rah sia diet

Upload: sakinah-rauf

Post on 14-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    1/31

    1 | P a g e

    21 Tips Diet Untuk Mengurangkan Berat

    Badan

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    2/31

    2 | P a g e

    Pendahuluan:

    Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi mendapatkan laporan percuma 21 tips diet

    untuk mengurangkan berat badan.

    Untuk makluman anda, nama saya adalah Hafiz Wasa yang merupakan seorang ahli farmasi

    yang bertugas disalah sebuah Klinik Kesihatan di Terengganu.

    Sebenarnya saya mengalami masalah peningkatan berat badan secara mendadak sebaik sahaja

    saya memulakan kerjaya sebagai ahli farmasi. Kerana kesibukkan saya terhadap tugasan hakiki,

    tanpa saya sedari setiap minggu berat badan makin menaik dari minggu ke minggu.

    Sedar tidak sedar perut saya makin tebal diseliputi lemak yang tidak diundang!

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    3/31

    3 | P a g e

    Mungkin anda tertanya-tanya kenapa dan apakah tujuan saya mengeluarkan Laporan Diet ini?

    Tujuannya amatlah mudah adalah supaya dapat menyampaikan maklumat cara yang betul untuk

    mengurangkan berat badan dengan cara berdiet.

    Saya juga ingin mengajak anda bagaimana kita boleh mengubah berat badan kita tanpa

    memerlukan sebarang ubat atau pill kurus atau produk menguruskan berat badan yang lain.

    Setiap hari di Klinik Kesihatan, jumlah pesakit yang mengidap obesiti, darah tinggi dan juga

    kencing manis semakin bertambah. Perkara ini bukan sahaja boleh mengancam nyawa pesakit

    berkenaan tetapi ia juga memakan kos yang amat besar untuk mendapatkan ubat-ubatan.

    Saya ingin bertanya kepada anda, apakah sebenarnya punca kepada terjadinya penyakit obesiti,

    kencing manis dan darah tinggi?

    Betul jawapan anda!

    Salah satu elemen penting yang mendorong kepada terjadinya penyakit kronik berkenaan adalah

    disebabkan oleh diet yang tidak betul. Jadi untuk mencegahnya juga mestilah dengan teknik diet

    yang betul.

    Akhir kata, walaupun disini anda hanya menerima 21 tips diet namun anda juga akan menerima

    email dari saya berkaitan diet dan cara mengurangkan berat badan dengan berkesan.

    Tanpa membuang masa, ayuh kita ke tips pertama diet yang berkesan!

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    4/31

    4 | P a g e

    Isi Kandungan.

    Apakah yang perlu anda tahu

    1. Maksud kalori2. Pengiraan kalori individu3. Apakah itu DCR4. Cara tentukan kalori makanan

    Aktiviti fizikal

    Bagaimana menentukan kalori yang dibakarPendedahan Diet Atkin - update

    Pendedahan Diet Wanita Jepun - update

    21 tips diet berkesan

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    5/31

    5 | P a g e

    Apakah perkara yang anda perlu tahu?

    Apabila bercakap mengenai diet, ada beberapa perkara yang perlu anda memahami agar

    memastikan proses diet anda berjalan dengan lancar.

    Pertama sekali anda perlu tahu apakah maksud kalori. Kemudian setelah anda faham apa itu

    kalori, anda kena tentukan berapakah kalori yang anda perlukan.

    Dan akhir sekali, anda perlu tahu nilai kalori yang terkandung dalam setiap hidangan yang anda

    ambil.

    Ok, tanpa berbicara panjang jom kita pergi ke maksud kalori.

    Apakah Maksud Kalori?

    Kalori adalah unit pengukur bagi tenaga. Ia dikenali sebagai unit kcal. Tanpa kalori, diri kita

    tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi asas seperti bernafas, berpeluh, mengekalkan suhu badan

    dan lain-lain lagi.

    Dimana sumber kalori (tenaga) yang kita perlukan?

    Sumber kalori yang kita dapat adalah melalui makanan dan minuman. Secara asasnya 1 gram

    protein memberikan 4 kcal. 1 gram karbohidrat memberikan 4 kcal. Dan 1 gram lemak

    memberikan 9kcal.

    Bagaimanakah nak kira keperluan kalori kita?

    Sebenarnya ada formula khas untuk mengira keperluan kalori ini namun untuk memudahkan

    anda saya akan kongsikan satu laman web yang boleh kita gunakan untuk mengira kalori.

    Pada website berkenaan, kita hanya perlu memasukkan umur, jantina, ketinggian dan kekerapan

    aktiviti.

    Sebelum saya dedahkan website berkenaan, saya nak jelaskan dahulu kepada anda beberapa

    istilah penting yang amat berkait dengan keperluan kalori.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    6/31

    6 | P a g e

    Pertama sekali adalah BMR iaitu basal metabolic rate.

    Apakah BMR?

    BMR adalah nilai keperluan kalori sehari yang diri anda perlukan apabila anda berada dalam

    keadaan rehat. Maknanya, nilai kalori yang diri anda perlukan supaya aktiviti asas diri anda

    berjalan normal sebagai contoh anda bernafas, berfikir, menghadam makanan, mengekalkan

    suhu badan dan sebagainya.

    Untuk mengira BMR anda boleh rujuk website dibawah ini:

    http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm

    Saya buat contoh saya sendiri ya disini.

    Umur 26 tahun, lelaki, ketinggian 172 cm maka nilai BMR adalah 1670kcal.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    7/31

    7 | P a g e

    Ini bermakna dalam sehari saya paling kurang kalori yang perlu saya ambil adalah 1670kcal. Jika

    saya mengambil kalori kurang dari nilai berkenaan, metabolism diri saya akan jatuh. Penurunan

    berat badan akan berlaku secara drastic dan ia adalah tidak bagus untuk diri kita.

    Apakah maksud DCR?

    BMR adalah nilai asas yang badan kita perlukan supaya sistem badan dapat berfungsi secara

    normal. Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) pula adalah nilai kalori yang diri anda

    perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

    Dengan menggunakan contoh saya diatas, saya cuma tambahkan aktiviti fizikal sebanyak 5 kali

    seminggu.

    Jadi DCR saya adalah 2442 kcal.

    Bagaimana pengetahuan mengenai BMR dan DCR dapat mengubah berat badan anda?

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    8/31

    8 | P a g e

    Senang sahaja, untuk menurunkan berat badan pengambilan kalori mestilah kurang dari DCR.

    Tetapi tidak boleh kurang dari BMR pula. Sebab apa? Sebab jika kurang dari BMR maka

    metabolisma diri anda akan jatuh. Apabila metabolisma jatuh, anda akan rasa letih, lesu dan

    tidak bertenaga.

    Seeloknya, untuk menurunkan berat badan anda mestilah mengambil kalori kurang 500kcal dari

    nilai DCR.

    Manakala untuk meningkatkan berat badan, kalori yang diambil mestilah 500kcal melebihi nilai

    DCR. Kalau kalori yang diambil lebih kurang DCR maka berat badan anda akan kekal seperti

    biasa.

    Bagaimana saya nak tentukan berapakah nilai kalori bagi setiap makanan dan minuman

    yang diambil?

    Anda boleh rujuk file yang bertajuk NILAI KALORI MAKANAN. Pada file berkenaan pelbagai

    jenis makanan dan minuman beserta kalori boleh dijadikan rujukkan anda.

    Berdasarkan nilai kalori makanan berkenaan anda dapat merangka jadual pemakanan andasupaya ia menepati target kalori yang anda perlukan samada untuk menurunkan berat badan atau

    menaikkan berat badan.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    9/31

    9 | P a g e

    Pada gambar rajah diatas kita dapat lihat Mihun Sup memberikan nilai kalori sebanyak 510kcal

    bagi satu hidangan.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    10/31

    10 | P a g e

    PENGUMUMAN:

    Saya akhirnya dapat menerbitkan satu panduan khas bagaimana setiap orang tidak kira latar

    belakangnya dapat menurunkan berat badan menerusi teknik Bakar Lemak Pantas!

    Kebanyakkan masyarakat kita pada hari ini diselubungi masalah kegemukkan dan lemak yang

    berlebihan terutama dikawasan perut, pinggul, peha dan juga dibawah lengan.

    Tidak dapat dinafikan saya juga mempunyai masalah yang sedemikian. Kemudian saya

    meneruskan kajian menerusi pelabgai jenis buku diet dan fitness termasuklah atkin diet, cardio or

    weight oleh alex hucthinson, 365 way boost your metabolisme, cergas 24/7 oleh kevin zahri,

    inside the box oleh t.j murphy dan macam-macam lagi jenis buku habis saya kaji.

    Akhirnya dengan langkah yang betul saya dapat meningkatkan pembakaran lemakdalam diri

    saya ke tahap yang maksimum.

    Untuk makluman anda, peratusan lemak dalam diri saya telah berkurang dari 25.5% telah turun

    kepada 14.3%.

    Kejayaan yang saya kecapi ini telah memberi ideal kepada saya bagaimana saya dapat membantu

    anda yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi dalam badan.

    Maka saya telah merangka strategi bagaimana anda juga dapat menurunkan berat badan

    menerusi teknik bakar lemak pantas.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    11/31

    11 | P a g e

    Ini merupakan perkongsian yang lengkap dan menyeluruh hasil kajian saya terhadap tindak balas

    fisiologi badan untuk memaksimumkan pembakaran lemakyang ada pada diri kita.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut perkongsian saya mengenai Teknik Bakar

    Lemak Pantas ini bolehlah kunjungi laman web khas saya buat disini:

    >>>www.bakarlemakpantas.com

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    12/31

    12 | P a g e

    Aktiviti Fizikal- Bagaimana menentukan

    kalori yang dibakar!

    Selain kita mengawal kemasukkan kalori daripada diet, kita juga dapat membakar kalori

    menerusi aktiviti fizikal. Ingat lagi apa yang saya katakana? Kurang kalori maka berat badan

    akan berkurang. Sebaliknya jika terlebih kemasukkan kalori maka berat badan akan bertambah.

    Jika anda tiada masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung, maka anda perludapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doctor. Kerana saya risau aktiviti yang bakal saya

    share akan memudaratkan lagi penyakit anda.

    Ok! Apakah aktiviti fizikal?

    Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang melibatkan peningkatan denyut jantung anda. Ada banyak

    aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan. Ia bergantung kepada keadaan anda dan keseronokkan

    anda melaksanakannya.

    Antara aktiviti fizikal yang saya gemar lakukan adalah bermain futsal, tennis dan senaman

    bebanan.

    Banyak kelebihan aktiviti fizikal sebenarnya ya. Selain meningkatkan penggunaan kalori, ia juga

    dapat membakar lemak lebih pantas dan juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan.

    Malah ia juga meransang perembesan hormone endorphin. Dimana hormon ini akan melegakan

    stress yang anda hadapi.

    Bagaimana mengira pengunaan kalori?

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    13/31

    13 | P a g e

    Sekarang saya akan kongsi dengan semua bagaimana menentukan jumlah kalori yang digunakan.

    Ini adalah sangat penting supaya pengurangan kalori yang anda buat dapat menampung

    kemasukkan kalori menerusi diet.

    Untuk mengira penggunaan kalori, anda boleh mengira menerusi laman web berikut:

    http://www.prohealth.com/weightloss/tools/exercise/calculator1_2.cfm

    Saya bagi satu contoh.

    Berat saya 72kg dan bermain tenis selama 45 minit. Jadi saya masukkan data berikut seperti

    gambar rajah dibawah.

    Selepas itu anda perlu menekan button submit. Dan akan keluar paparan baru yang menyatakan

    jumlah kalori yang dibakar selama tempoh bermain 45 minit.

    Oleh itu, aktiviti fizikal yang saya lakukan selama 45minit dengan bermain tenis telah membakar

    kalori sebanyak 430.92kcal. Mudah bukan mengira jumlah kalori yang dibakar?

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    14/31

    14 | P a g e

    Pendedahan Diet Atkin

    Sejarah

    Terdapat satu artikel dalam Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh

    Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom telah mengetengahkan teknik diet yang agak berlawanan

    dengan kehendak tenaga dan metabolism dalam diri manusia.

    Kemudian Journal ini telah dikaji dan dicuba oleh seorang doktor yang bernama Atkin. Dan pada

    tahun 1972 Dr Atkin telah menulis mengenai teknik diet yang dicubanya dalam buku yang

    berjudulDr Atkins Diet Revolution.

    Bagaimana diet atkin dilaksanakan?

    Tubuh badan kita menghasilkan tenaga daripada sumber karbohidrat. Kemudian baru ia pergi

    kepada sumber protein dan lemak. Ini semua bergantung kepada nisbah dan keperluan badan

    manusia.

    Namun diet atkin ini agak berlawanan. Ia dicipta supaya sumber tenaga utama dalam diri kita

    adalah protein dan lemak. Untuk mencapai tahap sebegini, sumber karbohidrat dalam badan

    mestilah berada dalam kepekatan yang minima.

    Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen

    menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak

    bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkin berkerja.

    Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan

    tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkin

    ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan.

    Pelan Diet Atkin

    Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    15/31

    15 | P a g e

    1. Permulaan (Induction)

    2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)

    3. Pre-maintenance

    4. Lifetime maintenance

    Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa

    dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

    - Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-

    buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.- Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur

    hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti

    vitamin, minyak zaitun, omega-3.

    Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat.

    Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap

    permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan.

    Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g

    karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara

    yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

    Keburukkan Diet Atkin?

    Setiap perkara yang dilakukan untuk menukar sifat semulajadi sistem badan kita pastinya ada

    kesan buruk. Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan.

    Kesan pada jantung.

    Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di

    University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh

    menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    16/31

    16 | P a g e

    jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati

    dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.

    Kesan pada Otak

    Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang

    diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari

    untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu.

    Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan

    masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.

    Kembali kepada sifat semulajadi manusia.

    Badan kita memerlukan karbohidrat iaitu glukosa untuk memastikan berlakunya pembakaran

    lemak secara natural. Tanpa kehadiran glukosa, ia akan menyebabkan berlakunya proses ketosis.

    Ketosis melibatkan pemecahan protein dan pembakaran lemak tidak lengkap yang menghasilkan

    ketone bodies.

    Selain daripada itu, stuktur protein yang kasar berbanding glukosa akan menyebabkan

    kebocoran pada penapis buah pinggang. Hal ini berlaku apabila badan kita berada pada proses

    ketosis.

    Akhir sekali diet atkin yang diamalkan ini sebenarnya memakan diri sendiri. Diet yang tinggi

    protein dan rendah karbohidrat akan menyebabkan anda lemah, letih dan tidak bermaya untuk

    melakukan aktiviti berintensiti tinggi. Jadi ia semestinya menganggu aktiviti kardio anda dan

    juga aktiviti workout anda.

    Ikhlas saya katakan, tidak perlu amalkan atkin diet kerana kita boleh menurunkan berat badan

    serta mengembalikan tone badan dengan amalkan konsep diet yang betul. Fokus pada

    pengambilan kalori dan tumpukan juga pada aktiviti fizikal. Ia bukan sahaja menyihatkan anda

    malah mencegah diri anda daripada penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi,

    diabetes dan obesiti.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    17/31

    17 | P a g e

    Pendedahan Diet Wanita Jepun.

    Pada kali ini saya nak share dengan anda semua hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran

    Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat,

    menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda

    bertenaga.

    Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

    Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan

    masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

    Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami

    pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di

    kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.

    Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.

    Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh

    rahsia dapur Tokyo.

    Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan

    buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan

    utama.

    Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam, hanya jamah

    makanan pencuci mulut.

    Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang

    digemari dalam jumlah sedikit.

    Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana

    lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    18/31

    18 | P a g e

    Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

    "Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang

    memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya

    makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan

    seperti taufu dan nasi," kata Naomi.

    Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita,

    hidup lebih lama dan sihat.

    Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelakiJepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun

    (lelaki).

    Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju

    iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.

    "Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula

    mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata

    Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

    Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti

    makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.

    Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan

    kecil molek.

    "Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati

    keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.

    "Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan

    masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    19/31

    19 | P a g e

    Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap

    hari berbanding warga Amerika.

    Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan

    aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih

    panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

    Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada

    jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.

    Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.

    Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu

    kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

    Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala

    merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam,

    pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara

    yang digemari dalam pemakanan Jepun.

    Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran

    atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis

    bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat

    yang maksimum.

    Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang

    dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

    Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya

    terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang

    kecil.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    20/31

    20 | P a g e

    Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat

    pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.

    Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris

    beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada

    sikap orang Perancis terhadap makanan.

    Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan. Masyarakat

    Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal

    berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.

    Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu. Mereka juga tidak kisah

    mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan

    makanan.

    Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan

    belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak

    tabiat makan dengan gelojoh.

    Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.

    Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan

    makanan berkenaan berkualiti tinggi.

    Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera

    daripada sekeping coklat bersaiz besar.

    Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.

    Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya

    memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling

    kediaman.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    21/31

    21 | P a g e

    Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut

    menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.

    Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan

    Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati

    saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit

    berbanding kebanyakan masyarakat AS.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    22/31

    22 | P a g e

    21 Tips Hebat Diet Yang Berkesan...

    Tip 1 Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun.

    Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu,

    campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum

    sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

    Alasannya? Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini

    dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi

    seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

    Tips 2 Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan

    kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

    Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan.

    Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi

    seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan

    secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

    Tips 3 Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai

    sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    23/31

    23 | P a g e

    mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan

    banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.

    Alasannya? Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat

    memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding

    makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol

    beserta karbohidrat.

    Tips 4 Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya

    serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.

    Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet

    serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.

    Tips 5 Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu

    makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itumempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan

    pada setiap hari.

    Tips 6 Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.

    Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    24/31

    24 | P a g e

    kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan

    produk tenusu rendah lemak.

    Alasannya? Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi

    kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah

    yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

    Tips 7 Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan

    pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil

    sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan

    makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya?

    Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan

    hari.

    Tips 8 Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda

    pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya

    mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah,

    murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan

    melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.

    Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak

    10,000 langkah sahaja.

    Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga

    perut.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    25/31

    25 | P a g e

    Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.

    Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari?

    Bagi saya cara itu senang sahaja.

    Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:

    Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.

    Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda

    tuju.

    Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan

    sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu

    senaman yang boleh menguruskan badan anda.Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

    Tips 9 Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat

    dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan

    atau menaikki tangga selepas selesai makan.

    Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda

    makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan

    mungkin boleh mendatangkan masalah lain.

    Tips 10 Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah

    sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang

    mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadarmetabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar

    otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap

    yang ideal.

    Tips 11 Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam

    kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    26/31

    26 | P a g e

    makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat

    mengelakkan daripada makan dengan banyak.

    Tips 12 Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam

    kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan

    mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada

    lagi masalah gemuk air.

    Tips 13 Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan,

    pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran

    lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.

    Tips 14 Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa

    minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula

    sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan

    mengganggu plan diet anda.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    27/31

    27 | P a g e

    Tips 15 Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah

    merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan

    tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar

    ia mudah dihadam kelak.

    Tips 16 Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung.

    Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil

    makanan secara berlebihan.

    Tips 17 Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap

    dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air

    masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik

    dan sempurna.

    Tips 18 Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh

    menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak

    0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi

    mencapai berat badan impian.

    Tips 19 Jangan timbang berat badan setiap hari.

    Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa keranaanda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu

    atau dua kali sebulan.

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    28/31

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    29/31

    29 | P a g e

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    30/31

    30 | P a g e

    Penutup:

    Semua orang mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat namun tidak ramai yang cukup

    berkemampuan untuk mengejar keinginan tersebut.

    Saya pasti dengan 21 tips diet yang saya jelaskan diatas anda semua dpaat fahami dan tahu untuk

    melaksanakannya. Tetapi saya rasa diantara kita hanya 2% sahaja yang MAMPU untuk

    melaksanakannya.

    Tahukah anda bahawa tanpa daya imiginasi yang tinggi, sukar untuk kita merealisasikan impian

    kita.

    Justeru itu, saya dan anda mestilah mempunyai daya imiginasi yang tinggi supaya apa yang kita

    impikan dapat tercapai.

    Sebenarnya, saya ada banyak lagi tips-tips hebat diet khas dibuat untuk berkongsi dengan anda.

    Saya sebenarnya dalam proses menghasilkan satu projek bagaimana untuk menjadikan diri kita

    sebuah mesin pembakar lemak yang pantas!

    Melalui projek ini, beberapa kajian keatas individu obesity dapat dilaksanakan bagi

    membuktikan diri kita mampu meningkatkan proses metabolism secara semulajadi tanpa

    bantuan-bantuan pill atau produk minuman.

    Anda berminat terhadap projek ini?

    Boleh layari laman web berikut:

    www.bakarlemakpantas.com

    Pastikan juga anda LIKE fanpage facebook saya iaitu:

    www.facebook.com/infodiet

  • 7/30/2019 Rah Sia Diet

    31/31

    31 | P a g e

    Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca laporan saya yang tidak

    seberapa ini. Jika ada komen atau kata-kata semangat kepada saya untuk membantu rakyat

    Malaysia mendapatkan berat badan ideal, bolehlah email atau PM saya di facebook.

    Hafiz Wasa

    Weight Loss Trainer

    B.Pharm (Hons). USM

    Email: [email protected]

    Facebook: www.facebook.com/infodiet

    www.rahsiadiet.com

    www.bakarlemakpantas.com