pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … · bertajuk cahaya, warna dan penglihatan (mpk 1 :...

25
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lycong

Post on 10-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL (820716-03-6150)

(HURUF BESAR)

Saya

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh : 13 OKTOBER 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: LOT 773, KAMPUNG PERUPOK, 16300 BACHOK, KELANTAN. Tarikh : 13 OKTOBER 2004

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : PM. Dr. Seth Bin Sulaiman

Tarikh : 13 Oktober 2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI (MPK) CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN BAGI

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

10 OKTOBER 2004

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………

Nama Penulis : NADIYA BINTI AWANG @ SEMAIL

Tarikh : 13 Oktober 2004

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

iii

DEDIKASI

Kepada Ayahanda, Awang @ Semail Bin Hamid dan Bonda, Hasnah Binti

Mohamed yang telah menjaga dan mendidik diriku agar menjadi seorang anak yang

berjaya...

Buat kekanda-kekandaku,

Zamzuri, Azhan, Fetia dan Hisyam

Dan

Buat Adinda-adindaku,

Muhammad Akhir, Siti Afiqah, Siti Aisya dan Mohd. Azat

dan yang teristimewa

Nurul Qamar Bin Hazni

Terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan…

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Walaupun

dalam menyiapkan projek ini penyelidik terpaksa menghadapi pelbagai cabaran,

namun berkat kesabaran yang ada, penyelidik berjaya menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr.

Seth bin Sulaiman di atas segala bimbingan, kerjasama, bantuan, dorongan serta

masa yang telah diluangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Penyelidik juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang telah

memberi kerjasama yang amat baik semasa penyelidikan MPK dijalankan. Ucapan

ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi semangat dan

sokongan dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang

membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan segala jasa baik yang

dicurahkan diucapkan terima kasih.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

v

ABSTRAK

Dalam proses pembelajaran, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang berkualiti mampu memberikan hasil yang luar biasa kepada sesiapa yang

menggunakannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran kendiri (MPK) yang

baik dapat dijadikan sebagai inovasi untuk bahan P&P yang berkualiti dan bermutu.

Pembinaan modul pembelajaran Kendiri (MPK) dan kajian ini telah dibuat adalah

untuk menilai status kesesuaian kedua-dua MPK Sains tingkatan empat yang

bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin

Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik)

dengan menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Penilaian MPK telah

dinilai secara penilaian formatif iaitu PFSS dan PFKK. Dalam PFSS, seramai empat

orang guru Sains telah terlibat dan lapan orang bakal guru (pelajar tahun 4 dan 5

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)) terlibat dalam PFKK. Penilaian

formatif yang dilakukan merentas dua pembolehubah bebas iaitu tempoh mengajar

dan jantina subjek. Satu set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) oleh Shaharom (1994) digunakan sebagai alat

kajian dan data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk

min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa

kedua-dua MPK yang dibina adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan P&P bagi

mata pelajaran Sains tingkatan empat. Penggunaan MPK banyak membawa implikasi

yang positif kepada pelajar, guru dan penggubal kurikulum dalam penggunaan

sebagai bahan P&P yang bermutu dan berkualiti.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

vi

ABSTARCT

In the learning process, the use of good quality teaching-learning materials

will produce extraordinary good learning extreme. This research and development

project on Self- Instructional Modules (SIMs) on the topic Light, Colour and

Eyesight was undertaken to determine their effectiveness when used by form four

student. Two modules were developed namely, SIMs 1 entitlled Image Formation By

Mirror and Lens and SIMs 2 entilled Image Formation By Our Eye and Optical

Instrument using Core-Branch Model (Shaharom, 1994). The evalution of modules

uses One-To-One and Small Group Formative Methods. In One-To-One formative

method, four Science teachers and eight pre-service Science teacher were involved.

The pre-service teachers are in their Fouth dan Final year at UTM Faculty of

Education. The formative evaluation was based on two independents variables. They

are teaching duration and gender. A set of questionaire evaluating the suitability of a

Self-Instruction-Modules (SIMs) developed by Shaharom (1994) was used as

instrument of this study. Data obtained was analysed using descriptive statistic in the

form of mean, mean deviation, maximum and minimum. Result indicated the SIMs

developed were suitable to be used as Teaching-Learning material for form four

Science student. The SIMs have brought about many positive impication to students,

teachers and curriculum developed as users of quality SIMs.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

viii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Rangka Kerja Konsep 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 9

1.6.2 Guru 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Istilah 11

1.8.1 Bahan Pengajaran 11

1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 11

1.8.3 Pembelajaran Bermodul 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Teori-Teori Berkaitan Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) 14

2.1.1 Penilaian Formatif 14

2.1.1.1 Fasa Pertama : PFSS 14

2.1.1.2 Fasa Kedua : PFKK 15

2.1.1.3 Fasa Ketiga : PFPP 15

2.2 Model-Model Pembinaan Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) 16

2.2.1 Model Burns 16

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

ix

2.2.2 Model Klingstedt 17

2.2.3 Model Eijil 18

2.2.4 Model Meyer 19

2.2.5 Model Teras-Cabang Shaharom 21

2.2.5.1 Rasional 22

2.2.5.2 Aktiviti Utama 22

2.2.5.3 Praujian 23

2.2.5.4 Objektif Pembelajaran 23

2.2.5.5 Isi Kandungan dan Aktiviti

Pembelajaran Teras 23

2.2.5.6 Ujian Diagnostik 23

2.2.5.7 Bahagian Pemulihan 24

2.2.5.8 Bahagian Pengayaan 24

2.2.5.9 Maklum Balas 24

2.2.5.10Rujukan 24

2.3 Perbandingan Di Antara Model-Model Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) 25

2.4 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang

(Shaharom, 1994) 26

2.5 Dapatan Kajian 30

2.5.1 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian

MPK Dalam Bidang pendidikan Sains

(MPK oleh Penuntut UTM) 31

2.5.2 Kajian Tentang Pembinaan dan Penilaian

MPK Dalam Bidang pendidikan Fizik

(MPK oleh Penuntut UTM) 32

2.6 Ringkasan 33

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

x

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk Kajian 35

3.2 Tajuk-Tajuk MPK 35

3.2.1 MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh

Cermin Satah dan Kanta 35

3.2.2 MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh

Mata dan Alatan Optik 36

3.3 Subjek Kajian 36

3.4 Alat Kajian 36

3.5 Kaedah Analisis Data 37

3.6 Tatacara Kajian 38

3.6.1 Kajian Tahap Satu : Pembinaan MPK 39

3.6.2 Kajian Tahap Kedua 41

3.6.3 Kajian Tahap Tiga : Analisis Data

Dan Maklumat 44

3.7 Andaian 45

3.8 Batasan Kajian 46

3.9 Ringkasan 46

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.0 Pengenalan 47

4.1 Hasil Kajian Rintis 49

4.2 Hasil Kajian Formatif 50

4.2.1 Persoalan Kajian 1 50

4.2.2 Persoalan Kajian 2 52

4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Mengajar 53

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

xi

4.3.1 Persoalan Kajian 3 53

4.3.2 Persoalan Kajian 4 55

4.4 Penilaian Formatif Merentas Jantina 57

4.4.1 Persoalan Kajian 5 57

4.4.2 Persoalan Kajian 6 59

4.5 Ringkasan 61

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 64

5.1 Perbincangan 65

5.2 Kesimpulan 68

5.3 Implikasi 69

5.4 Cadangan 71

5.3 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 73

RUJUKAN 75

LAMPIRAN A 79

LAMPIRAN B 83

LAMPIRAN C 84

LAMPIRAN D 89

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan Model-Model MPK 25

3.1 Skala Likert 31

4.1 Skala Pemeringkatan untuk soal selidik

Kesesuaian MPK 49

4.2 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh

guru mata pelajaran Sains 51

4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal

guru mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN) 52

4.4 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru

mata pelajaran Sains merentas tempoh mengajar 54

4.5 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal guru

mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN)

merentas tempoh mengajar 56

4.6 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru

mata pelajaran Sains merentas jantina 58

4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh bakal guru

mata pelajaran Sains (pelajar 4 SPN dan 5 SPN)

merentas jantina 60

5.1 Analisis PFSS dan PFKK dengan pemboleh ubah

bebas 67

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 8

2.1 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 22

2.2 Pelaksanaan proses pembelajaran MPK 28

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 38

3.2 Rangka Kerja Kajian Tahap Satu 39

3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 40

3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 42

3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif 43

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN BUTIRAN

JPK Jadual Pemeringkatan Kesesuaian

MPK Modul Pengajaran Kendiri

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PFSS Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFPP Penilaian Formatif Peringkat Percubaan dalam Keadaan

Sebenar (Field Trial)

SIMs Self Instructional Modules

SPN Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Pengesahan MPK 1 dan MPK 2 79

B Pengesahan Guru 83

C Soal Selidik Kesesuaian MPK 84

D Jadual Skala Pemeringkatan untuk Soal Selidik

Kesesuaian MPK (Guru) 89

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Di dalam dunia pendidikan, secara tradisionalnya proses pengajaran dan

pembelajaran adalah berkonsepkan kepada penyampaian dan penerimaan maklumat.

Ini bermakna guru menyampaikan isi pelajaran manakala para pelajar hanya

menerima isi pelajaran tersebut tanpa mengambil kira tahap pemahaman para pelajar

setelah proses pembelajaran. Tetapi pada tahun 1990, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) telah mengorak langkah baru bagi mempertingkatkan lagi mutu

dunia pendidikan apabila terhasilnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut

Robiah Bt Saidin (2001a), pernyataan matlamat dan objektif Wawasan 2020 juga

adalah contoh corak pembangunan yang diingini untuk masa hadapan bagi negara

Malaysia di alaf baru. Ini semua akan menggambarkan komitmen yang lebih mantap

dan berkualiti bagi menjayakan bidang pendidikan di Malaysia sebagai sebuah pusat

kecemerlangan ilmu. Selain itu, reformasi pendidikan melalui program KBSR dan

KBSM juga merupakan salah satu anjakan paradigma dalam usaha untuk

mempertingkatkan kualiti bidang pendidikan. Maka, selari dengan bagaimana

pentingnya peranan pendidikan, kerajaan Malaysia telah memperuntukan belanjawan

yang agak besar untuk membangunkan institusi pendidikan. “Contohnya pada tahun

1996, jumlah perbelanjaan pendidikan adalah hampir kepada 20% daripada jumlah

perbelanjaan negara (Kementerian Pendidikan 1996) (Robiah Bt Saidin, 2001b)”.

Tetapi, apa yang ingin difokuskan di sini ialah “memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu” seperti yang tersurat di dalam

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

2

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) adalah berkait rapat bagi proses pengajaran dan

pembelajaran secara bermodul (Shaharom, 2000). Ini bermakna dengan cara

pembelajaran yang berkesan akan melahirkan para pelajar yang cemerlang dan

gemilang.

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru adalah penting

dalam memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar. Ini adalah untuk melaksanakan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Negara (FPN), guru merupakan pejuang yang utama dalam memberi

pendidikan kepada anak bangsa.

Sebagai pendidik yang akan menentukan hala tuju para pelajar, guru

hendaklah lebih peka dengan perubahan dunia pendidikan yang sentiasa berubah

mengikut peredaran masa dan pelbagai ledakan ilmu. Oleh itu, kaedah dan teknik

pengajaran secara tradisional “chalk and talk” hendaklah diberi sentuhan atau nafas

baru dengan mempelbagaikan lagi gaya pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan

menarik minat dan merangsang minda pelajar untuk terus belajar. Dengan demikan,

penggunaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran mampu memberi kelainan di dalam dunia pendidikan.

Pengunaan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran diperkuatkan

lagi dengan kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Ini adalah kerana

kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar adalah berbeza di antara satu sama lain

walaupun mereka menerima input yang sama. Kecerdasan mereka dipengaruhi oleh

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

3

latar belakang keluarga, keadaan sosial, kedudukan geografi, gaya pembelajaran,

tingkah laku, kesediaan dan sebagainya.

Dengan itu, penggunaan MPK sebagai bahan yang sistematik dan terancang

amat diperlukan supaya dapat memaksimumkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada hari ini, seharusnya para pelajar telah mempelajari dan menguasai

kemahiran-kemahiran belajar seperti membaca, menulis, mengira, menganalisis,

berfikir dan sebagainya. Penguasaan kemahiran ini dengan baik adalah sangat

penting kerana ia menjadi asas kepada penerimaan sesuatu proses pembelajaran.

Pelajar juga mesti mengikuti arus kemodenan dan perkembangan dunia pendidikan

yang berubah dari semasa ke semasa di mana menurut Robiah Bt Saidin (2001c),

pendidikan adalah kunci pembangunan sesebuah negara. Tambahan lagi, dunia

pendidikan pada hari ini adalah mencabar dan merupakan medan perjuangan para

pelajar untuk bersaing di antara mereka bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang

dan mendapat tempat di dalam alam pekerjaan nanti. Selain itu, para pelajar juga

harus mempunyai daya tahan yang kuat dari segi mental dan fizikal serta berfikiran

kreatif dan kritis untuk menghadapi cabaran didalam dunia pendidikan.

Tetapi, ada juga segelintir para pelajar yang tidak dapat menguasai

sepenuhnya kemahiran-kemahiran ini. Antara faktornya adalah pelajar tersebut

lambat menerima sesuatu di dalam proses pembelajaran dan bahan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang tidak bermutu. Dengan itu, para pelajar ini tentunya akan

jauh ketinggalan di belakang dalam pembelajaran mereka berbanding rakan-rakan

mereka yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu pendekatan yang masih

bersesuaian yang digunakan ialah menerusi pembelajaran bermodul. “Pembelajaran

bermodul Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran yang bertujuan untuk

membolehkan para pelajar belajar sendiri mengikut kebolehan dan keperluan

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

4

kendiri” (Shaharom, 1994). Ini selari dengan hasrat kerajaan iaitu untuk

membangunkan sistem pendidikan yang bermutu taraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

(Kementerian Pendidikan, 1995).

Dalam memastikan bahan P&P yang bermutu digunakan dalam proses

pembelajaran, ciri-ciri seperti gambar rajah yang jelas dan menarik, ada perbezaan isi

pelajaran yang penting seperti digaris fakta yang penting dan isi kandungan yang

memenuhi sukatan pelajaran patut diambil perhatian serius. Oleh itu, dengan

menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sebagai bahan P&P amatlah wajar.

Ini kerana MPK mementingkan isi kandungan adalah memenuhi sukatan pelajaran

yang telah digariskan oleh kementerian Pendidikan Malaysis (KPM), gambar rajah

yang berwarna dan objektif pembelajaran dinyatakan dengan jelas. MPK memastikan

gambar rajah yang berwarna , menarik dan mampu memberikan maklumat yang

tepat digunakan di dalamnya. Ini kerana penggunaan teks yang banyak akan

membuatkan pelajar cepat bosan untuk meneruskan pembelajaran. Dalam buku

rujukan Fokus Ungu Masteri SPM (2003) terbitan Pelangi Sdn. Bhd, gambar rajah di

dalam bab Cahaya, Warna dan Penglihatan sahaja yang berwarna. Selain itu, fakta

yang penting dalam isi kandungan MPK perlu dibezakan seperti tulisannya

dicondongkan. Perbezaan ini akan memudahkan para pelajar terutamanya pelajar

yang sederhana dan lemah mengetahui isi pelajaran yang perlu diberi penekanan

(penting).

Objektif pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam proses

P&P kerana ia akan memberi maklumat mengenai apa yang akan dipelajari dalam

sesuatu bab kepada para pelajar. Menurut Abu Hasssan Kassim (1999a), pelajar

boleh melaksanakan pengajaran kendiri dengan berkesan jika objektif yang sesuai

dinyatakan dimana pelajar mampu mengada dan melaksanakan aktiviti pengajaran

kendiri. Dengan itu dalam MPK, objektif pembelajaran telah dinyatakan sebelum

para pelajar mengikuti proses pembelajaran. Objektif pembelajaran dinyatakan

dengan tepat berdasarkan Sukatan Pelajaran KBSM (2003). Maka, pelajar dapat

mengetahui isi pelajaran yang patut dikuasai oleh mereka di dalam setiap bab.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

5

Dengan itu, adalah menjadi tugas guru dan ibu bapa dalam usaha untuk

memastikan bahan P&P yang digunakan oleh para pelajar adalah berkualiti. Jangan

hanya terpikat kepada keadaan fizikal atau luaran yang cantik sesuatu bahan P&P

sahaja. Bahan P&P yang cantik, tidak menjaminkan kualiti yang ‘cantik’ seperti

rupanya.

1.2 Pernyataan Masalah

Tahap pembelajaran seseorang pelajar adalah bergantung kepada beberapa

faktor. Antaranya ialah tahap kecerdasan, minat, keadaan persekitaran, gaya

pembelajaran dan sebagainya. Ini membuatkan ada segelintir pelajar yang

menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka khususnya bagi mata pelajaran

Sains. Dengan itu, salah satu usaha yang telah digunakan oleh para pendidik untuk

mengatasi masalah ini ialah dengan pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK).

1.3 Objektif Kajian

Bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan

objektif pengajaran serta selaras dengan kehendak dan matlamat atau Huraian

Sukatan Pelajaran Malaysia. Bahan pengajaran yang sesuai dapat membantu guru

serta membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

baik. Oleh itu, diantara objektif projek ini ialah :

1. Membina dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Sains

tingkatan empat yang bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan iaitu MPK 1:

Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan

Imej Oleh Mata dan Alatan Optik berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains

Tingkatan Empat Kementerian Pendidikan Malaysia (2003).

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

6

2. Menilai kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan yang dibina untuk

pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains.

3. Membandingkan kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan untuk

pelajar tingkatan empat oleh guru mata pelajaran Sains dan bakal guru

(pelajar tahun 4 dan tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)) merentas tempoh mengajar.

4. Membandingkan kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan Penglihatan untuk

pelajar tingkatan empat oleh guru mata pelajaran Sains dan bakal guru

(pelajar tahun 4 dan tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)) merentas jantina.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

adalah seperti berikut:

1. Adakah PFSS oleh guru mata pelajaran Sains terhadap MPK Cahaya, Warna

dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta

dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina

menunjukkan ianya sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan

Pembelajaran dalam mata pelajaran Sains tingkatan empat?

2. Adakah PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4 dan

tahun 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains )) terhadap MPK

Cahaya, Warna dan Penglihatan ( MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin

Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan

Optik ) yang dibina menunjukkan ianya sesuai digunakan sebagai bahan

Pengajaran dan Pembelajaran dalam mata pelajaran Sains tingkatan empat?

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · bertajuk Cahaya, Warna dan Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin Satah dan Kanta dan MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata

7

3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan

Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan

MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam

PFSS oleh guru mata pelajaran Sains merentas tempoh mengajar?

4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan

Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan

MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam

PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4 dan tahun 5

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains )) merentas tempoh

mengajar?

5. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan

Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan

MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam

PFSS oleh guru mata pelajaran Sains merentas jantina?

6. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Cahaya, Warna dan

Penglihatan (MPK 1 : Pembentukan Imej Oleh Cermin satah dan Kanta dan

MPK 2 : Pembentukan Imej Oleh Mata dan Alatan Optik) yang dibina dalam

PFKK oleh bakal guru mata pelajaran Sains (pelajar tahun 4dan tahun 5

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )) merentas jantina?