pembinaan dan penilaian perisian multimedia … · implement, evalution) dan perisian swishmax...

24
PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongphuc

Post on 11-May-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK

PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT

ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA

BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA

BAGI TAJUK PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA

PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institut pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT

TERHAD TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

Disahkan oleh _____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 4, JLN SRI PERKASA 1/8, TAMAN TAMPOI UTAMA, PM DR RIO SUMARNI SHARIFFUDIN 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. NAMA PENYELIA Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK

PENGENALAN KEPADA FIZIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT

ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM DR RIO SUMARNI SHARIFFUDIN

Tarikh :

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : ROHAIDA BINTI ABDUL HAMID

Tarikh :

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

iii

Teristimewa buat ayahanda, bonda dan kakanda tercinta...

Terima kasih atas segalanya,

Kasih sayang dan perhatian yang kalian berikan

Memberikan ku kekuatan untuk terus berdiri

Satu ketika menganyam angan

yang kini menjadi kenyataan.

Buat yang disayangi dan menyayangi...

Terima kasih atas segalanya,

Kasih sayang yang tersulam

Akan membuat dunia indah di bawahnya

Dan manusia lebih menghargai sesama mereka.

Buat sahabat sejati....

Terima kasih atas segalanya,

Terima kasih kerana kalian sudi menemani

Di sepanjang perjuangan ini.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha

Penyayang kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat penyelia projek iaitu

PM Dr Rio Sumarni binti Shariffudin di atas segala bimbingan, nasihat serta

dorongan yang diberikan dalam usaha untuk menghasilkan projek ini. Tidak lupa

buat En. Mohd Ali bin Ibrahim yang banyak membantu terutamanya dari segi

pemilihan isi kandungan. Segala teguran dan ilmu yang dicurahkan akan dijadikan

panduan di masa hadapan.

Penghargaan ikhlas juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan

semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Moga segala usaha serta bantuan yang dihulurkan mendapat

balasan baik dari Maha Pencipta.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membina suatu perisian pendidikan bagi mata

pelajaran Fizik khusus untuk pelajar Tingkatan Empat. Perisian ini boleh digunakan

sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara online dalam

bahasa Inggeris bagi tajuk Pengenalan Kepada Fizik. Keseluruhan isi kandungan

perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran Fizik (KPM,2006).

Pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE (analysis, design, develop,

implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam

pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik,

teks, dan animasi dalam satu laman web yang interaktif, menarik dan berkesan.

Antara muka yang mesra pengguna membolehkan pengguna menggunakan perisian

ini dengan mudah. Di samping itu, pengguna dapat membina ilmu pengetahuan

sendiri melalui aktiviti pembelajaran berdasarkan pendekatan Model Konstruktif

Needham 5-Fasa. Aktiviti pembelajaran merangkumi nota, aktiviti saintifik, latih tubi

dan tutorial. Perisian ini telah diuji ke atas 10 orang pelajar sekolah menengah.

Penilaian formatif juga dijalankan oleh pengkaji sendiri di samping 10 orang

pensyarah dan guru fizik yang berpengalaman. Perisian diubahsuai berdasarkan

pendapat dan cadangan konstruktif yang diberi oleh penilai tersebut. Maklumat dari

penilaian formatif oleh guru menunjukkan perisian prototaip ini adalah memuaskan

dari segi isi kandungan, pedagogi dan teknikal.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

vi

ABSTRACT

The aim of this project was to produce an educational website for Physics

subject especially for form four students. This website may be used as an online

teaching and learning tool in physics for the topic Introduction To Physics. The

contents of the website are designed according to the Syllabus and Curricuum

Specifications (KPM, 2006). The website was developed based on the ADDIE model

(analysis, design, develop, implement and evaluation) and fully utilized SwishMax

Application as a tool to integrate several media such as graphics, text and animation

to produce an attractive and effective multimedia interactive website. User friendly

interface enables the user to use this courseware easily. The users can also construct

their knowledge through constructivist approach using Needham 5 Phase Model. The

learning activities include notes, scientific activities, practices and tutorial. This

website has been tested on 10 secondary school students. A formative evaluation was

carried out by the developer herself and ten lecturers and experienced Physics

teachers. The website was modified based on opinions and constructive suggestions

given by the evaluators in the formative evaluation phase. Consequently, information

from the formative evaluation shows that this courseware seemed satisfactory in

terms of the content, pedagogical and technical aspects.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

STATUS TESIS

JUDUL

PENGAKUAN PENYELIA i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 6

1.4 Rasional Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Skop Projek 9

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

viii

1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Pembinaan 9

1.7.2 Perisian Multimedia 10

1.7.3 Konstruktivisme 10

1.7.4 Model Konstruktif Needham Lima Fasa 11

1.8 Rumusan 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Teori Pembelajaran 13

2.1.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 14

2.1.1.1 Strategi Lima Fasa Needham 17

2.2.2 Teori Pembelajaran Kontekstual 19

2.2 Penggunaan Teori Pembelajaran Ke Atas 23

Reka Bentuk Perisian Multimedia

2.2.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 24

2.2.2 Teori Pembelajaran Kontekstual 26

2.3 Kajian Terhadap Pembelajaran Sains 27

2.3.1 Pembelajaran Sains Tanpa Penggunaan 28

PBK (Tradisional)

2.3.2 Pembelajaran Sains Dengan Penggunaan PBK 30

2.4 Rumusan 32

3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 33

3.1 Pembinaan Perisian 34

3.1.1 Fasa Analisis 35

3.1.2 Fasa Reka Bentuk Perisian 36

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

ix

3.1.3 Fasa Pembangunan Perisian 37

3.1.4 Fasa Perlaksanaan 37

3.1.5 Fasa Penilaian 37

3.1.5.1 Soal Selidik Penilaian Perisian 38

3.1.5.2 Pengelasan Min dan Pertimbangan 40

3.2 Perkakasan Yang Digunakan 40

3.3 Perisian Yang Digunakan 41

3.3.1 Perisian Bahasa Pengarangan 41

3.3.2 Perisian Grafik 43

3.3.3 Perisian Animasi 43

3.4 Reka Bentuk Perisian 43

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 44

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 45

3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka 46

3.5 Penyebaran Perisian 48

3.6 Rumusan 48

4 PEMBINAAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 49

4.1 Carta Alir Perisian 50

4.1.1 Carta Alir Isi Pelajaran 51

4.1.2 Carta Alir Aktiviti 52

4.1.3 Carta Alir Latihan Pengukuhan 53

4.2 Papan Cerita 54

4.2.1 Pengenalan 55

4.2.2 Menu Utama 56

4.2.3 Isi Pelajaran 58

4.2.3.1 Do You Know 60

4.2.3.2 Your Ideas 62

4.2.3.3 Your Teacher’s Ideas 63

4.2.3.4 Where To Apply 64

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

x

4.2.3.5 What Are Your Thought 65

4.2.4 Aktiviti 67

4.2.5 Panduan Pembelajaran 69

4.2.6 Latihan Pengukuhan 70

4.2.7 Glosari 72

4.2.8 Bantuan 74

4.3 Penilaian Perisian 74

4.3.1 Kriteria Penilaian Perisian 76

4.3.2 Kumpulan Penilai 76

4.3.3 Skala Dan Tahap Kesesuaian 77

4.3.4 Hasil Penilaian 78

4.3.4.1 Penilaian Kumpulan Pelajar 79

4.3.4.2 Penilaian Kumpulan Pakar 80

4.3.4.3 Penilaian Keseluruhan 80

4.4 Rumusan 81

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.0 Pengenalan 82

5.1 Perbincangan 83

5.1.1 Faktor Kepakaran 84

5.1.2 Faktor Teknikal 85

5.2 Rumusan 85

5.3 Cadangan 87

5.4 Cadangan Reka Bentuk Lanjutan 88

5.5 Penutup 89

RUJUKAN 90

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Soal Selidik Penilaian Perisian 38

3.2 Spesifikasi Peralatan Pembangunan

Perisian Dan Main Balik 41

4.1 Senarai Subtopik Beserta Objektif 59

4.2 Perubahan Skala 77

4.3 Penentuan Tahap Kesesuaian 77

4.4 Hasil Penilaian Kumpulan Pelajar 78

4.5 Hasil Penilaian Kumpulan Pakar 78

4.6 Hasil Penilaian Keseluruhan 79

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model 34

ADDIE

3.2 Paparan Tetingkap Alat Pengarangan 42

SwishMax Applications

3.3 Carta Alir Perisian Yang Dicadangkan 47

3.4 Struktur Heirarki 47

4.1 Carta Alir Perisian 50

4.2 Carta Alir Isi Pelajaran 52

4.3 Carta Alir Aktiviti 53

4.4 Carta Alir Latihan Pengukuhan 54

4.5 Paparan Pengenalan 55

4.6 Paparan Menu Utama 57

4.7 Paparan Isi Pelajaran 57

4.8 Paparan Isi Pelajaran: Do You Know 61

4.9 Paparan Isi Pelajaran: Your Ideas 62

4.10 Paparan Isi Pelajaran: 63

Your Teacher’s Ideas

4.11 Paparan Isi Pelajaran: Where To Apply 64

4.12 Paparan Isi Pelajaran: What Are Your 65

Thought

4.13 Paparan Maklum Balas Betul 66

4.14 Paparan Maklum Balas Salah 66

4.15 Paparan Aktiviti 68

4.16 Paparan Aktiviti : Measurements Is Fun 68

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

xiii

4.17 Paparan Panduan Pembelajaran 69

4.18 Paparan Latihan Pengukuhan 71

4.19 Paparan Soalan 71

4.20 Paparan Maklum Balas 72

4.21 Paparan Glosari 73

4.22 Paparan Bantuan 73

4.23 Paparan About Us 75

4.24 Paparan Bantuan Pengguna 75

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara

untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk

mengoptimakan keberkesanan proses pembelajaran. Penggunaannya dalam

pembelajaran bukanlah merupakan satu situasi baru bagi komuniti pendidikan di

negara Malaysia. Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini bukan sahaja

membantu dari segi kepantasan komunikasi tetapi juga mengenai kecekapan dan

teknik pembelajaran yang mampu digunakan supaya pengajaran seseorang guru itu

menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna.

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke

arah mewujudkan masyarakat berteknologi. Perkembangan teknologi mutimedia

yang menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif menjanjikan potensi besar

dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat dan juga cara

menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

2

Malah, penggunaan multimedia dalam pendidikan juga mampu menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa aktif, di samping memperbaiki minat

seseorang untuk belajar (Shankar dan Raman dalam Lilia Halim, 2002). Elemen-

elemen dalam multimedia yang membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih

efektif mampu menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta

merangsang penggunaan pelbagai deria manusia.

Namun begitu, aplikasi teknologi multimedia perlu disepadukan dengan teori-

teori pembelajaran bagi membekalkan beberapa aktiviti pembelajaran yang sesuai

dalam usaha merealisasikan potensi pelajar secara menyeluruh. Gagne (1985)

mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian ialah untuk mewujudkan satu

perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses

pembelajaran. Pembinaan konsep pembelajaran yang mantap serta seiring dengan

matlamat negara akan menjadi landasan kepada reka bentuk sesuatu perisian PBK

yang lebih efektif dan mampu menjana pemikiran pelajar.

Oleh itu, pendekatan penggunaan teori pembelajaran memainkan peranan

penting dalam menentukan keberkesanan pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Bednar, et. al dalam Jamalludin (2003) menyokong pernyataan ini dengan

menyatakan bahawa proses membangunkan bahan pembelajaran sama ada yang

berbentuk konvensional ataupun yang memanfaatkan teknologi moden seharusnya

berasaskan teori-teori pembelajaran. Bahan pembelajaran yang efektif hanya berjaya

dihasilkan apabila ianya dibina dengan mengambil kira asas teori pembelajaran

dalam reka bentuknya.

Secara umumnya, setiap bahan pengajaran perlu mempunyai perancangan,

persediaan dan strategi penyampaian yang menarik bersesuaian dengan pelajar.

Menurut Salihan Siais dalam Mohd. Yusuf Arshad (1994), keberkesanan

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya adalah bergantung

kepada guru, bahan pengajaran serta kemudahan yang disediakan. Elemen-elemen

ini amat penting bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta bukan

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

3

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa hadapan.

1.1. Latar Belakang Masalah

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh negara kita pada masa kini adalah

bilangan pelajar yang memilih bidang Sains semakin merosot. Ketika ini, hanya

20% sahaja pelajar yang memilih bidang sains dan teknologi, manakala selebihnya

memilih bidang sastera (Wan Salihin dan Mohd Yusof, 1996). Sains bukan sahaja

merupakan satu aspek penting dalam pengalaman harian seseorang tetapi juga

merupakan satu gerak balas kepada sifat ingin tahu manusia serta keinginan manusia

untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Namun begitu, masih ramai pelajar yang gagal untuk menguasai mata

pelajaran ini dengan baik serta tidak dapat memahami konsep atau idea seperti yang

dikehendaki dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran

Sains menurun. Perkara ini berlaku kerana pelajar sukar memahami suatu konsep

yang diajar sehingga menimbulkan pelbagai konsep alternatif (Shaharom Noordin,

1995). Memandangkan kebanyakan idea Sains adalah abstrak, maka proses

pengajaran konsep dan idea Sains yang abstrak ini seringkali bercanggah dengan

pemikiran logik pelajar.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan pelajar seolah-olah “takut”

untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Faktor utama yang menyebabkan

berlakunya keadaan ini ialah isi pelajaran yang seolah-olah jauh dari kenyataan

sehari-hari. Pada umumnya, pelajar akan berminat dengan mata pelajaran yang

mereka rasa mampu memenuhi citarasa berkaitan dengan kemahuan serta mudah

difahami (Hurlock, 1972). Ini menjelaskan bahawa pelajar akan kurang berminat

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

4

dengan mata pelajaran yang mereka rasa tiada kaitan dengan pengalaman mereka,

membosankan dan seterusnya menganggap mata pelajaran Sains sebagai satu praktis

akademik semata-mata untuk lulus peperiksaan sahaja.

Selain itu, penyampaian bahan pengajaran yang kurang menarik dan tidak

mampu mengaitkan konsep Sains dalam kehidupan harian menyebabkan pelajar

menganggap mata pelajaran ini amat sukar difahami. Bahan pembelajaran yang

terlalu berorientasikan peperiksaan, tidak kreatif serta lebih bercorak e-book tidak

mampu menarik minat serta perhatian pelajar untuk mempelajari Sains (Ng Soo

Boon dalam Poh Swee Hiang, 2002) serta mengaplikasikannya ke dalam kehidupan

seharian mereka.

Banyak kajian yang telah melaporkan masalah umum dalam pembelajaran

Sains di sekolah. Misalnya satu kajian oleh Singh, Marimuthu dan Mukhrjee (1990)

yang mendapati bahawa sebahagian besar pengajaran dan pembelajaran berlaku

secara chalk and talk dan satu kajian lain mengenai kesaratan proses interaksi guru-

murid di bilik darjah yang berlaku pada aras kognitif yang rendah (Wan Salihin dan

Mohd Yusof, 1996). Jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas juga

menyebabkan pelajar yang kurang aktif menjadi semakin pasif. Sehubungan dengan

itu, kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran

mempunyai kesan yang besar dari segi tahap kefahaman serta penguasaan pelajar

terhadap ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.

Sehingga kini, penggunaan komputer menjadi semakin ketara dan mendesak

(Zulkifli Mohamed, 1996). Penggunaan multimedia dalam persekitaran

pembelajaran mampu menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, menyelesaikan

masalah, lebih mahir dalam mencari dan menyusun maklumat serta bermotivasi

dalam pembelajaran. Apabila pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti

pembelajaran secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih

menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang

dilalui secara pasif (Fry dan Coe dalam Jamalludin, 2003).

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

5

Namun begitu, perisian kursus yang berkualiti tinggi serta menepati piawaian

pendidikan sukar dihasilkan. Apa yang sering berlaku adalah pembangunan sesebuah

perisian hanya bertumpu kepada nilai komersil iaitu kualiti hanya dinilai berdasarkan

kualiti media yang digunakan dan bukannya pada kualiti nilai pembelajaran serta

perubahan tingkah laku yang pelajar ingin capai (Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

Selain itu juga, pembelajaran melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu

kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Kaedah pembelajaran

berbantukan komputer yang lebih ‘cerdik’ diperlukan bagi mengatasi masalah

maklum balas di luar dugaan.

1.2. Pernyataan Masalah

Menurut Bloom dalam T. Subahan (1999), pembelajaran yang tidak

sempurna di peringkat awal akan menyebabkan pembelajaran yang tidak sempurna

di peringkat susulan. Maka, penguasaan konsep-konsep asas terutamanya dalam

mata pelajaran Fizik amat penting bagi menjamin kesinambungan pengetahuan

pelajar di peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu, pencapaian pelajar yang nyata amat lemah dalam mata

pelajaran Fizik khususnya mungkin menyebabkan hasrat negara untuk melahirkan

masyarakat berbudaya sains tidak akan tercapai. Sifat kurang minat terhadap mata

pelajaran Fizik serta mind setting pelajar yang menyatakan Fizik itu sukar perlu

diubah.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

6

Bahan pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan dan tidak

mampu menarik minat pelajar terhadap pembelajaran juga akan menyebabkan situasi

ini menjadi lebih kritikal. Perkara ini akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai

motivasi untuk mempelajari sains dengan lebih mendalam.

Selain itu, perisian multimedia yang lebih mementingkan nilai komersil

berbanding isi kandungan serta perubahan tingkah laku yang ingin dicapai perlu

diperbaiki agar pelajar dapat belajar dengan lebih aktif dan tidak terlalu bergantung

kepada guru serta buku teks.

1.3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. membina satu perisian multimedia merangkumi lima subtopik dalam

bab Pengenalan Kepada Fizik bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat.

ii. menilai perisian multimedia yang dihasilkan di kalangan guru dan

pelajar.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

7

1.4. Rasional Projek

Dalam mata pelajaran Fizik, Pengenalan Kepada Fizik adalah merupakan

salah satu topik yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh pelajar khususnya dalam

aliran sains fizikal. Namun begitu, kebanyakan perisian kursus yang terdapat di

pasaran kurang menjurus kepada topik ini dan lebih bercorak e-book.

Oleh itu, perisian ini dibina dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada

pelajar mengenai konsep-konsep dalam topik ini melalui pendedahan kepada

pembelajaran kendiri menggunakan Model Konstruktif Needham Lima Fasa (Poh

Swee Hiang, 2000).

Terdapat lima subtopik yang telah dipilih dalam tajuk Pengenalan Kepada

Fizik bagi tujuan pembinaan perisian ini iaitu Apakah Itu Fizik, Kuantiti Asas dan

Kuantiti Terbitan, Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor, Pengukuran serta Penyiasatan

Saintifik . Subtopik-subtopik ini dipilih berdasarkan kepada tajuk pembelajaran yang

terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan Empat KBSM yang

memerlukan pelajar untuk mensintesiskan pengetahuan yang diperolehi dengan

mencantum serta menyepadukan idea-idea yang diperolehi menjadi satu pengetahuan

yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan itu, perisian multimedia yang dibina dapat membantu pengguna

mengenalpasti, menguasai dan memahami sesuatu konsep pada bahagian yang sukar

dipelajari dan aspek yang pasif dalam pembelajaran menggunakan buku teks serta

berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai

pancaindera dan sesuai untuk penciptaan manusia yang pelbagai tahap kognitif dan

gaya pembelajarannya. Tambahan pula, penggunaan multimedia dalam pendidikan

adalah satu alternatif penyampaian bahan pengajaran yang menarik dan berkesan

kerana wujudnya gabungan beberapa elemen penting seperti animasi, bunyi, video,

grafik, dan teks yang ternyata mampu merangsang pemikiran dan minat pengguna.

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA … · implement, evalution) dan perisian SwishMax Application pula digunakan dalam pembinaan perisian yang nyata dapat menyepadukan pelbagai

8

Selain itu, penggunaan Model Konstruktif Needham Lima Fasa mampu

menyokong permintaan pembelajaran masa kini yang semakin kompleks serta

menyokong pemikiran atau aras kognitif yang lebih tinggi di kalangan pelajar

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Teori ini juga semakin banyak memberi kesan ke

atas proses mereka bentuk instruksi serta menentukan bagaimana sesuatu

persekitaran pembelajaran perlu disediakan (Tam dalam Jamalludin, 2003).

1.5. Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :

i. menambah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat bagi membantu pelajar

dalam memahami konsep-konsep abstrak khususnya bagi tajuk

Pengenalan Kepada Fizik dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan

Empat.

ii. menambah bilangan perisian multimedia yang berunsurkan

pendidikan dalam bahasa Inggeris bagi membantu guru-guru

menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah.

iii. sebagai bahan bantu mengajar kepada guru-guru Fizik khususnya

dalam pengajaran topik Pengenalan Kepada Fizik bagi mata pelajaran

Fizik Tingkatan Empat.