pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … fileminimum. the result of this study shows that sim...

23

Upload: lekhanh

Post on 30-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen
Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI IKATAN KIMIA (IKATAN IONIK DAN IKATAN KOVALEN)

PADA PERINGKAT TINGKATAN EMPAT

C.SUBATHNI A/P CHANDRANARAYANAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March 2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen
Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

DEDIKASI

Kepada yang Dikasihi,

Ayah, Ibu dan ahli keluarga yang berada di Pahang.

Terutamanya Ayah (Chandranarayanan) dan Ibu (Letchimy).

Rakan-rakan

Dan

PM. Aziz Bin Nordin

Setinggi-tinggi ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda

semua………………

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, PM.Aziz Bin Nordin, atas

bimbingan, dorongan dan galakkan serta bantuan yang beliau berikan sepanjang

penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPJNJ), atas kebenaran bertulis bagi menjalankan

penyelidikan di sekolah-sekolah.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Pengetua, Penolong

Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan Sains, guru-guru Kimia dan semua kakitangan

sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai subjek kajian,

atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Akhirnya, penulis ingin juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis

menyempurnakan projek penyelidikan ini.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

ABSTRAK

Pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk bahan Pembelajaran dan Pengajaran

(P&P) yang digunakan dalam proses P&P. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) semakin

popular penggunaanya di kalangan guru tetapi masih belum meluas kerana

keberkesanannya masih diragui. Justeru Projek Sarjana Muda (PSM) ini dihasilkan

bertujuan membina dan menilai kesesuaian MPK Ikatan Kimia iaitu Ikatan Ionik dan

Ikatan Kovalen pada peringkat Tingkatan Empat. MPK ini adalah bahan pengajaran

yang menitikberatkan pembelajaran secara individu dengan membolehkan pelajar

membuat latihan serta merangsang minda dan semangat pelajar untuk lebih berusaha.

MPK ini dibina menggunakan Model Teras Cabang Shaharom (1994) dan status

kesesuaiannya ditentukan menggunakan Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk

Guru (Ubahsuai Shaharom, 1994). Alat kajian dalam penyelidikan ini ialah Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom,1994). Seramai 12 orang guru

yang mengajar mata pelajaran Kimia terlibat dalam penyelidikan ini. Seramai empat

orang guru terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) manakala, lapan

orang guru lagi terlibat dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Penilaian

formatif yang dijalankan turut merentas pembolehubah bebas iaitu tempoh mengajar.

Dapatan kajian ini adalah MPK Ikatan Ionik berstatus amat sesuai dengan min 96.65

manakala MPK Ikatan Kovalen berstatus sesuai dengan min 95.4. Hasil kajian ini

menunjukan bahawa kedua dua MPK Ikatan Kimia ini sesuai digunakan sebagai bahan

P&P dalam mata pelajaran Kimia.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

ABSTRACT

There are wide range of Teaching and Learning (T&L) materials used in

today’s T&L process. Self-Instructional Module (SIM) is getting famous among

teachers but its efficiency is still doubted. Hence the aim of this study is to design and

evaluate the suitability status of two Self-Instructional Module (SIM)s for Form Four

students under KBSM Chemistry subject syllabus entitled Ikatan Kimia (MPK 1: Ikatan

Ionik and MPK 2: Ikatan Kovalen) by using “Teras-Cabang” Model by Shaharom,

1994. SIM is design to emphasize individual learning by allowing students to try out

practice designed to stimulate and encourage them to study independently. The

suitability of SIM is reffered to a table named “Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK

Untuk Guru” by Shaharom, 1994. Insrument of this study is a set of questionnaires

designed by Shaharom (1994) called as “Soal Selidik Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

(Guru). About 12 teachers experienced in teaching Chemistry subject involved. Four

teachers involved in formative evaluation - One To One Formative (PFSS) evaluation

and eight others involved in Small Group Formative (PFKK) evaluation. The formative

evaluation was based on independent variable –teaching duration. Data obtained was

analysed using descriptive statistic in the form of mean, deviation, maximum and

minimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable

with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen is suitable with mean 95.4. It proves

that both SIMs (Ikatan Ionik and Ikatan Kovalen ) are suitable in all cases of study.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JADUAL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Perbezaan Individu 3

1.2.2 Kekurangan pakar MPK 4

1.2.3 Kurang Galakan 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

1.6.1 Latihan Individu 7

1.6.2 Wujud Kerjasama 7

1.6.3 Membantu Pelajar Lemah 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Takrifan Istilah 8

1.8.1 Kesesuaian 8

1.8.2 Bahan Pembelajaran 9

1.8.3 Pelajar Lemah 9

1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 9

1.8.5 Guru Pakar 9

1.8.6 Penilaian Formatif 9

1.8.7 Sampel 9

1.9 Ringkasan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Teori-teori Pembinaan MPK 11

2.1.1 Model Klingsetdt 11

2.1.2 Model Burns 13

2.1.3 Model Eijil 13

2.1.4 Model Meyer 14

2.1.5 Model Teras-Cabang Shaharom 16

2.1.5.1 Rasional Penggunaan Model 21

Teras-Cabang Shaharom.

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

2.2 Penilaian MPK 22

2.2.1 Penilaian Formatif 22

2.2.2 Penilaian Formatif Satu dengan 22

Satu (PFSS)

2.2.3 Penilaian Formatif Kelompok 24

Kecil (PFKK)

2.2.4 Penilaian Formatif Kelompok Percubaan 25

2.3 Kajian-kajian Tentang Pembinaan Dan 26

Penilaian MPK

2.3.1 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 26

Kesesuaian MPK Dalam Mata Pelajaran Fizik

2.3.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 29

Kesesuaian MPK Dalam Mata Pelajaran Biologi

2.3.3 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 31

Kesesuaian MPK Dalam Bidang Matematik

2.3.4 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian 33

Modul Pengajaran Kendiri Di Luar Negara

2.4 Ringkasan 36

BAB III METODOLOGI 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 38

3.4 Subjek Kajian 38

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

3.5 Alat Kajian 39

3.6 Tatacara Kajian 40

3.6.1 Kajian Tahap Satu 42

3.6.2 Kajian Tahap Kedua 44

3.6.3 Kajian Tahap Ketiga 45

3.6.4 Kajian Tahap Keempat 47

3.7 Andaian 49

3.8 Batasan Kajian 50

3.9 Rumusan 51

BAB IV DAPATAN KAJIAN 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Hasil Kajian Rintis 54

4.3 Penilaian Formatif Terhadap 54

Kesesuaian MPK Oleh Guru

4.3.1 Persoalan Kajian 1 55

4.3.2 Persoalan Kajian 2 56

4.4 Penilaian Formatif Merentas Tempoh 57

Mengajar

4.4.1 Persoalan Kajian 3 58

4.4.2 Persoalan Kajian 4 59

4.5 Ringkasan 60

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 61

CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Ringkasan dan Perbincangan 61

5.3 Kesimpulan 66

5.4 Implikasi 67

5.5 Cadangan 68

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 69

5.7 Ringkasan 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 76

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1 Jadual Skala Pemeringkatan Status MPK 39

Jadual 2 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh 55

Guru Terhadap Kesesuaian MPK

Jadual 3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh 56

Guru Terhadap Kesesuaian MPK

Jadual 4 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh 58

Guru Merentas Tempoh Mengajar

Jadual 5 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh 59

Guru Merentas Tempoh Mengajar

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Konsep Penyediaan Bahan Untuk 19

Bahagian Pemulihan dan Pengayaan.

3.2 Rangka Kerja Keseluruhan 41 (Sumber: Shaharom,1994)

3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 43 (Sumber: Shaharom, 1994) 3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 46

Kajian

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

n - Bilangan Markat

Σ - Jumlah

x1 - Markat Subjek Pertama

x - Min

xi - Setiap Markat

1 - Tambah Atau Campur

= - Bersamaan

AS - Amat Sesuai

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK(Guru)

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

PFKP - Penilaian Formatif Kelompok Lapangan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PKEE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan

Elektronik

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Pengesahan Pakar Bidang

B Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri

C Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) (Guru)

D Skala Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK

Untuk Guru

E Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pendidikan

Malaysia

F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan

Negeri Johor

G Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan.

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan salah satu bahan pengajaran

dan pembelajaran yang semakin popular penggunaanya di kalangan guru-guru pada

masa kini. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti seperti praujian , latihan

pemulihan dan pengayaan yang terdapat dalam MPK berkesan dalam

mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari (Koh,

1986).

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah bahan pengajaran yang

menitikberatkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira perbezaan

latar belakang, minat, gaya belajar, motivasi dan aspek-aspek lain. Ia merupakan

pakej pembelajaran kendiri yang direka bentuk dengan terancang teratur dan

sistematik yang menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik. (Shaharom dan

Yap, 1993)

Kesesuaian sesuatu MPK dinilai dari segi kandungan samaada ia memenuhi

kurikulum sukatan pelajaran dan dari aspek perbezaan di kalangan pelajar,

keselarasan isi kandungan dengan kurikulum secara keseluruhan dan turut

menitikberatkan aspek-aspek nilai ( Zaharatul Laili, 1999).

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

2

Selain itu, MPK yang benar-benar bermutu adalah MPK yang dapat

membantu proses pembelajaran mengikut sesuatu topik. Bahan dalam modul

sepatutnya boleh berdiri sendiri (self-contained) dan membolehkan pelajar belajar

sendiri. Setiap pelajar boleh belajar mengikut keperluan dan kadar kebolehan secara

individu (Meyer, 1988).

Pada masa kini MPK dalam bentuk perisian berpotensi menarik perhatian dan

menjadi pilihan dalam pelaksanaan pelbagai program pendidikan di institusi

pengajian tinggi di negara kita termasuklah dalam program pendidikan jarak jauh

(Shaharom, 2000)

Di sampimg itu, bahan MPK juga didapati mempunyai kesan pembelajaran

yang terjamin kerana setiap bahan MPK yang dibina dengan teliti yang mana isi

pelajarannya adalah terancang dan disusun mengikut prinsip-prinsip pengajian

terancang dan objektif-objektif yang mesti dicapai oleh pelajar. Selain itu, objektif-

objektif pengajarannya akan dapat dicapai dalam masa yang lebih singkat jika MPK

yang bermutu digunakan (Koh, 1986).

Walau bagaimanapun bahan-bahan pembelajaran bagi sekolah-sekolah

berorientasikan teknik dan vokasional, masih lagi kurang penghasilannya bagi

membantu guru mencapai maksud pengajaran mereka. Sememangnya, MPK amat

diperlukan bagi melancarkan pengajaran guru.

Menurut Meyer (1988):

“The idea of using moduls as a strategy for teaching and learning within the

technical education sector is relatively recent, especially among member

countries of the Colombo Plan.” (halaman 1)

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

3

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa penggunaan MPK di dalam

pendidikan Sains sememangnya sesuai digunakan dalam pembelajaran masa kini.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Koh (1986) bahawa keberkesanannya adalah

terjamin, maka penggunaan MPK dalam pendidikan Sains amat diperlukan untuk

membantu pelajar kerana rata-rata pelajar tempatan mempunyai tahap minda yang

agak lemah dan memerlukan bahan pembelajaran tambahan seperti MPK.

Keadaan semasa menunjukkan bahawa MPK dapat memenuhi keperluan

pelajar hari ini dengan lebih baik sama ada dari segi mutu pembelajaran dan juga

kandungan. Justeru ianya boleh disesuaikan dengan kelompok pelajar yang besar,

MPK adalah merupakan pilihan terbaik bagi guru (Shaharom dan Yap, 1991)

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecekapan sesuatu sistem pendidikan secara khusus boleh dilihat daripada

segi sejauh mana sistem persekolahan itu dapat menjalankan fungsinya untuk

memenuhi keperluan semasa bagi masyarakat yang berkenaan. Oleh itu, sering

ditegaskan bahawa mutu pengajaran dalam bilk darjah mestilah diitingkatkan jika

kita hendak memperbaiki mutu pendidikan suatu sistem persekolahan itu

(Koh,1986).

1.2.1 Perbezaan Individu

Terdapatnya pelajar yang lemah dan pintar sememangnya mewujudkan iklim

ketidakselesaan bagi guru dan pelajar tertentu. Kurangnya bahan pembelajaran yang

pelbagai sudah pasti membuatkan pelajar yang lemah akan keciciran dan

ketinggalan. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti latihan yang terdapat di dalam buku

teks tidak mencukupi dan meletakkan tahap minda pelajar sebagai suatu yang

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

4

seragam, adalah salah satu punca pelajar yang lemah sukar untuk meletakkan diri

mereka sebaris dengan rakan-rakan yang pintar. Aktiviti-aktiviti pemulihan dan

pengayaan juga kurang, menyebabkan pelajar yang lemah tidak dapat menjalankan

ujian ke atas diri mereka di rumah.

1.2.2 Kekurangan Pakar MPK

Pembinaan MPK memerlukan mereka yang dari kalangan guru yang pakar

dalam bidang masing-masing. Disebabkan tiadanya pendedahan yang meluas serta

minat terhadap pembinaan dan penggunaan MPK di kalangan guru menyebabkan

tiadanya penghasilan MPK secara aktif. Kebanyakan MPK dihasilkan oleh guru

hanyalah ketika mereka belajar di universiti. Namun begitu apabila mereka keluar

mengajar di sekolah, mereka seakan-akan tidak tahu bagaimana untuk

mengembangkan kemahiran yang ada untuk menyebarkan kepada guru lain.

Ketiadaan bahan pengajaran tambahan seperti MPK dan kesedaran terhadapnya

menyebabkan pemindahan ilmu kepada pelajar juga menjadi tidak begitu lancar. Jika

guru menggunakan MPK untuk mengajar mata pelajaran tertentu pastinya sesi

pembelajaran menjadi semakin menarik.

1.2.3 Kurang Galakan

Galakkan terhadap penggunaan dan pembinaan MPK masih lagi kurang dan

ini menjadi salah satu perkara yang menyebabkan penghasilannya dipandang sepi.

Bahan seperti MPK adalah masih lagi baru dalam pendidikan negara kita kerana

kurangnya pendedahan secara meluas. Justeru itu ramai yang tidak begitu yakin

dengan keberkesanan MPK dalam menangani masalah keciciran ilmu di kalangan

pelajar.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penilaian formatif guru

ke atas MPK yang dibina bagi mata pelajaran Kimia di bawah tajuk Ikatan Kimia

sesuai di gunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1 Membina dua MPK bagi mata pelajaran Kimia mengikut Huraian Sukatan

Pelajaran Kimia Tingkatan Empat.

2 Menilai kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar Tingkatan Empat yang

mengambil mata pelajaran Kimia.

3 Membandingkan kesesuaian MPK Ikatan Kimia yang dibina untuk pelajar

Tingkatan Empat oleh guru merentas tempoh mengajar.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … fileminimum. The result of this study shows that SIM titled Ikatan Ionik is very suitable with mean 96.65 while SIM titled Ikatan Kovalen

1.5 Persoalan Kajian Di dalam kajian ini, perkara-perkara berikut telah dipertimbangkan:

1 Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru mata pelajaran

Kimia ke atas MPK Ikatan Kimia menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam mata

pelajaran Kimia ?

2 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru mata pelajaran

Kimia ke atas MPK Ikatan Kimia menunjukkan ia sesuai digunakan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran

Kimia untuk Tingkatan Empat ?

3 Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu

oleh guru mata pelajaran Kimia terhadap status kesesuaian MPK Ikatan

Kimia yang dibina merentas tempoh mengajar ?

4 Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil

oleh guru mata pelajaran Kimia terhadap status kesesuaian MPK Ikatan

Kimia yang dibina merentas tempoh mengajar ?