refksi kendiri big guru cemerlangt

3
Refleksi Kendiri Program Bina Insan Guru (Bengkel Guru Cemerlang) 10 November 2014 dan 16 November 2014 Vistana Hotel, Pulau Pinang Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Dalam BIG kali ini kami ditugaskan menemubual seorang Guru Cemerlang dan mengadakan bengkel. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya berjumpa dan bertemu mata dengan seorang Guru Cemerlang dari SK Langkawi. Beliau adalah seorang guru yang amat komited terhadap tugasan yang telah diberikan kepadanya. 1

Upload: nur-laili-hj-ali

Post on 01-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Refleksi KendiriProgram Bina Insan Guru (Bengkel Guru Cemerlang)10 November 2014 dan 16 November 2014Vistana Hotel, Pulau PinangGuru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat.

Dalam BIG kali ini kami ditugaskan menemubual seorang Guru Cemerlang dan mengadakan bengkel. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya berjumpa dan bertemu mata dengan seorang Guru Cemerlang dari SK Langkawi. Beliau adalah seorang guru yang amat komited terhadap tugasan yang telah diberikan kepadanya. Guru cemerlang yang saya maksudkan yang tidak asing lagi iaitu Puan Siti Harliza Ramli. Jutaan terima kasih atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberikan sedikit taklimat mengenai kerjaya sebagai Guru Cemerlang yang amat menarik dan memberangsangkan. Ianya berkisar mengenai perjalanan beliau sebelum menjadi guru cemerlang, semasa bermulanya episod menjadi guru cemerlang dan seterusnya cabaran cabaran yang beliau hadapi sepanjang menggalas jawatan sebagai guru cemerlang di SK Langkawi. Segala pengalaman beliau yang diceritakan kepada saya dan rakan rakan amatlah bermakna kepada saya dan rakan rakan dalam memperbaiki serta meningkatkan kemahiran kami sebagai seorang guru. Tidak dapat diselindungkan semua guru bercita-cita mahu ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui penerangan dan bengkel ini saya dan rakan-rakan mendapat suntikan baharu bagi menaikkan potensi diri kami selepas ini. In sha Allah, matlamat yang kami impikan mungkin menjadi kenyataan jika ada usaha dan dorongan yang kuat dari semua aspek.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di IPG Kampus P.Pinang yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dan rakan rakan bagi melaksanakan program ini. Sepanjang berlangsungnya bengkel Guru cemerlang ini, kami telah dibimbing sepenuhnya oleh Dr. Mohan. Segala ilmu telah diperturunkan dalam menjayakan misi kami untuk mengadakan bengkel pada 16 November di Vistana Hotel. Sangat mengujakan itu sahaja ungkapan yang boleh diterjemahkan bagi mengukur tahap kejayaan dan keberkesanan kami semasa berbengkel di sini.2