rancangan pengajaran harian kajian tempatan

7

Click here to load reader

Upload: nur-khalijah

Post on 25-Jul-2015

203 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Tarikh : 4 April 2012

Masa : 1 jam

Tema : Ekonomi Negara

Topik : Sumber Semulajadi dan Kegunaannya

Subtopik : Jenis Sumber , hasil dan kegunaanya.

Tahun : 6 Pintar

HP : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. Menyenaraikan sumber semulajadi yang terdapat di Malaysia berdasarkan jenis. (L1)

2. Menerangkan hasil dan kegunaan sumber semulajadi. (L2)3. Mengkategorikan sumber semulajadi berdasarkan jenis dan

kegunaannya. (L3)

Isi Pelajaran : 1. Jenis sumber :

I. Sumber mineral.II. Sumber hutan.

III. Sumber laut.

2. Hasil dan kegunannya sumber:

I. Hasil mineral- minyak petrol,minyak diesel, dan kerosil (bahan bakar kenderaan)

II. Hasil hutan- kayu balak (rumah), rotan (perabot), dan herba (ubat-ubatan)

III. Hasil laut-ikan, udang, (makanan) mutiara, (perhiasan),gamat (ubat-ubatan dan bosmetik)

Penerapan nilai murni : Bersyukur dengan nikmat yang diberi dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Unsur-unsur patriotisme : Menghargai alam ciptaan Tuhan dan berbangga kerana Malaysia kaya dengan sumber semulajadi.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah menggunakan hasil sumber semulajadi dalam kehidupan harian.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) :

BIL SUMBER KUANTITI1. Gelang emas 12. Keropok ikan 13. Akar kayu 14. Komputer riba 15. LCD Projektor I6. Speaker 17. Perisian tayangan slaid powerpoint sumber

semulajadi dan kegunaannya1

8. Kertas majong 39. Pen marker 4

10. Sampul cinta hati 2811. Polisterin rangka pengurusan grafik 112. Kas imbasan bergambar 1013. Perisian tayangan ‘slaid powerpoint’ kuiz 1

Prosedur pelaksanaan Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar/ Unsur Patriotisme/ Sumber Pengajaran dan pembelajaran

Set Induksi / Masa 5 Minit

1. Guru melakonkan watak seorang juru jual yang menjual pelbagai jenis barang seperti gelang emas, keropok ikan dan akar kayu

2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai sumber bahan-bahan yang dijual.

Contoh soalan:-keropok ikan diproses daripada

KB-Menjana idea-soal jawab-sumbangsaran

Nilai-Menghargai

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

apa?-cincin emas merupakan sumber?-diamanakah kita boleh mendapatkan akar kayu?

BSPP-keropok ikan-akar kayu-gelang emas

Langkah 1 / Masa 20 minit

1. Guru menerangkan kepada murid mengenai jenis-jenis sumber semulajadi dan kegunaannya menggunakan tayangan slaid ‘powerpoint’

2. Guru memimpin murid untuk membuat bulatan. Murid-murid diberikan tiga perkataan iaitu tempoyak, budu dan cencalok. Murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut secara selang seli.

3. Murid dikehendaki membentuk tiga kumpulan berdasarkan perkataan yang sama.

4. Terdapat 3 kertas yang bertulis sumber mineral, sumber hutan dan sumber laut. Setiap kumpulan diberikan satu kertas kuning tersebut.

5. Guru memberikan murid kertas majong dan murid diminta untuk menyenaraikan sumber berdasarkan jenis sumber yang tertulis pada kertas kuning tersebut.

6. Murid diminta membentangkan hasil kerja mereka.

KB-menjana idea

TKP-kinestatik-interpersonal-naturalistik-verbal linguistik

Pembelajaran Koperatif

BSPP-kad imbasan-kertas majong-pen marker-speaker-slaid ‘power point’

Nilai-kepatuhan-kerjasama

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Langkah 2/ Masa 20 minit

1. Guru melaksanakan permainan Mimos (lakonan bisu). Cara pelaksanaannya ialah wakil kumpulan diminta untuk kehadapan untuk mengambil satu ‘sampul cinta hati ’ yang mengandungi hasil dan kegunaan sumber semulajadi.

2. Murid tersebut diminta untuk membuat gaya seperti yang tertulis di dalam ‘sampul cinta hati’ dan ahli kumpulan hendaklah meneka jawapan melalui aksi yang dilakukan. Masa yang diberikan untuk satu kumpulan adalah selama 4 minit.

3. Jika kumpulan tersebut tidak dapat meneka gaya yang dilakukan, soalan tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain. Masa yang diberikan hanya 2 minit..

KB-menjana idea-menganalisis-maramal-memerhati

TKP-kinestatik-interpersonal

Pembelajaran Koperatif

BSPP-sampul kasih

Nilai-kerjasama-kepatuhan-menghargai

Langkah 3 / Masa 10 minit

1. Guru menampal polisterin rangka pengurusan grafik mengenai jenis sumber dan kegunaannya

2. Guru memberikan kad imbasan secara rawak kepada murid.

3. Murid diminta untuk mengkategorikan sumber semulajadi berdasarkan jenis dan

KB-menjana idea-membanding beza-mengkategori-menghubungkait

TKP-interpersonal-kinestetik

Pembelajaran

BSPP-kad imbasan-polisterin rangka pengurusan grafik

Nilai-kepatuhan-kerjasama-menghargai

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

kegunaannya dengan menampal kad imbasan tersebut di bahagian yang betul

4. Murid bersama guru memeriksa sama ada kad imbasan tersebut di tampal pada ruang yang betul atau tidak. Jika salah, guru membetulkan kesalahan dan memberi penerangan.

Koperatif

Penutup / 5 minit

1. Murid diajukan soalan kuiz menerusi tayangan slaid tayangan slaid

2. Guru bersoal jawab dengan murid seterusnya merumus pengajaran yang telah dilaksanakan.

3. Murid ditayangkan video lagu ‘ikan kekek’. Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ini.

KB-visual-menjana idea-merumus

BSPP-tayangan ‘slaid powerpoint’ kuiz-tayangan video

Nilai-menghargai

Catatan / refleksi:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________