rbt (2).docx

41
4.0 PENGENALAN Sejak kebelakang ini, di dalam negara kita menunjukkan pertumbuhan yang pesat dalam bidang keusahawanan dan ramai daripada kita ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan atau projek yang diusahakan, salah satu perkara yang amat penting perlu dilakukan dan dipelajari adalah menyediakan rancangan perniagaan. Perancangan perlu dilakukan sebelum sesiapa sahaja ingin memulakan perniagaan sekecil-kecil perniagaan sehinggalah sebesar-besar perniagaan. Salah satu cabang perniagaan di dalam masyrakat kita adalah berkaitan atau tergolong dalam industri sejuk beku. Ramai yang terjebak dalam bidang industri sejuk beku kerana ianya sentiasa mendapat permintaan dari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira waktu. Oleh kerana bidang industri sejuk beku ini mampu menjana pendapatan dan meningkatkan tarap hidup masyarakat setempat, maka kerajaan melalui beberapa kementerian dan jabatannya telah berusaha membantu menyediakan khidmat nasihat dan kewangan dan peluang pemasaran agar tidak mensia-siakan usaha para usahawan sejuk beku yang baru dan telah lama berjinak-jinak dengan perniagaan berasaskan sejuk beku. Tindakan ini dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada kerajaan dan melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dengan wujudnya kerjasama dan usaha yang menyeluruh oleh kerajaan sebagai menghargai sokongan masyarakat kepada kerajaan yang dipilih. Untuk menyediakan perancangan perniagaan, beberapa aspek perlu diketahui dan diambil perhatian. 1

Upload: xiaoping-koh

Post on 04-Feb-2016

333 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: RBT (2).docx

4.0 PENGENALAN

Sejak kebelakang ini, di dalam negara kita menunjukkan pertumbuhan yang pesat

dalam bidang keusahawanan dan ramai daripada kita ingin menceburkan diri dalam

bidang ini. Bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan atau projek

yang diusahakan, salah satu perkara yang amat penting perlu dilakukan dan dipelajari

adalah menyediakan rancangan perniagaan. Perancangan perlu dilakukan sebelum

sesiapa sahaja ingin memulakan perniagaan sekecil-kecil perniagaan sehinggalah

sebesar-besar perniagaan.

Salah satu cabang perniagaan di dalam masyrakat kita adalah berkaitan atau

tergolong dalam industri sejuk beku. Ramai yang terjebak dalam bidang industri sejuk

beku kerana ianya sentiasa mendapat permintaan dari setiap lapisan masyarakat tanpa

mengira waktu. Oleh kerana bidang industri sejuk beku ini mampu menjana pendapatan

dan meningkatkan tarap hidup masyarakat setempat, maka kerajaan melalui beberapa

kementerian dan jabatannya telah berusaha membantu menyediakan khidmat nasihat

dan kewangan dan peluang pemasaran agar tidak mensia-siakan usaha para usahawan

sejuk beku yang baru dan telah lama berjinak-jinak dengan perniagaan berasaskan

sejuk beku. Tindakan ini dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada

kerajaan dan melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dengan wujudnya kerjasama

dan usaha yang menyeluruh oleh kerajaan sebagai menghargai sokongan masyarakat

kepada kerajaan yang dipilih. Untuk menyediakan perancangan perniagaan, beberapa

aspek perlu diketahui dan diambil perhatian.

Aspek ini perlu dikenal pasti, dirangka dan disediakan sebelum sesuatu

perniagaan dimulakan agar perjalanan perusahaan menjadi lancar dan memudahkan

urusan urus tadbir perniagaan.

1

Page 2: RBT (2).docx

5.0 Pengenalan Rancangan Perniagaan

Industri sejuk beku merupakan industri yang sentiasa mendapat permintaan dari

setiap lapisan masyarakat tanpa mengira waktu. Produk makanan yang sejuk-beku ini

semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan

makanan yang ringkas juga berkhasiat.

Bermula dengan minat yang mendalam terhadap makanan sejuk-beku (seperti

karipap, sandwic, popia dan samosa), saya telah membuat keputusan untuk mengorak

langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan Miss Frozen Food

Enterprise serta akan mendaftar syarikat ini secara rasmi pada Disember 2015.

Miss Frozen Food Enterprise merupakan kedai yang menjual makanan sejuk

beku dan produk-produk sejuk beku yang terletak di Taman Universiti. Keunikannya

kedai ini adalah kerana kami memastikan bekalan dan produk yang diperolehi adalah

halal dan segar.

Lokasi Miss Frozen Food Enterprise adalah stategik kerana terletak pada

tengah-tengah sekitar kawasan perumahan, pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan

kawasan perindustrian.

Miss Frozen Food Enterprise menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian

dengan sasaran pasaran kami dan harga mengikut pasaran yang di tetapkan oleh pihak

kerajaan. Faktor halal adalah aspek yang dititikberatkan oleh Miss Frozen Food

Enterprise untuk menyakinkan kepada orang ramai khususnya masyarakat islam untuk

membeli produk kami. Selain itu, kedai kami juga mementingkan kepuasan dan

keselesaan pelanggan sepanjang mereka berada di dalam Miss Frozen Food

Enterprise termasuklah perkhidmatan yang cepat dan cekap agar para pelanggan tidak

menunggu lama.

Sasaran pasaran Miss Frozen Food Enterprise adalah terdiri daripada semua

golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan tinggi termasuk masyarakat

muslim. Bagi menarik minat pelanggan dari golongan tersebut Miss Frozen Food

Enterprise akan sentiasa meningkatkan kualiti dari segi khidmat pelanggan dan akan

menggunakan pelbagai strategi dalam melaksanakan operasi kedai kami. Kami juga

memastikan aspek kebersihan sentiasa dijaga agar mewujudkan persekitaran yang

selesa kepada pembeli.

2

Page 3: RBT (2).docx

Miss Frozen Food Enterprise beharap agar dapat mencapai misi yang telah di

tetapkan dan melaksanakan objektif syarikat dengan sempurna serta mencapai

peningkatkan keuntungan dari tahun ke tahun.

3

Page 4: RBT (2).docx

5.1 SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN

Sebelum memulakan perniagaan, terdapat tiga peringkat yang perlu dilalui dalam proses

untuk menubuhkan perniagaan.

Peringkat 1: Carian Nama Syarikat;

Peringkat 2: Pendaftaran Perniagaan Baru dan

Peringkat 3: Sijil Pendaftaran Perniagaan. 

Berikut dinyatakan proses-proses yang perlu dilalui oleh usahawan bagi setiap

peringkat.

Peringkat 1: Carian Nama Syarikat

Dapatkan kelulusan nama yang dicadangkan daripada SSM terlebih dahlu. Isikan

borang PNA 42 jika menggunakan nama dagangan. Nama dagangan ialah Miss Frozen

Food Enterprise. Sesebuah perniagaan hendaklah didaftarkan tidak melebihi 30 hari dari

tarikh perniagaan tersebut dijalankan.

Peringkat 2: Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A)

Setelah nama perniagaan yang dicadangkan tersebut diluluskan oleh SSM,

permohonanan harus dibuat dengan mengisi Borang A yang telah ditetapkan, dan boleh

diperolehi dipejabat SSM. Borang A perlu dilengkapkan dengan maklumat-maklumat

berikut:

· nama perniagaan,bidang perniagaan,tarikh perniagaan dimulaka, alamat tempat

perniagaan, alamat cawangan (jika ada), maklumat pemilik/pekongsi, perjanjian

perkongsian (jika ada)

Setelah Borang A dilengkapkan sewajarnya, pemilik atau pekongsi perlulah menurunkan

tanda tangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Keperluan-keperluan pendaftaran

perniagaan baru yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

Warga negara Malaysia dan penduduk tetapMalaysia berumur 18 tahun ke atas

boleh mendaftarkan perniagaan mereka.

Perniagaan perlu didaftarkan dalam tempoh 30 hari selepas ianya dijalankan.

4

Page 5: RBT (2).docx

Bidang perniagaan yang dijalankan tidak boleh bertentangan dengan undang-

undang.

Lampirkan bersama sesalinan suratkelulusan kelulusan tertentu seperti permit,

lesen, surat kebenaran atau surat sokongan apabila mendaftarkan perniagaan

yang memerlukan kelulusan untuk bidang-bidang khusus.

Lampirkan Borang A yang telah diisi dengan sempurna dengan dokumen-

dokumen sokongan seperti berikut:

1. surat kelulusan nama perniagaan

2. sesalinan kad pengenalan

3. sesalinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)

4. salinan permit, lesen, surat kelulusan atau sokongan daripada agensi-

agensi lain (jika ada)

Peringkat 3: Sijil Pendaftaran Perniagaan. 

Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A) hendaklah dihantar sendiri oleh pemilik atau

pekongsi-pekongsi firma ke pejabat pendaftar SSM yang berhampiran ataupun boleh

dihantar melalui pos. Walaupun boleh dihantar melalui pos, adalah lebih baik dibuat

serahan dengan tangan kerana sebarang kesilapan dalam borang dapat diperbetulkan.

Seseorang yang menjalankan perniagaan tetapi tidak mendaftarkan perniagaan mereka

di bawah Akta ini, mereka didapati bersalah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi

RM50,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahunpun atau kedua-duanya

sekali. Lesen perniagaan (Borang D) akan dikeluarkan pada hari yang sama semasa

hari pendaftaran dan lesen tersebut hendaklah dipamerkan di premis perniagaan.

5

Page 6: RBT (2).docx

5.2 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Miss Frozen Food Enterprise

Alamat Perniagaan : 88, Jalan Berjaya 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Alamat Operasi : 88, Jalan Berjaya 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

No Daftar Perniagaan : 60002323K

Tarikh Daftar Perniagaan : 1 September 2015

Aktiviti Perniagaan : Produk makanan sejuk beku

Pemilikan : Pemilikan Tunggal

Modal Permulaan : RM 100 000

Bank Berurusan : Public Bank

Alamat Bank : Taman Universiti

No Akaun Bank : 4883316348

Tarikh Mulakan

Perniagaan

: 1 Jan 2016

5.3 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Pemilik : Koh Seow Peng

No Kad Pengenalan : 890623-01-5450

Alamat Perniagaan : 88, Jalan Berjaya 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Tarikh Lahir : 23 Jun 1989

Umur 26 tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : 8, Jalan Berjaya 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor.

No Telefon : 016 7809639

Kelulusan Akademik SPM

6

Page 7: RBT (2).docx

5.4 SKOP PERNIAGAAN

5.4.1 Aktiviti Perniagaan

a) Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan sejuk-beku sebagai jualan utama di premis perniagaan.

b) Menyediakan tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25 km meliputi kawasan perumahan, sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, cafe dan restoran.

5.4.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan:

a) Miss Frozen Food Enterprise ini menawarkan produk seperti berikut :

a. Pembuatan karipap.

b. Pembuatan samosa.

c. Pembuatan pizza.

d. Pembuatan popia.

b) Manakala perkhidmatan adalah seperti :

a. Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan tempahan

hari raya.

b. Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada

pelanggan.

c. Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis

produk Miss Frozen Food Enterprise (bagi jamuan mesyuarat, forum kecil,

perjumpaan minum petang dan sebagainya).

7

Page 8: RBT (2).docx

5.5 RANCANGAN PENGURUSAN

5.5.1 Struktur Organisasi

5.5.2 Fungsi Dan Tanggungjawab

Pemilik / Pengurus

a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangansyarikat

dari semua aspek.

b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.

c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telahditetapkan.

d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

Bahagian Pemasaran

a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di

lingkungankawasan sasaran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum

balaspengguna terhadap kualiti produk.

d) Mencari pasaran-pasaran dan produk yang berpotensi untuk diperkenalkan

kepada pelanggan.

8

Pemilik/ Pengurus Operasi/ Pemasaran/ Kewangan

Pekerja 1(Pembantu

Jualan)

Pekerja 2(Operator

pengeluaran)

Pekerja 3(Bahagian

Pembuatan)

Page 9: RBT (2).docx

e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat

menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

Bahagian Pembuatan

a) Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh penyelia.

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran ke

semua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang

terbaik.

d) Memastikan semua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan

baik dan selamat digunakan.

e) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

Bahagian Jualan

a) Memastikan susun atur barang-barang jualan di kedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

5.5.3 Gaji Dan Ganjaran

Jawatan Gaji (RM) Socso (RM) KWSP (RM) Jumlah (RM)

Pengurus 2000.00 60.00 260.00 2320.00

Pekerja 1

(Pembantu Jualan)

900.00 27.00 117.00 1044.00

Pekerja 2

(Operator

Pengeluaran)

900.00 27.00 117.00 1044.00

Pekerja 3

(Bahagian Pembuatan)

1000.00 30.00 130.00 1160.00

Jumlah sebulan 4800.00 144.00 624.00 5568.00

Jumlah setahun 57 600.00 1728.00 7488.00 66816.00

9

Page 10: RBT (2).docx

5.5.4 Belanja Dan Pengurusan

Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus Momoi Enterprise adalah seperti berikut :

Bil Jenis Perbelanjaan Tahun 1 (RM) Tahun 2 (RM) Tahun 3 (RM)

1 Gaji & elaun pengurus 27 840.00 29 232.00 30 694.00

2 Gaji pekerja 33 600.00 35 280.00 37 044.00

3 KWSP & SOCSO 9 216.00 9 676.00 10 159.00

4 Sewa lot perniagaan 24 000.00 24 000.00 24 000.00

5 Utiliti 26 200.00 26 200.00 26 200.00

6 Alat tulis & belanja pejabat 1 200.00 1 000.00 1 000.00

7 Perjalanan & pengangkutan 4 800.00 5 040.00 5 292.00

8 Senggaran kedai & mesin 2 200.00 2 200.00 2 200.00

9 Iklan & promosi 2 200.00 2 100.00 2 200.00

Jumlah setahun 131 256.00 134 728.00 138 789.00

Purata sebulan 10 938.00 11 227.33 11 565.75

5.6 RANCANGAN PEMASARAN

5.6.1 Produk Dan Harga Yang Ditawarkan:

Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan sejuk-beku. Senarai produk

disenaraikan seperti di bawah :

Jenis Produk Kuantiti (unit) Harga (RM)

SEJUK-BEKU

Karipap

Karipap Sardin

Karipap Sayur

10

10

4.00

4.00

10

Page 11: RBT (2).docx

Karipap Ayam

Karipap Kentang

10

10

4.00

4.00

Samosa

Samosa Sayur

Samosa Mini

Samosa Sambal Bilis

Samosa Sambal Udang

10

10

10

10

4.00

4.00

4.00

4.00

Pizza Dough

Pizza Sayuran

Pizza Seafood

Mini Pizza

1 / 100 g

1 / 80 g

1 / 60 g

3.50

4.00

1.80

Popia

Popia Ayam

Popia Sayuran

Popia Kentang

Popia Sardin

Popia Sambal

10

10

10

10

10

4.00

4.00

4.00

4.00

4.00

5.6.2 Kumpulan Sasaran

Pasaran sasaran kami lebih tertumpu kepada organisasi dan penduduk sekitar Taman

Universiti yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, ibu yang

bekerja, pelajar-pelajar IPTA seperti Universiti Teknologi Malaysia yang mementingkan

makanan yang cepat disediakan tetapi berkhasiat dan halal.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi. Jadi,

mereka sangat mementingkan dari aspek kebersihan dan faedah bagi sesuatu produk

sebelum menggunakannya. Aplikasi yang sama turut dilakukan kepada produk

makanan. Dewasa ini, mereka juga turut mengambil berat mengenai bahan-bahan yang

terdapat dalam kandungan makanan yang dibeli oleh mereka seperti kandungan gula

11

Page 12: RBT (2).docx

dan lemak serta bahan pengawet. Bagi orang Islam pula, makanan halal amat

dititikberatkan.

Selain itu, bagi golongan yang bekerja, terutamanya golongan ibu, mereka

mahukan sesuatu produk yang senang disediakan dan sihat untuk keluarga mereka. Hal

ini disebabkan oleh kesibukan masa dan keluasan dapur yang tidak mengizinkan untuk

menyediakan masakan yang rumit.

Di samping, gaya hidup juga mempengaruhi kehidupan penduduk di Taman

Universiti dalam pemilihan makanan. Biasanya pada akhir bulan, penduduk setempat

akan memilih makanan yang murah atau memasak sendiri. Hal ini kerana, gaji atau

pendapatan yang diperolehi sudah sedikit. Bagi menjimatkan kos, mereka akan memilih

produk kami.

5.6.3 Kawasan Pasaran

Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan

berkeluasan 25 kilometer persegi atau dalam radius 5 kilometer. Kawasan yang

dikenalpasti secara tempatan meliputi :

a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar Taman

Universiti.

b) Kawasan kantin di UTM.

c) Kawasan Kantin Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sekitarnya.

d) Kawasan pejabat kerajaan dan swasta (Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya.

e) Kawasan restoran dan di sekitarnya.

12

Page 13: RBT (2).docx

5.6.4 Trend Pasaran

Pada masa kini, kebanyakan pasangan yang berkahwin kedua-duanya akan bekerja.

Hal ini berikutan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi di samping bagi keperluan

keluarga dan anak-anak. Maka, tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan

makan kelurga mereka. Oleh itu, sesuatu produk yang cepat disediakan amat diperlukan

untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu, adalah menjadi satu trend kepada pembinaan rumah di sini

terutamanya di sekitar kawasan bandar apabila ruang dapurnya akan menjadi kecil. Hal

ini disebabkan oleh kepadatan penduduk di samping harga tanah yang sangat tinggi.

Dalam penyediaan makanan pula, ia hendaklah ringkas namun bersih dan berkualiti. Hal

ini kerana, peralatan-peralatan memasak yang rumit tidak dapat disediakan berikutan

ruang yang sempit.

5.6.5 Kekuatan Miss Frozen Enterprise

a) Resepi makanan tradisional

13

Miss Frozen Food Enterprise

Page 14: RBT (2).docx

Kekuatan Miss Frozen Enterprise adalah dari segi resepi saya yang unik dan sedap.

Resepi yang dihasilkan adalah resepi turun temurun dari nenek saya. Di dalam resepi

ini, kami hanya menginovasikan bahan-bahan mentah dalam bentuk serbuk tanpa

mengubah resepi asal. Ini menjadi tarikan kepada pelanggan kerana masa kini kerana

ramai di kalangan pelanggan sudah tidak tahu untuk membuat kuih muih tadisional.

Produk kami bukan sahaja memudahkan ibu yang bekerja untuk memasak dan

menyediakan juadah untuk keluarga setelah seharian penat bekerja, bahkan kami juga

memudahkan ibu mendapatkan makanan yang bukan sahaja panas bahkan berkualiti

dan baik untuk anak -anak mereka dan diri mereka sendiri.

b) Pembungkusan menarik dan tahan lama

Kekuatan Miss Frozen Enterprise yang lain adalah dari segi pembungkusan produk

yang unik dapat menarik minat pengguna untuk membeli produk. Pembungkusan bukan

sahaja menarik perhatian malah ia menyebabkan produk lebih tahan lama. Miss Frozen

Enterprise telah menggunakan pembungkus yang kedap udara untuk produk.

c) Mudah didapati menggunakan laman interaktif

Miss Frozen Enterprise juga menawarkan perkhidmatan pesanan atau tempahan yang

memudahkan pelanggan-pelanggan kami. Miss Frozen Enterprise ini mengambil

tempahan pelanggan kami dengan menggunakan talian telefon. Pelanggan kami boleh

menghubungi pihak kami untuk membuat tempahan mereka. Miss Frozen Enterprise

juga mengambil tempahan melalui internet iaitu menggunakan blog dan facebook.

Kemudahan-kemudahan seperti ini amat memudahkan pelanggan kami dalam membuat

tempahan di samping menjimatkan masa dan tenaga. Pelanggan juga boleh

mendapatkan produk kami di pasaraya -pasaraya yang terpilih dan boleh berkunjung ke

syarikat kami sendiri untuk membuat tempahan dan membeli secara borong.

Kemudahan-kemudahan seperti ini menjadi kekuatan bagi Miss Frozen Enterprise.

5.6.6 Kelemahan Miss Frozen Enterprise

a) Syarikat baru

Kelemahan yang dapat dilihat melalui Miss Frozen Enterprise ialah kami merupakan

enterprise yang baru beroperasi. Dalam hal ini, kami masih berada di dalam lingkungan

14

Page 15: RBT (2).docx

‘Fasa Learning Curve’. Masih banyak perkara yang perlu kami pelajari seperti

penggurusan pentadbiran, pengurusan kewangan, pemasaran dan lain-lain. Walau

bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, kami telah mengambil inisiatif dengan

menghadiri pelbagai seminar dan bengkel mengenai perniagaan dan perusahaan. Kami

turut meminta khidmat nasihat daripada pihak – pihak yang terlibat dalam perusahaan.

b) Tawaran hampir sama

Kelemahan syarikat kami adalah kami menawarkan tawaran yang hampir sama dengan

syarikat-syarikat makanan sejuk beku yang lain. Kelemahan yang lain ialah syarikat

kami tidak membuka cawangan-cawangan kami di kawasan luar bandar. Ini mungkin

menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati keenakkan

makanan sejuk beku yang kami tawarkan.

5.6.7 Peluang Kepada Miss Frozen Enterprise

a) Isu halal

Peluang yang dapat Miss Frozen Enterprise lihat adalah enterprise kami sememangnya

mengeluarkan makanan halal dan suci bersih. Hal ini kerana, sejak akhir -akhir ini isu ini

sering dititik beratkan oleh masyarat. Hal ini berikutan, terdapat syarikat-syarikat atau

pengusaha makanan yang tidak menjaga kualiti makanan mereka. Malah, terdapat

sesetengah pengusaha mencampurkan unsur-unsur yang meragukan di dalam produk

mereka.

b) Tapak perniagaan yang strategik

Peluang lain yang Miss Frozen Enterprise ini dapat lihat ialah terletak di kawasan

tengah-tengah bandar metropolitan. Kawasan tersebut sangat strategik kerana ramai

penduduk di sini. Kebanyakan penduduk menepati ciri-ciri pelanggan yang disasarkan

dan ia mampu memberi pulangan modal kepada kami.

c) Celik Teknologi

15

Page 16: RBT (2).docx

Di samping itu, mereka merupakan golongan terpelajar dan celik teknologi. Seperti yang

telah diterangkan pada kekuatan kami, kami telah menggunakan laman interaktif bagi

menyenangkan sebarang urusan dengan para pelanggan.

5.6.8 Pesaing

Di kawasan perumahan Taman Universiti ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha

kecil-kecilan yang turut mengesahkan produk yang sama dan difahamkan mereka juga

baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya

adalah merupakan pesaing kepada Miss Frozen Food dalam perniagaan ini. Di antara

pesaing tersebut ialah :

Nama Perniagaan

Produk ditawarkan Kekuatan Kelemahan

a) Perniagaan Frozen Food.

Roti, frozen food (karipap dan samosa), kek dan lain-lain.

Terletak berhadapan

dengan jalan utama.

Terletak sebaris

dengan kedai-kedai

makan.

Merupakan tempat

kunjungan pelajar

Nama perniagaan

yang tidak jelas.

Tidak promosi.

Baru beroperasi.

Kedai yang tidak

menarik.

16

Page 17: RBT (2).docx

Universiti.

b) City Frozen Food

Frozen food dan pastri

Hiasan kedai yang

menarik.

Menu yang lazat.

Baru beroperasi

Pilihan produk yang

terhad

Banyak alatan yang

tidak mencukupi

Tiada perkhidmatan

penghantaran

Tempat yang tidak

strategik.

5.6.9 Saiz Pasaran.

Jadual di bawah menunjukkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan

kumpulan sasaran,

Kumpulan Sasaran Bilangan Penduduk

Penduduk di kawasan Taman Universiti dan

sekitarannya.

25 000

Pelajar dari IPTA, Sekolah Menengah dan Sekolah

Rendah

10 000

Pekerja di pejabat kerajaan dan swasta 1 000

Jumlah 36 000

Dianggarkan daripada 10 orang pelanggan, seorang atau dengan kata lain 10%

daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.

Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah :

17

Page 18: RBT (2).docx

Saiz Pasaran = Angka berpotensi (%) x Bilangan Penduduk.

Maka saiz pasaran ialah :

Saiz pasaran = 10 % x 36 000= 3 600 u.

Sejumlah 10 % angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang

berjumlah 3600 u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM

280 400 sebulan.

Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah :

Kumpulan Sasaran Bilangan Penduduk

Saiz (10 %) Kuasa Beli Jumlah (RM)

Penduduk di kawasan Taman Universiti dan sekitarannya.

25 000 2 500 RM 10 x 10 kali

sebulan x 2 500

250 000

Pelajar dari IPTA, Sekolah

Menengah dan Sekolah Rendah

10 000 1 000 RM 3 x 8 kali

sebulan x 1000

24 000

Pekerja di pejabat kerajaan dan

swasta.

1 000 100 RM 8 x 8 kali

sebulan x 100

6 400

Jumlah 36 000 3 600 280 400

5.6.10 Syer pasaran

Berdasarkan kepada analisis pesaing, didapati peratusnya adalah rendah

untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira

seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing

oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada

rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 10%.

5.6.11 Ramalan Jualan

Bagi memperoleh angka ramalan jualan sebulan, kita merujuk kepada formula: 

Anggaran Jualan = Syer pasaran(%) X Kuasa beli 

18

Page 19: RBT (2).docx

Maka itu menjadikan;

10% X RM 280 400 = RM 28 040 sebagai anggaran jualan sebulan. 

Ramalan jualan bagi Miss Frozen Food pada satu tahun pertama adalah seperti berikut :

Bulan Ramalan Jualan (RM)Tahun Pertama

Ramalan Jualan (RM)Tahun Kedua (+10%)

Catatan

1 22 000 24 2002 29 000 31 900 Musim Perayaan3 30 000 33 000 Cuti Sekolah4 28 000 30 8005 29 000 31 9006 31 000 34 100 Cuti Sekolah7 33 000 36 300 Musim Perayaan8 28 000 30 8009 30 000 33 000 Cuti Sekolah

10 27 000 29 70011 28 000 30 80012 31 000 34 100 Cuti Sekolah

Jumalah 346 000 380 600

5.7 STRATEGI PEMASARAN

5.7.1 Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Miss Frozen Food bagi memperkenalkan

perniagaan kepada pasaran adalah

Kupon

Pemberian kupon akan diselitkan pada surat khabar di kawasan Taman Universiti

supaya dapat menarik pengguna serta mengalakkan percubaan produk kami yang baru.

Pemberian kupon ini akan memberikan peluang kepada untuk pelanggan lebih

mengenali produk kami. Maklumat yang terdapat pada kupon adalah seperti tarikh aktif

kupon , nilai potongan harga dan jenis barangan.

Cabutan Bertuah

Setiap pembelian yang melebihi RM100 akan diberikan nombor cabutan bertuah.

Cabutan akan dilakukan pada setiap hujung bulan. Dengan pembelian yang lebih

banyak akan memberi peluang untuk menang. Hadiah yang diberikan merupakan

baucer RM300 yang boleh ditukar dengan apa jua produk di syarikat kami.

19

Page 20: RBT (2).docx

Brosur

Brosur akan diedarkan kepada pelanggan yang berurus niaga di kedai kami. Selain itu

kami akan mengedarkan brosur kepada pelajar seperti pelajar Universiti Teknologi

Malaysia, sekolah-sekolah dan lain-lain lagi. Malah kami akan meletakkan brosur kami

di surat-surat khabar di sekitar kawasan. Kumpulan sasaran adalah wanita yang sudah

berkerja yang mempunyai anak, pelajar dan juga pengedar. Maklumat yang terdapat

pada brosur adalah jenis produk yang dijual, promosi yang sedang dilakukan, harga

produk, lokasi syarikat, motto syarikat, komen pelanggan dan perkhidmatan yang

disediakan.

Blog

Kami telah mengunakan blog sebagai medan untuk menarik lebih ramai pembeli yang

baharu. Dengan mengunakan kemudahan ICT yang lebih interaktif, kami telah memilih

blog dan E-direktori untuk mempromosikan syarikat kami. Di sini pembeli boleh membeli

secara “ online” ditempat yang telah disediakan. Laman blog adalah http:

missFrozenFood.blogspot.com/

Poster

Bagi pengiklanan produk kami, syarikat kami memilih untuk mempromosikan produk

kami melalui poster. Poster-poster tersebut ditampal di sekitar Taman Universiti, dan

pusat -pusat pasaraya.

Kad Perniagaan

Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

5.7.2 Harga

Penembusan

Harga produk kami lebih rendah berbanding dengan pengeluar yang lain. Walaupun

produk kami lebih murah, tetapi produk kami tetap berkualiti. Syarikat kami telah

mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pembekal kam iaitu berada di sekitar

Johor. Dengan ada pembekal, kualiti produk dapat dikekalkan dan harga dapat murah.

Pembekal akan menyediakan barang mentah dan segar kepada kami. Pembekal kami

20

Page 21: RBT (2).docx

juga bersedia untuk menerima tempahan yang berlebihan dan pada waktu yang kritikal

untuk menyiapkan produk kami.

Bundle

Kami juga memberikan tawaran bundle iaitu pelanggan kami dapat membeli pelbagai

jenis produk kami pada harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan kami membeli

produk frozen food karipap, samosa, dan pizza dengan harga yang sama tetapi kuantiti

yang telah ditetapkan oleh syarikat kami.

Kuantiti

Bagi pelanggan kami yang membeli produk kami secara borong, mereka akan

menerima potongan harga yang berpatutan.

5.7.3 Produk

Ketara

Syarikat kami mengunakan teknologi yang terkini dalam pembungkusan syarikat kami.

Dengan menggunakan pembungkusan yang lebih baik, pelanggan akan lebih yakin

dengan produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami. Malah pembungkusan kami

lebih cantik dan eksklusif berbanding produk lain. Ini mampu memberikan persepsi yang

baik kepada penguna untuk produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami. Dengan

menguna teknologi ini juga, produk kami akan lebih tahan lama berbanding dengan

produk-produk yang telah dikeluarkan oleh pengeluar yang lain.

Teras

Produk kami mementingkan makanan yang mudah dimasak, halal dan berkhasiat.

Selaras dengan kehendak pengguna kami, menggunakan peluang yang ada untuk

memasarkan produk kami ini.

Sampingan

Untuk menarik pelanggan dan menjaga hati pembeli setia produk kamu, kami

memberikan warranti kepada pembeli. Dengan mengunakan warranti ini , produk yang

sudah rosak boleh dipulangkan kembali kepada syarikat dan boleh meminta produk

21

Page 22: RBT (2).docx

yang baharu dan wang pelanggan dipulangkan. Di kedai, kami telah menyediakan satu

ruang khidmat pelanggan. Di sini pelanggan yang mempunyai masalah, boleh berjumpa

dengan pekerja khidmat pelanggan kami. Di syarikat ini kami menyediakan layanan

yang istemewa. Dengan ini kami mampu menarik lebih pelanggan yang baharu dan

pengguna setia akan terus membeli produk kami.

5.7.4 Tempat

Kami telah memilih kawasan Taman Universiti di Skudai untuk memulakan syarikat

kami. Kami memilih kawasan ini kerana syarikat kami mampu berhubung terus dengan

pengguna. Di kawasan ini, tertumpunya perniagaan dan bandar yang kian pesat

membangun. Malah syarikat kami berdekatan dengan universiti dan kolej. Di sini,

syarikat kami mempunyai kelebihan kerana dapat menarik lebih ramai pelajar kolej dan

universiti membeli produk yang kami sediakan.

22

Kawasan Pejabat

Page 23: RBT (2).docx

23

Kawasan

Penghasilan

Produk

Page 24: RBT (2).docx

24

Miss Frozen Food

Enterprise

Pelan Lokasi

Page 25: RBT (2).docx

6.0 SKOP AKAUN SYARIKAT

6.1 Pendapatan dan Perbelanjaan

Pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember.

RM RM

PENDAPATAN

Jualan

PERBELANJAAN

-Kad perniagaan

-Petrol

-Risalah

-Gaji dan elaun pengurus

-Gaji pekerja

-KWSP dan SOCSO

-Sewa Lot Perniagaan

-Utiliti

-Alat tulis dan belanja pejabat

-Pendaftaran perniagaan

-Lesen perniagaan

-Susut nilai – papan tanda perniagaan

- alatan pejabat

- perabot

- kelengkapan

-Belanja Luar Jangka

350.00

3 000.00

450.00

27 840.00

33 600.00

9 216.00

18 000.00

10 200.00

1 200.00

1 300.00

1 000.00

240.00

400.00

300.00

400.00

10 000.00

346 000.00

117 496.00

Untung bersih 228 504.00

25

Page 26: RBT (2).docx

6.2 Penyata Pendapatan

MISS FROZEN FOOD ENTERPRISE

Penyata Pendapatan

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember

RM

Jualan

Tolak: Kos barang dijual

Untung Kasar

Belanja operasi:

Belanja am dan pentadbiran

Belanja pemasaran

Belanja pelbagai

Belanja susutnilai

Jumlah belanja operasi

Pendapatan sebelum faedah dan cukai

Tolak: Belanja faedah

Pendapatan sebelum cukai

Tolak cukai (30%)

Untung bersih

346 000.00

150 000.00

196 000.00

18 000.00

15 000.00

20 000.00

1 340.00

54 340.00

141 660.00

1 660.00

140 000.00

42 000.00

98 000.00

26

Page 27: RBT (2).docx

6.3 Kunci Kira-kira.

Kunci kira-kira pada 31 Disember 2015

RM RM

Aset Tetap

Alatan Pejabat

Tolak : Peruntukan susut nilai Alatan Pejabat

Papan Tanda Perniagaan

Tolak : PSN

Oven

Tolak : PSN

Perabot

Tolak : PSN

Lengkapan

Tolak : PSN

Aset Semasa

Tunai di Tangan

Tunai di Bank

Modal Kerja

Ekuiti Pemilik

Modal

Untung Bersih

4000.00

400.00

2400.00

240.00

4000.00

240.00

4000.00

300.00

4000.00

400.00

10 000.00

90 000.00

100 000.00

100 000.00

66 820.00

3600.00

2160.00

3760.00

3700.00

3600.00

16 820.00

166 820.00

166 820.00

27

Page 28: RBT (2).docx

7.0 RAMALAN KEWANGAN

7.1 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun

Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi

bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-beku.

Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik 5% setahun

berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan

harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti dibawah :

Bahan Anggaran Sebulan

(RM)

Tahun 1 (RM)

Tahun 2 (+5%) (RM)

Tahun 3 (+10%) (RM)

Tepung gandum 900 10 800 11 340 11 880

Tepung high protien 1 350 16 200 17 010 17 820

Gula 450 5 400 5 670 5 940

Mentega / Majerin 1 500 18 000 18 900 19 800

Shortening 900 10 800 11 340 11 880

Yis 450 5 400 5 670 5 940

Telur 270 3 240 3 402 3 564

Ovelate 50 600 630 660

Baking powder 50 600 630 660

Daging 210 2 520 2 646 2 772

Ayam 166 1 992 2 091 2 191

Udang 240 2 880 3 024 3 168

Sardin 90 1 080 1 134 1 188

Sayur-sayuran 150 1 080 1 890 1 980

Lain-lain bahan 1 459 17 508 18 383 19 258

Jumlah 8 235 98 100 103 764 108 722

28

Page 29: RBT (2).docx

7.2 Anggaran Jualan Untuk Tiga Tahun

Bulan Ramalan Jualan (RM)

Tahun Pertama

Ramalan Jualan (RM)

Tahun Kedua (+10%)

Ramalan Jualan (RM)

Tahun Kedua (+12%)

1 22 000 24 200 27104

2 29 000 31 900 35728

3 30 000 33 000 36960

4 28 000 30 800 34496

5 29 000 31 900 35728

6 31 000 34 100 38192

7 33 000 36 300 40656

8 28 000 30 800 34496

9 30 000 33 000 36960

10 27 000 29 700 33264

11 28 000 30 800 34496

12 31 000 34 100 38192

Jumalah 346 000 380 600 426272

7.3 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar

Kos Nilai (RM)

Jualan

Kos bahan langsung

Kos buruh langsung

Kos pembungkusan

Kos tak langsung (overhead)

Jumlah kos

346 000

98 100

24 600

3 000

49 700

175 400

Margin kasar / keuntungan kasar 140 800

29

Page 30: RBT (2).docx

7.4 Anggaran Kos Pelaburan

Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, Miss Frozen Food telah

menganggarkan kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti berikut :

Bil Perkara Jumlah

(RM)

1 Belanja Permulaan

- Lesen PBT / ROB

- Deposit & sewa premis

Pembungkusan

Insuran kilang

Iklan & promosi

500.00

9 000.00

3 000.00

5 000.00

1 000.00

2 Aset Tetap

- Struktur kedai

- Pendawaian

- Oven

- Mixer

- Cash machine

- Working table

- Trollry

- Chiller / freezer

- Tray

- Induction stove

- Perabot

15 000.00

3 000.00

3 000.00

2 000.00

500.00

1 000.00

1 000.00

15 500.00

500.00

1 000.00

4 000.00

3 Modal Pusingan

- Bahan mentah

- Petty cash

8 000.00

2 000.00

Jumlah 80 000.00

30

Page 31: RBT (2).docx

8.0 E-dagang

E-dagang merupakan penggunaan Internet dan juga laman web untuk menjalankan

transaksi perniagaan dan tidak lagi terikat kepada masa dan tempat. Dengan kata lain,

e-dagang ialah menjalankan aktiviti pembelian produk-produk, perkhidmatan dan lain-

lain transaksi dengan menggunakan Internet sebagai medium transaksi. E-dagang

merupakan sebahagian daripada E-Bisnes (Laudon, 2002).

E-dagang telah diadaptasi daripada satu teknologi yang telah hampir dua dekad

lalu diperkenalkan iaitu Electronic Data Interchange (EDI). Jika berurus niaga

menggunakan teknologi EDI, peniaga perlu menggunakan perisian khas serta rangkaian

persendirian yang sulit (Laudon, 2002).

Keadaan ini tentunya akan mengehadkanpeniaga kecil dan sederhana untuk

menjalankan perniagaan memandangkan cara ini melibatkan kos yang tinggi. Walaupun

begitu, perkembangan Internet dan teknologi web pada masa kini telah mengubah

keadaan tersebut. Sekiranya seseorang peniaga ingin

menjalankan perniagaan e-dagang, maka beliau hanya perlu menyediakan satu laman

web yang mempunyai antara muka yang menarik dengan memberikan maklumat

tentang perniagaannya serta beberapa langkah keselamatan ketika menjalankan

operasi di rangkaian.

Seterusnya, pengguna boleh berurus niaga dengan peniaga menggunakan

Internet atau rangkaian awam yang lain. Urusniaga secara ini dapat mengurangkan kos,

dan selain itu kawasan perniagaan menjadi lebih luas.

Dengan ini, Miss Frozen Food Enterprise telah menggunakan blogger sebagai

medan untuk menarik lebih ramai pembeli yang baharu. Dengan menggunakan

kemudahan ICT yang lebih interaktif, kami telah memilih blog dan E-direktori untuk

mempromosikan syarikat kami. Di sini pembeli boleh membeli secara “ online” di tempat

yang telah disediakan. Semua promosi dan status baru kami akan dipaparkan dalam

blogger kami. Laman blog adalah http: missFrozenFood.blogspot.com/

31

Page 32: RBT (2).docx

Selain daripada itu, Miss Frozen Food Enterprise juga menggunakan website

iaitu 11 STREET untuk menjual produk kami. Pelanggan dapat terus membeli produk

kami dengan penghantaran percuma. Pelanggan juga dapat tulis komen bawah produk

kami dalam 11 STREET setelah menerima produk.

8.1 Kelebihan

Kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah

dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk

berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati

keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya memberi

maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur

yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam

laman web. Maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuat

pilihan dengan betul. Selain itu, urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah

dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana, pihak peniaga tidak

perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi

jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para peniaga juga boleh membuat

promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan

kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah,

malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja

dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan

pembelian barang. Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di

kedai malah boleh membuat tempahan melalui Internet sahaja.

Di samping itu, perniagaan Internet juga dapat meluaskan pasaran di serata

dunia. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka berjenama

32

Page 33: RBT (2).docx

murahbukan sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan juga

pasarannya ke luar negara. Penjualan barang di luar negara bukan sahaja

memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan besar di

samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata

wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat

terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-

rakan mereka. Pengguna luar negara juga dapat mengenali kualiti produk keluaran

Malaysia. Selain itu, perniagaan Internet juga memberikan impak kepada ekonomi

negara, lebih-lebih lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan,

kebiasaannya setiap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk pelancongan

mereka iaitu dengan membuat promosi mereka melalui Internet supaya pasaran akan

lebih luas sehingga ke luar negara. Cara ini juga dapat menarik pelancong yang lebih

banyak untuk datang dan bercuti ke Malaysia. Pendapatan negara melalui pertukaran

mata wang asing bukan sahaja meningkat, malah persaingan antara negara maju yang

lain juga dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan bahasa negara Malaysia juga mampu

memberikan saingan yang hebat dalam sektor pelancongan melalui penggunaan alatan

yang canggih dan berteknologi tinggi.

8.2 Kekurangan

Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam perniagaan

Internet. Antarannya adalah, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, , terdapat

banyak lagi golongan masyarakat yang masih lagi kurang mahir dalam menggunakan

teknologi maklumat. Peniaga juga terpaksa bersabar dengan kerana pelanggan yang

sering tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat

pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Pengguna juga harus berwaspada dengan

peniaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa

membayar harga barangan tersebut terlebih dahulu sebleum menghantar barangan. Ini

kerana pengguna menghadapi kesukaran dalam mengenalpasti iklan yang benar dan

juga yang palsu. Penipuan dalam e-dagang semakin makin hari semakin makin

meningkat.

Dari segi kepuasan juga, turut mempengaruhi para pengguna menggunakan

perkhidmatan e-dagang ini. Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu

33

Page 34: RBT (2).docx

barangan yang dibeli. Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi

luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut. Ini adalah bagi

menggelakkan pembeli daripada ditipu oleh sesetengah pihak yang tidak

bertanggungjawab. Ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan perniagaan e-

dagang.

Sebagai kesimpulannya, perniagaan Internet mempunyai keburukan dan juga

kelemahan. Namun kemajuan dalam perniagaan e-dagang jelas menunjukkan bahasa

negara Malaysia juga kini mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

Walau bagaimanapun, setiap pengguna juga harus berhati-hati kerana terdapat

beberapa risiko yang bakal dihadapi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak berkuasa dan

kerajaan haruslah mengawal penggunaan Internet dalam bidang perniagaan, supaya

kemudahan ini tidak disalahgunakan oleh segelintir kelompok yang tidak

bertanggungjawab dan memrosakkan reputasi nama baik negara kita di kalangan

negara-negara lain bak kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelangga”.

34

Page 35: RBT (2).docx

9.0 Rujukan

Azahar Awang. (2014, Feb 13). Rancangan Perniagaan. Retrieved Ogos 1, 2015,

from https://www.scribd.com/doc/206966446/RANCANGAN-PERNIAGAAN

H.G. Cheah, W. Ng, A. Zainal, G.S. Tan. (1990). Pilihan Seni Perusahaan. Selangor:

Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd.

Jean Kerr.( 2011, October 11). Jenis-Jenis Dan Skop Edang. Retrieved Ogos 1, 2015,

from http://technowork2020.blogspot.my/2011/11/jenis-jenis-dan-skop-e-

dagang.html

Miaa Bournville. (2010, Sept 29). Penyata Pendapatan Dan Kunci Kira-Kira. Retrieved

Ogos 1, 2015, from http://kawanlah.com/home/space.php?

uid=68117&do=blog&id=58744

Muhammad Norazami. (2014, Feb 24). Rancangan Perniagaan. Retrieved Ogos 1,

2015, from http://www.slideshare.net/udangterbakar/rancangan-perniagaan-31576489

Notarani. (2009, Feb 15). Contoh Rancangan Perniagaan. Retrieved Ogos 1, 2015,

from https://www.scribd.com/doc/12403070/Contoh-Rancangan-Perniagaan

Radzi. (2015, May 7). Pemilikan Tunggal (Enterprise). Retrieved Ogos 1, 2015, from

http://ca2on9-biz.blogspot.my/2008/10/perkongsian-partnerships-syarikat.html

S.Sukumaran, A.K.Yong, Yaakob Amir. (1990). Kemahiran Hidup (Pilihan B)

Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan 1. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S.Sukumaran, A.K.Yong, Yaakob Amir. (1990). Kemahiran Hidup (Pilihan B)

Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan 2. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tengku Azmi. (2011, Oct 14). Format Kunci Kira-kira. Retrieved Ogos 1, 2015, from

http://www.tengkuazmi.smkkandis.net/index.php

35