rancangan pengajaran harian kajian tempatan 3

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN Tarikh : 3 Oktober 2011 Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi Tema : Perihal Kawasan Setempat Topik : 2.1 Latar Belakang Kawasan Setempat Subtopik : c. Cuaca Tahun : 4 HP : Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1) Menyatakan keadaan cuaca tempat tinggal murid (pada sesuatu masa). 2) Menerangkan maksud simbol-simbol cuaca. 3) Menjelaskan pengaruh cuaca ke atas kegiatan harian penduduk setempat. Isi pelajaran : Perihal Kawasan Setempat 2.1 Latar Belakang Kawasan Setempat c. Cuaca i. Keadaan cuaca Hujan Panas Mendung Redup Berangin ii. Pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian Penerapan Nilai Murni : Bekerjasama, kasih sayang, hormat menghormati dan bertanggungjawab, rasional, berani dan yakin diri. Unsur-unsur Patriotisme :Bersyukur dengan keadaan cuaca di tempat tinggal sendiri.

Upload: raudzanorzila

Post on 13-Jul-2015

858 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Tarikh : 3 Oktober 2011Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagiTema : Perihal Kawasan SetempatTopik : 2.1 Latar Belakang Kawasan SetempatSubtopik : c. CuacaTahun : 4HP : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1) Menyatakan keadaan cuaca tempat tinggal murid (pada sesuatu masa).2) Menerangkan maksud simbol-simbol cuaca.3) Menjelaskan pengaruh cuaca ke atas kegiatan harian penduduk setempat.

Isi pelajaran :Perihal Kawasan Setempat

2.1 Latar Belakang Kawasan Setempatc. Cuaca

i. Keadaan cuaca• Hujan• Panas• Mendung• Redup• Berangin

ii. Pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian

Penerapan Nilai Murni : Bekerjasama, kasih sayang, hormat menghormati dan bertanggungjawab, rasional, berani dan yakin diri.

Unsur-unsur Patriotisme :Bersyukur dengan keadaan cuaca di tempat tinggal sendiri.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):• Kad simbol cuaca panas, hujan, redup dan berangin.• Kad perkataan ‘cuaca’, ‘kegiatan harian’.• Kertas Mahjong ‘Pengaruh Cuaca Terhadap Kegiatan Harian Penduduk’.• Lirik lagu ‘Tanya Sama Pokok’ sedutan dari filem ‘Anakku Sazali’.• Audio lagu ‘Tanya Sama Pokok’.• Topeng simbol cuaca panas, hujan, redup dan berangin.

Pengetahuan sedia ada: 1) Murid pernah mengalamai keadaan cuaca panas, hujan, redup dan berangin.2) Murid mengetahui aktiviti harian mengikut keadaan cuaca.

Prosedur PelaksanaanAktiviti Guru Aktiviti Murid

Kemahiran Generik Catatan

Set induksi (5 minit)

1)Guru meminta murid mengikut guru melakukan aktiviti berikut:• Tepuk tangan dengan satu jari

(bunyi hujan rintik).• Tepuk tangan dengan dua jari

(bunyi hujan renyai).• Tepuk paha (bunyi hujan turun).• Tepuk paha dan hentak kaki

(bunyi hujan lebat).

2)Guru bersoal jawab dengan murid:

1)Murid-murid melakukan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru.

2)Murid menjawab soalan yang diajukan

Kecerdasan Pelbagai(Kinestetik).

Unsur patriotisme:Bersyukur dengan keadaan cuaca di tempat tinggal sendiri.

Rasional

a) Apakah bunyi yang kamu dengar?

3)Guru menerangkan bahawa hujan ialah salah satu ciri cuaca yang berlaku pada suatu masa di sesuatu tempat.

4)Guru mengaitkan topik pelajaran dengan keadaan cuaca tempat tinggal murid.

oleh guru.

3)Murid-murid mendengar penerangan guru.

Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik).

Langkah 1 (15 minit)

1)Guru bersoal jawab dengan murid tentang keadaan cuaca yang murid tahu.

2)Guru mempamerkan kad-kad simbol cuaca dengan perkataan. Guru juga mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

3)Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta murid memadankan kad simbol cuaca dengan perkataan seperti yang berikut:a) Kad simbol dan kad perkataan cuaca panas, mendung, berangin, redup dan hujan.

1)Murid menjawab soalan guru berdasarkan pengetahuan mereka.

2)Murid memerhati kad-kad simbol cuaca yang dipamerkan oleh guru. Murid juga menerima lembaran kerja yang diedarkan.

3)Murid memadankan kad simbol cuaca dengan perkataan yang bersesuaian.

Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik)

Kecerdasan Pelbagai (Visual-Ruang)

Rasional

Kad-kad simbol cuaca dan kad perkataan.Lembaran kerja.

Berani dan yakin diri.

4)Guru memberi respons terhadap aktiviti murid dan meminta murid melengkapkan lembaran kerja yang memerlukan murid memadankan simbol cuaca dan perkataan.

4)Murid melengkapkan lembaran kerja berdasarkan jawapan yang diperoleh berdasarkan aktiviti padanan yang dijalankan. Murid menumpukan perhatian terhadap gambar yang dipaparkan oleh guru.

Bertanggungjawab.

Langkah 2 (20 minit)

1) Guru menarik perhatian murid dengan memaparkan gambar cuaca di hadapan kelas.

2) Guru bersoal jawab dengan murid: a)Pernahkah kamu mengalami

suasana cuaca hujan, mendung, redup, panas dan berangin?

3) Guru membentuk 5 kumpulan murid untuk menunjukkan aksi suasana dalam keadaan cuaca yang berbeza iaitu kumpulan cuaca panas, hujan, mendung, redup dan berangin.

4) Guru meminta setiap ketua kumpulan masing-masing memakai topeng yang menggambarkan simbol cuaca.

1)Murid menumpukan perhatian terhadap gambar yang dipaparkan.

2)Murid menjawab soalan yang diajukan guru.

3)Murid-murid membentuk 5 kumpulan seperti yang diarahkan guru.

4)Ketua bagi setiap kumpulan memakai topeng yang diberi oleh guru.

Kecerdasan Pelbagai (Verbal-Linguistik)

Slaid.

Bekerjasama.

Topeng.

5) Guru menyuruh setiap ahli kumpulan melakukan aksi suasana dalam keadaan cuaca tersebut.

6) Guru menerangkan bahawa negara kita mengalami keadaan cuaca panas, redup, mendung, hujan dan berangin. Keadaan ini merupakan ciri cuaca.

5)Setiap ahli kumpulan melakukan aksi suasana dalam keadaan cuaca tersebut.

6)Murid mendengar penjelasan guru.

Kecerdasan Pelbagai (Kinestetik)

Bertanggungjawab.

Hormat-menghormati.

Langkah 3 (15 minit)

1) Guru menampal kertas mahjong ‘Pengaruh Cuaca Terhadap Kegiatan Harian Penduduk’. Guru juga memaparkan kad perkataan yang mengandungi ‘senarai kegiatan harian penduduk terhadap pengaruh cuaca’ di hadapan kelas.

2) Guru memilih murid secara rawak untuk menampal kad perkataan mengikut cuaca yang bersesuaian.

3) Guru meminta respons dan berbincang dengan murid tentang jawapan tersebut.

1) Murid melihat kertas mahjong ‘Pengaruh Cuaca Terhadap Kegiatan Harian’ dan kad perkataan ‘senarai kegiatan harian penduduk terhadap pengaruh cuaca’ yang ditampal di hadapan kelas.

2) Murid menampal kad perkataan mengikut kategori cuaca yang bersesuaian.

3) Murid memberi respons dan berbincang dengan guru tentang jawapan tersebut.

Kecerdasan Pelbagai(Intrapersonal)

Kecerdasan Pelbagai (Interpersonal)

Kertas Mahjong dan kad perkataan.

Berani, yakin diri.

Bekerjasama.

Penutup (5 minit)

1) Guru merumuskan pelajaran pada hari ini tentang keadaan cuaca di tempat tinggal murid.

2) Guru memaparkan lirik lagu ‘Tanya Sama Pokok’.

3) Guru memasang audio ‘Tanya Sama Pokok’ dan meminta murid menyanyikan lagu tersebut.

1) Murid mendengar rumusan yang disampaikan oleh guru.

2) Murid memerhati lirik lagu yang dipaparkan guru.

3) Murid menyanyikan lagu ‘Tanya Sama Pokok’.

Kecerdasan Pelbagai (Muzik)

Slaid.

Audio ‘Tanya Sama Pokok’.