yang betul-betul mengikut format APA. Oleh itu setelah diterangkan pensyarah mengenai format yang betul barulah saya tahu. Selain itu saya juga ada meminta bantuan rakan untuk mengajar saya untuk memetik pendapat dalam buku untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.Dalam menyiapkan kerja kursus ini saya selain daripada belajar tentang tajuk dalam tugasan ini, saya juga dapat belajar mengenai kemahiran dan pengetahuan lain. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dari segi mengetahui dengan mendalam tentang pendidikan pemulihan iaitu sama ada dari segi mengesan masalah pembelajaran, merancang aktiviti pemulihan, membina rancangan pengajaran harian dan juga cara mengatasi masalah dalam pemulihan. Semoga pengetahuan yang saya perolehi melalui proses menyiapkan kerja kursus ini dapat saya aplikasikan kelak semasa bertugas sebagai guru bahasa Melayu.