pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA
PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER
NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009-II
Saya NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pen
sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara in
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dala AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan ol
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS)
DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SA
Tarikh: 17 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009____
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis in dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan ProjeMuda (PSM)
versiti
gajian
stitusi
m
eh
UD
Alamat Tetap : LOT 493, KAMPUNG PULAU TUKANG DOLLAH, PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN.PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA
PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER
_
i perlu
idikan k Sarjana
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : Dr. Muhammad Sukri bin Saud
Tarikh : ……24 APRIL 2009……………
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA
PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER
NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN
Tarikh : 17 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat:
Ma dan Pa
Wan Jah Binti Wan Abdullah
Mohd Ariffin Bin Yusuff
Terimalah Kejayaan Anakmu Ini.
Berkat Doamu, Didikan & Pengorbananmu Serta Hasil Keringatmu,
Membuahkan Hasil Yang Tidak Ternilai Dunia & Akhirat.
Buat Keluarga tercinta ;
(Saudara kandung)
Junaidi, Nor Farmida, Nurul Akma, Hafsham, Izwan, Hafiz dan
Shahmin Semoga Kejayaan Kakakmu Hari Ini
Menjadi Contoh & Dorongan Untuk Kalian Berjaya Sebagai Bekalan Di Kemudian Hari...
(Ipar-duai)
Mohd Noor Safawi dan Nur Shanina Terima kasih kerana sentiasa membantu
Azam tak putus hasil dorongan semua
Buat Anak-anak Saudaraku :
Nur Shamimi, Nur Shamini dan Husnina Munirah Semoga kalian Menjadi Insan Yang Berilmu, Berakhlak &
Ikuti Jejak Langkah Cik Na Ke Menara Gading.
Tidak Lupa Kepada Sahabat-Sahabatku :
Noor, Zu, Chah, Laa, Qilah, Tun, Asma, Ela dan Semma, K’kema Susah & Senang Diharungi Bersama…..
Kejayaan Kita Kejayaan Bersama….
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta
keluarga dan sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik
menyempurnakan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Muhammad Sukri
bin Saud selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan
dan nasihat yang dihulurkan kepada saya tanpa kenal erti jemu dalam
melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang yang profesional terhadap
tugasnya.
Tidak lupa untuk keluarga tercinta yang sepanjang masa mengambil
berat tentang pengajian saya di sini. Walaupun berjauhan tetapi dorongan yang
diberikan membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berusaha dengan
sebaik mungkin.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada remaja-remaja tulang
belakang negara kerana telah memberikan kerjasama dalam membantu
menyempurnakan Modul Pengajaran Kendiri bagi menjayakan projek ini.
Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar,
sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Semoga kita semua sentiasa diberkati olehNya.
Sekian, Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai status kesesuaian dua
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bertajuk Polylines dan Blocks dan
Attribute. MPK tersebut dibina dengan menggunakan Model Teras Cabang
(Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan adalah satu set Borang Soal
Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994).
Subjek kajian yang digunakan adalah tiga orang pensyarah. Seorang responden
terlibat di dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) yang dilakukan
oleh seorang pensyarah sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
dijalankan oleh dua orang pensyarah. Penilaian Formatif Kajian Percubaan
(PFKP) melibatkan tiga puluh orang pelajar. Data mentah yang diperolehi
dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan
minimum. Hasil kajian menunjukkan MPK yang dibina adalah sesuai
digunakan oleh pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to construct and evaluates the suitability status
of two Self-Instructional Modules (SIM) entitled Polylines and Blocks and
Attribute. This SIM is constructed by using Model Teras Cabang (Shaharom,
1994). The research instrument used is a set of Borang Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994). Subject of the
research consists of three lectures. One of them involved in One-to-One
Formative Evaluation (OOFE) and the other two lectures involved in Small
Group Formative Evaluation (SGFE). Field Trial Formative Evaluation
involved thirty of students. Raw data obtained was analyzed using descriptive
statistics in term of mean, maximum and minimum. Analysis of the result
gained indicated that the SIMs constructed suitable as a teaching and learning
material for students.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Rangka Kerja Konsep 11
1.7 Kepentingan Kajian 12
1.8 Skop Kajian 14
1.9 Definisi 14
1.10 Rumusan 17
viii
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 19
Pengajaran Kendiri Dalam Bidang Pendidikan
2.3 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 20
Pengajaran Kendiri Dalam Pendidikan Teknik dan
Vokasional
2.4 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 21
Pengajaran Kendiri Dalam Autocad
2.5 Pengajaran Bermodul 22
2.6 Tujuan Pengajaran Bermodul 23
2.7 Model Teras-Cabang Shaharom 24
2.7.1 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 29
Shaharom (1994)
2.8 Status MPK di Maalaysia 29
2.9 Model-model lain dalam Modul Pengajaran Kendiri 30
2.10 Penilaian MPK 41
2.10.1 Penilaian Formatif
2.10.2 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
2.10.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
2.10.4 Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP)
2.11 Kekangan Menggunakan MPK 44
ix
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka bentuk Kajian 35
3.3 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri 46
3.1.1 Modul Pengajaran Kendiri Polylines
3.1.2 Modul Pengajaran Kendiri Blocks dan
Attributes
3.4 Subjek Kajian 50
3.5 Tempat Kajian 51
3.6 Instrumen Kajian 51
3.7 Tatacara Kajian 54
3.8 Andaian 67
3.9 Kekangan Kajian 67
3.10 Rumusan 68
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 70
4.2 Kajian rintis 71
4.3 Analisis Data Responden Berdasarkan Pengalaman 72
Mengajar
4.4 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK Oleh 72
Pensyarah yang mengajar AutoCAD 2-D
4.4.1 Persoalan Kajian Satu 73
4.4.2 Persoalan Kajian Dua 74
4.5 Penilaian Formatif Kajian Percubaan Terhadap MPK 75
oleh Pelajar
4.5.1 Persoalan Kajian Tiga 75
4.6 Rumusan 91
x
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 92
5.2 Perbincangan dan Rumusan 92
5.3 Kesimpulan 93
5.4 Implikasi 94
5.5 Cadangan 95
5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 96
5.7 Penutup 98
RUJUKAN 99
LAMPIRAN 102
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Buku Rujukan AutoCAD 2D 4
1.2 Senarai Modul Pengajaran Kendiri (MPKdalam 5
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
2.1 Perbandingan Model-Model Modul Pengajaran 40
Kendiri (MPK)(Shaharom, 2000)
3.1 Bilangan Penilai MPK 50
3.2 Skala Likert Lima Mata 51
3.3 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk 52
pensyarah
3.4 Skala Likert Lima Mata 53
3.5 Nilai Penskoran Item 54
3.6 Nilai Penskoran Min 66
4.1 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 71
4.2 Dapatan bagi Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 73
oleh Pensyarah Autocad
4.3 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kelompok Kecil 74
oleh Pensyarah Autocad
xii
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 75
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan 76
4.6 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kajian Percubaan 77
Oleh Pelajar bagi MPK Polylines
4.7 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kajian Percubaan 84
Oleh Pelajar bagi MPK Polylines
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 11
2.1 Model Teras-Cabang 24
2.2 Carta Aliran Model Teras-Cabang Shaharom 28
2.3 Perbandingan Model-model Modul Pengajaran 39
Kendiri
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 55
3.2 Rangka Kerja Pembinaan MPK 58
3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis 60
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif Satu dengan Satu 62
Dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif Kajian Percubaan 64
xiv
SENARAI SINGKATAN
AutoCAD - Computer Aided Drafting (CAD)
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PB - Pengajaran Bermodul
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFKP - Penilaian Formatif Kajian Percubaan
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SPSS - Statistical Package for Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
2D - 2 Dimensi
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
A Pengesahan format MPK 107
B Borang pengesahan isi kandungan MPK 108
C Borang Soal Selidik (Pensyarah) 109
D Borang Soal Selidik (Pensyarah) 109
E Pengesahan Format MPK (Shaharom) 114
Pengesahan MPK (Pensyarah)
1
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pada masa kini, perkembangan teknologi di Malaysia yang amat pesat telah
menjadikan penggunaan komputer menjadi satu perkara yang penting dan amat meluas.
Setelah menyedari kepentingan penggunaan komputer ini di dalam semua bidang seperti
pengurusan dan memperoleh pelbagai maklumat termasuk dalam bidang pendidikan yang
menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, banyak
program yang berkaitan dengan komputer seperti Projek Pengenalan Komputer yang
diperkenalkan pada tahun 1986, Projek Literasi Komputer (1992), Projek Pengajaran
Berbantu Komputer (1994) dan Projek Jaringan Pendidikan pada tahun berikutnya iaitu
pada 1995 (Mat Jizat et al., 2006). Salah satu mata pelajaran yang menggunakan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah Lukisan Berbantu Komputer atau
Computer Aided Drafting (CAD). Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau
Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian komputer yang digunakan
untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan mengikut arahan-arahan
yang diberi, manakala perkakasan komputer menjalankan perisian komputer.
Kebanyakan produk yang dihasilkan pada masa sekarang direka bentuk dan
dilukis menggunakan sistem AutoCAD. Sistem ini mampu menghasilkan sesuatu kerja
pada tahap kecekapan dan ketepatan yang tinggi di samping menjimatkan masa (Kharul
Anwar Hanafiah, 1999). Penggunaan sistem AutoCAD dapat menyumbang kepada
pembangunan pesat dalam pelbagai bidang kerja terutama sekali bidang-bidang yang
2
memerlukan kepakaran seperti kejuruteraan mekanikal, awam, seni bina dan reka bentuk
grafik. Oleh itu, AutoCAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan ini diharapkan dapat mencetuskan minat
pelajar dengan menggunakan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan MPK sebagai bahan untuk mengulangkaji pelajaran dapat meningkatkan
motivasi dan usaha untuk belajar. Oleh itu, MPK merupakan satu bahan yang
mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan pelajar. Tujuan mengindividukan
pengajaran ini kerana terdapatnya perbezaan antara individu dengan individu yang lain
dari segi pemikiran, minat, gaya belajar, motivasi dan sebagainya (Shaharom dan Yap,
1991).
Selain itu, penggunaan MPK ini dapat melatih pelajar untuk berdikari dan guru
dapat memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar lain yang lebih memerlukan
perhatian guru. Pelajar juga diberi kebebasan untuk mempelajari proses pembelajaran
mengikut kebolehan serta dengan cara tersendiri (Shaharom, 1990). Dengan ini, proses
pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat humanistik selaras dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani
dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990).
Di samping itu, MPK ini juga menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara
aktif dalam pembelajaran serta menekankan pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri
merupakan cara pembelajaran untuk memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam teknologi maklumat secara berdikari. Menurut Rogers (1994),
pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang, secara
semula jadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Oleh itu, melalui
Pembelajaran Kendiri ini guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator kepada pelajar.
Seterusnya, pembinaan MPK ini menggalakkan pelajar mengusai ilmu dengan
cepat berbanding dengan teknik kuliah (Shaharom Noordin, 1993). Pelajar mempunyai
masa yang amat terhad untuk bersama guru semasa kuliah. Keadaan ini akan memberi
3
batasan kepada pelajar untuk menguasai sesuatu tajuk. Dengan pembinaan modul ini,
dapat membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran secara individu dengan
mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam MPK.
Kesimpulannya, penggunaan MPK ini mampu membantu para guru serta pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan MPK dengan betul
dapat meningkatkan prestasi guru serta pelajar. Sekiranya bahan modul yang dibina
dengan teliti dan digunakan dengan cara yang betul dapat membantu pelajar-pelajar
menguasai aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran (Mohd Faudzi Abd
Hamid, 1989). Oleh itu, pendidik yang ingin membina MPK diharapkan dapat memilih
tajuk yang sebaik-baiknya dan berguna serta mempunyai faedah kepada pendidik dan
juga para pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kaedah MPK dapat memberikan kesan dalam pembelajaran. Modul ini juga
berpontensi dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Oleh itu, modul digunakan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran berbentuk modul adalah
satu konsep baru dalam teknologi pendidikan di Malaysia (Mohd Faudzi,1999).
Buku-buku rujukan AutoCAD atau Computer Aided Drafting (CAD)
kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks
dan Attribute dalam versi Melayu dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan serta
dapat memahami dengan mudah. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan buku-buku rujukan
telah dikenal pasti oleh penyelidik yang terdapat di Perpustakaan Sultanah Zanariah
(PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di dapati hanya dua jenis buku rujukan
Bahasa Melayu yang terdapat di perpustakaan ini. Hal ini akan menyukarkan pelajar
untuk membuat rujukan buku Bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik membina MPK bagi
menambahkan lagi rujukan dalam AutoCAD 2D dalam versi Melayu serta membantu
pelajar mendapat bahan bacaan dan rujukan dengan mudah.
4
Jadual 1.1 : Buku Rujukan AutoCAD 2D
Bil. Nama Buku Pengarang
1. AutoCAD 2004: 2D drawing and dimensioning Thomas P. Zurflied (2005) 2. An introduction to AutoCAD 2004: 2D and
3D design Alf Yarwood (2004)
3. An introduction to AutoCAD 2005: 2D and 3D design
Alf Yarwood (2005)
4. An introduction to AutoCAD 2004: 2D and 3D design
Alf Yarwood (2007)
5. AutoCAD Khairul Anuar Hanafiah(1996) 6. Easy AutoCAD : a tutorial approach Hood, John D.(1990) 7. Computer-aided design for AutoCAD users Ryan, Daniel L. (1989) 8. Using autoCAD Fuller, James E. (1991) 9. The best book of autoCAD Wright, Victor (1991) 10. Easy autoCAD Hood, John D. (1988) 11. AutoCAD LT : the complete guide Cohn, David S. (1995) 12. AutoCAD 2000 : the complete reference Cohn, David S.(2000) 13. AutoCAD LT 2000 one step at a time : advanced Sykes, Timothy Sean (2001) 14. Using autoCAD Fuller, James E. (1988) 15. Learning AutoCAD by example Lin, Grier C. (1989) 16. Introduction to autocad 2000 Yarwood, A. (Alfred), 1917-
(1999) 17. Discovering AutoCAD 2002 Dix, Mark (1948) 18. Mastering AutoCAD 2002 Omura, George (2001) 19. Autocad 2002 : step by step Iskandar Ab. Rashid (2002) 20. Autocad 2002 : langkah demi langkah Iskandar Ab. Rashid (2002) 21. AutoCAD 2002 : complete Burchard, Bill (200) 22. Using AutoCAD 2002 Albany. N.Y: Thomson
Learning (2002) 23. A tutorial guide to autocad 2002 Lockhart, Shawna D (2003) 24. Beginning AutoCAD 2005 McFarlane, Robert (2005) 25. Introduction to AutoCAD 2005 : 2D and 3D design Yarwood, A. (Alfred) (2005) 26. Introducing AutoCAD 2006 Krishnan, G. V. (2006) 27. Using AutoCAD 2006 : advanced Grabowski, Ralph (2006) 28. Using AutoCAD 2006 : basics Grabowski, Ralph (2006) 29. Using AutoCAD 2007 : basics Grabowski, Ralph (2007) 30. Introduction to AutoCAD 2008 : 2D and 3D design Yarwood, A. (Alfred), (2007) 31. Exercise workbook for advanced AutoCAD 2007 Shrock, Cheryl R. (2006) 32. Just enough AutoCAD 2007 Omura, George (2002) 33. AutoCAD 2008 essentials Hamad, Munir M (2008)
(Sumber: Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM)
5
Selain itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu
pelajar mempelajari sesuatu tajuk-tajuk tertentu yang masih belum dikuasai oleh pelajar.
Di dapati MPK yang mengkhususkan kepada sub topik tertentu dalam AutoCAD 2D
masih belum ada yang membinanya. Jadual 1.2 di bawah menunjukkan MPK dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah dikenalpasti oleh penyelidik yang terdapat
di Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UTM.
Jadual 1.2 : Senarai Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam Pendidikan Teknik
dan Vokasional (PTV) Bil. Tajuk MPK Nama Penulis Tahun
1 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 Bagi Tajuk Kayu Dan Keluli
Norita Binti Jamian 2000
2 Penghasilan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri Garisan Dan Sudut Serta Pembinaan Segi Tiga Untuk Pelajar Aliran Kejuruteraan
Rusli Bin Mat Piah 2000
3 Penghasilan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri Penghurufan Dan Garisan Panduan Dan Segi Empat Sama Untuk Pelajar Tingkatan Empat Aliran Kejuruteraan
Rosman Bin Din 2000
4 Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri (lukisan Hamparan) Sebagai Bahan Pengajaran-pembelajaran. Satu Tinjauan
Mohd Yusof Bin Seramaet
2000
5 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Mata Pelajaran Lukisan Bertajuk Alat-alat Lukisan Dan Poligon Sekata
Musthafa Bin Ismail 2000
6 Penilaian Dan Pembinaan Modul Enjin Kitaran Empat Lejang
Kamarul Zaman Bin Ahmad Bokhari & Zaleha Bt. Ismail, Dr.
2002
7
Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Bab Elektrik Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (kbsm Tingkatan Satu)
Sazila Bt Ghazali & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.
2002
8 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Daya Dan Momen Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera Pada Peringkat Tingkatan Empat
Noor Shahumi Binti A Shahar & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.
2002
9 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Pengajian Kejuruteraan Awam Bertajuk Struktur Pada Peringkat Tingkatan Empat
Rosdi Bin Haron & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.
2002
10 Modul Pembelajaran Kendiri Bertajuk Struktur Asas Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik
Azrina Binti Baharim & Esah Bt.sulaiman, Pn.
2000
6
11 Kesesuaian Modul Teras Perdagangan Dan Keusahawanan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua
Tumiah Binti Simin & Meor Ibrahim B. Kamaruddin, Tn. Hj.
2001
12 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Bertajuk Alat-alat Lukisan Dan Poligon Sekata Bagi Mata Pelajaran Tingkatan Empat.
Mustafa Bin Ismail & Esah Bt.sulaiman, Pn
2000
13 Pembangunan Modul Perisian Bahan Bantu mengajar Lukisan Isometri Tingkatan Empat
Nurazreen Binti Mohd Tahir
2004
14 Membangunkan Perisian Modul Pembelajaran Berbantukan komputer ( Pbk ) Tajuk Kecil Sistem Enjin Dalam Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga
Abd. Aziz Bin Hj. Ahmad & Kamalularifin B. Subari, En
2006
15 Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian Adobe photoshop Cs.
Siti Solehah Binti Rosli & Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek
2007
16 Modul Pembelajaran Interaktif Bagi Pembelajaran grafik Digital Adobe Photoshop Cs berdasarkan Pendekatan Projek
Aidil Akbar Bin Ridzuan & Zaidatun Bt. Tasir, Pn.
2007
17 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran kendiri Reka Bentuk Dan Penghasilan Produk Bagi Mata pelajaran Reka Cipta Kbsm Tingkatan Empat
Muhammad Sukri B. Saud, En
2007
18 Pembentukan Dan Penilaian Kesesuaian Modul pengajaran Kendiri Bertajuk Autocad 2005 Pada peringkat Tingkatan 4
Aizatul Husna Binti Mohd Sabri & Muhammad Sukri B. Saud, En.
2007
19 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan
Suzella Binti Sung & Sarimah Bt. Ismail, Cik
2008
20 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 Bagi Tajuk Pandangan Tambahan
Tumirah Binti Sean & Muhammad Sukri B. Saud, En.
2008
(Sumber: Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UTM)
Pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute merupakan satu alternatif
baru dalam pendidikan. Kaedah modul yang menarik, mudah dan senang difahami dan
pembelajaran jenis ini menyeronokkan bagi murid kerana mereka dapat belajar mengikut
tahap kebolehan masing-masing (Mohd Faudzi, 1999). MPK Polylines dan Blocks dan
Attribute ini merupakan satu pendekatan yang dapat memberi kebebasan kepada pelajar
untuk meneruskan pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan gaya masing-masing
(Shaharom dan Yap, 1993).
7
Menurut cadangan Norliana Hashim (2004) supaya MPK dibina bagi
memperkayakan bilangan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu
dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara kita serta menyumbangkan kearah
memperkasakan kedudukannya sebagai bahasa ilmu khususnya dalam bidang Sains dan
Teknologi (S&T).
Di samping itu, Tarmizi (2003) mengkaji tahap penguasaan Bahasa Inggeris
pelajar-pelajar Tahun Empat kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera. Autocad
merupakan salah satu mata pelajaran yang diambil oleh pelajar-pelajar dalam kursus
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera (Buku Panduan Akademik, Fakulti Pendidikan,
UTM SESI 2007/08). Kajian ini mendapati seramai 64% pelajar mempunyai tahap
penguasaan yang sederhana dan 18.6% pula mempunyai tahap penguasaan lemah. Hanya
17.4% mempunyai tahap penguasaan yang baik. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi
pelajar-pelajar yang lemah didapati tidak berkemampuan untuk mengulangkaji, mendapat
markah yang rendah di dalam ujian dan peperiksaan, tidak mampu untuk membuat
rumusan dalam Bahasa Inggeris dengan baik, tidak boleh menterjemah dan secara
keseluruhan tidak fasih berbahasa Inggeris. Kelemahan mereka teramat sangat adalah
ketidakmampuan berinteraksi dan tidak mampu memahmi bahan bacaan yang dibaca
seperti akhbar. Oleh itu, MPK dalam versi Melayu ini mampu membantu pelajar yang
lemah dalam Bahasa Inggeris menguasai sesuatu tajuk dalam AutoCAD 2D.
Setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan
sosial di antara satu sama lain. Oleh itu, kadar keupayaan mereka adalah berbeza.
Sesetengah kelas mengandungi bilangan pelajar yang ramai serta mempunyai tahap
kebolehan yang berbeza. Dalam situasi ini, guru tidak dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya kepada setiap pelajar. Tambahan pula, sukatan pelajaran yang agak berat,
guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah semestinya
tidak dapat menerima sepenuhnya apa yang di ajar oleh guru. Kesannya, pelajar-pelajar
ini akan ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran
asas yang ditentukan (Mok Soon Sang, 2004).
8
Oleh itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu
pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. MPK merupakan satu bahan yang
mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan pelajar. Tujuan mengindividukan
pengajaran ini kerana terdapatnya perbezaan antara individu dengan individu yang lain
dari segi pemikiran, minat, gaya belajar, motivasi dan sebagainya (Shaharom dan Yap,
1991).
Kesimpulannya, pembinaan MPK ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan
semua masalah yang berkaitan AutoCAD 2D.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan oleh penyelidik bagi membina dan menilai kesesuaian MPK
AutoCAD 2D yang hanya menfokuskan kepada sub topik iaitu Polylines dan Blocks dan
Attribute yang menggunakan Model Teras-Cabang. MPK ini sesuai dalam pelaksanaan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar yang mengambil mata
pelajaran AutoCAD 2D. Kedua-dua MPK ini dinilai oleh pensyarah pakar dalam mata
pelajaran AutoCAD melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian
Formatif Kelompok Kecil (PFKK).
Dengan modul ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar dalam
menghasilkan Polylines dan Blocks dan Attribute dengan mengikut langkah demi langkah
yang ditunjukkan dalam modul ini. Modul ini amat berguna kepada pelajar yang
mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer
Aided Drafting (CAD) di UTM. Di samping itu, pensyarah juga boleh menggunakan
modul ini sebagai bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD).
9
Persoalannya, adakah PFSS, PFKK dan PFKP ke atas MPK Polylines dan Blocks
dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Lukisan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD)?
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus, modul ini ingin mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berasaskan Model Teras-Cabang
Shaharom.
1.4.2 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian
Formatif Satu dengan Satu (PFSS).
1.4.3 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian
Formatif Kelompok Kecil (PFKK).
1.4.4 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian
Formatif Kajian Percubaan (PFKP).
10
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut:
1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) ke atas MPK Polylines dan
Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer
atau Computer Aided Drafting (CAD)?
1.5.2 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) ke atas MPK Polylines dan
Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer
atau Computer Aided Drafting (CAD)?
1.5.3 Adakah Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) ke atas MPK Polylines dan
Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer
atau Computer Aided Drafting (CAD)?