seni hbae3103.docx

22
Seni hbae3103 1.0 Pengenalan Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Seni kraf melayu menjadikan identiti masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Ini kerana kesenian melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni kraf dalam masyarakat melayu mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan sebagainya. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, seni kraf merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Menurut Khairuddin Bin Talib, melalui Sumber Akta 222- Akta Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, “Keluaran kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistic yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di amna-mana bahagian. “Dengan perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang

Upload: sulocana-sheila

Post on 05-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni hbae3103.docx

Seni hbae3103

1.0 Pengenalan

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak

turun temurun lagi. Seni kraf melayu menjadikan identiti masyarakat melayu lebih

terserlah dan dikenali ramai. Ini kerana kesenian melayu telah diakui dunia

sebagai unik dan menarik. Seni kraf dalam masyarakat melayu mengandungi

unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman,

tenunan, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai

komersialnya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, seni kraf

merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya

cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang

mempunyai pelbagai jenis dan bentuk.

Menurut Khairuddin Bin Talib, melalui Sumber Akta 222-Akta Kemajuan

Kraftangan Malaysia 1979, “Keluaran kraf tangan” bererti apa-apa keluaran

artistic yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah

hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian

kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau

bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di amna-

mana bahagian.

“Dengan perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan

menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan

alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung

oleh pengusaha-pengusaha kraf”.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, tradisional bermaksud mengikut

tradisi, masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. Ia

merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam

menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,

perhiasan diri dan lain-lain lagi.

Page 2: Seni hbae3103.docx

Dalam masyarakat melayu. seni kraf tradisional merupakan warisan bangsa,

pusaka peninggalan nenek moyang pada masa dahulu. Penciptaan barang-

barang kraf tradisional memerlukan kepandaian dan kecekapan dalam

penggunaan bahan-bahan asas sejak dari proses awal hingga sesuatu hasil kraf

tangan itu tercipta. Barang- barang ini kaya dengan unsur-unsur budaya melalui

bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan

mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Tukang pandai melayu telah

menghasilkan bahan-bahan kraf tradisional yang bukan sahaja berguna tetapi

juga dimasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik.

Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada

tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula

adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam

dan lain-lain.

2.0 Falsafah Islam Dan Konsep Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Agama Islam menekankan kesenian kerana keindahannya. Ia membawa

makna dan nilai yang halus dan suci yang sesuai digunakan untuk perhiasan dan

persepaduan dalam hidup bermasyarakat. Kesenian Islam merupakan pengaruh

kesenian dari zaman lampau yang dicorakkan berkonsepkan syara’ iaitu

berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga hadis Nabi. Kebanyakan

karya seni Islam agak mudah dan ringkas.

Menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid

dan pengabadian diri kepada Tuhan. Al-Faruqi menegaskan bahawa ‘Setiap

motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran

estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan

Mutlak’.

Kebanyakan karya-karya seni Islam bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan

tetapi dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafi diri kepada

Pencipta. Konsep keinsafan ini bertujuan merendahkan diri terhadap kebesaran

Allah, di mana Karya-karya seni yang dihasilkan adalah gambaran alam yang

Tidak semula jadi iaitu tidak menyerupai alam sebenar. Gambaran alam adalah

bersifat konsepsi sahaja.

Page 3: Seni hbae3103.docx

Kesenian Islam sinonim dengan proses penggayaan. Seniman Islam

berusaha untuk menghasilkan karya daripada alam semula jadi dengan gaya

tersendiri. Gambaran bunga-bungaan tidak menjadi rupa bunga di alam nyata

tetapi kita mengetahui bahawa karya tersebut adalah gambaran bunga. Ciri-ciri

asal kejadian dan sifat bunga itu telah ditiadakan dan yang terhasil adalah suatu

konsepsi keindahan. Seniman Islam akan berusaha untuk menghasilkan karya

seni dengan menunjukkan keindahan sebenar tetapi manusia tidak mampu untuk

menyatakan sesuatu tanpa pengisian ilmu dan ilmu sebenar hanyalah milik Allah

SWT.

Dalam Islam, menghasilkan peniruan yang bertentangan dengan ciptaan

Allah SWT adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan seniman Islam akan

berusaha untuk mengabstrakkan gambaran alam. Gambaran alam telah berubah

kepada corak-corak tumbuhan dalam gaya geometri. Istilah yang biasa

digunakan oleh sarjana Barat adalah corak ‘arabesque’ manakala seniman Islam

menggunakan istilah sendiri iaitu corak Islimi. Corak Islimi mempunyai makna

dan falsafah tersendiri yang berlandaskan Al-Quran. Model rujukan seni Islam

oleh para seniman adalah Al- Quran.

Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam,

kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan,

geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang

agama.Unsur- unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa,

gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf tradisional Islam.

Ini kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf dikhuatiri

mempunyai unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya.

3.0 Jenis-jenis Kraf Melayu Tradisional

Seperti yang disebutkan di atas, terdapat banyak jenis kraf. Saya akan

menjelaskan tentang empat jenis kraf tradisional melayu iaitu batik, tenunan

songket, anyaman dan ukiran kayu.

3.1 Batik

Page 4: Seni hbae3103.docx

Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik

merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin ke atas kain putih

yang diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat, canting yang

berisi lilin cair digunakan untuk melukis lakaran motif. Setelah itu, bahan

pewarna disapu pada reka corak. Seterusnya, beberapa proses seperti

merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk

mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan

sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk

menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih

sebelum dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik

agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli

sememangnya amat berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat

batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan.

Antaranya ialah batik blok, batik canting dan batik skrin. Batik canting

Batik blok

3.2 Tenunan Songket

Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional melayu yang popular.

Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang

diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah

melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati

sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah

melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu

telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di

negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada

zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket

melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang

ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai

oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Kini, songket ditenun dengan

menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa

dalam majlis-majlis tertentu. Contoh songket

Page 5: Seni hbae3103.docx

3.3 Anyaman

Anyaman merupakan kraf tradisional yang terkenal di kalangan

masyarakat melayu. Anyaman popular di kawasan kampung terutamanya

ketupat, tikar mengkuang dan pelbagai alat keperluan harian. Terdapat

beberapa jenis anyaman iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan

anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,

lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa

jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman untuk mencipta

sesuatu alat keperluan harian contohnya tikar, topi, tudung saji, dan bakul.

Dahulu, aktiviti anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi

masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Kini, anyaman

sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti

hiasan dinding, kipas, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, bekas

tembakau dan sebagainya. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi

terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi

rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut

citarasa pengguna.

3.4 Ukiran Kayu

Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu

menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin

Talib: 2011). Ukiran sering dilihat pada tangga rumah melayu, kisi-kisi

rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan,

perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai

jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Ukiran kayu

tradisional adalah satu hasil kreativiti masyarakat melayu yang

mengagumkan. Ukiran kayu dihasilkan bukan sahaja dihasilkan oleh

orang melayu, malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta

masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir

sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza.

Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran

timbul dan ukiran tebukan tembus. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu

Page 6: Seni hbae3103.docx

memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan

seni ukiran yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.

Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-

Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam

contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang

terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya

dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu,

senjata, dan hiasan. Ukiran kayu sebagai hiasan Ukiran pada hulu keris

4.0 Proses Penggarapan Motif Berasaskan kepada Subjek Alam

Motif yang digunakan pada seni kraf tradisional dipengaruhi oleh unsur-unsur

alam sekitar dan cara hidup bermasyarakat. Pengukir mendapat idea daripada

persekitaran, adat resam, agama, iklim, geografi, dan kepercayaan. Antara unsur

yang diigunakan ialah :

4.1 Unsur geometri

Unsur geometri merupakan corak yang berulang-ulang berdasarkan corak

geometri dan unsur lain yang disusun dalam bentuk geometri. Bentuk-

bentuk geometri yang biasa digunakan dalam kraf tradisional ialah segi

empat, segi tiga, bulatan dan poligon. Bentuk segi tiga menjadi asas

kepada motif pucuk rebung yang bertunjang kepada pencipta alam yang

satu iaitu Allah swt. Motif geometri biasanya digunakan pada alang pintu,

pemidang, tebar layar dan jeriji tingkap.

4.2 Unsur flora

Unsur flora merupakan unsur yang paling popular digunakan sebagi motif

kraf tradisional. Unsur terdiri daripada bunga-bungaan dan tumbuh-

tumbuhan. Unsur flora pada kraf tradisional selalunya bermotifkan daun

keladi, bunga melur, bunga cempaka dan sebagainya. Hasil kraf bermotif

ini biasanya dijadikan bingkai, dinding rumah, istana, dan pintu. Motif flora

ini menampakkan lagi keunikan dan kecantikan dinding.

Page 7: Seni hbae3103.docx

4.3 Unsur arabes

Unsur arabes merupakan motif dalam ukiran tradisional yang menerapkan

unsur geometri dan kaligrafi. Kebanyakan motif berunsur arabes biasanya

dibuat ukiran kayu dan diletakkan di dinding masjid. Ini kerana corak yang

berlubang-lubang pada ukiran menjadi ruang udara yang membenarkan

angin masuk.

5.0 Ciri seni islam dan pengaruh budaya dalam hasil kesenian melayu

5.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak

adalah kemahiran yang tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana

seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan

kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan

motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling. Jika di negeri

pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan

penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih

adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-

bungaan, subjek yang berkaitan pantai. Mereka menjadikan objek

sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika

yang tinggi. Masyarakat melayu selalunya melihat sesuatu objek yang

berada disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan

menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di dalam

batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak

yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga

raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi

sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik.

Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia

sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan

yang esa. Al Ghazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan

satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara

Page 8: Seni hbae3103.docx

jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan

keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”. Budaya melayu itu

sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan

kebaikan dalam menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang

dituntut oleh Islam. Para ulama Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah,

Al-Imam Al- Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal menyatakan bahawa

membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau

haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith Rasulullah, ia

dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu

dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan

kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam

Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis

objek ini dibenarkan walaupun makruh.

Dalam kraf tradisional yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan

Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti dalam batik motif bunga,

kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur

disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan

perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan

segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri juga menjadi pilihan yang

menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki

kain. Kadang-kadang, garis-garis lurus direka dan disusun menjadi motif

seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi.

Motif batik bercorak arabes iaitu gabungan antara motif flora dan

geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi

dengan corak paku-pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar

di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan motif ini

menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih

untuk menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah.

Contoh motif seperti bungaan dan dedaunan, akar serta corak paku-pakis.

Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan

jingga serta berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang.

Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada

manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan

setiap makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan

Page 9: Seni hbae3103.docx

rumah kediaman atau baik untuk penglihatan manusia dan memberi

ketenangan pada jiwa manusia. Kesenian seperti inilah yang dituntut

dalam Islam.

5.2 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora

seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung,

Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti

Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu- kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga

menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi

motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota.

Penenun-penenun biasanya sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian

yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif

songket adalah daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada

kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik

dan tepung talam (Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online).

Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui

idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil

kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Karya yang

dihasilkan menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Setiap hasil

tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang

mana penenun ingin menyampaikan perasaan mereka melalui motif yang

dihasilkan tentang rasa kesyukuran dan kekaguman dengan ciptaan Allah.

5.3 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman

Dalam kraf tradisional anyaman, idea motif dan corak juga

bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan

terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun

begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun

haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu

sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai

Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian

Page 10: Seni hbae3103.docx

nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah

dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri

daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga

Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan

alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan

pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri .

5.4 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Kayu

Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah

terdiri daripada motif flora, fauna, arabes, motif angkasa atau kosmos,

motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf

Arab. Antara motif ukiran kayu ditunjukkan di bawah:

Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek sekeliling seperti

bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri

daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan,

segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan

budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Di

kebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran

khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta

alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati

ayat-ayat Al Quran diukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran

motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah

contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana

idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi

makna kepada hasil ukiran tersebut.

6.0 Prinsip Motif Ukiran Kayu Tradisional

Daya kreativiti dan pemikiran melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun,

ranting dan bunga yang ada pada bahagian-bahagian rumah yang dihiasi

dengan ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang, dinding. Pengukir

melakukan proses pengolahan idea dalam memenuhi prinsip kesenian melayu .

Page 11: Seni hbae3103.docx

Terdapat enam prinsip motif ukiran kayu tradisional melayu yang menjadi tunjang

pada daya kreativiti dan pemikiran dalam menghasilkan seni kraf tradisional.

a) Halus

Prinsip halus diterapkan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu

menggambarkan daya kreativiti dan pemikiran melayu. Ia melibatkan konsep di

antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk

mencipta sebarang objek seni. Kemahiran dan kepakaran amat penting dalam

menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip halus ini didasari oleh dua

faktor iaitu cara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Tukang ukir melayu yang

menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras,

berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul.

Kejujuran semasa menghasilkan seni ukiran dilihat daripada bermulanya proses

pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan

tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua- dua faktor ini adalah penting

bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni ukiran yang dihasilkan. Ciri-ciri

kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan,

tembikar dan sebagainya. Sebagai contoh, kreativiti melayu dilihat dalam

menghasilkan seni rupa mata keris. Prinsip halus ini memperlihatkan pemikiran

melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alam semulajadi di dalam

hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam

alam sekitar dirakamkan sebagai hasil seni rupa melayu yang akhirnya

terhasillah motif ukiran kayu yang halus karyanya.

b) Berguna

Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga

mempunyai kegunaannya yang tertentu. Faedah yang diperolehi adalah untuk

kegunaan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa,

saji menutup sarapan, tembikar mengisi air atau sarapan, keris sebagai senjata

dan lambang, dan ukiran di tangga, di tingkap serta di dinding sebagai hiasan

permukaan dan sebagainya. Tembikar yang indah bentuknya digunakan pada

waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran di tingkap dan dinding rumah

juga mempunyai kegunaan yang tersendiri. Ukiran-ukiran yang terdapat di

Page 12: Seni hbae3103.docx

dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagai

pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan

mengurangkan haba di dalam rumah ketika cuaca panas. Prinsip berguna ini

telah memperkayakan lagi daya kreativiti dan pemikiran melayu dengan

kegunaan kraf tradisional itu.

c) Bersatu

Prinsip bersatu bererti keharmonian karya seni itu. Kebiasaannya, prinsip ini

dilihat daripada pennggunaan warna dan corak yang dihasilkan. Ia juga

mempunyai maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat melayu.

Perkaitan yang terhasil daripada motif ukiran kayu memeberi makna komposisi

yang kukuh. Di antara permulaan dan penamatnya, wujud pula perkaitan dan

intergrasi. Oleh itu, jelaslah prinsip bersatu dalam ukiran kayu tradisional

memaparkan daya kreativiti dan pemikiran melayu yang mementingkan nilai

permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian melayu.

d) Berlawan

Prinsip berlawan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan

manifestasi daya kreativiti dan pemikiran melayu. Prinsip ini merupakan

pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan, contohnya

permukaan yang kasar dan licin. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi

mendapatkan kesudahan yang baik dan sempurna. Walaupun prinsip ini

bertentangan dengan sifat orang melayu yang enggan bertegang atau berlawan

tetapi sebenarnya pemikiran melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni

rupa melayu ini menegaskan bahawa cara orang melayu mengawal perlawanan

yang disebabkan oleh ketegangan itu.

e) Berlambang

Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi

dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil

ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi

mempertahankan maruah orang melayu. Keris bermata dua mampu menjadi

Page 13: Seni hbae3103.docx

lawan dan kawan kerana ia merbahaya tetapi indah. Nilai estetika sesuatu karya

seni melayu harus melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat melayu

yang memiliki daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas.

Kebanyakan hasil ukiran tradisional melambangkan kebudayaan masyarakat itu

sendiri. Justeru, setiap hasil ukiran kayu melambangkan daya kreativiti yang

tinggi serta pemikiran melayu dalam menghasilkan seni rupa melayu.

f) Bermakna

Prinsip kesenian orang melayu yang terakhir ialah bermakna. Setiap hasil seni

tradisional melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan

kupasan amanat, mesej atau nasihat yang tersurat. Prinsip bermakna dalam

hasil seni tradisional melayu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias

yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-

bunga dan juga kaligrafinya. Biasanya ukiran dilihat pada abjad-abjad yang dicat,

diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera,

perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu

sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik.

Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk

menerangkan makna yang terkandung di dalamnya.

7.0 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Foto ukiran jenis tebuk tembus ini didapati di sebuah surau lama di Endau,

Mersing bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia

maklum bahawa seni khat adalah keistimewaan seni ukiran yang sering

menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan

segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara

Timur Tengah. Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan

yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari

pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan

kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul

Ghani Samsudin etal 2001).

Page 14: Seni hbae3103.docx

Ukiran di atas didapati di sebuah surau di Kampung Melayu, Johor bahru.

Ukiran kayu ini dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari

motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Corak disusun

dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih

menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini

dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri.

Kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran

Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai

fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan

Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan

merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah

matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002).

Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti

tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk

bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi

seperti unsur-unsur, penyembahan dan pemujaan. Ukiran yang dibuat perlulah

bermotif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau

dan dilarang dalam Islam. Seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam

seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang

mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd

Bani,2002). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai

ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui

penghayatan kepada agama Islam.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatlah dilihat kraf tradisional melayu mempunyai ciri-ciri

keislaman yang bersepadu di dalam masyarakat melayu dan agama Islam.

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni

yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan

tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Sifat sabar dan bertolak ansur

dalam penghasilan kraf tradisional merupakan tuntutan dalam agama Islam. Begitu

Page 15: Seni hbae3103.docx

juga dengan sifat bersyukur dan nilai menghargai alam sekeliling yang diterapkan.

Motif- motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang

tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba

kepada Penciptanya.